CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8119|Reply: 17

Berhati-hatilah bila membeli pinggan mangkuk import

[Copy link]
Post time 24-7-2007 09:28 PM | Show all posts |Read mode
Fw: Aziz Ibrahim CFP Putrajaya Group : Berhati-hatilah bila membeli pinggan mangkuk impot!!!

Aziz Ibrahim CFP Putrajaya Group: Berhati-hatilah bila
membeli pinggan mangkuk impot!!!
>
> Pinggan Mangkuk : FINE BONE CHINA
>
> Kepada Semua Saudara Islam,
> Saya terpanggil untuk memberi sedikit maklumat untuk pengetahuan
> saudara semua. Hati-hati ketika membeli pinggan mangkuk yang
> tertera
> di bawahnya Fine Bone China atau Bone China. Ini kerana
> pinggan mangkuk
> tersebut kemungkinan besar dibuat daripada tulang-temulang babi
> yang telah dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk dan diadun menjadi
> 'clay'.
> Proses yang sama digunakan untuk membuat pinggan daripada
> ceramic
> cuma ia menggunakan 'bahan' telarang untuk mengantikan tanah liat.
> Untuk pengetahuan semua, perkara ini telah dimaklumkan kepada
> saya
> oleh seorang pensyarah berbangsa Cina. Waktu saya sedang
> mengikuti
> kelas bahasa Inggeris, dia meminta kami merujuk perkataan
> 'bone' di dalam kamus Bahasa Inggeris terbitan Longman dan
> kemudiannya meminta kami menerangkan apa maksud 'bone china'.
> Menurut beliau, perkataan 'china' dirujuk sebagi pinggan
> mangkuk
> bermula sewaktu zaman kapal dagangan di mana negara China
> memang terkenal dengan pembuatan pinggan-mangkuk mereka. Jadi
> nama China memang sinonim dengan pinggan-mangkuk. Manakala 'bone
> china' maksudnya adalah cups, plates, etc., made of fine
> white clay mixed with crushed animals bones; a kind of porcelain.
Jadi
> yang perlu diteliti di sini adalah perkataan 'bone' itu sendiri yang
> membawa maksud bahan yang terkandung di dalam pembuatannya.
> Tujuan mereka menggunakan tulang tersebut adalah kerana
> hasilnya lebih berkualiti dan halus. Warnanya juga lebih putih
> dan ringan.
> Biasanya pengeluar produk ini adalah negara2 yang merupakan
> negara
> yang menjadikan 'babi' sebagai sumber protein di dalam menu
> harian mereka.
> Jadi kesimpulan yang boleh dibuat, tulang-tulang ini
> kemungkinan besar adalah dari sumber tersebut. Walau bagaimana
> pun, pinggan mangkuk dari sumber ini dijual agak mahal
> berbanding porcelain biasa, mungkin bahan dan prosesnya lebih
> rumit. Ia biasanya akan dipamerkan
> di atas rak-rak yang eksklusif.
>
> Jadi kepada semua berhati-hatilah ketika membeli pinggan-mangkuk
> untuk kegunaan kita seharian. Terfikir saya, apa agaknya kesan
> kepada kita dan anak-anak jika mengunakan produk ini setiap kali
> menikmati sajian. Sebagai umat Islam saya rasa terancam dan
> kesal kerana pinggan mangkuk import ini tidak mungkin datang dengan
> 'stamp' halal. Oleh itu terpulang sepenuhnya kepada kita untuk lebih
> berhati-hati dimasa akan datang. Gunakanlah tisu, untuk
> memegang pinggan tersebut sekiranya anda was-was dan periksa
labelnya
> telebih dahulu. Biarlah pakai pinggan murah, asalkan berkat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2007 09:59 PM | Show all posts
pernah baca kt forum lain.....hmmmmm
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 28-7-2007 11:55 AM | Show all posts
Originally posted by kermittx at 24-7-2007 21:28
Fw: Aziz Ibrahim CFP Putrajaya Group : Berhati-hatilah bila membeli pinggan mangkuk impot!!!

