CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 21041|Reply: 52

BANJIR BESAR DI JOHOR -- WITH PICTURES!! (POST #5, #10, #20)

[Copy link]
Post time 19-12-2006 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Johor bah besar, lebih 2,000 berpindah
19-12-2006 02:45:05 PM  

JOHOR BARU:  Hujan lebat dari pagi semalam sehingga pagi ini menyebabkan beberapa kawasan di seluruh Johor ditenggelami air dan lebih 2,000 orang dipindahkan.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Johor berkata penduduk yanag terlibat adalah dari Batu Pahat, Pontian, Johor Baru dan Kota Tinggi yang sudah diarah berpindah secara berperingkat-peringkat sejak tengah malam tadi.

Di Batu Pahat lima keluarga yang tinggal di Kampung Parit Haji Kamisan, Yong Peng, dipindahkan ke balai raya Kampung Parit Haji Kamisan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng manakala di Parit Raja, empat keluarga dari Kampung Parit Daun, dipindahkan ke Kompleks Penghulu Mukim 8.

Turut dipindahkan ialah tiga keluarga dari Kampung Parit Jambul ke dewan Sekolah Kebangsaan Pintas Puding dan 19 keluarga dari Kampung Seri Paya ke balai raya Kampung Seri Paya.

Di kawasan Pekan Nenas, Pontian, 20 keluarga dari Kampung Paya Embun diarah berpindah ke kawasan selamat manakala tujuh keluarga lagi dari Kampung Melayu Raya diarah berpindah ke Dewan Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Raya.

Di daerah Kota Tinggi pula sembilan keluarga dari Kampung Sungai Berangan dan 11 keluarga dari Kampung Paya Sungai Redan dipindah ke balai raya kampung berkenaan manakala di Kluang, banjir turut melanda Kampung Bentong Dalam, Kampung Melayu dan Yap Tau Sah.

Jurucakap Bilik Gerakan Pejabat Daerah Johor Baru berkata beberapa pusat pemindahan banjir dibuka sejak awal pagi bagi menempatkan 22 mangsa dari Kampung Melayu Sengkang, Kulai, dan 722 mangsa dari Kampung Laut Batu 10, Skudai.

Turut terlibat ialah Lorong Arif Taman Tun Aminah (170 orang), Kampung Sungai Besui, Sedenak (113), Kampung Maju Jaya (243), Kampung Oren, Tiram (200), Kampung Mohd Amin (102), Kampung Kangkar Tebrau (150), Kampung Pasir Tebrau (200).

Kampung ialah Kampung Paya Kenangan Tebrau (150), Kampung Plentong Baru (200), Kampung Sentosa/Sentosa Barat (100), Kampung Rinting Masai (200), Batu 10 Sungai Tiram (30).

Di Kampung Paya Nam Heng, Tiram, 11 keluarga terlibat dan di Kampung Mados 19, sebanyak 14 keluarga diarah berpindah.

Jurucakap itu berkata hujan yang lebat turut mengakibatkan Jalan Kolam Air di Bandar Raya Johor Baru ditutup kerana dikhuatiri berlaku tanah runtuh.

Tinjauan Bernama pada 10.30 pagi tadi mendapati anggota Jabatan Pertahanan Awam sudah dikerahkan ke kawasan tersebut.

Laluan dari Skudai menuju ke pusat bandar serta jalan-jalan utama di pusat bandar juga mengalami kesesakan teruk.
BERNAMA

[ Last edited by  dexa at 25-12-2006 06:32 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2006 05:18 PM | Show all posts
pt hj kamisan banjir? sungai spg kiri tu penuh kot? tpt aku mancing tuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 07:35 PM | Show all posts
haah laa... kesiannyer... baru dapek call dari omak den di johor
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 09:59 PM | Show all posts
AMARAN HUJAN LEBAT
(PERINGKAT MERAH)
Dikeluarkan pada: 6.35 petang 19/12/2006 ~ Jabatan Meteorologi Malaysia

