View: 11468|Reply: 54
|
Sharifah Aini Biduanita Negara
[Copy link]
|
|
Sharifah Aini diiktiraf Biduanita Negara
Oleh Rozdan Mazalan
Diva tanah air janji bawa 200 orang tunai ibadat haji jika jualan album terbaru cecah sasaran
PEMBABITAN selama 40 tahun dalam industri muzik dan seni suara tanah air adalah sumbangan besar anak seni ini, Datuk Sharifah Aini, 55, apabila menerima penganugerahan tertinggi oleh Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (Papita) pada majlis Anugerah Kecapi 2006 sempena Malam Semarak Kasih, baru-baru ini.
Beliau menerima anugerah tertinggi, Biduanita Negara berdasarkan pencapaian, jasa dan sumbangannya yang tidak ternilai untuk muzik Malaysia. Dia adalah satu-satunya penyanyi tanah air yang juga digelar 慸iva evergreen |
|
|
|
|
|
|
maktab This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
takziah...eh2 TAHNIAH!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
:hmm: 200 org tu...sapa le yg bertuah badan dpt gi tur...pakai brape flight agaknya..?itupun kalu jualan album terbaru cecah sasaran...: |
|
|
|
|
|
|
eyenee This user has been deleted
|
tahniah Tuk Pah. 200 org. Dia nak bayar untuk 200 orang ke? 200 x 10,000.00 = RM 2,000,000.00 . banyaknya duit tuk pah. alhamdulillah. macamana nak masuk dalam 200 orang tu. |
|
|
|
|
|
|
|
censored!!! : |
|
|
|
|
|
|
|
wah tahniah...
tp target bp?
jgn la x mampu target
just ckp atas angin jer
per pun respect
susah nk bertahan mcm dia
kak pah world la!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
sememangnya kak pah layak mendapat anugerah sedemikian.......................tahniah sekali lagi buat kak pah........... |
|
|
|
|
|
|
|
very derr.....layak sangat2...;) |
|
|
|
|
|
|
|
From the bottom of my leg..
Congrats...Tok Pah....:love:
Moga panjang umur dimurahkan rezeki dan terbuka hati nak berkerudung / tudung belit cam INA NAIM.....hmmm ina lagie...asik3x ina...
TOK INA TERIMA ANUGERAH BIBIK DUANITA NEGARA... |
|
|
|
|
|
|
|
sure azwan ali suker giler tok pah dapat title |
|
|
|
|
|
|
|
aku terpk..200X 15,000 == gile ah kak pah. kurang lebih rm3j kene prepare tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Dato Sharifah Aini deserves this title. You cannot deny that. Congratulations to a REAL Diva. |
|
|
|
|
|
|
|
punye nak bagi album laku? album sblum tak laku ker??haha..pastu sasaran plak berapa?? 1 juta ker?? ade cara lain lagi nak kasi album laku................................................. |
|
|
|
|
|
|
|
Bekas suami Sharifah Aini tersentuh hati
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
Ali Bakar turut mengucapkan tahniah kepada Biduanita Negara pada Anugerah Kecapi 2006
DI sebalik kegembiraan menerima Anugerah Tertinggi Biduanita Negara daripada Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (Papita) pada majlis Anugerah Kecapi 2006, di ibu negara baru-baru ini, tersembunyi sejuta kesayuan di hati penerimanya, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar.
Hakikat ini kerana sesudah lebih 20 tahun tidak bertentang mata dengan bekas suaminya, Ali Bakar, promoter dan pejuang rock tanah air, mereka akhirnya kembali bertemu dalam sebuah majlis bersejarah lalu bertanyakan khabar berita masing-masing. Disebabkan begitu terharu, kedua-dua mereka menitiskan air mata.
Pertemuan manis itu berlaku selepas Sharifah menerima trofi utama pada malam terbabit. Seperti ramai tetamu lain, Ali datang menemui penyanyi Seri Dewi Malam itu untuk mengucapkan tahniah. Ramai tetamu yang berada berhampiran mereka turut tergaman melihat pertemuan antara bekas pasangan suami isteri itu.
"Memang selepas bercerai, kami tidak berhubungan lagi kerana mahu mengelak timbulnya sebarang masalah. Tapi bagi saya, Ali tetap seorang sahabat yang baik dan karyawan seni yang gigih. Saya sedar dunia seni ini kecil saja dan satu hari kami mungkin akan bertemu semula. Jadi tidak pernah ada pun sekelumit dendam di hati saya terhadap apa yang berlaku dalam perkahwinan kami dulu kerana semuanya sudah takdir.
