CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 110143|Reply: 789

Kusimpul Mati

 Close [Copy link]
Post time 19-12-2006 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Salamz semua. :tq:

Disebabkan aku ni kawan yg baik, aku postkan kat sini novel kawan aku. Dia cakap susah sangat nak post kan dia punya blog, so dia mintak tolong aku postkan kat sini. Dia ni baru blaja nak jadik penulis. Dia cakap lagi, segala kritikan dialu-alukan.
Wokeh, selamat membaca.

p/s: aku pun tatau sedap ker idak sebab aku pun tak baca lagik. dia suh aku baca sesama ngan korang. huh...

Author: thydiva (nama samaran)
Tajuk: Kusimpul Mati

Prolog

Kutuliskan kesedihan
Semua tak bisa kau ungkapkan
Dan kita kan bicara dengan hatiku

Buang semua puisi
Antara kita berdua
Kau bunuh dia sesuatu
Yang kusebut cinta

Yakinkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu, waktu
Hapus aku...

Sadarkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu, waktu
Hapus aku...

Ah, mendengarkan bait-bait lirik lagu dendangan kumpulan Nidji itu membuatkan air mata ini bergenang tiba-tiba. Hati ini terasa sebak dan pilu. Kebenarannya lagu itu terserlah. Dia memang bukan milikku. Takkan pernah menjadi milikku. Walau pada zahirnya kami saling memiliki. Ya Allah, bilakah akan berakhir seksaan perasaan ini. Sungguh aku tak mampu lagi menahannya. Beban ini teramat berat untuk kutanggung sendirian.

Kupandang potret di meja solek. Tiap kali aku merenung potret itu, tiap kali itu juga terngiang-ngiang kata-kata terakhirnya padaku waktu itu. Waktu dia nekad untuk meninggalkan bumi Malaysia. Nekad untuk meninggalkanku. "Kita selesaikan masalah kita bila aku pulang ke sini semula. Till then, you can do whatever you want. I don't give a damn!". Aku cuba tersenyum namun senyuman itu terasa begitu pahit pada bibirku. Malah aku cuba menyalami tangannya, sebagai layaknya seorang isteri tetapi tanganku tak bersambut. Dia terus melangkah meninggalkan aku. Sendirian.

Kata-kata itu sudah cukup sebagai bukti yg sememangnya dia tak memerlukan aku dalam hidupnya. Lalu kenapa aku masih di sini? Di rumah ini? Bukankah hati ini telah dirobek-robekkan olehnya? Tidakkah maruah ini direndah-rendahkan olehnya? Tidakkah cinta ini telah dipersia-siakan olehnya?

Aku melepaskan keluhan perlahan-lahan. Tampannya dia tersenyum begitu. Segaknya dia dengan kemeja putihnya dengan lengan baju disingsing ke paras siku. Hati ini luluh melihat kekacakkannya. Dengan lesung pipit di pipi kirinya tiap kali dia tersenyum, tidak hairanlah ramai gadis yg jatuh hati padanya. Apa lagi senyumannya itu selalu dihiasi dengan sepasang siung kecil. Nampak 'wicked'. Tapi senyuman itu tak pernah dihulurkan padaku. Tidak seikhlas hatinya. Aku ingin sekali melihat dia menghadiahkan senyumnya padaku. Ah, beranganlah kau Mila.

Too much... bisikku pada diri sendiri. Memang kalau nak dibandingkan antara aku dan dirinya, sungguh kami terlalu tidak sepadan. Boleh dikatakan dia terlalu tampan untukku. Namun semua yang berlaku adalah kehendakNya. TakdirNya adalah anugerah terindah untuk insan sekerdil aku, dan merupakan mimpi paling ngeri buat lelaki itu. Sungguh, permainan takdir ini terlalu hebat buat kami.

