CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6295|Reply: 8

RM25,000 beli 2 kucing

[Copy link]
Post time 26-3-2007 05:22 PM | Show all posts |Read mode
JIKA berkenan, seekor kucing berharga ribuan ringgit sanggup dibeli walaupun mungkin tidak masuk akal. Lantaran minat juga ramai sanggup berhabis duit demi mendapat haiwan peliharaan yang menjadi penghibur kala kesunyian.



Memelihara kucing baka kini muncul hobi eksklusif bagi sesetengah rakyat negara ini, malah kasih sayang dan wang yang dikeluarkan kadangkala melebihi tumpuan terhadap anak sendiri.

Layanan terhadap kucing jenis ini cukup istimewa dan makanannya bukan nasi dan ikan tetapi Royal Canin iaitu makanan khusus untuk kucing baka.

Baka paling popular di negara ini ialah kucing Parsi selain spesies Absssinian, Somali, Birman, British bulu pendek, Burmese, Cornish Rex, Devon Rex dan Maine Coon iaitu kucing hutan berasal dari Amerika Utara.

Jika sebelum ini memelihara kucing baka hanya sekadar hobi, tetapi kebelakangan ini berubah apabila wujud banyak persatuan yang mengumpulkan penggemarnya.

Bagi pasangan Dr Moonyza Akmal dan Suwardi Yaacob, dari Ampang, Selangor, mereka sanggup membelanjakan melebihi RM25,000 untuk mendapatkan dua kucing Parsi semata-mata kerana minat.

Dr Moonyza, 27, doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala suaminya, Suwardi, 35, seorang peguam, memelihara kucing baka sejak awal tahun lalu selain menyertai Persatuan Feline di bawah Persatuan Penggemar Kucing (CFA).

Dr Moonyza berkata, keluarganya menggemari kucing baka Calico termasuk Parsi bi-color, Tabby, Smoke serta Van Pattern dan kini memiliki lapan kucing daripada baka berkenaan.

Katanya, dia dan suaminya memperuntukkan kira-kira RM500 sebulan untuk membeli makanan serta pelbagai keperluan lain tetapi tidak termasuk kos rawatan.

揗emelihara kucing baka agak rumit namun kerana minat, ia tidak membebankan. Ia perlu dimandikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

揔ucing jenis ini juga perlu dibersihkan setiap hari kerana bentuk mukanya yang leper menyebabkan mata haiwan itu cepat berair,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2007 05:41 PM | Show all posts
hehe...lawa tuh kucing die..byk tgk kat www.kitten.com.my

ni kan salah satu kucing die...yg putih2 besor tuh...geram gile tgk

http://marjan.blogsome.com/2007/01/15/a-fun-weekend-with-cat-families

[ Last edited by  cawat at 26-3-2007 05:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 09:27 AM | Show all posts
breeder yg baik nie
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 09:46 AM | Show all posts
Dr Moonyza & husband spent rm25000 for cats.

If i have rm25000 to spend, aku boleh either :

1- beli handbag Chanel or LV or Hermes

2- Stay at Burj Al Arab in Dubai for a few nights

3- pegi haji

4- Join Harry Potter tour

5- Boleh cover expenses tour europe & africa

6- give charity

7- buy lots of Jimmy Choo & Manolo Blahnik shoes

heheheheh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 10:12 AM | Show all posts

Reply #1 putra_bengal's post

hebattt...tengok kat rumah seblah pon kucing2 die cantek2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2007 10:37 AM | Show all posts

Reply #4 muslyn's post

muslyn.. awat tang haji tu buh no 3.. beli handbag lagi penting ka? hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2007 08:02 AM | Show all posts

Reply #4 muslyn's post

Abg jamil setuju.tak pun rm 25 k beri je kat abg jamil boleh gak bantu sebanyak mungkin kucing terbuang ye dak. tapi biasalah kan orang buang rm 25 k tujuanya bukan sayangkan haiwan tapi nak menunjuk, kalau tak belagak bukanlah org m.... kan.tentang haiwan kita tak boleh minat tapi sayang.bila kata sayang kita tidak boleh pilih jenis.off topic. kereta kita boleh minat. ( tapi biasalahkan nanti ada la yang akan kata citarasa masing masing. that normal excuse from m... people. perbezaan sayang dengan minat lain.satu doktor satu peguam, nampak kerja orang bijak tapi itulahkan kuasa allah,sometime that person look like educated but actually stupid.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2007 08:58 AM | Show all posts

Reply #7 jamilkucing's post

yup :setuju: hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


mischaaa This user has been deleted
Post time 29-5-2007 07:13 PM | Show all posts
mahal nye..ade je kan kucing cntk2 yg murah2..hehe..tp tgk kualiti jgk ekk..hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.044021 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list