CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
Author: Syd

[Cadangan] Hak Pekerja / Akta Kerja (Q & A)

[Copy link]
Post time 15-11-2009 10:06 AM | Show all posts
52# otomen_taro

otomen chek pm yep.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2009 10:07 AM | Show all posts
52# otomen_taro
otomen- check P.M yep
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2009 10:08 AM | Show all posts
dabel post plak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 02:21 PM | Show all posts
nk tanye..ade x company yg x bg maternity leave?dlm cntract mmg x tulis ade leave tu,tp ade tulis hospitalization/sick leave.tp,maternity xde?kalau x bg,mmg bleh sue ker?sape tau camne cara2?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 12:56 PM | Show all posts
Nak tanya tentang Anual Leave. Harap ada sahabat yang sudi membantu.

Bolehkah kampeni hanya memberikan annual leave setelah setahun bekerja? Maksudnya walaupun dah komfem dalam masa 3 bulan tetapi selagi belum sampai setahun bekerja, semua cuti selain cuti umum adalah unpaid leave
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 12:14 PM | Show all posts
nak tanya,

1. kalo majikan sendiri x menyediakan kontrak pekerjaan dan bila pekerja2 dia berhenti kerja tanpa notis, berhak kah majikan itu memotong gaji pekerjanya sehingga RM100 krn pd pandangan majikan itu pekerja2nya tidak menyiapkan kerja yang diberikan sebelum berhenti...

2. berhak kah majikan memotong daripada gaji pekerjanya elaun minyak yg dijanjikan kpd pekerjanya bhw elaun itu x akn dipotong drpd gaji pekerja itu apabila pekerja itu berhenti dari premis majikan itu?

3. berhak kah majikan memotong gaji pekerjanya sehingga lebih dari separuh gaji yg dijanjikan? (nota: gaji yg diberikan adalah rm900 sebulan)
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 09:51 PM | Show all posts
masalah saya ,

saya berkerja sebagai Pembantu Kesihatan Awam di salah sebuah  PBT di selangor di bawah skim khidmat singkat. walaupon berkerja dgn PBT, yg bayar gaji adalah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) melalaui PBT. berkerja sejak 1 september 2009 sehingga 31 disember 2010. gaji 1200 tepat. bersih. tiada sebarang elaun seperti yg org gomen dapat, tiada kerja lebih masa, xde tolak pembayaran socso, kwsp, xde insuran dll.  
1)gaji kami dianjakkan sebulan lambat gaji bulan 9 kami dapat hujung bulan 10 begitulah seterusnye. ..masa tu nak raya pon xde gaji..x raya aku.
2).untuk bulan february ni gaji kami dengarnye dapat hujung bulan depan dalam hujung bulan april. kerana apa yg saya dengar, bahagian kewangan kata tiada budget dari KPKT. Namun begitu tiada masalah gaji bagi rakan2 kami dari PBT dari daerah lain.bulan ni sume bil terpaksa ditangguhkan.
3)ketua jabatan macam x endah je kebajikan kami. macam kami ni x wujud je.

boleh ke majikan buat kami macam ni? majikan tu gomen plak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2010 08:11 AM | Show all posts
nk tanye..ade x company yg x bg maternity leave?dlm cntract mmg x tulis ade leave tu,tp ade tulis ho ...
kosaifriks Post at 8-12-2009 14:21


maternity leave wajib diberi kpd pekerja pompuan.
klu dlm offer letter xbertulis pun, company wajib bagi maternity leave sbb peruntukan ni ada dlm akta kerja
klu majikan xbenarkan ambil maternity leave atau xbayar gaji/elaun masa maternity leave, pegi pjbt buruh terdekat buat aduan
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2010 08:23 AM | Show all posts
nak tanya,
1. kalo majikan sendiri x menyediakan kontrak pekerjaan dan bila pekerja2 dia berhenti kerja tanpa notis, berhak kah majikan itu memotong gaji pekerjanya sehingga RM100 krn pd pandangan majikan itu pekerja2nya tidak menyiapkan kerja yang diberikan sebelum berhenti...

