CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

Aaanntuu~Close encounter

 Close [Copy link]
Post time 23-7-2007 03:27 PM | Show all posts
sambung lagik/.....seperguruan ngan angkel k nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2007 05:08 PM | Show all posts

Reply #81 mauminumapa's post

dia sambung cerita masa tengah larut malam sehingga ke awal pagi je..
lain waktu tarak kot..

cerita ni bila nak sampai klimaks nyer?
macam lama lagi je..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 05:46 PM | Show all posts
aduss....uncle K yg kedua...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 07:06 PM | Show all posts

Reply #83 feirina's post

wakaka .. uncle k junior..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 07:35 PM | Show all posts
bilo nak sambung laie ni jang
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 09:34 PM | Show all posts
Originally posted by rdzaccess at 23-7-2007 01:19 AM


Yang ko describe ni bukan antu rayalah. Itu macam jin ajer...
Aku rase ler satu family jin ada kat rumah ko.
Kalau antu raya dah lama ko bai bai


apsal?dia ska isap darah ke?tapi dari dua orang tukang ubat tu kata mmg antu raya..lagi pun sorunk tukang ubattu da jumpa..diakata muka bendetu memang hodoh..ada lubang2...sebenanya setan2ni dtg umah aku sebab ada org buat...nak kasi family aku berpecah,so tukang ubat tu kata keje bendatu mmg kasik aku satu family begado ja..hal kecik skit begado..apa yg tukang ubat tu kata lagi,benda tu dia duduk atas bumbung umah aku..mmg malam2 masa 3bulan lepas...aku slalu dgr bunyi bende begerak kat syiling kol 3-4 pagi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2007 10:52 PM | Show all posts

Reply #86 sinbad05's post

eeiii..apsal ada orang denki bila family orang lain happy?! benci!!

p/s : off topic jap, klakar ar avatar ko, sian budak tu kena  kejar ayam tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 02:20 AM | Show all posts

Reply #86 sinbad05's post

wuhuu...menakutkan je dengar bunyi macam tu pukul 3-4 pagi..
dah tahu ke siapa punya angkara yang dengki sangat tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2007 02:21 AM | Show all posts


Disambung...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 02:25 AM | Show all posts

Reply #89 rdzaccess's post

miahahaha...cepatan ya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2007 02:25 AM | Show all posts
Originally posted by sinbad05 at 22-7-2007 20:20
rdzacccess,ko ajo aku nak alau antu raya boleh?rumah aku nih ya Alllah,aku da xtahanla..xbleh tinggal sorang..kalo tinggal sorang..asik meremang ja bulu roma aku..even aku tgh surf tenet pon..bul ...


Kalau ko boleh dok releks macam ni, kira okay lah.
Pergi kat minit ke 1:40...


[ Last edited by  rdzaccess at 24-7-2007 02:35 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2007 02:45 AM | Show all posts
Dalam masa aku berlari keluar tu...(aku belum mandi lagi..)
Aku nampak nenek tu dan ada sesuatu mengekori dia.
Agak jauh lah sikit , benda nya putih.
jauhnya dapur ngan pangkin ( tempat lepak org tua2) adalah lebihkurang 15 meter.

Terus saja aku berlari ke arah benda putih tu ( yg aku sangkakan kambing)
Kononnyer nak halau dia keluarlah) melintasi nenek yg terketar2 ketakutan.
Dengan berani nye aku menghampiri ( sambil berlari ) kambing putih tu..

( Masa tu lah aku teringat akan kata2 bapak aku: kalau kau jumpa, kau naik atas bahu dia; dan kau pegang kepala dia , kau
  goncang2kan)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2007 02:50 AM | Show all posts
Secara otomatis bila dah sampai dekat aku teringatkan kata2 bapak aku dan lantas melompat,
ngam2 atas bahu dia. Nasib baiklah dia tak tinggi.
Agak2 antara paras peha dan pinggang ajer.
Aku membahunya dari belakang tatkala dia ingin melarikan diri ( Mungkin terkejut sebab aku charge ke depan ngan laju)
Aku pun pegang kepala diri sebelah sisi dan aku enjut , ke depan  dan ke belakang.
Dia pun terhangguk2 mengikut hayunan tangan aku.

