CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MsCinderella

Sembang Sukan :: Liga Juara2 : Liv/Che & Barca/M.Utd ::Ayuh Teka Jaringan!

 Close [Copy link]
 Author| Post time 12-4-2008 10:44 AM | Show all posts
EPL (13 April 08)

Liverpool vs Blackurn
ESPN, 8.25 mlm

Manchester United vs Arsenal
ESPN, 10.55 mlm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2008 10:54 AM | Show all posts
SUKAN

Ujian getir Arsenal


:@
--------------------------------------------------------------------------------


LONDON - Arsenal akan berdepan ujian getir minggu ini sebelum mereka dapat merealisasikan impian untuk menjulang Liga Perdana England.

Jika melepasi ujian ini, peluang mereka mungkin kembali terbuka dan jika gagal, skuad bimbingan Arsene Wenger itu boleh melupakannya.

Mereka akan diuji Manchester United esok pada perlawanan tumpuan di Old Trafford.

The Gunners yang mahu menebus kekecewaan tersingkir daripada kempen Liga Juara-Juara oleh Liverpool Selasa lalu, kini ketinggalan enam mata di belakang United dan pastinya hanya kemenangan sahaja yang mampu mencerahkan peluang mereka dalam perebutan juara liga.

Arsenal dibarisi pemain yang berbakat, namun mereka masih lagi belum menjuarai sebarang gelaran musim ini.

Kritikan turut dilemparkan ke atas pemain mereka yang kebanyakannya dibarisi bintang dari luar England sehingga menyebabkan The Gunners tidak memiliki semangat berpasukan yang utuh dan juga kesungguhan.

Begitupun, kemenangan Arsenal ke atas Bolton menangkis segala kritikan itu selepas mereka bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk menang 3-2 dengan hanya beraksi sepuluh orang di Stadium Emirates.

Penyerang Arsenal, Emmanuel Adebayor menjelaskan pasukannya tidak akan hilang semangat apabila berdepan United nanti.

"Apa yang paling penting sekarang ialah mengekalkan tumpuan ke atas apa yang kami capai musim ini," katanya.

"Kami masih lagi memburu kejuaraan liga dan kami masih lagi percaya kami mampu memenangi sesuatu hujung musim ini." - AFP

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2008 10:38 AM | Show all posts
Keputusan Liga Super

Kedah vs Terengganu
2 - 1

***Kedah pertahan Juara Liga Super

Perlis vs Polis
4 - 0
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2008 10:43 AM | Show all posts
Sempenan Perlawanan Penentuan Antara M.United dan Arsenal mlm ini...ayuh teka jaringan...
100 kredit akan diberikan kepada forumer yang dapat meneka:

a) jumlah jaringan yang tepat
b) penjaring gol

50 kredit akan diberikan pada salah satu tekaan yang tepat...
waktu meneka ditutup selepas separuh masa kedua bermula
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 10:45 AM | Show all posts
mum teka arsenal 2-MU 1

penjaring.... tatau.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 12:48 PM | Show all posts
arsenal 3 - 2 MU


MU gol - rooney - 2

Arsenal gol - adebayor - 1, hleb -1 , persie -1 saper lagi main arsenal nie......



[ Last edited by  stingbeh at 13-4-2008 11:11 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2008 12:51 PM | Show all posts
MU 3 Arsenal 1

:pompom: :pompom: :pompom:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 09:08 PM | Show all posts
MU 2 - 0 ARSENAL

mu - ronaldo

mu - tevez

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2008 11:19 PM | Show all posts
arsenal 2-1 MU

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2008 12:07 AM | Show all posts
masa meneka dah tamat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2008 09:22 AM | Show all posts
Keputusan EPL

Liverpool vs Blackburn
3 - 1

M.United vs Arsenal
2-1
                                             Ronaldo (pen) m53     Adebayor m41
Hargreavas m71


[ Last edited by  MsCinderella at 14-4-2008 09:28 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2008 09:31 AM | Show all posts
Originally posted by new_mum at 13-4-2008 10:45 AM
mum teka arsenal 2-MU 1

penjaring.... tatau.....


terbalik...

Originally posted by stingbeh at 13-4-2008 12:48 PM
arsenal 3 - 2 MU


MU gol - rooney - 2

Arsenal gol - adebayor - 1, hleb -1 , persie -1 saper lagi main arsenal nie......



tak tepat...
roney tak score langsung...

