CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 112663|Reply: 171

Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat China Zaman Silam

[Copy link]
Post time 22-11-2006 09:28 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by HangPC2 at 19-10-2009 10:54

Dinasti China

DINASTI XIA

Dinasti Pertama dalam Sejarah China--Dinasti Xia

Xia merupakan dinasti pertama dalam sejarah China, dinasti itu bersejarah hampir 500 tahun dan bermula pada abad ke-21 sebelum Masihi hingga abad ke-16 sebelum Masihi. Wilayah pentadbirannya terletak di kawasan selatan provinsi Shanxi dan kawasan barat provinsi Henan pada masa ini.

Penaja Dinasti Xia itu, Da Yu merupakan pahlawan yang dijunjung tinggi dalam usaha mencegah banjir. Dinasti Xia merupakan permulaan masyarakat bersistem hamba dalam sejarah China dan masyarakat primitif telah berakhir selepas itu.

Pada tempoh akhir Dinasti Xia, kekacauan telah berlaku antara anggota diraja Dinasti Xia dan pertentangan masyarakat pun menjadi semakin serius. Raja terakhir Dinasti Xia, Jie tidak mengacuh pentadbiran negara dan asyik bermain dengan gundik yang disukainya. Dan raja itu membunuh menteri-menteri yang memberi nasihat kepadanya. Pelbagai negeri kecil dibawah kerajaan Xia itu berturut-turut mengadakan pemberontakan. Akhirnya Negeri Shang telah berjaya mengalahkan tentera Xia dan mengakhiri pemerintahan Xia. Raja Jie pun mati selepas dia melari ke Nanchao.


DINASTI SHANG

Dinasti Shang merupakan dinasti yang pertama dicatat dalam dokumen sejarah di China.

Dinasti Shang yang bersejarah 600 tahun itu dimulakan kira-kira pada Abad ke-16 sebelum Masihi, ibu kotanya selalu dipindahkan dan akhirnya ditetapkan di kawasan sekitar Anyang, provinsi Henan sekarang. Pengkajian arkeologi menunjukkan bahawa tamadun China telah berkembang pada awal Dinasti Shang dan telah munculnya tulisan kulit kura-kura dan kebudayaan perunggu pada zaman itu.

Tulisan kulit kura-kura itu ditemui oleh penghuni kampung Xiaotun di kawasan barat laut Anyang, provinsi Henan pada awal abad ke-20. Kampung itu dipastikan sebagai Runtuhan Yin yang merupakan ibu kota Dinasti Shang pada zaman dahulu.

Penemuan Runtuhan Yin itu bererti penting dalam usaha arkeologi di China pada abad ke-20. Banyak barang-barang artifak yang berharga ditemui di Runtuhan Yin, antaranya kulit kura-kura dan tulang binatang yang bertulis, barang-barang perunggu dan lain-lain.

Selain itu, teknik peleburan perunggu telah berkembang maju pada Dinasti Shang. Antara barang-barang perunggu yang ditemukan di Runtuhan Yi itu termasuk sebuah tungku yang beratnya 875 kilogram itu merupakan karya unggul dalam peleburan perunggu di China.

Berdasarkan kajian arkeologi, konsep negara dan sistem pribadi telah wujud pada Dinasti Shang tersebut.



DINASTI ZHOU BARAT

Zhou Barat dan Zaman Negara-negara Berperang

         
Zhou merupakan dinasti ketiga dalam sejarah China selepas Dinasti Xia dan Shang. Dinasti Zhou yang bersejarah 770 tahun itu ditubuhkan pada tahun 1027 sebelum Masihi dan diruntuhkan kira-kira pada tahun 256 sebelum Masihi. Zaman Zhou terbahagi kepada dua tempoh iaitu Zaman Zhou Barat dan Zhou Timur yang termasuk Zaman Chunqiu dan Zaman Negara-negara Berperang.

Zaman Zhou Barat yang selama 257 tahun itu bermula kira-kira pada tahun 1027 sebelum Masihi dan berakhir pada tahun 771 sebelum Masihi.

Raja pertama Dinasti Zhou memindahkan ibu kotanya ke Gao yang terletak di kawasan barat laut Chang An sekarang.

Zaman Chunqiu bermula pada tahun 770 sebelum Masihi hingga tahun 476 sebelum Masihi. Peperangan sering berlaku pada zaman itu antara pelbagai negara untuk mengembangkan perkembangan ekonomi masing-masing. Masyarakat pun telah mengalami banyak perubahan, lebih-lebih lagi dalam bidang pertanian. Peralatan besi mulai digunakan dalam usaha penanaman

Pemikit terkenal China Konfucius dilahirkan pada Zaman Chunqiu. Beliau mengemukakan pandangannya tentang kemoralan, politik dan pelbagai isu yang lain dan mewujudkan sistem pemikirannya yang berdasarkan kebudayaan dan masyarakat China.

Zaman Negara-negara Berperang bermula pada tahun 403 sebelum Masihi dan berakhir pada tahun 221 sebelum Masihi selepas Negeri Qin berjaya menyatukan negara China.