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang sedang berlaku di Pahang Selatan dan Timur, Johor, N.Sembilan dan
Melaka dijangka berterusan sehingga Jumaat ini (22 Disember 06). Keadaan ini dijangka akan merebak ke selatan
Terengganu mulai malam ini (19 Disember 2006) sehingga Jumaat ini (22 Disember 06).

hemm....nampak nya thn ni Johor banjir dulu la yek....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2006 12:50 AM | Show all posts
FOTO: Paling teruk dalam 100 tahun
20-12-2006 12:18:59 AM



Deretan orang ramai berpusu-pusu meninggalkan rumah masing-masing di Kampung
Kangkar Tebrau, Johor Baru yang ditenggelami air. (foto-foto The Star oleh Abdul
Rahman Embong, Kenneth Wong & Hamdan Raja Abdullah
)




Air separas pinggang di Kampung Kangkar Tebrau. (foto The Star)




Air sudah mencecah pinggang tetapi dua lelaki ini masih cuba menyelamatkan
sebuah motosikal di Kampung Kangkar Tebrau, Johor Baru. (foto The Star)





Tanah runtuh di Kolam Air, Johor Baru hampir-hampir merebahkan tembok pagar. (foto The Star)




Separuh rumah sudah digenangi bah di Taman Jaya, Johor Baru. (foto The Star)




Hanya tinggal bumbung yang belum disentuh air bah di Kampung Laut, Skudai. (foto The Star)




Lelaki ini sanggup meredah air yang begitu dalam hampir mencecah bumbung demi
menyelamatkan barangnya. (foto The Star)





Peralatan pejabat seperti komputer dan pencetak terpaksa diangkut dengan sampah
di Kluang walaupun di tengah hujan. Sementara (foto bawah) beberapa buah kereta
tersadai ditenggelami air di sebuah bengkel. (foto China Press)





(foto China Press)
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 01:43 PM | Show all posts
suhu permukaan laut di laut china selatan 1-2 degree celcius di atas paras normal
mild el-Nino year...
lots of convective activities over SC sea that bring heavy rain over central-south peninsular
thn lepas 15-19 december banjir kat pantai timur
thn ni 17-19 december banjir di pahang, melaka, n9, johor....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2006 05:18 PM | Show all posts
Originally posted by redCeri^cet at 20-12-2006 01:43 PM
suhu permukaan laut di laut china selatan 1-2 degree celcius di atas paras normal
mild el-Nino year...
lots of convective activities over SC sea that bring heavy rain over central-south peninsula ...


bukan ke ikut IOD suhu kat SC sea dibawah paras normal... and therefor the clod surge were subsided
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 11:15 PM | Show all posts

Reply #7 rudz's post

supposed to be lower tp tgk pattern, only SE of IO have lower SST anomalies..
mild positive IOD?
since nov, SST anomaly over SCS above normal..not  very clear why...
mybe end of this month will be normal back...

IOD -> cousin of El Nino ?  :ah:

[ Last edited by  redCeri^cet at 21-12-2006 08:17 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2006 12:13 AM | Show all posts
Lebih 40,000 dipindah di Johor
20-12-2006

kemas kini MUAR:  Lebih 40,000 mangsa banjir besar di Johor dipindahkan setakat ini ke hampir 500 pusat penempatan sementara ekoran hujan lebat luar biasa sejak tiga hari lepas.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman hari ini berkata musim monsun tahun ini "sangat ganjil" kerana ia membawa banjir besar di Johor berbanding lazimnya di negeri-negeri utara dan timur Semenanjung.

Daerah-daerah terbabit yang teruk dilanda banjir melibatkan Johor Baru, Kluang, Segamat dan Muar berbanding Mersing, yang selalunya mengalami bah pada musim tengkujuh, katanya.

"Kita menjangkakan bilangan mangsa yang dipindahkan akan meningkat, khususnya di Segamat," katanya di bilik gerakan banjir di sini.