Dalam masa perbuatan yang aku lakukan itulah baru ku sedari bahawa ianya bukan kambing...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2007 02:59 AM | Show all posts
Tetapi satu makhluk yang tak pernah aku tengok sebelum ni.
Tiada mempunyai kaki, cuma satu ikatan di hujung, lembut tapi mempunyai tenaga.
Masa menghangguk tu aku pandang akan muka dia.
Mempunyai satu mata yang agak besar terletak di tengah2 mukanya.
Tak lah warna merah sangat ( macam orang mandi sungai, kan mata jadi merah bila pas menyelam)
Oleh kerana ia tidak mempunyai kaki maka ia meng ensot aje , ( macam cacing gamaknyer)
Berpakaian kain kapan dengan bau kapur barus.
Lain2 macam manusia biasa , mempunyai hidung yang lentik ke bawah ( kira mancung ler)dengan cetusan otot selari ngan hidung ke atas.
Mulutnya pun macam orang gak tetapi aku dapati ada dua  taring  yang tersorok di dalam , hanya hujung jer sedikit yang keluar.
Dia dengan lembut berjaya meloloskan diri  daqn terus aje  meng ensot dari cengkaman  pahlawan aku.
Hilang bila jarak agak se meter gitu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2007 03:17 AM | Show all posts
Dengan rasa berdebar2 dan kalut , aku kembali ke dapur.
Aku cuma duduk kat tangga dapur sambil memerhatikan kekecuhan yang berlaku
sehinggalah mereka menegurku dengan soalan payah yang aku nak jawab.

"Katakanlah: Diwahyukan kepadaku, bahwa sekumpulan jin mendengarkan (Qur'an).
Mereka berkata : Sesungguhnya kami telah mendengar Qur'an ( Bacaan) yang mengagumkan"
( al Jinn 72:1)

" Dan sesungguhnya mereka mengira sebagai perkiraanmu , bahwa Allah tiada akan mengutus seorang jua pun.
  Dan kami mengintip rahsia langit , tetapi kami dapati penuh dengan  penjagaan yang keras dan suluh api yang  menyala".
(al Jinn 72: 7~8)

"Selain dari Utusan yang disukaiNya. Sesungguhnya Dia mengadakan di hadapan dan di belakang Utusan itu pengawalan"
(al Jinn 72: 27)

"Katakan : Aku hanya memuja Tuhanku dan aku tiada mempersekutukan Dia dengan siapa jua pun"
( al Jinn 72 : 20)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2007 03:27 AM | Show all posts
Originally posted by siape_aku at 23-7-2007 09:49
rdza!!! kau cite mmg best tp disebabkan kami ni kena bace kan...kau kena spesific sket la...nenek kau pon kau pnggil nenek...nenek gigi putih tu pon kau panggil nenek....cube bagi name...xde la k ...


Skarang ni musim durian kat Semenyih. Aku tak berani nak kluar memalam. Sebab kawasan perumahan aku ni dahulunya adalah tempat pembuangan segala benda entiti ni.( Nnti dian jatuh atas pala )
Maklumlah kawasan hutan dekat pulak ngan sungai yg masih lagi mempunyai ikan baung dan sebarau.
Sekarang ni pun dah jadi tempat penyimpanan mayat dan sampah terbesar di Malaysia.
Kubur Cina "Nirwana" dan Kubur Kristian bersepadu "Nirvana".
Kilang pemerosesan sampah 'RDF'.
Akan datang pulak Perkuburan Islam Bertingkat.
So kalau ko nak mendalami apa yang tersirat , boleh datang kat sini...

[ Last edited by  rdzaccess at 24-7-2007 03:28 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2007 03:31 AM | Show all posts
Hantu Bungkus.....Next..