Terdapat 7 negeri yang besar pada Zaman Negara-negara Berperang, iaitu negeri Qin, Chu, Yan, Han, Zhao, Wei dan Qin. Mereka giat mengadakan pembaharuan untuk menguatkan negara. Antaranya, Pembaharuan Shangyang yang dilaksanakan di negeri Qin telah mencapai kejayaan yang besar untuk memajukan negara itu.

Kebudayaan kuno China tetap berkembang pada Zaman Negara-negara Berperang walaupun perang selalu berlaku pada zaman itu. Pelbagai pemikir yang terkenal telah muncul pada zaman itu dan mewujudkan kemakmuran dalam arena pemikiran. Teori dan pandangan yang dikemukakan oleh mereka itu telah mendorong perkembangan politik dan ekonomi di China pada masa itu dan ada yang masih berpengaruh di masyarakat China pada masa ini.

Pada tahun 230 sebelum Masihi, raja Negeri Qin, Ying Zheng mulai mengadakan usahanya untuk menyatukan negara China. Pada tahun 221, penyatuan negara China telah diwujudkan oleh beliau, dan keadaan terpisah-pisah di China pun telah berakhir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2006 09:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 19-10-2009 11:03

DINASTI QIN (CHIN)

(221 BC - 206 BC)

Qin, Dinasti Feudal (Empayar) Pertama di China

Pada tahun 221 sebelum Masihi, Dinasti Qin yang merupakan dinasti feudal yang pertama telah ditubuhkan di China dan masyarakat bersistem hamba selama lebih 2000 tahun telah berakhir.

Pada tahun 225 sebelum Masihi hingga tahun 222 sebelum Masihi merupakan Zaman Negara-negara Berperang dan juga merupakan akhir zaman masyarakat bersistem hambat di China. Antara tujuh buah negeri yang paling kuat pada masa itu, ialah negeri Qin, Qi, Chu, Wei, Yan, Han dan Zhao. Dan negeri Qin yang mengadakan pembaharuan ketenteraan dan pertanian dengan lebih awal merupakan negeri paling kuat antara 7 negeri tersebut.

Pada tahun 247 sebelum Masihi, Ying Zheng yang berumur 13 tahun bertakhta dan menjadi raja negeri Qin. Ying Zheng mulai menguruskan pentadbiran negara ketika berumur 22 tahun, dan dia berazam untuk menyatukan pelbagai negeri di China.

Pada tahun 230 sebelum Masihi hingga tahun 221 sebelum Masihi, Ying Zheng berjaya menyatukan negara dengan mengambil masa yang tidak sampai 10 tahun. Keadaan terpisah-pisah di China telah berakhir selepas berdirinya Dinasti Qin. Dan Ying Zheng juga dianggap sebagai raja pertama dalam sejarah China dan digelar sebagai Maharaja pertama.

Penyatuan negara yang dicapai oleh raja Ying Zheng itu bererti penting dalam sejarah China. Kerajaan Qin mengbahagikan negara menjadi 36 provinsi, dan dibawah provnisi pula ditetapkan pelbagai kaunti.

Kerajaan Qin juga berusaha untuk menstandardkan penggunaan tulisan. Tulisan berlainan yang dipakai di negeri masing-masing sebelum itu telah menjadi halangan komunikasi bagi penduduk pelbagai negeri. Selepas raja Yingzheng menyatuakan negara, kerajaan Qin giat menstandardkan tulisan di kalangan rakyat dan menetapkan Xiaozhuan sebagai tulisan rasmi kebangsaan.

Selain itu, kerajaan China juga menstandardkan sistem ukuran di kalangan rakyat, antaranya ukuran pajang, ukuran muatan, ukuran berat dan lain-lain. Ini telah menyediakan syarat yang baik bagi perkembangan ekonomi kebangsaan selepas itu.

Demi menjalankan kawalan fikiran terhadap orang ramai, Raja Ying Zheng menyuruh membakar buku sejarah tentang pelbagai negeri yang lain dan membunuh orang yang menyimpan buku-buku tersebut. Demi mencegah serangan dan gangguan daripada kaum minoriti di utara China, Raja Ying Zheng menyuruh memperbaiki dan menyambungkan tembok pertahanan di negeri-negeri masing-masing sebelum itu dan dijadikan Tembok Besar China yang terkenal pada masa ini. Selain itu, raja Ying Zheng juga memperuntukkan banyak wang untuk membina makamnya di Gunung Li.

Raja Ying Zheng berjaya menyatukan negara China dan menubuhkan sebuah negara feudal yang berbilang kaum. Ini telah membuka lembaran yang baru dalam sejarah China.


DINASTI HAN

Han Barat Dan Han Timur  (206 BC- 220 AD)

Dinasti Han bermula pada tahun 206 sebelum Masihi hingga tahun 8 itu dimulakan oleh Raja Liubang dengan menetapkan Chang An sebagai ibu kotanya.

Dalam tempoh selama 7 tahun Liubang berkuasa, pelbagai dasar pentadbiran telah dilaksanakan untuk meningkatkan pemerintahan kerajaan pusat. Selepas Raja Liubang mangkat pada tahun 159 sebelum Masihi, kekuasaan pemerintah mulai dimiliki oleh isterinya, Permansuri Luzhi selama 16 tahun. Raja Wen yang bertakhta pada tahun 183 sebelum Masihi serta anaknya Raja Jing yang bertakhta pada tahun 156 sebelum Masihi telah mengekalkan dasar pentadbiran yang dikemukakan oleh Liubang dan giat mengembangkan ekonomi di negerinya.