Aziz Ibrahim CFP Putrajaya Group: Berhati-hatilah bila
membeli pinggan mangkuk impot!!!
>
> P ...



babi lagi.........
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 11:55 AM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

TEman ada satu kemusykhilan.
Bagaimana dgn pinggan jenama NORITAKE.

Ada di antara nya yg di sadurkan dgn EMAS n PERAK.

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 05:47 PM | Show all posts
Ini sumber dari email ke? Jika benar, memang bagus info ni tetapi jika ianya adalah khabar angin, semestinya akan memberikan impak yang tak berapa bagus..

Nasihat aku, gunalah barang tempatan
Reply

Use magic Report

janab This user has been deleted
Post time 28-7-2007 07:45 PM | Show all posts
baik beli yg tempatan kalau gitu

Originally posted by kermittx at 24-7-2007 09:28 PM
Fw: Aziz Ibrahim CFP Putrajaya Group : Berhati-hatilah bila membeli pinggan mangkuk impot!!!

Aziz Ibrahim CFP Putrajaya Group: Berhati-hatilah bila
membeli pinggan mangkuk impot!!!
>
> P ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2007 06:16 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 28-7-2007 11:55 AM
Assalamualaikum semuer,

TEman ada satu kemusykhilan.
Bagaimana dgn pinggan jenama NORITAKE.

Ada di antara nya yg di sadurkan dgn EMAS n PERAK.

Wsalam

Wsalam nice,
noritake nih branded n keluaran jepun kan
by th way,saduran dia betul2 emas ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 05:08 PM | Show all posts

Reply #7 ummy11's post

yup...noritake ni mmg keluaran japan...
saduran emas ada yg 18K, 22K & 24K....

quality wise...superb !!! sbb my mom punya collection dah almost 35 years...not a single crack, tp dia punya takdak gold trimming le...ada bunga kecik-kecik je kat edges tu...

my mom kata, jgn beli porcelain yg ada tulis  'fine bone china' ...possibility ada campuran tulang-tulang b**i tu mmg ada...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2007 08:50 AM | Show all posts
ermm emas betul rupanye ye khaipozi
Noritake nih mmg mahal pnggan mngkuk dia,esp di mlysia nih
Klu kt jepun,tmpt dia...murah la skit

Brkenaan prcelain yg tulis fine bone china tuh,biasanya pnggan mngkuk dia tak brkualiti n mudah pecah...rasanya mcm penah jmpa klu beli brg bhgian pinggn mngkuk nih
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 12:07 AM | Show all posts
Sila baca thread ini : http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=251831



Thank you
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 08:30 AM | Show all posts
thanks...........
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 01:43 PM | Show all posts
bagusla ada info macam ni

at least berhati2 slalu
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 03:31 PM | Show all posts
bleh caya ke citer nie...?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 03:13 PM | Show all posts
Good info... sbb alang mmg suka collect pinggan mangkuk ni... tq
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 03:55 PM | Show all posts
guna daun pisang buat lapik la camni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 09:13 PM | Show all posts
bone china tak kira buat kat negara mana pun, semua import bone ash dari holland. binatang apa paling banyak kat holland? dengar cita industri dia paling besar dalam dunia.

ada satu product malaysia, nama "Han Bone China" (boleh google cari kompeni apa - product ni dah trademark) dia kata dia guna tulang sintetik, tapi budak2 keje kilang dia kata memang semua2 pun import dari holland.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2007 03:44 PM | Show all posts

Reply #16 sayap's post

sayap...mlm td masa cuci pinggan baru I terperasaan kat bawah my pinggan mangkuk tulis 'han bone china'...hahaha...ngerinya...dah bertahun pakai tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 03:54 PM | Show all posts
x merasa royal albert la eden
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.255749 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list