Ya Allah, andai kata memang benar sudah tercatat dalam takdirMu bahawa aku takkan mungkin memilikinya, hapuskanlah rasa cinta ini Ya Allah, sedarkanlah hambaMu ini... kupanjatkan doa dalam diam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2006 01:03 PM | Show all posts
mane sambungannyer?
pastue baru leh nak komen, kuikuikuikui...........
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 04:53 PM | Show all posts
starting pun dah mcm best...cepat laa sambung lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2006 09:15 AM | Show all posts
Suasana yg sepatutnya meriah itu menjadi kelam dan sunyi. Yg terdengar cuma bisikan para tetamu. Masing2 sudah tentulah sedang membicarakan tentang apa yg baru saja didengari sebentar tadi.
   "Pengantin perempuan dah lari. Kenapa ye??"
   "Agaknya ini kahwin paksa"
   "Eh, tapi rasanya mereka tu dah lama kenal"
   "Ye ker? Habis...?"
   Dan bermacam bisikan lagi kedengaran. Keheningan tadi berubah menjadi hingar-bingar. Masing2 bersama andaian tersendiri.
   "Maafkan kami Mirul" pinta Puan Soraya dalam esakannya. Wajahnya basah dengan air mata. En. Zulkifli pula menunduk, tak berani memandang menantu tak jadi mereka.
   "Kami tak sangka Sya betul2 lari. Dia memang ada cakap tak nak teruskan majlis ni tapi kami memaksa juga dia. Tapi kami tak sangka dia nekad..." sayu suara Puan Soraya. Tebal mukanya memohon kemaafan dari Amirul, juga bakal besan mereka.
   "Mirul" perlahan saja suara itu memanggil. Kedengarannya agak sayu. Penuh belas. Amirul memandang ibunya. Pandangannya begitu suram.
   "Miirul, sabar ye. Mungkin belum jodoh Mirul. Kita balik ye sayang?" pujuk Puan Meriam pada anak lelaki tunggalnya.
   Amirul merengus kasar. Wajahnya merah menahan marah. Marah bercampur geram. Kesal. Segalanya bercampur aduk. Sungguh dia tak pernah menyangka ini semua akan berlaku pada dirinya.
   "Miirul, dahla. Tak guna kita tunggu kat sini lagi. Majlis ni takkan berlangsung. Kita balik dulu, yg lain kita fikirkan kemudian" tegas En. Zulfakar pula. Ayahnya itu juga berasa terkilan dengan kejadian sebegini namun apalah dayanya.
   Bagi Amirul pula, perbuatan Syalinda umpama mencabar kelelakiannya. Malah gadis yg dicintainya itu sudah berulang kali menukar tarikh perkahwinan mereka hanya kerana mahu mengejar kerjaya. Sebagai model ternama, Syalinda selalu risau akan kepopularitiannya akan menurun jika berkahwin. Berkali2 juga mereka bergaduh mengenai perkara ini. Dan hari ini, Syalinda rupanya sudah memutuskan apa yg benar2 dimahukannya. Untuk sekian kalinya Amirul merengus.
   Amirul yg tadinya hanya mendiamkan diri tiba2 bangun dari tempat duduknya. Semua mata memandang ke arah Amirul, berkira2 apa yg mahu dilakukan oleh anak muda itu. Tanpa menghiraukan pandangan mereka Amirul melangkah mendekati sekumpulan wanita yg sedang berkumpul di satu sudut.
   "Mila!"
   Gadis yg dipanggil Mila itu berpaling, menatap wajah tampan Amirul dengan keliru.
   "Kita kahwin" ucap Amirul tanpa berbasa-basi lagi. Buntang mata Mila mendengarkan kata2 Amirul. Seakan terasa denyut nadinya berhenti untuk sesaat dua.
   "What!!?" akhirnya Mila bersuara, nadanya sedikit tinggi lantaran terlalu terkejut dengan kata2 Amirul itu. Sungguh dia tak percaya dengan apa yg didengarnya.
   Tanpa kata, Amirul mencapai lengan Mila dan menariknya, memaksa gadis itu berdiri. Kemudian dia mengheret Mila kembali ke tempat di mana sepatutnya berlaku upacara akad nikah untuk hari itu.
   "Mirul, apa kamu buat ni?"
   "Mirul, apa ni? Mila?"