Selepas itu, Raja Wu yang bertakhta pada tahun 141 sebelum Masihi menghantar pasukan tentera yang dipimpin oleh jederal Pai Weiqing dan Huo Qubing mengalahkan gangguan kaum Xiongnu dan meluaskan wilayah negeri Han. Pada tempoh akhir pemerintahannya, Raja Wu giat mengembangan industri pertanian dan mengembangkan ekonomi.

Selepas itu, Wang Mang merampas kuasa dari raja Dinasti Han pada Tahun 8 dan memulakan Dinasti Xin.

Dinasti Han merupakan salah satu zaman yang agak makmur dalam sejarah China. Pelbagai dasar keutamaan kepada rakyat jelata telah mewujudukan kestabilan dan kemakmuran masyarakat. Ilmu Ru juga diperkenalkan dalam usaha pentadbiran negara mulai Dinasti Han.

Berkat kestabilan politik dan ekonomi, kemajuan yang besar telah dicapai dalam bidang perdagangan, kebudayaan, kesenian dan sains pada Dinasti itu. Seiring kemajuan dalam bidang sains dan teknologi, teknik peleburan logam dan tekstil pun telah berkembang maju. Jalan sutera yang dibuka pada zaman itu telah meningkatkan pertukaran antara China dengan negara-negara di Asia Barat dalam bidang diplomasi dan perdagangan.

Dinasti Han Timur yang dimulakan oleh Raja Liuxiu bermula pada tahun 25 hingga tahun 220.

Liu Xiu telah berjaya mengalahkan tentera Wang Mang dengan bantuan pasukan Lulin pada tahun 25 dan bertakhta di Luo Yang. Liu Xiu mengadakan pembaharuan terhadap dasar pentadbiran yang dilaksanakan oleh Wang Mang sebelum itu dan berusaha menyediakan syarat hidup yang baik kepada rakyat jelata.

Pada permulaan zaman Han Timur, kestabilan negara telah diwujudkan dengan pelbagai dasar yang dilaksanakan kerajaan. Di samping itu, kejayaan yang besar dicapai dalam bidang ekonomi, kebudayaan, sains dan teknologi. Cara mengeluarkan kertas yang ditemui oleh Cai Lun pada tahun 105 merupakan salah satu daripada 4 penemuan penting dalam sejarah China. Seismograf yang ditemukan oleh ahli sains China zaman kuno Zhang Heng juga sangat bererti penting dalam sains alam di China.

Selain itu, Hua Tuo doktor terkenal pada akhir zaman Han Timur merupakan doktor yang pertama menjalankan rawatan dengan teknik bius.


ZAMAN 3 NEGARA

(189 AD - 280 AD)

Dinasti Weijin dan Dinasti Selatan Utara

(280 AD - 589 AD)

Dinasti Weijin bermula pada tahun 220 hingga tahun 589. Pemerintahan Han Timur semakin merosot pada akhir abad ke-2. Selepas itu, keadaan pemisahan telah muncul di China pada jangka yang panjang. Pada permulaannya, terdadap China dipisahkan menjadi tiga negeri, iaitu negeri Wei, negeri Shu dan negeri Wu.

Selepas itu. ketiga-tige negeri itu disatukan menjadi Dinasti Jin Barat yang sejarahnya bermula dari tahun 265 hingga tahun 316. Selepas Dinasti Jin Barat berakhir, China mulai berada semula dalam keadaan terpisah-pisah, dan pelbagai kerajaan ditubuhkan di bahagian utara China.

Serentak itu, Dinasti Jin Timur ditubuhkan oleh raja keluarga dari Jin Barat di bahagian selatan China.

Ekonomi berkembang pesat di bahagian selatan China pada Dinasti Selatan Utara kerana ramai penduduk dari bahagian tengah China berpindah ke selatan untuk mengelakkan diri daripada peperangan. Kawasan di sekitar Yangzhou merupakan kawasan ekonominya sangat maju pada zaman itu.

Selain itu, terdapat juga kejayan yang besar dicapai pada Dinasti Selatan dan Utara dalam bidang pemikiran dan kebudayaan.

Pertukaran antara China dengan Jepun, Korea, negara-negara di Asia Tenggara dan Asia Barat pun dijalankan dengan lancar pada zaman tersebut.


DINASTI SUI DAN DINASTI TANG

(581 AD - 907 AD)

Dinasti Sui yang bersejarah 37 tahun itu bermula dari tahun 581 hingga tahun 618. Raja pertama Dinasti Sui, Yang Jian telah memberi sumbangan dalam usaha kawalan pegawai dan menggubal undang-undang yang baru. Selain itu, sistem pemeriksaan juga dibentuk pada masa itu untuk memilih pegawai kerajaa.

Dinasti Tang yang bersejarah 289 tahun itu ditubuhkan pada tahun 618 dan digulingkan oleh Zhu Wen pada tahun 907. Selepas Dinasti Tang ditubuhkan, raja Li Shimin telah mengambil masa selama sepuluh tahun untuk menyatukan negara.

