CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sharkie

Isytihar jika beristeri dua

[Copy link]
letitbe_rahsia This user has been deleted
Post time 19-4-2007 09:17 PM | Show all posts
saya isteri rahsia, rahsia dari sesetengah pihak dan isteri pertama sahaja, tapi semua family saya tahu, adik2 suami tahu, kawan2 suami tahu, semi-rahsia lah ni

pencen? hehe, saya kenal suami selepas dia pencen. Berhak lagi ke? Apa yg dia beri pun dah lebih dari pencen dia. Sekarang memang dia full-time business, jadi memang betul, beli asset dan beri asset kepada isteri rahsia. Cash pun penting. Kan byak jenis simpanan sekarang ni, ASB ada, kalau ambil ASB fund RM100K selama 6 bulan, 4 tahun campur bonus dan dividen dah ada setengah juta. Kan lebih dari pencen tu .  Kalau apa2 jadi pada suami, rumah2 saya boleh dijual. Sebab tu suami tak buat loan lama2, semua loan atas nama saya, dia yang bayar, saya kan tidak kerja .  Kereta pun dah nak habis bayar bulan 6 nanti. Lepas satu beban. Kereta pun loan nama saya.

isteri pertama lagi untung, semua harta atas nama suami, kalau jadi apa2 pada suami, dia tak perlu bayar sesen pun. Cuma ada satu benda saja yg suami letak dua nama, iaitu life insurance suami, ada nama saya, ada nama isteri pertama.

Jadi, pencen suami memang saya tak akan sentuh langsung. Memang hak isteri, tapi kalau isteri dah dapat lebih dari itu, perlu tuntut lagi ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


letitbe_rahsia This user has been deleted
Post time 19-4-2007 09:18 PM | Show all posts
Originally posted by doreen at 19-4-2007 05:07 PM



alalala, ok ok, i nak log off dah, sori, nyakat petang2  
sori putubambu, sori lostsoul......  
relek ler.....



habis dengan mod kena main dengan doreen ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2007 09:31 PM | Show all posts
Originally posted by sofiajane at 19-4-2007 19:43
Off topic jap...Kak black..lama tak nampak..bz ker.?..ke lepak kat ane-ane..
...im around...cuma ko jer yang eksen purak2 tak nampak aku...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 08:51 AM | Show all posts

Reply #75 norsha's post

bagus macam tu norsha..
dia nak org lain jugak tahu kehadiran 2nd wife dia lagik..

tak macam sesetengah org...
kawin nak lebih..
tanggungjawab zero...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 09:13 AM | Show all posts

Reply #81 letitbe_rahsia's post

aku rasa... konsep isytihar bini ke2 untuk dapat pencen nih... hanya boleh di guna pakai utk org2 lelaki yg tak mampu kasik bini ke2 dia ASB fund rm100k jer...

secara umum... tak semua orang keja gomen, berkemampuan utk kawin 2... tapi nak jugak... tuh yg jadik haru when it comes to pembahagian pencen...

if the hubby keja gomen & dah jusa A ker, lain citer la...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 09:14 AM | Show all posts

Reply #75 norsha's post

bagus ler laki ngko nih norsha...

berlaku adil untuk mempertahankan hak & hati kesemua isteri... very the i likessssssssss...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2007 09:18 AM | Show all posts
Originally posted by doreen at 19-4-2007 01:27 PM
pertama, saya tak berkahwin rahsia
kedua, suami bukan org gomen
ketiga, bagaimana jika isteri seterusnya tak peduli pasal pencen? so tak perlu daftar kot.

mintak le byk2 sementara dia masih idup lgk nih...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 09:26 AM | Show all posts
mimie
mende yg menjilat2 tempat menggesel
ce eleberet skit :cak:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2007 09:27 AM | Show all posts
melah, ko mulalah nak lari tajuk tu
Reply

Use magic Report

lmokhtar This user has been deleted
Post time 20-4-2007 10:32 AM | Show all posts

Reply #88 kiwimerah's post

kiwi, ni kira kes alang2 menyelam,minum air. Declare kat ketua jabatan, declarelah kat satu negara.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 10:36 AM | Show all posts
Originally posted by lmokhtar at 20-4-2007 10:32 AM
kiwi, ni kira kes alang2 menyelam,minum air. Declare kat ketua jabatan, declarelah kat satu negara.



haha, cuba ko tgk rata2 bini2 orh kat thread bising konon kena isytihar satu dunia, padahal dalam rencana tu tak cakap pun cenggitu. Buat je mana yg patut, asalkan hak terpelihara, tak yah buat lebih2 kalau tak mau
Reply

Use magic Report

lmokhtar This user has been deleted
Post time 20-4-2007 10:43 AM | Show all posts

Reply #77 blackmore's post

BM,

Aku petik dari portal gomen, baca part kes Datuk Noridan tu.