   Kesemuanya menghujam perlbagai soalan ke arah pasangan itu.
   "Pak Imam, kahwinkan kami" tegas Amirul sambil mendudukkan Mila di sebelahnya.
   "Miirul tak kira, mama, papa. Mirul nak kahwin sekarang jugak!" dengan geram Amirul bersuara.
   Tok kadi kelihatan menggeleng kepala mendengar kata2 lelaki muda itu. Malah sekumpulan lelaki dari masjid berdekatan juga kelihatan berbisik2 sesama mereka. Itu semua menambahkan amarah Amirul.
   "You sit there and don't go anywhere" Amirul seakan memberi amaran pada Mila. Gadis itu tercengang seketika dan kemudiannya mengangguk walaupun hatinya berdebar dengan kencang. Dia sendiri tidak percaya dengan apa yg sedang berlaku. Fikirannya bercelaru namun bagai lembu dicucuk hidung, dia hanya menurut kata2 lelaki itu.
   "Mila, apa kamu buat ni?" soal Puan Soraya pula. Tangisnya tadi terhenti sebaik saja menyedari kehadiran Mila di antara mereka. Mila hanya memandang wajah Puan Soraya dengan serba salah. Apa yg sepatutnya dilakukan?
   "Mila, bangun! Jangan kamu ingat kamu dapat ganti tempat Sya" Puan Soraya berubah garang. Dia mahu menerpa ke arah Mila dan menghalau gadis itu tetapi dihalang oleh suaminya.
   "Abang, kenapa Mila pulak nak ganti tempat Sya. Dia tak layak. Bangun kau dari situ, bangun! Keluar kau dari rumah aku. Keluar!" Pn Soraya masih menjerit. Suasana kembali kecoh. Beberapa orang wanita membantu En. Zulkifli menenangkan Pn. Soraya.
   "Amirul, buatlah apa yg kamu rasa betul. Dalam hal ni kami yg bersalah. Maafkan kami" kata En. Zulkifli dengan sebak sambil menuntun isterinya ke ruangan lain.
   "Aqim..." panggil Mila. Nada suaranya penuh kebimbangan.
   "Shut up! Just do what I say" Mila kembali menunduk.
   "Tak baik apa yg kamu buat ni Mirul. Jangan babitkan orang lain dalam hal ni" Pn. Meriam semakin risau. Dia seperti tidak percaya Amirul masih mahu melangsungkan perkahwinannya. Dan dengan gadis entah dari mana.
   "Mirul, papa tak benarkan kau rosakkan masa depan org lain semata2 kerana kau tak dapat apa yg kau mahu. This will not only affect her life, but yours also. And others! Use your head. Jangan buat kerja gila ni" En. Zulfakar cuba menarik tangan Amirul namun Amirul kembali menyentap tangannya.
   "Sorry papa, I just have to do this. Trust me papa, mama, I? not doing any mistakes here. Just pls trust me" ucap Amirul pada ibubapanya.
?ok Imam, cepat nikahkan kami? makin keras suara Amirul. Langsung tidak dipedulikan amaran papanya. Juga tangisan mamanya. Apalagi pada suara2 di belakangnya.
   "Anak ni nama apa?" lembut suara Tok Imam itu menyoal Mila yg nampaknya ketakutan. Mungkin masih keliru.
   "Mila Aria bt Khalimi" perlahan suara Mila menjawab.
   "Siapa yg akan jadi wali kamu?" soal Tok Imam tadi.
   "Dia ni anak yatim piatu. Takde sedara mara. Dia hanya ada saya" Amirul pula menjawab bila Mila mendiamkan diri.
   Tok Imam kelihatan terdiam seketika. Puan Meriam dan En. Zulfakar berpandangan sesama mereka.
   "Kamu setuju dengan perkahwinan ni? Kalau kamu tak setuju, cakap aja dgn Pak Imam. Jangan takut"
   Mila memandang wajah tenang di hadapannya. Tok Imam tersenyum pada Mila, seakan memberinya semangat untuk menolak. Kemudian pandangannya beralih pada lelaki di sebelahnya pula. Mata mereka berpandangan untuk seketika. Saat itu, Mila membuat keputusan yg bakal merubah hidupnya dalam sekelip mata. Mila melarikan pandangannya, kembali berbalas pandang dengan Tok Imam.
   Mila mengangguk.
   "Aku nikahkan dikau, Amirul Haqimi b Zulfakar dengan Mila Aria bt Khalimi..."