Mana-mana majikan yg xberikan kontrak pekerjaan kpd pekerja, akta kerja 1955 adlh terpakai utk pekerja tersebut. oleh itu, notis penamatan perkhidmatan adlh seperti dlm seksyen 12, AK 1955:
4 minggu notis - bekerja kurang dr 2 thn
6 minggu notis - bekerja lbh drp 2thn tp kurang 5 thn
8 minggu notis - bekerja lbh 5 thn
Majikan berhak utk dptkan gaji ganti notis kpd mana-mana pekerja yg berhenti tak cukup notis.
Notis penamatan terpakai utk semua pekerja s/ada dlm tempoh percubaan atau tetap klu majikan xsediakan kontrak perkhidmatan

2. berhak kah majikan memotong daripada gaji pekerjanya elaun minyak yg dijanjikan kpd pekerjanya bhw elaun itu x akn dipotong drpd gaji pekerja itu apabila pekerja itu berhenti dari premis majikan itu?

Elaun adlh tertakluk kpd majikan s/ada utk memberi atau menarik balik kecuali elaun tersebut adlah kontraktual & dinyatakan dlm kontrak perkhidmatan.


3. berhak kah majikan memotong gaji pekerjanya sehingga lebih dari separuh gaji yg dijanjikan? (nota: gaji yg diberikan adalah rm900 sebulan)
babydevil Post at 8-3-2010 12:14


Seksyen 24 (8), AK 1955 memperuntukkan jumlah2 potongan pekerja utk sebulan adlh xboleh lbh drp 50% daripada upah yg pekerja dpt utk bulan tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2010 08:26 AM | Show all posts
masalah saya ,

saya berkerja sebagai Pembantu Kesihatan Awam di salah sebuah  PBT di selangor di  ...
amattkp Post at 25-3-2010 21:51


akta kerja 1955 hanya terpakai utk pekerja swasta shj.
sy xtau & xreti nak bg pendapt utk mslh ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 02:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by Temantidox at 7-9-2010 14:41
nak tanya,
babydevil Post at 8-3-2010 12:14


1. kalo majikan sendiri x menyediakan kontrak pekerjaan dan bila pekerja2 dia berhenti kerja tanpa notis, berhak kah majikan itu memotong gaji pekerjanya sehingga RM100 krn pd pandangan majikan itu pekerja2nya tidak menyiapkan kerja yang diberikan sebelum berhenti...

Majikan hanya boleh potong gaji atas alasan statutory deductions, contohnya EPF, SOCSO, Income Tax sahaja. Potongan lain boleh dibuat atas persetujuan pekerja atau kebenaran dari Director General of Labour (DG)

2. berhak kah majikan memotong daripada gaji pekerjanya elaun minyak yg dijanjikan kpd pekerjanya bhw elaun itu x akn dipotong drpd gaji pekerja itu apabila pekerja itu berhenti dari premis majikan itu?
Jika ianya termaktub di dalam kontrak pekerjaan tuan/puan, maka majikan tidak boleh sewenang-wenang potong dari gaji tuan/puan.

3. berhak kah majikan memotong gaji pekerjanya sehingga lebih dari separuh gaji yg dijanjikan? (nota: gaji yg diberikan adalah rm900 sebulan)
Tidak boleh lebih 50% melainkan atas kebenaran DG.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 02:44 PM | Show all posts
Nak tanya tentang Anual Leave. Harap ada sahabat yang sudi membantu.

Bolehkah kampeni hanya memberikan annual leave setelah setahun bekerja? Maksudnya walaupun dah komfem dalam masa 3 bulan tetapi selagi belum sampai setahun bekerja, semua cuti selain cuti umum adalah unpaid leave.
mushroomsup Post at 1-1-2010 12:56


Jika jenis pekerjaan anda tersenarai di bawah Jadual Satu Akta Pekerjaan 1955, maka majikan berhak menahan cuti anda sehingga anda melengkapkan 12 bukan perkhidmatan tanpa henti (kecuali cuti). Walaubagaimanapun bergantung kepada polisi syarikat itu sendiri. Ada majikan yang membenarkan pekerja menggunakan cuti tahunan (secara prorata) selepas disahkan dalam jawatan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 03:06 PM | Show all posts
seorang rakan saya telah difitnah mempunyai skandal. tanpa ada siasatan menyeluruh pegawai atasan su ...
Apollo Post at 13-11-2009 10:17


Jika beliau yakin beliau difitnah dan reputasi dan maruh beliau terjejas akinat dari tindakan tersebut, maka jalan yang terbaik adalah memulakan prosiding saman malu (libel suit) di mahkamah tinggi (rujuk peguam).

