CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3677|Reply: 5

Pusat kecantikan jual produk kandungi racun - apa tindakan boleh dibuat?

[Copy link]
Post time 14-3-2007 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Pemilik pusat kecantikan bersalah miliki 310 botol racun
14-03-2007 12:31:12 AM
KUALA LUMPUR:  Pengarah Urusan Nouvelles Visages (NV) Sdn Bhd Sosilawati Lawiya hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memiliki 310 botol pelembab yang mengandungi racun 'hydroquinone'.
      

Pengasas produk kecantikan itu didenda RM1,800 atau 14 hari penjara jika gagal membayar denda itu.
Sosilawati, 44, mengaku memiliki 310 botol 'Nouvelles Visages Toner Treatment' No 1 dan No 2 yang mengandungi 'hydroquinone' iaitu sejenis racun yang disenaraikan dalam jadual pertama di bawah Akta Racun 1952 (Disemak 1989).
      

Dia melakukan kesalahan itu di premis Nouvelles Beauty Centre Sdn Bhd, No 59, Lorong Haji Hussein, Off Jalan Raja Bot, Kampung Baru di sini pada pukul 11 pagi, 27 Mac tahun lepas.
      

Difahamkan 'hydroquinone' yang berlebihan akan memberikan kesan sampingan yang teruk kepada pemakainya dan bagi yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami masalah kulit muka gatal-gatal, bengkak, tompokan merah dan melecur.
      

Ketika merayu hukuman ringan kepada Majistret Syahrin Jeli Bohari, Sosilawati yang tidak diwakili peguam memberitahu dia hanyalah pengedar dan bukannya pengilang.
      

Sosilawati membayar denda itu.
      

Pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa dari Cawangan Penguatkuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Mohd Rizal Ali. BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2007 11:41 AM | Show all posts
yang pemilik kecantikan nih dah disaman.

yang pengguna2 selama ari nih yang dok pakai barangan nih for years, mesti rasa tertipu...dan mesti dorang risau...racun dah masuk badan dorang...


apa tindakan yang boleh dibuat? boleh saman dorang balik tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 05:33 PM | Show all posts
saya try search kat bernama...x jumpa...boleh bagi link tak...?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 06:33 PM | Show all posts

Reply #2 Syd's post

Pengguna2 yang merasa tertipu bole failkan aduan di sini secara online:

http://nccc.org.my/index.php?option=com_facileforms&Itemid=41

Dari situ FOMCA akan hantar surat minta sebab dari syarikat berkenaan dan akan C.C pada kementerian-kementerian yang berkenaan. Jika dalam tempoh 14 hari syarikat tersebut tak respon, FOMCA akan forward pada Tribunal pengguna di Shah Alam untuk tindakan undang-undang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2007 02:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2007 05:48 PM | Show all posts
terima kasihhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.402313 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list