[ Last edited by  milanhawkin at 29-12-2006 10:14 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2006 09:21 AM | Show all posts
sorry for the late post. kesian kawan aku tuh, sikit punya lama dah dia bg kat aku, baru skang aku nak post.

anyway, yg itu 1st chapter yer. lupa plak nak tulis. nak cepat ni.

p/s: apsal bila aku paste dia jadik camtu ekk??
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 02:23 PM | Show all posts
jdik mcm ane ???
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-12-2006 03:30 PM | Show all posts
kekeke... actually itu aku dah edit balik dah.. tu yg ok. tadi tu penuh ngan tanda '?'.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2006 10:11 PM | Show all posts
best gak nih.. sambung lagi.. cepat2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2006 06:44 AM | Show all posts
bestnya..tak sabar nak baca sampai habis ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2007 11:22 AM | Show all posts
bila lagi nak sambung .......
jgn lama2.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2007 12:51 AM | Show all posts
hu uh..cepat2 lah sambung...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2007 01:41 PM | Show all posts
hmmmmm.....
sekadar membaca....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2007 12:39 PM | Show all posts
Bab 2

   Sepanjang malam Mila tidak dapat melelapkan matanya. Dia masih tidak menyangka bahawa dia telah bergelar isteri. Isteri kepada lelaki yg amat dicintainya. Namun dia sedar hakikat yg sebenarnya.
   "Maaf Mila, aku sendiri tak tahu kenapa aku melakukan ini semua" Amirul memulakan bicara setelah mereka sama2 beredar ke bilik tidur Amirul.
   Malam pertama mereka sebagai suami isteri sepatutnya disulami dengan hubungan kasih sayang. Sepatutnya mereka hanya berbicara romantis, meluahkan isi hati masing2.
   "Aku dah melibatkan kau dalam masalah aku. This is not supposed to happen" ucap Amirul lagi sambil meraup mukanya. Wajah tampan itu tampak begitu berserabut.
   Mila mendekati suaminya yg sedang berteleku di birai katil.
   "Abang..." Mila menyeru sambil melabuhkan tangannya pada bahu Amirul. Digosoknya perlahan bahu itu dengan penuh kasih sayang.
   "Abang, Mila tak menyesal. Mila rela melakukan semua ini. Lagipun Mila memang cintakan abang. Mila sanggup hadapi segalanya bersama abang"
   "No, aku tak sepatutnya kahwin dengan kau. Aku cintakan Sya. Aku sepatutnya kahwin dengan dia, bukan dengan kau. Arghh..."
   "Abang..."
   "And stop calling me that! Kau dengar tak? Aku tak cintakan kau, takkan pernah!!" tengking Amirul tiba2. Dan dengan kata2 itu Amirul berlalu keluar dari bilik mereka.
   Dan sejak itu lelaki itu tidak kembali lagi. Entah ke mana dia menghilang.
   Mila tersentak mendengarkan suara azan yg berkumandang. Dia mengucap dua kalimah syahadah dan kemudiannya bergerak ke bilik air untuk mengambil wudhuk.
Setelah selesai bersolat, Mila berkira2 untuk keluar dari bilik Amirul. Sebenarnya dia segan mahu berdepan dengan keluarga mertuanya. Walaupun semalam mereka semua seakan memahami tentang apa yg dilaluinya, namun mereka juga tahu dia bukanlah pilihan Amirul sebenarnya.
