CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 35072|Reply: 74

seni dalam pendidikan

[Copy link]
Post time 2-5-2007 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Apakah maknanya seni dalam pendidikan. Harap mendapat penjelasan lebih lanjut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2007 05:47 PM | Show all posts
seni juga satu terapi......
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 05:48 PM | Show all posts
dalam pendidikan, seni boleh dijadikan pengantara untuk memahami sesuatu ilmu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 05:49 PM | Show all posts
seni boleh jadi sains...seni juga boleh jadi matamatik...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2007 10:27 PM | Show all posts
Originally posted by baina at 2-5-2007 12:18 PM
Apakah maknanya seni dalam pendidikan. Harap mendapat penjelasan lebih lanjut.

Seni dalam pendidikan adalah mendidik seni dalam Pengajaran dan pembelajaran di institusi2 pendidikan seperti di sekolah2atau di Institusi2 Pengajian Tinggi. Setiap tahapnya ada pendekatan yang berbeza serta objektif dan matlamatnya yang khusus.

Seni dalam pendidikan dimulakan dari Pra-Sekolah yang mengambil pendekatan bermain-main sambil menghasilkan kerja2 seni.

Di Sekolah Rendah aktiviti2 seni mula diperkenalkan dengan memfokus kepada 4 bidang..
i.  Melukis dan menggambar
ii.  Mereka dan Mencorak
iii.  Kraf Tradisional
iv. Membentuk dan Membuat Binaan.

Di Sekolah Menengah pula asas2 seni secara teori dan praktik mula di dedahkan kepada murid2.
Antara yang penting ialah unsur2 asas seni seperti garisan,rupa,bentuk,jalinan,warna dan ruang.
Dengan mengenali asas2 ini barulah seseorang pelajar itu mampu untuk menghasilkan kerja seni atau menghayati hasil seni.

Aku bukan seorang guru seni tapi cuma beristerikan seorang pendidik seni.



[ Last edited by  Gravedigger at 12-5-2007 10:30 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 07:14 PM | Show all posts

Reply #1 baina's post

Salam,

Actually, walau pun I bertugas sebagai pendidik seni... I tak pernah belajar atau mengajar subjek Seni Dlm Pendidikan ini.  Bagaimana pun I ada modul ttg subjek ini.  I memang suka kumpul nota2 mengenai seni.

InsyaAllah, ada masa I akan cerita pjg...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Kembung_ker? This user has been deleted
Post time 10-6-2007 09:36 PM | Show all posts
Originally posted by ainkasih at 11-5-2007 05:49 PM
seni boleh jadi sains...seni juga boleh jadi matamatik...


seni boleh jadi english ?








ibu babi darsita suka bergaduh dgn moderators serta forum legends.
sebab itu di mana2 bod, ada shj org hentak kepala ibu babi darsita.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 08:30 PM | Show all posts
Seni Dalam Pendidikan ini dilaksanakan dalam bentuk teori dan amali.  

Tumpuan diberi kepada aktiviti yang mendorong murid-murid menggunakan imaginasi, ekspresi. Inkuiri dan kecerdasan pelbagai.  

Penekanan juga diberi kepada aspek penglibatan secara aktif dan menyeronokan  serta pembelajaran dan pemindahan pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan perkembangan individu yang menyeluruh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2007 08:31 PM | Show all posts
Sukatan Pelajaran Seni Dalam Pendidikan digubal untuk membolehkan peserta kursus

- Memperoleh pengalaman seni visual, muzik dan pergerakan serta menggunakannya sebagai asas perhubungan pengetahuan dalam proses pembelajaran;

- Mengaplikasikan konsep pembelajaran melalui seni dengan menghubungkaitkan pengalaman Seni Visual, Muzik dan Pergerakan;

- Membina kepekaan persepsi, apresiasi, kesedaran estetik, pemikiran kreatif dan imaginatif melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan;
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 08:32 PM | Show all posts

sambungan...

- Meneroka ketiga-tiga komponen iaitu Seni Visual, Muzik dan Pergerakan untuk memperoleh pengetahuan dan pengalaman

- Mengintegrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dengan mata pelajaran lain

- Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman Seni Visual, Muzik dan Pergerakan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 08:33 PM | Show all posts

KONSEP DAN LATAR BELAKANG

Merangkumi 3 bidang iaitu Seni visual, Muzik dan Pergerakan dalam pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.

Kefahaman dalam ketiga 杢iga bidang ini boleh dicapai melalui penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi.

Aktiviti-aktiviti seni dalam pendidikan ini kemudiannya diintegrasikan ke dalam mata pelajaran lain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 08:34 PM | Show all posts
Setiap insan berhak menerima pendidikan dan pemahaman tentang seni tanpa mengira latar belakang, bakat atau kebolehan.

Integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan meningkatkan perkembangan insan dan minda secara holistik dan membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang.

Teori-teori dari ahli psikologi kognitif dan konstruktivisme telah membuktikan kanak-kanak tidak memperolehi pengetahuan secara pasif, tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 08:34 PM | Show all posts
Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner telah menyokong seni diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum; ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai

Quadrant Concept(1993) oleh Hermann menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 08:35 PM | Show all posts

Kepentingan Seni dalam pendidikan

Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai.

Melalui aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan, kanak-kanak dapat melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan.

Integrasi ketiga-tiga bidang ini dengan mata pelajaran lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 08:37 PM | Show all posts

FAEDAH SENI DALAM PENDIDIKAN

Pengalaman optima melalui Seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar

Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi

Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh

Belajar cara belajar
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 08:38 PM | Show all posts

Seni Dalam Pendidikan dari Perspektif Teori Pembelajaran

Teori Konstruktivisme

Teori Kecerdasan pelbagai

Teori Behaviorisme Sosial

Teori Perkembangan

Teori Otak Kiri Otak Kanan

Teori Pemprosesan Maklumat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2007 08:39 PM | Show all posts
ada masa sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 07:00 PM | Show all posts

Perkembangan Kanak-Kanak, Remaja dan Seni

Seni merupakan asas kepada perkembangan individu.  Jika diajar dengan baik, maka dapat meransang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran.   
      
                   Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas kedengaran dalam bilik darjah patut digalakkan semasa pembelajaran.  

Justeru itu seni  membolehkan kanak-kanak menyertai proses pendidikan sepenuhnya tanpa merasa sebarang perbezaan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 07:01 PM | Show all posts
Melalui aktiviti seni, daya estetik  kanak-kanak dapat dipertingkatkan.  Contohnya, menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk 揕ebah
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 07:02 PM | Show all posts

Keperluan dan keinginan asas kanak-kanak dan remaja

Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak.

1.  Keinginan untuk bergerak.

     - Kanak-kanak suka mengambil peluang
       untuk bermain dan melibatkan diri
       dalam sebarang kegiatan fizikal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.504001 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list