Hai kawan2 yg putra sayangi... nampaknya forum ni takda lagi org ceritakan tentang dinosour kan? jom ikut putra kita masuk ke alam dinosour... hehehe.. free jer tak payah bayar...
Dinosaur merupakan haiwan reptilia yang mendiami bumi hampir 230 juta tahun dahulu, yakni pada zaman Mesozoik yang merupakan "Zaman Dinosaur". Perkataan "dinosaur" bermaksud "cicak yang dahsyat" dalam bahasa Greek dan pertama digunakan oleh Dr Richard Owen untuk menggelarkan haiwan-haiwan ini pada tahun 1842. Bukan semua haiwan yang hidup pada zaman prasejarah itu dianggap sebagai dinosaur.
Dinosaur juga terdapat dalam pelbagai jenis dan saiz. Saiznya berbeza daripada 30 meter panjang (100 kaki) dan 15 meter tinggi (50 kaki) sehingga saiz seekor ayam. Kehidupan dinosaur juga berbagai-bagai. Ada spesies yang hidup dalam kawanan dan ada yang hidup bersendirian. Ada yang makan daging dan ada juga yang makan tumbuh-tumbuhan Dinosaur mempunyai ciri-ciri pembiakan seperti burung, iaitu membuat sarang, bertelur serta menjaga anak. Telur dinosaur berkulit keras. Telur ini ditimbus di dalam sangkak yang dibuat daripada ranting-ranting kayu, tumbuhan kering ataupun daripada lumpur. Telurnya juga boleh ditimbus di dalam lekuk di atas tanah yang dilindungi dengan tumbuhan atau pasir.
JENIS-JENIS DINOSAUR
Dinosaur karnivor
1) Allosaurus
Allosaurus adalah dinosaur karnivor yang hidup dalam kawanan. Dinosaur ini merupakan pemakan daging yang terbesar di Amerika Utara pada akhir Zaman Jura dan makan dinosaur herbivor yang besar. Makna "Allosaurus" ialah "cicak yang berlainan". Namanya dinosaur ini disebabkan perbezaannya dengan dinosaur yang lain kerana mempunyai leher yang berbentuk "S", akibat bentuk vertebra yang khas.
Allosaurus mempunyai badan dan ekor yang besar serta tulang yang berat. Lengannya pendek dan tangannya mempunyai tiga jari dengan kuku tajam sepanjang 15 sentimeter (6 inci).
2) Baryonyx
Baryonyx merupakan dinosaur karnivor yang makan ikan. Sepanjang 6 meter (sekitar 20 kaki), dinosaur ini mempunyai rahang seperti buaya dan berkuku besar
3) Carnotaurus
Carnotaurus merupakan dinosaur karnivor yang makan dinosaur lain. Sepanjang 7.5 meter (25 kaki), dinosaur ini bertanduk seperti lembu.
4) Ceratosaurus
Ceratosaurus merupakan pemangsa dinosaur dari Akhir Zaman Formasi Batuan Morrison Jura di Amerika Utara. Namanya diambil daripada bahasa Greek yang membawa maksud "cicak bertanduk" disebabkan oleh tanduk pada jongornya.
Ceratosaurus dicirikan oleh:
- rahang yang besar;
- gigi yang tajam;
- tanduk yang tajam pada jongor;
- sepasang tanduk yang kecil di atas mata
Kaki hadapannya kukuh tetapi amat pendek. Saiz Ceratosaurus 4.5 hingga 6 meter (15 hingga 20 kaki) dengan berat sehingga satu tan.
Ceratosaurus ditemui daripada kuari Cleveland-Lloyd di bahagian tengah Utah dan Mesa Kering di Colorado. Dinosaur ini hidup bersama-sama dengan dinosaur yang lain seperti Allosaurus, Torvosaurus, Apatosaurus, Diplodocus, dan Stegosaurus. Terdapat sebahagian pakar yang menganggapi bahawa dinosaur ini bersaing dengan Allosaurus.
5) Spinosaurus
Spinosaurus merupakan dinosaur karnivor yang makan dinosaur besar yang lain. Sepanjang 12 meter (sekitar 40 kaki), dinosaur ini mempunyai sayap berduri di belakangnya
6) Tyrannosaurus rex (T-rex)
Tyrannosaurus rex (T-rex) merupakan dinosaur karnivor yang terbesar. Sepanjang 12 meter (sekitar 40 kaki), dinosaur ini makan herbivor terbesar. Oleh sebab itu, T-rex paling ganas, ia telah digelar "Raja Reptilia Zalim".
[ Last edited by putra_bengal at 30-3-2007 07:59 AM ] |