CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5147|Reply: 22

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

[Copy link]
Post time 18-2-2007 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Rompak kedai emas: Empat tertuduh didakwa di bawah ISA
Oleh NORAZLITA MOHD. SIES


Jukkis Udtoom (depan) dan Songsil Udtoom (belakang) diiringi anggota polis beredar dari Mahkamah Majistret di Petaling Jaya, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA 16 Feb.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2007 11:16 AM | Show all posts
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad.

ISA digunakan secara konsiten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2007 11:40 AM | Show all posts
ni dari wiki...

Perundangan
Relevant sections of the legislation are as follows:

Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof."

Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years."


[Sunting] Penahanan
Tahanan ISA lazimnya dipenjarakan di penjara Kamunting.


[Sunting] 60 hari pertama
Seseorang yang ditahan di bawah ISA semasa 60 hari pertama tidak dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar. Tambahan pula, peguam dan ahli keluarga tidak dibenarkan melawat yang ditahan semasa tempoh awal ini. Jika satu perintah penahanan dua tahun ditandatangani, yang ditahan akan dibawa ke Pusat Penahanan Kamunting untuk tempoh yang ditetapkan, dan ahli keluarga lazimnya dibenarkan melawat semasa tempoh ini. Jika tidak, yang ditahan akan dibebaskan.


[Sunting] Penyeksaan
Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga, tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka.


[Sunting] Pembebasan
Kendatipun kerajaan boleh membebaskan tahanan tanpa bersyarat, dalam sesetengah kes, ia telah menuntut mereka yang dibebaskan untuk membuat "pengakuan" umum di televisyen dan radio.[1]


[Sunting] Kritikan
Disebabkan sifat ISA yang tidak berperikemanusiaan, beberapa pertubuhan hak asasi manusia dan parti pembangkang telah mengritik Akta ini dan memanggil pemansuhannya. Kerajaan asing, terutama kerajaan Barat, juga telah menekan kerajaan untuk memansuhkan Akta.


[Sunting] Dalam negara
Beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA. Ramai diantara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR.

Namun Akta ini juga pernah dikritik oleh beberapa ahli politik gabungan Barisan Nasional, termasuk parti komponen terbesarnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang telah memerintah Malaysia semenjak kemerdekaannya juga telah mengritik ISA. Perdana Menteri Malaysia kelima, Abdullah Ahmad Badawi, telah menyatakan pada tahun 1988 "Jika kita semua hendak menyelamatkan Malaysia dan UMNO, Dr Mahathir (Perdana Menteri ketika itu) mesti diguling. Dia menggunakan undang-undang kejam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mendiamkan pengkritiknya." Tahun sebelumnnya, dia juga telah menyatakan "Undang-undang seperti ISA tidak punyai tempat di Malaysia moden. Ia merupakan perundangan tidak berperikemanusiaan dan jahat." Pada tahun 2003 apabila beliau menjadi Perdana Menteri pula, beliau mengatakan bahawa ISA adalah "undang-undang yang perlu," dan mengemukakan argumentasi "Kami tidak pernah menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kesemua mereka yang ditahan dibawahnya terbukti mengancam masyarakat secara umum."


[Sunting] Luar negara
Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan." Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta PATRIOT selepasnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2007 05:22 PM | Show all posts

Reply #3 Syd's post

apa perbezaan ISA ngan OSA??
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2007 09:29 PM | Show all posts

Reply #4 smash^pumpkins's post

ISA akta keselematan dalam negeri..OSA akta rasmi negara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2007 10:34 PM | Show all posts
dan soalan2 yang dok main dlm kepala

kenapa dorang ditahan isa
dan kenapa tak terus dakwa

ni mesti ada apa2 kan? maksudnya bukan lah nak tuduh ada apa2 yang serong ke apa...just aku yang tak tahu...

sila tunjuk ajar

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2007 12:13 AM | Show all posts

Reply #6 Syd's post

Syd, my vote goes to sbb police tak ada bukti kukuh untuk dakwa derang terbabit dalam kes rompakan itu hari..

mungkin tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2007 10:33 AM | Show all posts

Reply #7 thylord's post

mungkin dorang nak lebih masa tuk korek lebih banyak info

tak tahu....just agak jerk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2007 10:10 AM | Show all posts

Reply #6 Syd's post

kenapa dorang ditahan isa
dan kenapa tak terus dakwa


aku tak belajar malaysian crimal law..tapi aku rase jawapan untuk soklan ko kat atas tu jawapan nye ade dalam akta 1960 tu...aku carik2 kat tenet tak jumpe pulak description panjang lebar untuk akta ni..sebab aku nak tau ape kate seksyen2 lain dalam akta tu...

jawapan untuk ko tu aku rase sebab jenayah yang dorang buat tu ade disebut dalam akta tu dan criminal kat mesia ni senang sebab dorang cume tengok akta je..tak payah nak tengok precedent keape?? am i rite fairy??

so ..kalau statute tu cakap tu...bende tu la kene buat!!

aku rase fairy atau sesape leh explain lebih lanjut..sebab aku pun nak tau sangat pasal ISA ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 10:13 AM | Show all posts
Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof."

Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years."


yang aku bold tu point penting tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 01:46 PM | Show all posts

Reply #7 thylord's post

yup i agree, tak de bukti kukuh tapi sbb banyak senjata merbahaya yg dijumpai pd mereka.. tapi sebenarnya diaorg tu patut didakwa bawah akta senjata api
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 02:38 PM | Show all posts

Reply #11 elbecks's post

teringat masa kes datuk nalakaruppan tahun 1998 dulu... lawyer dia (im very sori, tak ingat nama) list out many offences for possession of weapons throughout beberapa tahun... n semuanya charge bawah akta senjata api even dgn possession senjata api yg lagi bahaya dan lagi byk.... masa tu datuk nala kena under ISA la... forgot la wat were the arguments...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 03:35 PM | Show all posts
OMG dah 3 kali jd mcmni.. aku type panjang2 pastu server prob... :@
i'll reply more at home tonite.
btw sambungan kes nala.... akhir sekali charges tu amended - tukar kepada dangerous arms act instead of ISA... i'll  reply more. tata..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 03:42 PM | Show all posts

Reply #9 sayang_mulut's post

betul ko cakap.. mmg ada dlm akta tu, so mmg bole nak charge under ISA.. boleh tgk section 57 ISA - itu provision untuk offences involving weapons, arms, ammunition... btw it carries mandatory death penalty if under 57(1)... but under arms act.. the punishment is max 7 tahun penajra, denda ntah brapa ribu jer if im not mistaken. have a look at section 57 ISA which is a valid charging vehicle in this case..

57. Offences relating to fire-arms, ammunition and explosives
(1) Any person who without lawful excuse, the onus of proving which shall be on that person, in any security area carries or has in his possession or under his control -
(a) any fire-arm without lawful authority therefor; or
(b) any ammunition or explosive without lawful authority therefor,
shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be punished with death.

[ Last edited by  fairy_hobbit at 21-2-2007 04:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 05:27 PM | Show all posts

Reply #14 fairy_hobbit's post

Btw, kalau bawah akta senjata ap nih.. boleh hukuman mati kan??
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 05:39 PM | Show all posts

Reply #15 thylord's post

tak buleh... under arms act..... for possession.. max 7 years imprisonment jer, denda max 10k...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2007 05:40 PM | Show all posts

Reply #16 fairy_hobbit's post

lupa plak... plus sebatan jugak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2007 11:00 PM | Show all posts

artikel lama

ISA dikemas halang dedah rahsia

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 akan diperkemaskan bagi menghalang tahanan dan pihak penguat kuasa mendedahkan rahsia keselamatan negara di mahkamah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pindaan terhadap Seksyen 73(1) ISA itu bertujuan memelihara bukti-bukti wujudnya ancaman terhadap keselamatan negara jika tahanan mendedahkannya semasa perbicaraan.

Tegasnya, ketiadaan peruntukan dalam akta itu bagi menghalang kedua-dua pihak berbuat demikian adalah kelonggaran yang perlu diatasi segera kerana ia mengganggu siasatan polis.

``Takkanlah kalau polis tahu ada sarang yang menjadi persembunyian anggota kumpulan militan KMM, maklumat itu perlu didedahkan.

``Oleh itu, kerajaan mengeluarkan arahan supaya mengetatkan beberapa aspek ISA supaya penguatkuasaan yang bakal dijalankan oleh polis dipelihara pembuktian serta kesannya apabila sampai ke mahkamah,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Di bawah seksyen 8 ISA, hanya Menteri Dalam Negeri yang tidak boleh disiasat atau dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah kerana bertindak menahan seseorang individu di bawah ISA.

Bagaimanapun peruntukan itu tidak terpakai kepada pihak berkuasa termasuk polis sehingga mendorong jawatankuasa khas mengkaji perkara itu membuat pindaan.

Menurut Rais, pihak polis tidak perlu mendedahkan aktiviti atau perincian seorang tahanan yang menjejaskan keselamatan negara kerana di bawah Perkara 151(3), ia adalah hak eksekutif.

Tegasnya: ``Dalam soal keselamatan, mahkamah tidak boleh campur tangan kerana ia di bawah kuasa eksekutif.''

Beliau berkata, pindaan itu juga sejajar dengan Perkara 151 (3) Perlembagaan yang menetapkan sesuatu rahsia keselamatan negara tidak harus dibocorkan atau didedahkan kepada mana-mana pihak.

Katanya, Seksyen 73 ISA sebenarnya secara jelas menetapkan tiada halangan kepada mahkamah untuk mengheret mana-mana pihak atau sapina bahan-bahan berkaitan tahanan ISA untuk diketengahkan.

Di bawah seksyen tersebut, polis berhak menyiasat seseorang yang disyaki boleh mengancam keselamatan negara dan menahannya sehingga 60 hari.

Dalam hubungan ini, Rais tidak menafikan kemungkinan langkah memperketatkan ISA itu akan mendapat tentangan pejuang hak asasi manusia yang menganggap mereka berhak mengetahui segala isu keselamatan negara.

``Tetapi dalam undang-undang tidak begitu,'' katanya yang akan membentangkan pindaan itu kepada Kabinet tidak lama lagi.

Rais seterusnya mengingatkan pihak polis supaya lebih teliti ketika menjalankan siasatan.

Ini termasuk memenuhi hak tahanan ISA dengan memaklumkan sebab penahanan serta membenarkan mereka mendapat khidmat guaman seperti yang tertakluk di bawah Perkara 151 Perlembagaan atau Seksyen 16 ISA.

``Kalau tak sempurna tercabullah hak dia seperti dalam kes Ezam,'' katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 11:40 PM | Show all posts

Reply #18 Syd's post

menteri dalam negeri PM kan..so..segala keputusan bwah akta ni di alam tangan PM la
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 08:31 PM | Show all posts
Kalau ko org ader baca malaysia.net ke atau yg sebaris ngannya.memang ada warga negara asing yg ditahan ISA ni...mungkin polis nak kumpulkan  bukti yg lebih kukuh dan mereka perlukan lebih byk masa so...akta yg sesuai ialah I.S.A
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.316031 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list