Selepas Li Shimin naik takhta, China mencapai kejayaan yang besar dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan. Masyarakat China aman dan makmur, rakyat pun hidup dengan bahagia dan harmoni. Manakala Rusuhan Anshi yang berlaku selepas itu menyebabkan Dinasti Tang semakin merosot.

Pelbagai sistem masyarakat telah dibentuk secara beransur-anur pada Dinasti Sui dan Dinasti Tang, antaranya termasuk sistem kawalan pegawai, sistem pemeriksaan kebangsaan dan sistem kutipan cukai.Kerajaan pada kedua-dua dinasti itu juga melaksanakan dasar luar yang positik, dengan itu pertukaran ekonomi dan kebudayaan antara China dengan luar negara dijalankan dengan lancar. Dalam bidang kesusasteraan pula, kejayaan yang amat besar telah dicapai dalam penggubahan sajak, antara para penyajak yang unggul ialah Li Bai, Du Pu, Bai Juyi, Yuan Zhen, Li Shangyin dan Du Mu. Kesenian kaligrafi Yan Zhenqing serta kesenian lukisan Yan Liben, Wu Daozi, Li Sixun dan Wang Wei juga sangat bernilai dalam kesenian tradisional China.

Kerajaan sering mengalami kekacauan politik pada akhir Dinasti Tang, pergerakan pemberontakan kaum petani pun selalu berlaku pada masa itu. Pemberontakan Huanghao yang diketuai oleh Zhu Wen telah berjaya menggulingkan pemerintahan kerajaan Tang. Selepas itu Zhu Wen bertakhta menjadi raja dan memulakan Dinasti Houliang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2006 10:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 19-10-2009 11:05

DINASTI SONG - DINASTI YUAN

5 Dinasti Song Utara, Song Selatan,  Liao, Jin dan  Yuan

(907 - 1368 AD)

Pada tahun 960 masihi, Zhao Kuangyin telah melancarkan pemberontakan untuk menyatukan negeri-negeri di China yang ditadbir secara berasingan pada Zaman Wudai dan menubuhkan Dinasti Song. Dinasti Song bersejarah lebih 319 tahun dan pemerintahannya berakhir pada tahun 1279. Terdapat dua pemerintahan pada zaman Dinasti Song, iaitu Song Utara dan Song Selatan.

Sezaman dengan Dinasti Song ialah, Dinasti Liao(947-1125) ditubuhkan oleh kaum Qidan di bahagian utara China, dan negeri Xia Barat(1038-1227) didirikan di barat laut China. Pada tahun 1115, negeri Jin(1115-1234) ditubuhkan oleh kaum Nuzhen. Dinasti Song Utara berakhir selepas tentera Jin menyerang dan menawan ibu kotanya di Kaifeng pada tahun 1127. Pemimpin Dinasti Song, Zhao Gou naik takhta di Nanjing dan menubuhkan Dinasti Song Selatan.

Kompas, teknik percetakan dan bahan letupan merupakan tiga penumuan penting pada zaman Dinasti Song, antaranya teknik percetakan yang diperkenalkan oleh Bi Sheng didapati 400 tahun lebih awal daripada di Eropah. Buku Dinasti Tang Baru yang ditulis oleh Ou Yangxiu sangat penting dalam pengkajian sejarah Dinasti Tang. Selain itu, banyak syair terkenal terdapat pada zaman itu, Yan Shu, Liu Yong, Zhou Bangyan, Li Qingzhao, Xin Qiji dan lain-lain telah menggubah banyak syair unggul pada zaman itu. Pemandangan pada Pesta Cheng Beng yang dilukis oleh Zhang Zeduan itu merupakan salah satu lukisan terunggul di China.


DINASTI MING

(1368 AD - 1644 AD)

Pada tahun 1368, Zhu Yuanzhang menaiki takhta di Nanjing dan menubuhkan dinasti Ming. Semasa berkuasa selama 31 tahun, Zhu Yuanzhang giat meningkatkan kuasa pentadbirannya yang bersifat feudal, membunuh menteri-menteri yang berjasa dan menindas rakyat yang menentangnya. Selepas Zhu Yuanzhang mangkat, cucunya menaiki takhta, tetapi bagida akhirnya diguliingkan oleh bapa saudaranya, Zhu Li. ibu kota Dinasti Ming telah dipindahkan ke Beijing pada tahun 1421 selepas Zhu Li menaiki takhta.

Walaupun kerajaan Ming menumpukan perhatian meningkatkan sistem pentadbiran kerajaan pusat, namun pentadbiran negara dikuasai oleh penasihat raja kerana ramai raja pada Dinasti Ming amat muda dan tidak berpengalaman dalam pentadbiran negara. Kerajaan Ming semakin merosot dibawa penguasaan penasihat raja. Pada pertengahan zaman Dinasti Ming, pemberontakan petani sering berlaku dan ditindas oleh kerajaan.

Zhang Juzheng, ahli politik yang terkenal pada Dinasti Ming. Beliau melaksanakan pembaharuan untuk meredakan konflik antara pelbagai lapisan masyarakat. Beliau menjalankan kawalan terhadap pegawai pelbagai peringkat dan menggalakkan usaha pertanian, mengurangkan cukai terhadap petani untuk meringankan beban mereka.