Poligami Dalam Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia

Dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia, poligami dibenarkan dengan
syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah
Syariah terlebih dahulu. Ini diperuntukkan dalam seksyen 23(1) Akta Undang-
Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984. Menurut seksyen
23(3) AUKI 1984, permohonan suami hendaklah dikemukakan kepada
Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu
akuan. Akuan tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa
perkahwinan poligami ini patut dan perlu, keadaan kewangan suami dengan
memberi butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya
yang patut ditentukan serta bilangan tanggungan termasuk orang yang akan
ditanggungnya berikutan dengan perkahwinan baru yang dicadangkan. Selain
dari itu pemohon juga kena menyatakan sama ada izin atau pandangan isteri
atau isteri-isteri telah diperolehi mengenai perkara tersebut.
Mahkamah dalam memberi pertimbangan akan mengambil kira empat syarat
kebenaran untuk berpoligami sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen
23(4) AUKI 1984, iaitu :
7


1. Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang
kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidak
layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi
untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila.
2. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk
menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang
bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru.
3. Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri
mengikut kehendak hukum syarak.
4. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar抜e
kepada isteri.

Persoalan sama ada keempat-empat syarat di atas perlu dipenuhi kesemuanya
dalam satu-satu permohonan telah diputuskan dalam kes Aishah lwn Wan Mohd
Yusof, [1990] 3 MLJ 1x dan [1991] JH VII, yang dibicarakan dalam Jawatan
Kuasa Rayuan Mahkamah Syariah Selangor. Hakim membuat keputusan
bahawa keempat-empat syarat yang disebut di bawah Sek. 23(4) Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam Selangor adalah sama pentingnya dan
hendaklah dibuktikan berasingan oleh pihak suami.
Perkara sama juga telah diputuskan oleh Jawatankuasa Ulang Bicara Selangor
dalam kes Rajamah lwn Abd Wahab, [1990] JH 171. Oleh sebab suami gagal
membuktikan bahawa dia dapat memenuhi kesemua syarat dan keperluan
dalam Sek 23(4) tersebut, Mahkamah menolak permohonan suami untuk
berpoligami.

Hakikatnya syarat yang dikenakan dalam undang-undang bukan bertujuan untuk
mengharamkan poligami kerana mengharamkannya bertentangan dengan
hukum syarak. Namun ia dijadikan sebagai satu mekanisme untuk mengawal
kaum lelaki daripada menyalahgunakan keharusan berpoligami sesuka hati
mereka. Sebagai pengiktibaran yang paling baik dapat dilihat dalam kes Ruzaini
8


lwn Nurhafizah, [2002] JH 79 memperlihatkan bagaimana adilnya hakim dalam
membicarakan kes permohonan berpoligami. Walaupun mendapat keizinan dari
isteri untuk berkahwin lagi satu, mahkamah tetap tidak meluluskannya kerana
sangsi dengan kemampuan suami untuk berlaku adil dengan kedua-dua isteri
dan tanggungan.

Seterusnya bagi mengelakkan penganiayaan terhadap wanita, AUKI 1984 juga
memperuntukkan penalti bagi lelaki yang tidak memperolehi kebenaran
Mahkamah tetapi tetap juga berkahwin lagi secara poligami. Seksyen 123
menyebut bahawa lelaki yang berpoligami tanpa mendapat kebenaran bertulis
terlebih dahulu dari Mahkamah adalah melakukan kesalahan dan hendaklah
dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya sekali.

Namun begitu, bilangan lelaki yang berkahwin poligami tanpa kebenaran
mahkamah terus berlaku dan lebih banyak berbanding yang dilakukan mengikut
prosedur mahkamah syariah. Contoh terbaru ialah perkahwinan di antara Datuk
Noridan Spee Yee dan Siti Insiah Abdul Wahab yang dilakukan di Thailand
seperti yang dilaporkan dalam Harian Metro bertarikh 20 Mac 2006. Pasangan
tersebut asalnya dijadual bernikah di Padang Serai, Kedah tetapi gagal
mendapat kebenaran Pegawai Agama Daerah Kulim akibat tidak menyerahkan
dokumen yang diperlukan dalam permohonan poligami. Persoalannya ialah
banyak masalah yang akan timbul kelak apabila pernikahan dibuat tetapi tidak
didaftar dan disahkan oleh mahkamah. Antara masalah yang akan berlaku ialah
status isteri muda dan juga anak-anaknya yang akan tergantung. Keadaan
menjadi lebih teruk apabila suami meninggal dunia yang mengakibatkan mereka
tidak dapat menuntut harta pusaka disebabkan tidak ada bukti pernikahan.
Selain itu, masalah yang mungkin berlaku ialah suami tidak boleh menjalankan
tanggungjawab dengan sempurna. Sebagai contoh isteri muda hanya dapat
berjumpa suami secara sembunyi-sembunyi seminggu ataupun sebulan sekali.
9