   Ah, aku tak sepatutnya berfikir yg bukan2. Aku harus lalui semua ini dengan tabah. Mana tahu suatu hari nanti kebahagiaan akan berpihak padaku. Mila berbisik dalam hatinya. Dimulakan langkahnya dengan bismillah.
   Perlahan sekali langkah di atur ke ruang tamu. Tiada sesiapa di sana. Matanya mengerling ke arah jam dinding. Patutlah, baru pukul 6.30 pagi. Dia menghembuskan nafas lega. Sekurang2nya dia tak perlu mengadap mereka semua seawal ini.
   Apa yg patut aku buat sekarang? Mila mencari2 kelibat Amirul. Ke mana lelaki? Tidak pulangkah sepanjang malam? Di mana pula dia tidur? Pelbagai persoalan bermain di fikirannya. Mila mula dilanda bimbang. Mungkinkah sesuatu telah terjadi pada suaminya? Sudahlah semalam dia keluar dengan keadaan marah.
   Eh, awalnya Mila bangun" tegur satu suara lembut dari arah belakangnya. Mila segera berpaling, mencari empunya suara. Puan Meriam tersenyum lembut.
   "Saya kejutkan puan ke? Maaflah..." pinta Mila.
   Puan Meriam menggeleng kepalanya. Senyumannya masih bersisa.
   "Tak, Mila tak kejutkan mama. Mila buat apa pagi2 ni? Kenapa tak sambung tidur. Kan awal lagi ni"
   Ah, mesranya ibu mertuaku ini hingga aku tak tahu bagaimana mahu melayannya. Mila hanya mampu tersengih.
   "Mila nak masak puan. Nanti bolehlah kita sarapan sama2" jawab Mila pula. Boleh juga dia menunjukkan skill memasaknya. Lagi pula dia memang gemar memasak. Kata orang, kalau mahu memikat hati suami mestilah dari perutnya. Kalau suami takde, mertua pun boleh.
   "Ha, baguslah. Boleh jugak mama rasa masakan menantu mama ni. Kalau tak sedap mama terpaksalah hantar Mila ke kelas memasak la jawabnya" usik Puan Meriam sambil tertawa. Mila ikut ketawa. Senang hatinya dengan penerimaan Puan Meriam pada dirinya.
   "Dan Mila, jangan panggil mama 'Puan' lagi. Mama kan ibu mertua Mila. Jadi Mila kenalah biasakan panggil mama ni 'mama'. Jangan malu. Anggap saja mama ni macam mama Mila juga. Boleh kan?" ujar Puan Meriam sambil menepuk lembut bahu Mila. Dilihatnya mata gadis itu bergenang. Agaknya begitu terharu. Puan Meriam memeluk lembut bahu menantunya.
   Jauh di sudut hatinya, dia mengasihani Mila. Walaupun dia tak tahu cerita sebenar di sebalik kejadian ini, dia percaya Mila bukanlah gadis yg berniat jahat. Dari cara dia memandang Amirul juga menunjukkan betapa gadis itu amat menyayangi Amirul. Hanya anaknya itu saja yg buat tak peduli.
   Kalau nak dibandingkan rupa, memanglah Syalinda jauh lebih cantik dan bergaya. Syalinda lebih peramah tetapi juga amat degil. Jika tidak, takkanlah hampir setiap hari Amirul pulang dengan wajah masam. Bila ditanya, katanya bergaduh dengan kekasihnya. Malah Syalinda sering saja melewatkan tarikh perkahwinan mereka. Sibuk mengejar kerjaya hingga melupakan Amirul yg sememangnya sentiasa mahukan perhatian.
   Dan semalam agaknya kemuncak kesabaran Amirul terhadap Syalinda. Hingga dia mengheret gadis ini masuk ke dalam masalah mereka.
   "Mirul tak balik lagi Mila?" soal Puan Meriam tiba2. Dia sedar ketika anak lelaki tunggalnya itu meninggalkan rumah dengan tergesa2.
   Mila hanya menggeleng. Wajahnya menunduk.
   "Mila, sabar ye" ucapan Puan Meriam itu disambut dengan senyuman.

[ Last edited by  milanhawkin at 5-1-2007 12:44 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2007 12:45 PM | Show all posts
Bab 3