Sehingga pukul 3 petang tadi, daerah Kluang mencatatkan perpindahan penduduk tertinggi seramai 6,668 orang, diikuti Johor Baru yang terus mencatatkan pemindahan seramai 6,088 orang mangsa.

Menurut Bernama, daerah Muar mencatatkan pemindahan seramai 4,536 mangsa, Segamat (1,557), Batu Pahat (903), Kota Tinggi (870), Tangkak (419) dan Mersing (162) hari ini sahaja.

Menurut laporan itu lagi, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor berkata paras air di beberapa batang sungai di Johor mulai surut memandangkan cuaca cerah petang ini walaupun kesemuanya masih berada pada paras bahaya.

Beberapa perkembangan berkaitan di seluruh Johor hari ini:

Bandar Segamat terputus hubungan dengan bandar-bandar lain sejak 9 pagi tadi apabila semua jalan utama ditutup akibat banjir.
Jalan-jalan ke hospital Segamat turut terputus, pesakit-pesakit terpaksa dibawa dengan helikopter untuk menerima rawatan.
Bandar Kota Tinggi juga terputus hubungan. Kira-kira 12,000 penduduk di dua bandar ini terperangkap di tengah-tengah banjir.
Lebuhraya Utara Selatan menuju arah selatan juga ditutup sepanjang dua kilometer antara Km173.9 hingga Km171.9 akibat banjir.
Lebih 200 pencawang elektrik Tenaga Nasional Bhd ditutup di seluruh negeri untuk keselamatan orang ramai di musim banjir, menyebabkan lebih 3,500 pengguna terputus bekalan.
10 lori tangki milik Syarikat Air Johor (SAJ) digunakan untuk membawa bekalan air bersih kepada orang ramai, sementara tiga pusat rawatan air di Segamat pula terpaksa ditutup buat sementara waktu.
Beberapa batang jalan di bandaraya Johor Baru rosak teruk akibat banjir.
274 pelatih pusat serenti di Sengkang, Muar antara mangsa banjir yang dipindahkan awal hari ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2006 12:19 AM | Show all posts

Segamat (foto atas dan bawah) dipandang dari udara -- di mana-mana hanyalah air
yang keruh. Bandar ini dilaporkan terputus hubungan sama sekali apabila semua
jalannya dilimpahi banjir sejak 9 pagi Rabu. Jalan-jalan ke hospital Segamat juga
terputus, pesakit dihantar dengan helikopter untuk menerima rawatan.
(foto The Star oleh Glenn Guan)





(foto The Star)




Dua peneroka Felda Selancar di Rompin, Pahang menolak motosikal masing-masing
apabila jalan keluar dari penempatan mereka dilimpahi banjir. Kira-kira 6,000
peneroka di sembilan skim Felda ini terputus hubungan selepas dua jambatan
di jalan keluar-masuk utama runtuh. (foto The Star oleh Nik Naizi Husin)





Banjir menyebabkan Jalan Yahya Awal di depan SK Convent, Johor Baru rosak teruk.
Walaupun jalan ini sering dilimpahi air setiap kali hujan lebat sebelum ini tetapi tidak
pernah rosak seperti kali ini. (foto The Star oleh Kenneth Wong)
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2006 08:36 AM | Show all posts

OFF TOPIC

"musim monsun tahun ini "sangat ganjil" kerana ia membawa banjir besar di Johor berbanding lazimnya di negeri-negeri utara dan timur Semenanjung"


Mild weather was expected to linger in most of the United States until at least early January,
continuing a prolonged spell of balmy conditions that has cut deeply into heating demand.

"We see no end at this point to the moderate weather pattern that virtually all of North America is experiencing,"
said Mike Palmerino of DTN Meteorlogix. "It is very unlikely anyone in the Northeast is going to get a white Christmas."