Akhirnya ini juga akan mempengaruhi perkembangan emosi isteri dan anak
kerana merasakan kehidupannya tidak sama dengan orang lain dan ini akan
mendatangkan pula masalah sosial.
Bagi menjaga dan memelihara hak isteri daripada menjadi mangsa ketidak
adilan oleh suami, undang-undang juga menerusi Seksyen 128 AUKI 1984
memperuntukkan bahawa seorang suami yang tidak memberi keadilan yang
sewajamya kepada isteri telah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda
tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada 6 bulan
atau kedua-duanya sekali. Peruntukan ini selaras dengan ajaran Islam yang
menekankan pentingnya kaum wanita itu dilindungi dari penyalahgunaan amalan
poligami yang sememangnya dihalalkan ini. Penekanan perlu dibuat supaya
suami memberikan keadilan yang secukupnya kepada isteri.
Reply

Use magic Report

lmokhtar This user has been deleted
Post time 20-4-2007 10:44 AM | Show all posts
Uiks...terpanjanglah pulak...aku nak cut and paste amik cth kes jek...hehe, hentam, baca sajalah. Good to know. :solute:
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 12:19 PM | Show all posts
yg pi kawin rahsia tu buat apa...?

betui le mcm kata kiki..kalau duit berkepuk lepas pencen...kawin 3 terus pun tak pa...kalau ada gheta benda kat tgh bandor KL ....kawin serentak 2 atau 3 pun tak pa....

masalahnya bila dah kawin, toksah nak berahsia....by end of the day, bini rahsia jugak la yg merana...

husband pun kena pandai la juga dlm kira bahagi tolak campur ni...jgn leka je..tak kira le gomen ke idak...

yg gheta ciput nih...nak bahagi apa yekk ? all the binis out there...start le nyimpan duit dapur 10 hinggit seminggu mulai sekarang...& jgn tunjuk tabung tu kat abe..sok nak berebut dgn bini senior susah woo...buatnya dikaveatkan tanah-tanah / rumah-rumah / segala mcm gheta...adoiii...

peace...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 12:32 PM | Show all posts
Aku kawin semua org tahu. Semua kondo,apartment aku yg kutip sewa. bini pertama dan kedua laki aku bg elaun bulanan. tapi aku dapat paling byk sebab aku minta elaun lebih la kan .
Reply

Use magic Report

lmokhtar This user has been deleted
Post time 20-4-2007 12:36 PM | Show all posts

Reply #96 baiduri_ann's post

Alhamdullillah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2007 12:50 PM | Show all posts
Originally posted by khaipozi at 20-4-2007 12:19 PM
yg pi kawin rahsia tu buat apa...?

betui le mcm kata kiki..kalau duit berkepuk lepas pencen...kawin 3 terus pun tak pa...kalau ada gheta benda kat tgh bandor KL ....kawin serentak 2 atau 3 pun ...



adalah sebab musababnya kawin rahsia, kita tak boleh anggap perjalanan hidup org lain adalah semudah kita jugak.
Tapi macam letit tu, dia kawin rahsia, tak merana pun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2007 12:54 PM | Show all posts
Originally posted by baiduri_ann at 20-4-2007 12:32 PM
Aku kawin semua org tahu. Semua kondo,apartment aku yg kutip sewa. bini pertama dan kedua laki aku bg elaun bulanan. tapi aku dapat paling byk sebab aku minta elaun lebih la kan .


Eeeiii... entah kenapa aku gatal je nak kena kan ko hari ni... hmmm jangan marah yeee

Mungkin laki ko bagi ko elaun lebih sebab ko jadik kuli dia kutip duit sewa rmh & also ko so far paling sedap di  kot...

[ Last edited by  putubambu at 23-4-2007 10:14 AM ]
Reply

Use magic Report

lmokhtar This user has been deleted
Post time 20-4-2007 12:58 PM | Show all posts

Reply #99 sharkie's post

Ni lagi satu buat aku speechless
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 01:01 PM | Show all posts
Originally posted by sharkie at 20-4-2007 12:54 PM


Eeeiii... entah kenapa aku gatal je nak kena kan ko hari ni... hmmm jangan marah yeee

Mungkin laki ko bagi ko elaun lebih sebab ko jadik kuli dia kutip duit sewa rmh & also ko so far  ...


laki aku  dah mati pucuk .dia bg elaun lebih sebab aku boleh servis cara lain. bini dia yg lain dah tak lalu. kutip duit rumah sewa tu hak aku. kau ni sharkie, sedap sgt ke   tu kalau dengan si tua bangka kedut berlipat.

[ Last edited by  putubambu at 23-4-2007 10:16 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.063678 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list