Industri tenunan, pengeluaran porsolen dan perkapalan telah berkembang maju pada zaman Dinasti Ming. Usaha pertukaran dengan luar juga mencapai perkembangan yang pesat pada zaman dinasti tersebut. Laksamana Cheng Ho telah 7 kali melakukan pelayaran ke 30 negara dan kawasan di Asia dan Afrika. Selepas pertengahan zaman Dinasti Ming, China mengalami pencerobohan dari pelbagai negara, antaranya Jepun, Sepanyol, Portugis, Belanda dan lain-lain.

Ekonomi China telah berkembang maju pada zaman Dinasti Ming dan muncul kegiatan kapitalisme pada masa itu. Pada awal zaman Dinasti Ming, Zhu Yuanzhang menggalakkan petani meneroka tanah tandus dan memperkenalkan pelbagai jenis tanaman dari luar negara, antaranya tembakau, jagung, kacang tanah dan lain-lain. Industri pengeluar porsolen dan tenunan juga berkembang maju pada zaman Dinasti Ming..

Di samping itu juga terdapat banyak karya novel yang unggul dihasilkan pada masa itu, antaranya Pinggir Air, Kisah Tiga Negeri dan lain-lain. Selain itu, karya ilmu geografi Penjelajahan Xuxiake, karya ilmu perubatan Bencao Gangmu  yang dihasilkan oleh Li Shizhen serta Buku Usaha Pertanian yang  ditulis oleh Xu Guangqi merupakan karya klasik China.

Pada akhir zaman Dinasti Ming, konflik masyarakat semakin menjadi serius kerana rakyat jelata kekurangan tanah dan dibebani cukai yang banyak. Sejumlah pegawai berharap meredakan konflik masyarakat dengan mengurangkan kuasa penasihat raja.

Pada tahun 1627, kawasan Shaanxi China mengalami bencana alam yang serius, dan rakyat di sana tidak boleh menahan lagi kesabaran serta pelbagai jenis cukai yang dikenakan. Mereka menubuhkan tentera pemberontak dan berjaya menyerbu masuk ke dalam kota Beijing pada tahun 1644. Akhirnya, raja Chongzhen Dinasti Ming menggantung diri.


DINASTI QING (CHING)

(1644 AD - 1911 AD)

Dinasti Qing bermula pada tahun 1644 hingga tahun 1991 masihi. Dari raja pertama Dinasti itu, Nuerhachi hingga raja terakhir Pu Yi, terdapat seramai 12 orang raja pada Dinasti Qing. Dinasti Qing bersejarah 268 tahun.

Wilayah Dinasti Qing yang terluas dalam catatan sejarah mencapai lebih 12 juta kilometer persegi. Pada tahun 1616, Negeri Houjin ditubuhkan oleh Nuerhachi, dan nama negeri itu diubah menjadi Qing oleh raja Huang Taiji pada tahun 1936. Selepas pemerintahan Dinasti Ming digulingkan oleh tentera pemberontak kaum tani yang diketuai oleh Li Zicheng pada tahun 1644. Namun tentera Qing telah mengalahkan tentera kaum tani itu dan menetapkan ibu kotanya di Beijing. Selapas itu, kerajaan Qing telah menyatukan semula negeri China selepas mereka berjaya menindas pemberontakan kaum tani dan mengalahkan bekas tentera Dinasti Ming di bahagian selatan China.

Demi meredakan pertentangan antara pelbagai lapisan masyarakat, kerajaan Qing melaksanakan pelbagai dasar untuk menggalakkan industri pertanian dan menjana perkembangan ekonomi di China. Perkembangan ekonomi di China telah mencapai kemajuan yang besar pada pertengahan abad ke-18,. Dan penduduk di China pada akhir abad ke-18 telah mencapai kira-kira 300 juta orang.

Pada tahun 1661, pasukan tentera laut yang diketuai oleh Zheng Chenggong menyeberangi Selat Taiwan dan mengalahkan tentera kolonial yang menjajah Taiwan selama 38 tahun. Taiwan telah kembali semula ke pangkuan tanah air.

Raja Qianlong pada Dinasti Qing menghantar tentera ke Xinjiang dan telah berjaya menyatukan Xinjiang selepas menindas pemberontakan pelbagai kumpulan pemisah di sana. Selepas itu, kerajaan Qing giat mengembangkan ekonomi, kemudahaan asas dan komunikasi di sana.

Kemajuan yang besar dapat dicapai di China dalam bidang kebudayaan sebelum raja Dao Guang dinasti Qing. Pelbagai pemikir terkenal, antaranya, Wang Fuzhi, Huang Zongxi, Gu Yanwu telah muncul pada masa itu. Selain itu, sasterawan pada masa itu, antaranya Cao Xueqin, Wu Jingzi dan Kong Shangren juga sangat terkenal.

Sektor pertanian tetap merupakan usaha ekonomi utama pada zaman Dinasti Qing. Dan kerajaan Qing mengadakan pendidikan yang bersifat feudal terhadap orang ramai dan menjalankan dasar luas yang tertutup.

Selepas pertengahan zaman Dinasti Qing, pelbagai kumpulan pemberontak, antaranya Kumpulan Bailian telah muncul di China kerana pertentangan masyarakat semakin serius pada masa itu.