"Masyarakat pun tahu, saya pernah berkahwin dengan Ali dan dia juga ayah kepada satu-satunya anak kami, Aliff Omar. Selama ini, setiap kali memandang Aliff, saya pasti akan terkenangkan wajah Ali memandangkan rupa kedua-dua mereka seakan-akan sama. Kata pepatah air yang dicincang, tidak akan putus malah saya sentiasa meminta Aliff mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Ali," katanya kepada Bintang Popular, baru-baru ini.
Dengan wajah menguntum senyuman, Sharifah berkata lagi: "Saya harap usahlah isteri dan keluarga Ali gundah dengan pertemuan kami itu kerana saya berpijak di bumi nyata. Apa yang berlaku dulu menjadi satu sejarah dan kenang-kenangan. Tak mungkin kami akan kembali bersama tetapi antara kami tetap ada penyambung kasih iaitu Aliff. Baik saya mahupun Ali, kami masing-masing ada tanggungjawab terhadap keluarga dan biarlah kita hidup dalam berbaik sangka dan menjauhi prasangka."
Keunggulan tetap terserlah
MENGULAS mengenai pengiktirafan tertinggi yang diterima daripada Papita, Sharifah Aini mengucapkan syukur kerana ia satu anugerah yang amat bermakna. Sebelum ini, Sharifah pernah menerima gelaran Biduanita Sepanjang Zaman daripada Sultanah Kedah, Almarhum Tuanku Bahiyah Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 2001. Selain itu, beliau juga pernah menerima Anugerah Wirama menerusi Anugerah Industri Muzik (AIM) tidak lama dulu.
Di mata karyawan seni khususnya Papita, Sharifah selayaknya dijulang sebagai Biduanita Negara berdasarkan pencapaian, jasa serta komitmennya yang sukar ditandingi sejak bergelar penyanyi kira-kira 39 tahun lalu.
Biarpun ada penyanyi baru yang lahir dekad demi dekad, pencapaian mereka belum lagi sehebat beliau.
Beliau adalah satu-satunya Diva Evergreen yang masih bertahan dengan koleksi rakaman mencecah 97 album dan sedang merakamkan sebuah album paling gah dalam sejarah pembikinan album tanah air kerana memuatkan hampir 40 lagu rakaman terbaru sekali gus!
"Saya amat berterima kasih kepada Papita kerana mengiktiraf kerja seni saya selama ini. Sekarang saya sedang menghasilkan album ke-98 bersempena kedatangan 2007. Semangat saya tidak pernah patah walaupun selalu dihimpit cabaran, malah ia menjadikan saya semakin tabah, insya-Allah," katanya.
Antara kata-kata penghargaan daripada Papita
"Beliau bukan saja jelita tetapi bersuara lemak merdu bak buluh perindu. Seorang penghibur serba boleh dalam menyampaikan apa jua lagu sama ada pop, etnik, ghazal, zapin, asli, deli, lagu Arab, Inggeris dan nasyid. Merakamkan hampir 1,000 lagu dan menghasilkan 11 album Inggeris. Kini beliau sedang menyiapkan rakaman untuk album ke-98. Beliau pernah berbakti dengan membuat 2,518 persembahan amal tanpa bayaran. Beliau pernah diundang menjayakan 3,575 persembahan makan malam dan konsert selama 39 tahun berada dalam dunia seni.
Datuk Sharifah Aini juga seorang yang mudah didekati dan merendah diri, tidak lokek dengan ilmu, murah hati dan mudah tersenyum.
Kami di Papita tahu, beliau dalam diam banyak memberi bantuan kewangan kepada sahabat artis dan golongan yang kurang berkemampuan. Begitu mulia hati budi penghibur pujaan ramai ini. Beliau dikenali di kalangan tertentu sebagai seorang dermawan.
Papita dengan sebulat suara dan benar-benar merasakan hanya beliau yang berhak menerima Anugerah Tertinggi Biduanita Negara memandangkan jasa dan pengorbanan beliau selama 39 tahun dalam bidang seni." |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnyer |
|
|
|
|
|
|
|
Bukti Kak Pah kasih ibu
Oleh Ellyna Ali
[email protected]
BAGI seseorang yang memiliki naluri keibuan yang cukup tebal dan mendalam sebagaimana penghibur sepanjang zaman, Datuk Sharifah Aini, Hari Ibu yang bakal disambut pada 18 Mei ini sememangnya memberi makna cukup mendalam buat dirinya.
揟iada apa yang berharga dan bernilai di dalam diri seseorang itu melainkan doa dan kasih sayang daripada ibunya, |
|
|
|
|
|
|
|
Bila anaknya habis belajar?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|