The National Weather Service said Tuesday that almost all of the United States, with the exception of parts of southern Texas,
would have normal or above normal temperatures for the next two weeks.

The bulk of the above normal temperatures were seen concentrated over the big heating markets of the Midwest and Northeast,
the NWS said.

"This is classic El Nino," DTN's Palmerino said, referring to
the warming of Pacific Ocean waters that can affect weather around the world.

Matt Rogers of private forecaster EarthSat, said the current mild pattern, which has lingered for almost three weeks already,
could last for up to three more.

"Winter patterns like this have the ability to last 4 to 6 weeks," Rogers said.

He added that, despite the warm start, it was still too early to declare winter a dud.

"The energy markets have a tendency to call winter quits by January, but there have been years when we get a
late season cold," Rogers said.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2006 07:18 PM | Show all posts
Originally posted by redCeri^cet at 20-12-2006 11:15 PM
supposed to be lower tp tgk pattern, only SE of IO have lower SST anomalies..
mild positive IOD?
since nov, SST anomaly over SCS above normal..not  very clear why...
mybe end of this month will  ...


emm.. i also don know, but i heard some of my colleague said that semasa typhoon durian berada disekitar our region, waktu tu suhu di SCS brada di paras bawah normal (base from IOD), less convective activity and in the middle level atmosphere ada system yang menghasilkan anticyclonic flow wind sheer yang mana mengakibatkan cold surges disubsidedkan... therefor during that time less weather than expected.

however, teman menganggap colleague teman tu mengigau dimalam hari aje
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2006 10:59 PM | Show all posts
it's bcoz the SST over SCS above normal the typhoon was evelated after crossing the Phillipines.
Perhaps that's why we had more extreme TS this year.
Typhoon Durian supposed to landfall at Vietnam but the SST intensified the typhoon enhancing its 'energy' to move into
the Gulf of Siam, crossed to Andaman Sea.
The surge was mild. Less weather coz the active &  break cycle? Fair/less weather when the system is active.

Banjir di Johor paling teruk dalam 100 tahun?
-> mana dtg data hujan dr 1906-1960? Complete data only from 1970 onward....

~ "refuted claims that these were the heaviest rains Johor had encountered over the past 100 years.
According to him, the rainfall readings recorded from Dec 1 to yesterday at the four monitoring stations in
Johor were only slightly higher than last year抯.
The station at Senai recorded 623mm of rainfall compared with 456.4mm at Kluang, 279mm at Batu Pahat
and 182.2mm in Mersing"~Star.

"the heavy rainfall was brought by strong winds from the South China Sea and western part of the Pacific Ocean,
the after-effect of Typhoon Utor which hit the Philippines recently" ~JJ, Star
after-effect of Typhoon Utor???
~ rudz ur comment...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 10:08 AM | Show all posts
Originally posted by redCeri^cet at 21-12-2006 10:59 PM
the heavy rainfall was brought by strong winds from the South China Sea and western part of the Pacific Ocean,
the after-effect of Typhoon Utor which hit the Philippines recently" ~JJ, Star
after-effect of Typhoon Utor???
~ rudz ur comment...


quite bz lately.... tak sempat tak tengok (anyway i feel no direct correlation between after-effect of typhoon Utor and johor flooded)... more to strong surges with strongly more cold.

anyway, teman more interested to see effect of strong cyclonic flow wind sheer over coastal area of Sarawak and Sabah... (walaubagaimanapun... daya tahan coastal Sarawak and Sabah jauh,jauh,jauh lebih tinggi compared to Peninsula M'sia.... mcmana agaknya kalau that phenomenon kena kat semenanjung yea ??)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2006 07:21 AM | Show all posts
65,410 mangsa, Muar paling teruk dilanda bah
23-12-2006

KUALA LUMPUR:  Keadaan banjir di seluruh Johor tidak menunjukkan banyak perubahan kecuali di daerah Muar dengan keadaan dijangka semakin buruk.

