CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4339|Reply: 2

Manfaat tubuh kelab membeli-belah

[Copy link]
Post time 7-12-2006 09:43 AM | Show all posts |Read mode
Manfaat tubuh kelab membeli-belah

PADA masa ini kenaikan harga barang-barang sudah menjadi lumrah kepada kita semua. Hampir setiap hari soal kenaikan harga menjadi rungutan. Dalam hal ini, kita jangan pula mengharapkan kerajaan sahaja mengambil tindakan.

Senario di kota raya New York boleh difikirkan bersama. Kaum wanitanya telah mengambil langkah menubuhkan kelab-kelab membeli-belah.

Melalui kelab seumpama itu, orang ramai bukan sahaja boleh mendapat barang-barang yang lebih bermutu, tetapi perbelanjaan mereka juga dapat dikurangkan.

Jika ingin berbuat demikian, keahlian kelab membeli-belah ini boleh diisi oleh sekurang-kurangnya sepuluh hingga dua belas buah keluarga.

Kelab-kelab seumpama ini selalunya menjual barang-barang kepada ahli-ahlinya pada harga hampir sama dengan harga kilang. Pembelian dalam stok yang kecil tidak memerlukan lori, pusat pengedar atau pekerja-pekerja seperti yang diperlukan oleh pasar -pasar raya.

Namun sikap ahli-ahlinya juga adalah amat penting. Mereka mestilah mempunyai kata sepakat dan mempunyai selera berbelanja yang sama supaya kerjasama dapat berjalan dengan lancar.

Setiap ahli mesti bersedia memikul tanggungjawab yang sama dengan ahli lain. Jika semuanya memberi sumbangan, ini akan mengelakkan pengambilan pekerja yang akan merosakkan rancangan dasar projek ini.

Pembahagian tugas-tugas juga tidak kurang penting. Setiap orang mesti mempunyai tugas masing-masing. Di antara mereka mesti ada yang menjalankan tugas menyimpan kira-kira, menghantar dan membeli barang-barang dan sebagainya.

Ini demi mengelakkan daripada berlaku berat sebelah. Sebagai tambahan, setiap seorang ahli mesti bersedia untuk membeli melalui kelab-kelab itu. Mereka yang membeli barang-barang yang sedikit akan membawa kepada pembaziran di mana menggagalkan tujuan utama kelab ini ditubuhkan.

Sementara itu, mesyuarat amat dipentingkan atau menjadi keutamaan dalam kelab ini. Sekurang-kurangnya seorang daripada sebuah keluarga mesti menghadirinya. Kerjasama, pergerakan dan batas-batas kelab-kelab ini mesti dijelaskan kepada setiap ahli.

Kira-kira RM30 mesti dikumpul pada setiap hari bagi minggu pertamanya.

Jumlah ini boleh diubahsuai jika tidak mencukupi atau berlebihan. Senarai makanan yang sering dibeli boleh diedarkan di mesyuarat ini untuk memudahkan perbelanjaan di masa depan.

Membeli-belah biarlah diuruskan oleh dua orang seminggu sekali di pasar borong. Orang yang pergi membeli-belah itu mestilah mengikut giliran. Apabila semuanya telah dibeli, boleh berkumpul di salah sebuah rumah ahli untuk diedarkan. Bayaran yang diberi pada minggu ini misalnya menyediakan bajet untuk minggu depan dan seterusnya.

Kelab membeli-belah tidak payah berlumba-lumba dengan yang lain. Adalah lebih baik jika satu kelab boleh bertukar-tukar barangan dengan kelab yang lain. Mereka juga boleh berpadu tenaga untuk melawan masalah pilihan yang terhad.

Mengikut rancangan ahli-ahli membayar setiap kali menerima barang. Tetapi boleh juga berlaku bila seorang ahli tidak dapat membayarnya. Untuk menghalang ini daripada terjadi, ahli-ahli mestilah membuat bayaran seberapa segera selepas menerima barang-barang.

Komunikasi antara ahli-ahli juga penting, kerana ketiadaan komunikasi akan menggagalkan kelab-kelab tertentu. Perbincangan terbuka harus diadakan untuk membincangkan masalah ahli-ahli dan kelab.

Di New York, perjalanan kelab-kelab membeli-belah ini berjalan dengan baik. Mereka mengumpulkan tabungan yang banyak dan nilai barangan mereka juga bertambah baik. Mereka mempunyai kuasa tawaran yang lebih kerana pemborong-pemborong cuba sedaya upaya menarik perhatian pembeli-pembeli seumpama ini.

Pendek kata, mereka melaporkan hasil yang memuaskan. Tidakkah para pengguna yang terdiri daripada suri rumah di Malaysia ingin berbuat seperti mereka? Bagus, jika ada yang ingin mencuba.

- BULBIR SINGH ialah bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2006 12:53 PM | Show all posts
aaaaaa.....kaki2 shopping tentu suka dengan kelab2 begini :lol
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 01:52 AM | Show all posts
me! me!! (lemassss, almost) haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.463637 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list