Selepas Perang Candu berlaku pada tahun 1840, negara imperialis mulai menceroboh negara China dan menandatangani pelbagai perjanjian yang tidak adil dengan kerajaan Qing. Selepas itu, masyarakat China memasuki zaman separuh feudal dan separuh kolonial. Dan pelbagai pergerakaan anti imperialisme dan feudalisme telah muncul di China untuk menyelamatkan bangsa dan negara dari kesengsaraan. Kerajaan Dinasti Qing juga melaksanakan pembaharuan yang bertujuan memajukan negara, tetapi akhirnya tidak mencapai kejayaan. Dan akhirnya, kerajaan Dinasti Qing telah digulingkan oleh pemberontakan Xinhai pada tahun 1911.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2006 10:23 PM | Show all posts
Maharaja pada Zaman Kuno

Maharaja Qinshihuang (Shin Huang Ti)



Makam Maharaja Qinshihuang yang terletak di bahagian barat China merupakan salah satu daripada makam maharaja yang paling besar, strukturnya paling ajaib dan barangan yang dikuburkan paling banyak di dunia. Manakala Terra Cotta atau patung tanah liat berupa perwira dan kuda sebagai sebahagian daripada makam itu digelar sebagai keajaiban ke 8 di dunia dan amat terkenal sama seperti piramid di Mesir.

Maharaja Qinshihuang merupakan maharaja pertama masyarakat feudal China. Baginda merupakan tokoh yang dipuji di satu pihak dan juga dikritik di lain pihak. Maharaja Qinshihuang buat kali pertama menyatukan China, baginda mengambil banyak tindakan untuk mendorong pembangunan ekonomi dan kebudayaan seperti menyatukan mata wang, huruf dan sistem ukuran. Baginda membina tembok besar untuk menahan serangan musuh. Tindakan-tindakan tersebut menyebabkan baginda menjadi negarawan terkenal dalam sejarah China. Di lain pihak, baginda dianggap sangat kejam dan mewah. Baginda membakar buku dan mengebumikan secara hidup-hidup pujangga yang pendapatnya berbeza dengan pendapat baginda di seluruh negara China.

Tidak lama selepas menyatukan China, Maharaja Qinshihuang telah memulakan pembinaan makamnya. Seramai 700 ribu orang membina makam baginda selama 40 tahun. Apabila baginda mangkat, makamnya masih belum selesai dibina. Makam Maharaja Qinshihuang terletak di Lishan, kawasan di luar Bandar Xian, ibu kota Provinsi Shanxi. Kawasan makam itu seluas lebih 56 kilometer persegi. Makam itu berbentuk piramid. Dasar makam itu sepanjang 350 meter, selebar 345 meter dan setinggi 76 meter. Di sekitar makam itu, terdapat lebih 500 buah makam iringan. Di makam-makam iringan tersebut dikebumikan orang-orang yang membina Makam Maharaja Qinshihuang, tiruan kuda dan pedati yang digunakan oleh Maharaja Qinshihuang, tiruan tempat pemeliharaan kuda di istana diraja dan patung tanah liat berupa perwira dan kuda yang melambangkan tentera Dinasti Qin.

Penemuan Makam Maharaja Qinshihuang adalah kebetulan. Pada tahun 1974, ketika petani menggali perigi, mereka telah menggali sejumlah besar serpihan tembikar. Para petani tidak mementingkan hal ini, dan bersedia membuang serpihan tembikar tersebut. Seorang pegawai perlindung artifak budaya yang berada di tempat itu menyedari bahawa ini adalah penemuan yang penting dan segera melaporkan keadaan ini kepada Biro Artifak Budaya Kaunti. Dengan demikian, Patung Tanah Liat Berupa Perwira dan Kuda yang menggemparkan dunia telah ditemui. Sekarang sebanyak 500 buah patung tanah liat berupa perwira, 18 buah pedati perang yang diperbuat daripada kayu dan lebih 100 ekor kuda tembikar telah digali keluar. Patung perwira tersebut bentuk badannya purata setinggi 1.8 meter, air mukanya berbeza-beza dan mirip dengan manusia sebenar, memperlihatkan seni pahatan yang tinggi tarafnya pada zaman Dinasti Qin pada lebih 2000 tahun yang lalu.

Patung Tanah Liat Berupa Perwira dan Kuda di Xian terkenal di dunia. Bukan sahaja pelancong dari pelbagai negara yang melawat China menyenaraikannya sebagai destinasi pelancongan yang akan dilawati di China, tetapi juga banyak negarawan yang melawat China juga mencadangkan supaya mereka dibawa menyaksikan keajaiban binaan manusia tersebut.

Demi memlihara dengan lebih baik Makam Maharaja Qinshihuang, kerajaan China sekarang masih belum meneroka makam itu disebabkan teknologi kaji purba China sekarang masih kurang maju. Pada masa yang lalu, China telah menggali keluar lebih 50 ribu buah artifak budaya yang penting di makam-makam iringan di sekitar Makam Maharaja Qinshihuang, termasuk Pedati dan Kuda Tembaga yang ditemui pada tahun 1980 yang merupakan artifak budaya yang mempunyai nilai tinggi dalam bidang kaji purba yang jarang terdapat di dunia. Pada tahun 1987, Makam Maharaja Qinshihuang dan Patung Tanah Liat yang Berupa Perwira dan Kuda disenaraikan sebagai Warisan Budaya Dunia oleh UNESCO.