   "Damn!!" untuk sekian kalinya Amirul menyumpah. Dia benar2 geram dengan tingkah Syalinda kali ini. Sudahlah dia ditinggalkan pada hari perkahwinan mereka, kemudiannya menghilang tanpa jejak. Sudah beberapa minggu dia cuba mencari ke mana kekasihnya itu menghilangkan diri. Sudah puas juga dia cuba menghubungi Syalinda namun usahanya itu sia2 saja.
   "Hey buddy! Apsal termenung je ni? Muka pun masam semacam jer"
   Amirul hanya mendengus mendengarkan suara sahabatnya, Dani. Dia menghempaskan fail laporan kewangan syarikat yg dipegangnya sejak tadi. Ditenung wajah di hadapannya dengan muka tak puas hati. Dani hanya tersengih.
   "Kau still marah kat Sya ke sebab jadi runaway bride ke?" gelak Dani. Lucu bila mengingatkan kisah teman baiknya itu, mengingatkannya pada filem Runaway Bride lakona Richard Gere dan Julia Roberts.
   "This is not funny, Dani" dengan geram Amirul bertutur. Marah dengan tawa Dani yg tak kena tempat. Tapi itulah Dani. Apa pun yg berlaku, lelaki itu hanya tahu ketawa. Entah kenapa. Mungkin saraf tangisnya dah lama terputus. Jadi yg dia tahu hanyalah ketawa dan tersengih.
   "Sorry, sorry. I didnt mean it that way, buddy. I always thought Sya wouldnt tie herself up this fast. It is predictable for a girl like her. Jangan la fikir sangat, ok" ujar Dani setelah ketawanya reda. Tangannya bermain2 dengan fail yg dicampakkan oleh Amirul tadi.
   Amirul merenggangkan tali lehernya. Dia terasa panas tiba2.
   "Aku tak sangka dia sampai hati tinggalkan aku macam ni. This is too much, Dani" Amirul bersuara setelah mendiamkan diri seketika. Wajahnya kembali muram, sedih.
   Dani menghela nafas. Kasihan juga pada Amirul. Dia tahu betapa setianya Amirul pada Syalinda. Semenjak mereka sama2 menuntut di sekolah menengah lagi. Syalinda adalah cinta pertama Amirul. Mereka berkenalan ketika sama2 terlibat dalam aktiviti sukan. Amirul bintang bola sepak sementara Syalinda merupakan pelumba lari yg hebat. Sama cantik, sama padan.
   "Sabarlah Mirul. This is not the end of the world. Mulakan hidup baru. Kata orang tua2, bunga bukan sekuntum" Dani memberi nasihat. Dia tak mahu selamanya Amirul bermuram durja. Dia mahukan Amirul yg lama. Yg sentiasa bergelak tawa bersamanya, yg sentiasa riang dan bersemangat.
   "Kau takkan faham perasaan aku Dani" Ya, Dani takkan faham perasaannya. Perasaan cinta yg telah dihancurkan. Cinta yg dipermainkan. Cinta yg sia-sia.
   "Yelah, aku kan player. Mana bleh sangkut2 ni. Tak macho ar" Dani kembali dengan tawanya.
   "Tapi nasib baiklah aku takde masa kau nak kahwin tu. Kalau tahu jadi macam ni, aku kidnap je kau ke UK. Takde la kau sedih sangat kat sini"
   Amirul hanya merenung kosong ke arah jendela bilik pejabatnya. Entah kenapa, mulutnya terkunci dari memberitahu Dani tentang Mila.
   "Aku tidur rumah kau lagi ye malam ni" Dani hanya mengangguk.

[ Last edited by  milanhawkin at 5-1-2007 12:48 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2007 12:50 PM | Show all posts
Bab 4