Menurut Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman keadaan ini berikutan pergerakan air banjir dari kawasan yang dinaiki air di sekitar Segamat.

Malah, katanya, jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan Muar juga lebih dua pertiga daripada keseluruhan mangsa banjir di Johor.


Sehingga 8 malam tadi, Muar mencatatkan jumlah mangsa di tempat pemindahan yang tertinggi dengan 17,571 orang, diikuti Kota Tinggi (11,378), Kluang (9,686), Segamat (8,976), Johor Baru (8,373), Batu Pahat (5,324), Pontian (3,540) dan Mersing (562).

Keseluruhannya di Johor, seramai 65,410 mangsa banjir membabitkan 12,714 keluarga masih berada di 318 pusat perpindahan sementara di seluruh negeri.

Empat buah pekan di pesisiran Sungai Muar iaitu Pekan Bukit Kepong, Kundang Ulu, Lenga, dan Pekan Panchor terputus hubungan dengan kawasan luar apabila jalan darat ditenggelami air hampir satu meter sejak petang semalam.

Dalam pada itu, paras takungan air di Empangan Bekok, Machap dan Semberong telah melepasi paras bahaya dan air takungan itu telah melimpah secara semula jadi ke kawasan-kawasan kediaman di persekitaran.

Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Muhammad Muda memberitahu Bernama, di beberapa kawasan, air cetek menghalang bot penyelamat daripada bergerak laju menyebabkan bantuan lambat tiba di kawasan yang terjejas.

Selain itu turut dilaporkan beberapa kawasan mengalami masalah kekurangan bekalan air bersih akibat tangki air tidak dapat berfungsi kerana bekalan elektrik terputus.

Di MELAKA, keadaan banjir di seluruh negeri dilaporkan surut sedikit, tetapi jumlah mangsa di pusat pemindahan masih besar 12,595 orang.

BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2006 01:35 PM | Show all posts
Mangsa bah meningkat lebih 90,000
23-12-2006 11:47:27 AM  
JOHOR BARU:  Jumlah mangsa banjir di pusat-pusat perpindahan sementara di Johor terus meningkat kepada 73,979 orang pagi ini berbanding kira-kira 65,400 hari Jumaat dengan daerah Muar mencatatkan bilangan mangsa tertinggi.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor ketika dihubungi berkata jumlah itu membabitkan 14,843 keluarga dari 232 kampung, yang ditempatkan di 341 pusat perpindahan yang disediakan.

"Seramai 21,620 mangsa banjir di Muar berada di 91 buah pusat perpindahan sehingga pukul 8 pagi," katanya.

Beliau berkata 27 pusat perpindahan di Kota Tinggi menempatkan 13,112 mangsa banjir, manakala pusat-pusat perpindahan di Kluang menempatkan 11,766 mangsa, Segamat (9,356), Johor Baru (8,373), Batu Pahat (5,324), Pontian (3,866) dan Mersing (562).

Sementara itu di Kluang, jurucakap Jabatan Penerangan Kluang berkata banjir di daerah itu semakin pulih dan hujan sudah berhenti, namun keadaan cuaca masih mendung.

Di MELAKA, setakat malam tadi, keadaan banjir di seluruh negeri dilaporkan surut sedikit, tetapi jumlah mangsa di pusat pemindahan masih besar 12,595 orang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2006 08:52 AM | Show all posts
tengkiu for the info dex...

teruk sgt ropenya banjir kat Johor tu ekk...semuanya cubaan dari Allah Yang Maha Esa tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2006 06:24 PM | Show all posts
Johor diancam banjir kali kedua
25-12-2006

KUALA LUMPUR:  Keadaan banjir di negeri Johor, Melaka, Pahang dan Terengganu semakin baik, namun kebimbangan penduduk di Johor dan Pahang belum lagi reda kerana banjir kali kedua mungkin berlaku.

Menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan lebat dijangka terus melanda kawasan timur Johor dan Pahang sehingga Rabu ini.