So selalulah aku balik kampung kat N.S ni..
Oleh kerana masih  belia dan suka ambik lap ngan moto kap  aku,
Maka aku selalu ikut jalan  lama  , melalui  Mantin.
Masa tu aku tinggal bujangan kat Sect 14, P. Jaya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2007 03:47 AM | Show all posts
Ada lak kenduri kahwin salah seorg sepupu aku nih.
Perkahwinan Adik Zapril Hashim ( pemain bolasepak N. S seangkatan ngan Mokhtar dulu).
Jadi macam2lah kegembiraan yang ada. Orang kampung yg minat sekali adalah joget lambak. Aku suka nonton jer sbb suka tengok kalau2 ada yang terlambak pulak.

Setelah penat menguruskan pinggan mangkuk yang banyak nak diservis aku pun mengambil kesempatan untuk tido kat tengah rumah Pak Teh aku ( aku panggil dia Pak Teh Hashim ~ bapak Zapril)

Rumah tu adalah rumah Tok Cik ~ Bapak kepada Pak Teh Hashim.
Tok Cik ni masa dia nak meninggal, syok jugak aku tengok.
Masa tu cuti tahun persekolahan kira ujung tahun lah.

Adalah dalam seminggu nak pi tu dia dah tunjuk karektor dah.

Kekadang sihat ( nampaknyer ) kekadang nazak amat sangat.

Badan dia masa tu dah tinggal kulit ngan tulang jer.

Maka ramai lah sedara, saudara , kenalan dan orang kampung yang menziarahi dia.

" Bak rokok aku nak isap" katanya.

Satu bungkus rokok tembak dihulur. Dia duduk menyandar kat dinding.
Satu persatu rokok dihisap dengan dalam2. Dilepaskan, dihisap lagi.
Habis satu bungkus.
"Bagi rokok aku nak isap" katanya sekali lagi.
Satu bungkus diberi lagi, Jenama yang sama.
Hisap lagi....
Mata memandang , hati berkata2 -.-.-. begitulah aku tengok orang yang mengelilinginya.
(Penulisan di atas ni adalah flashback untuk akan datang)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2007 04:04 AM | Show all posts
Lepas kenduri dan dah abis servis semangkuk kami pun mula menuju jalan pulang .
Kawan aku Aziz membonceng. Esok nak kerja dah. Masa tu aku kerja kat P.Jaya.
Carrier International.
Kami memulakan perjalanan sekitar jam 9 malam.
Macam biasa kami melalui jalan lama, Kuala Sawah, Tmn Tuanku Jaafar, dan terus ke Bandar Seremban. Melalui Jln.Templer dan menghala ke Beranang melalui Mantin.

Sebelum sampai pekan Mantin kami harus melalui jalan yang berselekoh dan berbukit.
Kegelapan dan kepekatan malam  membuatkan lampu moto aku menyuluh terang.
Yang disuluh adalah penanda jalan dan batu penanda jarak JKR.

Satu selekoh, dua selekoh, sampai lah selekoh yang ke berapa aku tak ingat.
Aziz memecah kesunyian dengan bunyi dari percakapan nye.( selain dari bunyi moto aku)
"(nick aku), ko tengok kat batu tanda jalan tu , aku tengok macam ada bendalah.."
"Cuba ko tengok betul2 , kalau ada kereta lalu dia hilang , bila tak de kereta , ko suluh boleh nampak."
kata Aziz lagi.
'Tak kan lah setiap batu jalan tu ada macam yg dicakapkan' ( kataku dalam hati )
Memperlahankan moto dari kelajuan normal , itulah yg aku lakukan.

Apabila lampu tersuluh saja kat satu selekoh ke kanan maka terpancarlah cahaya pantulan batu penanda JKR yg sebelah kiri tu dan di bawahnya
terlonggok se akan satu bungkusan putih.

Aziz pun menjerit " ANTU....!!!"

(Oleh kerana sekarang ada masalah teknikal~butang cursor aku tercabut, maka aku kan sambung esok)
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 04:08 AM | Show all posts
rdzacess, bende putih yg ko sangkakan kambin tu pak guard kedai tu ker...

[ Last edited by  bb_nessa at 24-7-2007 06:02 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.069586 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list