Liu Bang--Maharaja Pertama Dinasti Han Barat



Liu Bang merupakan maharaja pertama Dinasti Han Barat (Tahun 206-220 Sebelum Masihi).

Bola Sepak ialah aktiviti tradisional pada zaman purba di China. Pada zaman purba, bola sepak disebut sebagai Cu Ju menurut catatan sejarah, Cu maknanya ialah menendang, Ju maknanya bola. Aktiviti jenis itu sudah mempunyai sejarah yang lama di China. Dikatakan, Raja Huangdi ialah pencipta Cu Ju, beliau pernah melatih askar dengan Cu Ju.

Menurut catatan yang diukir di kulit kura-kura pada Zaman Dinasti Shang, yang lebih 3 ribu tahun yang lalu, pada masa itu telah berada permainan bola sepak yang dipanggil tarian Cu Ju. Buku Shi Ji yang ditulis oleh Si Maqian pun pernah menyifat aktiviti Cu Ju yang berlaku di Lin Zi, negara Qi pada zaman Negara-negara Berperang. Aktiviti Cu Ju pada zaman Dinasti Han berkembang pesat. Raja Liu Bang dalam istananya telah membina sebuah lapangan besar dan disebut sebagai "kota Su". Latihan bola sepak yang dilakukan oleh tentera merupakan kandungan penting yang akan diperiksa oleh raja.

Pada zaman Dinasti Han, aktiviti Cu Ju telah mempunyai lapangan pertandingan Cu Ju yang tetap, di kedua-dua ujung lapangan itu ada bilik Ju, ia sama dengan pintu sekarang; kedua-dua pihak yang bertanding masing-masing disertai 12 orang, memutuskan kemenangan dengan pencetak gol yang lebih banyak, dalam pertandingan pun ada pengadil.

Pada zaman yang lebih awal, bola selalunya dibuat daripada kulit binatang, isinya dipenuhi bulu. Sehingga Dinasti Tang, bola sepak diisikan dengan udara. Ini merupakan kemajuan besar sejarah perkembangan bola sepak. Pertandingan Cu Ju pada Dinasti Tang telah menggunakan pintu dengan jarring. Pada masa itu, pintu terdiri daripada dua batang galah bamboo, separuh atasnya ditali dengan jaring. Dalam pertandingan, kedua-dua pihak masing-masing 6 orang bermain, antaranya 1 orang menjaga gol.

Sehingga zaman Dinasti Song, aktiviti Cu Ju amat disukai orang ramai. Akan tetapi, peraturan pertandingan Dinasti Song berubah, kedua-dua pasukan menendang satu gol. Pintu diletakkan di pusat lapangan pertandingan, dua batang kayu yang setinggi belasan meter dipasangkan jaring, jaring itu ada banyak lubang lebih kurang 35 senimeter yang disebut sebagai Mata Fengliu. Bola yang melalui lubang itu barulah mendapat gol. Pada Dinasti Song, istana mempunyai pasukan bola sepak, Cu Ju ialah program yang ditunjukkan dalam pelbagai perhimpunan yang meriah yang diadakan oleh istana kerajaan. Pada masa itu, pertubuhan Cu Ju rakyat yang dipangkil Qi Yunshe telah ditubuhkan, meraka telah menggubal peraturan pertubuhan itu.

Pada zaman Dinasti Ming dan Qing, Cu Ju selalunya dijadikan pertunjukan orang perseorangan. Pada Dinasti Qing, orang mencampuri menyebak bola dengan ski dan menciptakan aktiviti Cu Ju di atas ais.




Pada lebih empat ribu tahun yang lalu, bencana air bah sering berlaku di Sungai Kuning. Da Yu berjaya mencegah air bah itu dan ketua kaum Huaxia, Shun memberikan takhta kepada Da Yu.

Xia merupakan dinasti pertama dalam sejarah China, dinasti itu bersejarah hampir 500 tahun dan bermula pada abad ke-21 sebelum Masihi hingga abad ke-16 sebelum Masihi. Wilayah pentadbirannya terletak di kawasan selatan provinsi Shanxi dan kawasan barat provinsi Henan pada masa ini.

Penaja Dinasti Xia itu, Da Yu merupakan pahlawan yang dijunjung tinggi dalam usaha mencegah banjir. Dinasti Xia merupakan permulaan masyarakat bersistem hamba dalam sejarah China dan masyarakat primitif telah berakhir selepas itu.

Pada tempoh akhir Dinasti Xia, kekacauan telah berlaku antara anggota diraja Dinasti Xia dan pertentangan masyarakat pun menjadi semakin serius. Raja terakhir Dinasti Xia, Jie tidak mengacuh pentadbiran negara dan asyik bermain dengan gundik yang disukainya. Dan raja itu membunuh menteri-menteri yang memberi nasihat kepadanya. Pelbagai negeri kecil dibawah kerajaan Xia itu berturut-turut mengadakan pemberontakan. Akhirnya Negeri Shang telah berjaya mengalahkan tentera Xia dan mengakhiri pemerintahan Xia. Raja Jie pun mati selepas dia melari ke Nanchao.