   Rasanya sudah hampir sebulan dia menginap di rumah orang tua Amirul. Dan sepanjang itu juga dia tidak nampak kelibat Amirul.
   Dia tak mahu jumpa aku langsungkah? Makin bencikah dia padaku? Adakah kerana aku ada di sini maka dia tak mahu pulang ke sini lagi? Di mana pula dia tidur?
   "Kami tak kisah kalau Mila tinggal kat sini. Mila pun bukannya org asing. Kalau Mila balik, tinggal kami dua beranak saja di sini. Kakak Amirul, si Laila dah lama menetap di Medan. Adik Amirul, si Halina tu pun masih lagi belajar kat UK. Amirul pulak dah lama tak balik. Kalau ada Mila, takde la sunyi sangat rumah ni? bantah Puan Meriam bila Mila menyuarakan hasratnya untuk pulang ke rumah sewanya.
?egan saya mama lama2 kat sini? ujar Mila pula. Sungguh dia serba tak kena tinggal di rumah itu. Rasa macam mengambil kesempatan pula.
?pa pula nak disegankan Mila. Macam kata mama kamu ni, kamu pun bukannya org lain. Menantu kami juga. Takde salahnya kamu tinggal kat sini. Nak pergi kerja pun dekat dari sini. Dah, jangan nak balik sana lagi. Hujung minggu ni habiskan angkut barang Mila yg ada kat sana dan bawa datang sini? tegas En Zulfakar pula. Mila akhirnya terpaksa bersetuju.
Angin petang yg menyapa wajahnya tidak berupaya menenangkan perasaannya ketika itu. Fikirannya makin kusut bila mengingatkan Amirul.
Ah, Amirul, tidakkah kau tahu betapa aku menyintaimu? Kasih sayang ini tak pernah berbelah bagi. Bagiku hanya kau saja yg bertakhta di hati.
Teringat Mila pada pertemuan mereka pada kali pertama. Waktu itu Mila masih lagi bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan. Amirul pula antara pelanggan tetap di sana. Mila selalu mencuri pandang pada jejaka tampan itu, meminatinya dalam diam.
Dia terpikat pada Amirul bukan saja kerana lelaki itu ada rupa yg menawan, tetapi kerana sifatnya yg gentleman dan baik hati. Pernah seorang makcik yg juga bekerja bersamanya ketika itu dengan tidak sengaja menumpahkan kuah kari ke atasnya. Dengan takut2 makcik itu meminta maaf dan cuba membersihkan baju Amirul. Lelaki itu hanya tersenyum lembut, langsung tidak marah. Sejak itu, dia semakin menyukai Amirul.
Kerana terlalu menyukai Amirul, Mila menjadi berani. Tiap kali Amirul datang ke kedainya, Mila akan cepat2 menegur Amirul dan tersenyum menggoda. Kadang kala dia terasa malu juga bila Amirul langsung tidak mengendahkannya tetapi dia terus2an juga mendekati lelaki.
Pernah juga dia mendengar teman2 Amirul yg pernah datang ke kedai itu mengejek Mila sebagai perempuan yg tak tahu malu. Ah, dia bukan perempuan yg tak tahu malu. Dia hanya mahu meluahkan perasaannya. Atau mungkinkah dia memang keterlaluan? Bukankah sepatutnya perempuan tidak semudahnya menyatakan cinta pada seorang lelaki yg belum mungkin akan menjadi suaminya? Entahlah, yg dia tahu dia cuma mahu Amirul tahu dia akan sentiasa mencintai lelaki itu.
Walaupun jauh di sudut hatinya, Mila seakan tahu dia takkan pernah mendapat tempat di hati lelaki itu. Namun salahkah baginya untuk berharap?
?au buat apa termenung kat sini?? tegur satu suara yg amat dikenalinya.
?qim!? Mila berubah riang saat melihat tubuh Amirul yg berdiri di hadapannya. Dengan segera dia berlari mendekati lelaki itu.
?wak dah balik. Awak mesti lapar kan? Jom saya hidangkan makanan. Hari ni saya masak ayam masak merah. Awak suka tak?? Mila tersenyum riang sambil menarik tangan Amirul untuk masuk ke dalam rumah. Tetapi Amirul tidak berganjak dari tempatnya berdiri. Sebaliknya direntap tangannya dari pegangan Mila.
?au buat apa kat sini lagi?? keras suara Amirul menyoal.
Mila memandang Amirul dengan keningnya sedikit terangkat, tidak faham dengan kata2 suaminya itu.
?rr... saya... saya...?
?irul!? kemunculan Puan Meriam seakan menyelamatkan situasi tegang itu.
Amirul tersenyum memandang ibunya.
Kenapa dia tak pernah senyum padaku?, bisik Mila sendirian, terasa hati dengan tingkah Amirul.
?ama...?