Jabatan itu melaporkan hujan yang turun hampir setiap hari di kawasan timur Johor sekarang ini tidak menunjukkan tanda akan berhenti memandangkan kelompok awan aktif yang terbentuk dari arah tenggara Johor akan terus aktif.

Jabatan itu turut meramalkan hujan akan turun dengan lebat di kawasan lain di Pahang, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dalam tempoh itu.

Di Johor, bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan semakin berkurangan dengan 65,223 orang sehingga pukul 2 petang ini berbanding 65,534 orang pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor ketika dihubungi berkata Muar masih mencatatkan jumlah pemindahan tertinggi dengan 25,516 orang, Batu Pahat (20,506 orang), Kota Tinggi (7,419 orang), Kluang (2,137), Segamat (7,522), Pontian (1,309), Mersing (790), manakala hanya 24 orang mangsa berada di sebuah pusat perpindahan Johor Baru.

Keadaan banjir di Pahang semakin pulih dengan bilangan mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan berkurangan kepada 2,064 orang berbanding 2,435 orang.

Di Terengganu, semua pusat pemindahan sementara dan operasi bilik gerakan banjir ditutup setelah 26 mangsa banjir telah pulang ke rumah mereka.

Selain itu hanya jalan Cukai ke Air Putih, Kemaman yang masih ditutup kepada semua kenderaan kerana dinaiki air setinggi 1.2 meter pagi ini, kata jurucakap Bilik Gerakan Polis Terengganu.

Jumlah mangsa banjir di Melaka semakin berkurangan di 22 pusat pemindahan tengah hari ini kepada 5,116 orang berbanding 5,972 orang.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri Melaka berkata Jasin menempatkan mangsa tertinggi di negeri ini sebanyak 3,929, Melaka Tengah (996) dan Alor Gajah (17).

Beliau berkata di Melaka Tengah, sehingga kini empat buah pusat pemindahan telah ditutup hari ini manakala lapan masih beroperasi.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan ombak besar peringkat pertama di perairan pantai timur Semenanjung, Sarawak dan Barat Sabah.

Menurut kenyataan jabatan itu yang dikeluarkan pada 3.30 petang ini, keadaan itu dijangka berterusan hingga Ahad ini.

Angin kencang dan ombak besar dengan ketinggian sehingga 3.5 meter itu berbahaya kepada bot kecil. BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2006 06:27 PM | Show all posts
Originally posted by holmes at 25-12-2006 08:52 AM
tengkiu for the info dex...

teruk sgt ropenya banjir kat Johor tu ekk...semuanya cubaan dari Allah Yang Maha Esa tu...



sedih saya tengokkan....
saya cuma dapat doakan  agar predict banjir kedua ni
tak teruk...

hari hari baca cerita banjir ni--
there are lots of stuff out there  in real world
yang more important  yang kita hadapi, eh...

hope mereka semua tabah ---  

few more pics  i shall post in here
for us to be reminded how lucky some of us are ---
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2006 06:31 PM | Show all posts

Barang-barang yang musnah sama sekali di dalam pasar raya Sri Genuang di Segamat
hari ini. Pemiliknya menganggarkan kerugian yang dialaminya mencecah RM1 juta.
(foto The Star oleh Azhar Mahfof)





Mohd Rashid Daud, seorang pembersih kontrak, mencuci kerusi-kerusi di pejabat Bank
Rakyat di Segamat semalam yang terendam beberapa hari sewaktu banjir besar di
bandar itu. (foto The Star oleh Azhar Mahfof)




Membersihkan jualannya, barang-barang permainan kanak-kanak di Kota Tinggi semalam.
(foto The Star)





Mana-mana yang dapat diselamatkan... (foto The Star)




Keadaan kereta dan lori semalam yang belum dialihkan selepas bah besar melanda
pekan Panchor, Muar minggu lepas. (foto The Star)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.103747 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list