Originally posted by Traza at 13-4-2008 12:51 PM
MU 3 Arsenal 1

:pompom: :pompom: :pompom:


terlebih 1 goal


Originally posted by Joe Hahn at 13-4-2008 09:08 PM
MU 2 - 0 ARSENAL

mu - ronaldo

mu - tevez


kena tambah 1 kat Arsenal
ronaldo satu saja goal...huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2008 09:47 AM | Show all posts
Liga Super Sabtu

Pahang vs Perlis

Polis vs Kedah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2008 09:54 AM | Show all posts
English Premier League

Arsenal vs Reading
Chan 812,7.40 pm

Fulham vs Liverpool
Chan 812,9.55 pm

Blackburn vs M.United
Chan 813, 12.10 am (20/4/08)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2008 11:41 AM | Show all posts
Keputusan Liga Super

Pahang vs Perlis
1-0

Polis vs Kedah
1-0


Keputusan EPL

Fulham vs Liverpool
2-0

Arsenal vs Reading
2-0

Blackburn vs M.United
1-1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2008 11:43 AM | Show all posts
Impian palsu di Johor Bahru
Oleh Ahmad Khawari Isa


MURAM: Reaksi Kien Keat (kanan) dan Boon Heong selepas tewas kepada Jae Sung Jung dan Yong Dae Lee 16-21, 21-16, 21-18, petang semalam.



Gandingan Kien Keat-Boon Heong lengkapkan minggu penuh kehampaan

MEMORI luka dilengkapkan pada Kejohanan Badminton Asia (ABC), semalam, apabila gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tidak upaya menjelmakan wakil negara untuk pertentangan kemuncak di Stadium Bandaraya, hari ini.

Kehampaan itu jadi kenyataan apabila gembira kemenangan set awal gagal diteruskan untuk baki dua set berikutnya, lantas memaksa Kien Keat-Boon Heong akur kecundang 21-16, 16-21, 18-21 kepada juara Seluruh England dan Terbuka Switzerland dari Korea Selatan, Jung Jae Sung-Lee Young Dae.

Namun seperkara pasti, tiada duka atau pun wajah kecewa tertera kerana cabaran yang tersangkut pada separuh akhir itu sebenarnya menjelmakan petanda positif betapa - biarpun belum mencecah tahap maksimum diinginkan - mereka sudah mula menjumpai sentuhan gerun yang pernah menggentarkan lawan.

揝aya tidak kecewa, sebaliknya puas hati. Biarpun kami kalah, kami kalah dengan bersemangat. Saya mahu kombinasi kami lebih mantap dan bersefahaman. Dalam kejohanan ini memang ada perkembangan positif mengenainya,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2008 11:44 AM | Show all posts
United tersentak, Arsenal bertahan


LONDON: Hajat Manchester United mempertahankan mahkota Liga Perdana Inggeris (EPL) bertambah cerah walaupun sekadar mampu seri 1-1 ketika menentang Blackburn dalam saingan rancak di Ewood Park, awal pagi tadi.

Apapun, Blackburn dengan suntikan semangat di halaman sendiri mendahului pada minit ke-21 hasil jaringan Santa Cruz Roque dan tampak seperti mampu mengutip mata penuh buat menyentap cabaran United sebelum Carlos Tevez hadir selaku penyelamat dengan gol penting pada minit ke-88.

United akan menentang Chelsea pada 26 April ini Stanford Bridge bagi membuat penentuan siapa bakal mengukuhkan cengkaman selaku juara bagi musim baru.

Sambil itu, Arsenal berjaya menebus sedikit maruah apabila menewaskan Reading 2-0 walaupun keputusan itu tidak akan cukup untuk menjejaskan posisi United yang masih mampu ada peluang mendakap trofi kejuaraan EPL di sebalik kekalahan perit itu di gelanggang lawan.

United menewaskan Arsenal 2-1, Sabtu lalu - keputusan yang membunuh terus harapan pasukan bergelar 慣he Gunners
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2008 10:26 AM | Show all posts
Owen gegar

LONDON: Dua jaringan Owen pada separuh masa pertama membuktikan dia kembali ke prestasi terbaik, sekali gus menghadiahkan kemenangan Liga Perdana Inggeris, 2-0 terhadap Sunderland, di St James Park.

Owen yang memburu tempat dalam skuad England bimbingan Fabio Capello, memulakan aksi cemerlangnya dengan tandukan seawal minit keempat dan sepakan penalti sebelum tamat separuh masa menjadikan jumlah gol dijaringkan bertambah kepada enam dalam tujuh perlawanan dan 15 sepanjang musim ini.

揝aya menikmati detik paling hebat,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2008 01:31 PM | Show all posts
Liga Juara-Juara

Pagi Esok
Separuh Akhir Pertama

Liverpool vs Chelsea
2.30 pg, Chann 812

Khamis

Barcelona vs M.United
2.30 pg,Chann 812
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.742779 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list