[ Last edited by  HangPC2 at 7-3-2007 01:54 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2006 07:18 PM | Show all posts
Pakaian Dinasti China

Fushi / Zhuang = Pakaian

HanFu = Pakaian Han, Tang Zhuang = Pakaian Tang, Qi Pao (Cheongsam) & Magua  = Pakaian Qing (Manchu)





Hanfu



Tang Zhuang






Jenis Hanfu yg dipakai oleh kaum Wanita

Ruqun (Rakyat Jelata)



Rekaan Ruqun Mengikut Dinasti





Shenyi (Bangsawan)






Pada Zaman Dinasti Tang Pakaian Hanfu Di Eksport Ke korea Dan Jepun bersama agama Buddha.Seterusnya Evolusi pakaian terjadi apabila Korea Dan jepun  mereka mencipta rekaan sendiri dan dikenali sebagai pakaian kebangsaan mereka sekarang ini. Selepas Dinasti Qing (Manchu) berjaya menewaskan Dinasti Ming (Dinasti Terakhir Orang Han) selama 360 tahun Hanfu dipakai akhirnya pupus apabila Dinasti Qing mengarah rakyat memakai pakaian Manchu Wanita = Qi Pao, Lelaki = Magua

Korea = Hanbok





Jepun = Kimono

Kimono Dari Zaman Era Nara Ke Era Edo (Tokugawa)






Hanfu dalam Rekaan Moden








Qi Pao & Magua










Qi Pao dalam Rekaan Moden (Cheongsam)






Potongan Qipao 1914 - 1949










[ Last edited by  HangPC2 at 6-6-2007 12:01 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2007 02:30 PM | Show all posts
Pakaian  Ketenteraan (Baju Perisai) Dinasti China


DINASTI XIA





[ Last edited by  HangPC2 at 7-3-2007 05:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-3-2007 02:43 PM | Show all posts
Pakaian  Ketenteraan (Baju Perisai) Dinasti China


DINASTI SHANG







[ Last edited by  HangPC2 at 7-3-2007 04:53 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2007 02:53 PM | Show all posts
Pakaian  Ketenteraan (Baju Perisai) Dinasti China


DINASTI ZHOU







[ Last edited by  HangPC2 at 30-3-2007 07:54 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2007 03:03 PM | Show all posts
Pakaian  Ketenteraan (Baju Perisai) Dinasti China


NEGARA-NEGARA BERPERANG









[ Last edited by  HangPC2 at 30-3-2007 07:55 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2007 03:04 PM | Show all posts
Pakaian  Ketenteraan (Baju Perisai) Dinasti China


DINASTI QIN (CHIN)

















[ Last edited by  HangPC2 at 30-3-2007 08:08 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2007 03:06 PM | Show all posts


Pakaian  Ketenteraan (Baju Perisai) Dinasti China


DINASTI HAN














[ Last edited by  HangPC2 at 30-3-2007 08:15 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2007 03:26 PM | Show all posts
Pakaian  Ketenteraan (Baju Perisai) Dinasti China


3 NEGARA (WEI / SHU HAN / WU)







[ Last edited by  HangPC2 at 7-3-2007 05:02 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2007 03:28 PM | Show all posts
Pakaian  Ketenteraan (Baju Perisai) Dinasti China


DINASTI JIN (JURCHEN) DAN ENAM BELAS NEGARA






[ Last edited by  HangPC2 at 7-3-2007 05:11 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2007 03:33 PM | Show all posts
Pakaian  Ketenteraan (Baju Perisai) Dinasti China


DINASTI SELATAN DAN UTARA









[ Last edited by  HangPC2 at 7-3-2007 05:05 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2007 04:19 PM | Show all posts
Pakaian  Ketenteraan (Baju Perisai) Dinasti China


DINASTI SUI






DINASTI TANG











[ Last edited by  HangPC2 at 30-3-2007 08:17 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2007 05:07 PM | Show all posts
Pakaian  Ketenteraan (Baju Perisai) Dinasti China



DINASTI LIAO (KHITAN)






XIA BARAT


Xixia (Tangut Tibetan)






JIN (JURCHEN)






DINASTI SONG








[ Last edited by  HangPC2 at 30-3-2007 08:21 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2007 05:48 PM | Show all posts
Pakaian  Ketenteraan (Baju Perisai) Dinasti China



DINASTI YUAN (MONGOL)









[ Last edited by  HangPC2 at 30-3-2007 08:24 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2007 06:11 PM | Show all posts
Pakaian  Ketenteraan (Baju Perisai) Dinasti China


DINASTI MING












[ Last edited by  HangPC2 at 3-5-2007 08:27 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2007 06:21 PM | Show all posts
Pakaian  Ketenteraan (Baju Perisai) Dinasti China


DINASTI QING [CHING] (MANCHU)











Sources

Baju Perisai dan Rongfu Setiap Dinastii Dari Buku Lin Yonghua





[ Last edited by  HangPC2 at 3-5-2007 08:26 AM ]
Reply

Use magic Report

akmala This user has been deleted
Post time 9-3-2007 04:53 AM | Show all posts
Wow, keren Bro. CUma bandwith ku tak habis buka gambar ni.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.066073 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list