?aru sekarang kamu nak balik. Ke mana kamu selama ni? Kesian si Mila tu sorang2 kat sini? Puan Meriam mula membebel, membiarkan Amirul mencium tangannya.
?irul tumpang rumah kawan, mama. Mirul tak ke mana pun. Kalau mama pergi office Mirul, mesti boleh jumpa Mirul kat sana? balas Amirul pula tanpa rasa bersalah.
Dia menjeling pada Mila yg berdiri di belakang ibunya.
?erempuan ni kenapa pula ada kat sini?? bentak Amirul.
?amu ni dah hilang akal ke apa? Ini kan isteri kamu, apa salahnya pula dia ada kat sini? marah En Zulfakar yg baru pulang dari pejabatnya. Macam tahu2 saja masalah akan timbul sebentar lagi.
?api papa, masa tu Mirul...?
?angan cakap lagi Mirul. You?e the who did this. Now you have to face the consequences. Jangan kamu fikir nak buat apa2 yg tak patut lagi?
?api papa, Mirul tak nak dia jadi isteri Mirul. Masa tu Mirul tengah marah?
?abis? Kamu nak ceraikan dia pula? Perkahwinan bukan perkara main2 Mirul. Papa dah bagi amaran pada kamu dulu tapi kamu tak peduli. Kamu perlu bertanggungjawab sekarang?
Amirul merengus kasar, semakin gelisah dengan keadaan yg membelit dirinya sekarang. Puan Meriam hanya mendengar perbalahan dua beranak itu. Kali ini dia tidak mahu menyebelahi Amirul lagi. Kalau dulu dialah yg meleraikan pergaduhan antara mereka, tapi kali ini Amirul patut terima akibatnya. Tangannya menyentuh lembut bahu menantunya, seakan memberinya kekuatan untuk menghadapi segala kemungkinan. Dia sendiri sedar, bila saja Amirul kembali kejadian seperti ini akan berlaku.
?angan ingat papa akan biarkan kamu senang2 saja ceraikan Mila. Mila dah jadi menantu kat rumah ni. Nobody can change that now. Ingat Mirul, segala apa yg kamu ada sekarang ini adalah milik Papa. Sama ada kamu bersama dengan Mila atau keluar dari rumah ini sehelai sepinggang. Itu keputusan papa. I think you just have to live with it. Unless, Mila sendiri rela diceraikan. Papa serahkan semua ini pada Mila?
Tiga pasang mata itu tertumpu pada Mila. Mila cuba menahan debar di dadanya. Keputusan di tangannya? Ya Allah, apa yg patut dilakukannya sekarang? Menerima saja supaya Amirul menceraikannya? Atau kekal sebagai isteri Amirul tetapi dibenci suami sendiri? Bagaimana pula jika suatu hari nanti Syalinda pulang ke pangkuan Amirul? Masih adakah tempat untuknya di sisi Amirul nanti? Bagaimana pula jika Amirul masih mahu mengahwini Syalinda? Sanggupkah dia berkongsi kasih? Sudahlah Amirul terang2an tidak mahukannya, jika Syalinda pulang nanti dia tentu akan disisihkan Amirul. Jadi, tidakkah baik dia menamatkan semua ini sekarang?
?ila?? lembut Puan Meriam menyedarkan Mila dari lamunannya. Mila menatap wajah itu satu persatu. Semuanya membalas dengan pandangan mengharap, namun harapan yg berlainan.
?apa, mama, Mila... Mila masih mahu jadi isteri Aqim? perlahan Mila menjawab. Dua nafas dihela dengan lega. Manakala yg lagi satu, mendengus.
Maafkan saya, Aqim. Saya perlu lakukan ini. Saya perlu berjuang untuk mendapatkan hak saya di sisi awak. Walau sejauh mana awak membenci saya, semakin dalam pula cinta saya untuk awak. Saya tak dapat menahan perasaan ini yg semakin mekar dalam jiwa saya ni. Saya hanya mahukan awak. Saya mahu berada dekat dengan awak. Walau apa pun yg terjadi. Walau hakikatnya awak akan lebih membenci saya. Maafkan saya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 09:14 AM | Show all posts
wah makin menarik ne....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2007 12:32 AM | Show all posts
tak sabar nak baca citer ni sampai habis nih...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 10:37 AM | Show all posts
wah bestnya citer baru ni..
sambung cepat2 k..
x sabar nak baca..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 12:30 PM | Show all posts
wah...menarik nih...sambung laa lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 10:35 AM | Show all posts
Lamanya tunggu sambungan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.069639 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list