Jika beliau ditukarkan jabatan / tempat kerja oleh majikan atas sebab-sebab keperluan operasi yang munasabah dan tulen (bona fide)", dan hak tersebut dinyatakan di dalam kontrak pekerjaan sebagai prerogatif majikan, maka pekerja wajib mematuhi arahan tersebut. Jika pekerja percaya tindakan permindahan tersebut mempunyai niat jahat (mala fide) maka arahan perpindahan tersebut bolehlah dipertikaikan dengan menulis bantahan kepada majikan dengan memperingati majikan bahawa tindakan tersebut boleh membawa kepada pemecatan konstruktif. Jika tiada sebarang maklum balas dari majikan, maka pekerja perlu berhenti dari tugas beliau dan segera memfailkan tuntutan di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Industri 1967 dalam tempoh 60 hari dari tarikh pemberhentian.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 05:57 AM | Show all posts
Jika beliau yakin beliau difitnah dan reputasi dan maruh beliau terjejas akinat dari tindakan te ...
Temantidox Post at 7-9-2010 15:06


Setuju dengan pendapat tuan. tetapi jika dia berhenti dengan sukarela, pasti surat notis yang diberikan kepada majikan akan menjadi weapon pada pihak majikan. Jika dia ingkar untuk tidak bekerja tanpa memberi notis berhenti, dah jatuh under 15(2), tidak hadir bertugas lebih dari 3 hari dianggap surat kontrak terbatal. dan sememangnya claim under IRA section 20, mungkin akan mengembalikan dia ke posisi asal tetapi ada kesan bila dia terima semula kerja tersebut.

Pendapat saya, kita kembali semula ke asas kontrak yang terkandung master(majikan)-slave(pekerja) di mana kita sebagai pekerja harus ingat bahawa kita adalah pekerja. saya yakin bahawa setiap tempat kerja, mesti ada unit aduan pekerja. saya sarankan supaya buat aduan dahulu bersama bukti atau saksi untuk siasatan dalaman syarikat itu. ini untuk clearkan nama yang terkena itu. berkenaan dipindahkan ke mana -mana jabatan atau bahagian, jangan lah kita melawan kerana kita hanya pekerja. kita kena terima selagi tak harm kita balik lebih lebih lagi bila dah ada dalam kontrak asalkan kita tak diturunkan pangkat, gaji dan sebagainya. Jika diturunkan pangkat dan sebagainya, baru rujuk ke jabatan tenaga kerja untuk tindakan selanjutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 05:36 PM | Show all posts
nak tanya, klu company tak nak bg cuti time cuti umum, cth esok 31/12 sbb menang bola. blh ke kita buat aduan pasal ni? nak buat aduan kat mana? kedekut taik hidung masin company ni:@
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 01:37 PM | Show all posts
Reply 75# renee

ye ye.... aku pun nak tanye soklan yg same...

dahla public tak dbenarkan cuti.. tak di bayar plak tuh...

company swasta tak termasuk ke???
swasta takde hak ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 07:56 AM | Show all posts
Company saya plak bg cuti gantian (31/12/10) kepada 15/1/11 iaitu hari SABTU tetapi ada 3 department yang hanya bekerja 5hari so di mana gantiannya? Bagi department lain mereka bekerja 1/2 day pada hari sabtu.. Sekiranya saya membuat aduan adakah segala maklumat pengadu akan dirahsiakan oleh JTKSM
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 12:43 PM | Show all posts
Reply 77# rollin_79


tanya pejabat buruh utk kepastian...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 12:20 PM | Show all posts
Company saya plak bg cuti gantian (31/12/10) kepada 15/1/11 iaitu hari SABTU tetapi ada 3 department ...
rollin_79 Post at 4-1-2011 07:56


klu isu general, mcm cuti PH yg melibatkan semua pekerja dlm compny tu mmg bole rahsiakan nama.
bgtau pd officer yg catat kes aduan tu minta nama pengadu dirahsiakan
tp klu isu2 yg sgt spesifik pd pengadu & xterkena pd pekerja lain mcm isu majikan potong gaji, agak susah sket nak rahsiakan nama sbb kdg2 officer incharge kes aduan tu nak copy payslip dr majikan utk report dia & taksiran tunggakan potongan gaji pekerja tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 09:52 AM | Show all posts
saya seorang kakitangan kerajaan, saya ingin nak tanya pasal kerja separa masa saya....hari sabtu dan hari ahad...adakah majikan kerja separa saya ada hak tahan gaji(remainder salary) saya dan tidak bayar saya? saya ada bagi sebulan notis sebelum saya berhenti bekerja...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-1-2022 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.087776 second(s), 20 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list