CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: laislabonita

Queensbay Mall ~ JCard Members' Day 30 April 2008

  [Copy link]
 Author| Post time 30-11-2006 11:28 AM | Show all posts

Reply #115 comot85's post

oh, thanx a lot...

teringat lak yellow bas ni... dah takde ekk, haha... igt lagi kerenah naik bas ni,macam s**l je kekadang.... lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2006 11:44 AM | Show all posts
tak dan buka dah komplen.....huhuhu....

Queensbay semakin sesak
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman


Kawasan komersial baru seluas 29.2 hektar di Sungai Nibong jadi tumpuan ramai, kurang tempat letak kereta

GEORGETOWN: Queensbay, kawasan pembangunan dan komersial seluas 29.2 hektar di Sungai Nibong di sini, yang sedang rancak dibangunkan secara terancang, bakal menjadi satu lagi mercu tanda di Pulau Pinang.




Menghadap laut dan Pulau Jerejak, deretan projek perumahan mewah, lot komersial merangkumi kedai dan pejabat korporat serta terbaru pasar raya Queensbay Mall, Queensbay menjanjikan pelbagai peluang perniagaan kepada pelabur.

Queensbay Mall yang akan dijangka dibuka 1 Disember ini dan dijangka menjadi pasar raya terpanjang di Pulau Pinang, sudah pun dilabel sebagai nadi kehidupan projek itu oleh sesetengah pihak.

Fasa terakhir pembinaan pasar raya itu berjalan rancak sejak tiga bulan lalu yang menandakan pembukaan rasminya bakal dilancarkan pada bila-bila masa dari sekarang.

Bagaimanapun, di sebalik segala kegigihan dan harapan menggunung jurutera, arkitek, kontraktor dan buruh menyiapkan pasar raya itu, pemaju seolah-olah terlepas pandang terhadap masalah kekurangan tempat letak kenderaan di kawasan berkenaan.

Queensbay, dengan anggaran nilai pembangunannya berjumlah RM2 billion, kini menghadapi masalah kekurangan tempat letak kereta yang kronik.

Tinjauan Berita Harian selama beberapa hari di Queensbay baru-baru ini mendapati kawasan yang dulunya sunyi, kini secara tiba-tiba bangkit mendadak menjadi kawasan sendat dan padat.

Puluhan malah ratusan kereta mula memenuhi kiri kanan jalan masuk ke Queensbay Mall sehingga menyulitkan orang ramai terutama pekerja pejabat di lot komersial itu meletakkan kenderaan masing-masing.

Keadaan itu amat berbeza kira-kira tiga bulan sebelum ini kerana Queensbay sebelum seperti `bandar mati' kerana jumlah kenderaan yang memasuki boleh dikira dengan jari.

Seawal jam 8 pagi, pelbagai jenis kenderaan yang pemiliknya bekerja di pasar raya itu sudah memenuhi petak letak kereta yang disediakan di hadapan premis pejabat.

Ini menyebabkan pekerja di tempat itu yang memulakan tugas jam 9 pagi tidak dapat meletak kenderaan mereka di ruang yang disediakan sebaliknya terpaksa meletak di tepi jalan masuk ke Queensbay Mall yang menjadi laluan kenderaan berat.

Masalah ini dijangka berterusan apabila pasar raya itu dibuka kerana pekerja di situ bimbang orang ramai akan terus meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan sesuka hati hingga mengganggu lalu lintas ketika berkunjung ke Queensbay Mall.

Pertambahan jumlah kenderaan juga menyebabkan jumlah kemalangan di situ turut meningkat terutama di simpang keluar ke jalan utama di Queensbay.

Seorang pengurus kanan sebuah syarikat di Queensbay, Syed Sharaff Syed Ahmad, 52, berkata masalah yang dihadapi pekerja di kawasan itu bermula sejak tiga bulan lalu.

Oleh sebab itu, katanya, bilangan kenderaan yang memasuki Queensbay meningkat lebih daripada lima kali ganda kerana pemiliknya yang terdiri daripada subkontraktor, pemilik lot kedai di pasar raya, pereka hiasan, juru elektrik dan juruteknik mula berkumpul di pasar raya berkenaan.

Katanya, ruang yang sebelum ini disediakan lebih daripada mencukupi kini tidak mampu lagi menampung jumlah kenderaan yang bertambah secara tiba-tiba.

"Masalahnya, pemaju di kawasan ini tidak menyediakan pelan alternatif bagi mengatasi masalah peningkatan jumlah kenderaan ini menyebabkan kami kadang-kadang terpaksa meletak kenderaan di tepi jalan masuk ke pasar raya itu.

"Masalah ditambah lagi apabila sebuah syarikat mengendali tempat letak kereta wujud secara tiba-tiba di sini dan mengenakan bayaran RM2 sejam menyebabkan pemilik kenderaan memilih meletak kenderaan masing-masing di tepi jalan," katanya.

Beliau mendakwa sudah merujuk kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengenai perkara itu tetapi dimaklumkan jalan berkenaan masih belum diwartakan kerajaan negeri menyebabkan tindakan saman tidak boleh diambil terhadap pemilik yang meletakkan kenderaan di tepi jalan.

Jurucakap MPPP ketika dihubungi pula berkata, jalan utama ke Queensbay Mall diselenggara pemaju dan pihaknya tidak boleh mengambil tindakan.

Sementara itu, pengurus syarikat penghantaran, Mong Ban Chowi, 44, berkata selain masalah kekurangan tempat letak kereta, penyewa di lot perniagaan juga terpaksa berpindah kerana syarikat pengendali tempat letak kereta mengenakan kadar yang melampau.

"Siapa yang mahu membayar RM2 setiap jam sedangkan kami terpaksa membayar pelbagai bil perniagaan," katanya.

Beliau berkata, selain masalah kekurangan tempat letak kereta, penyewa premis di situ juga bakal menanggung sewa bangunan yang tinggi kerana kadarnya meningkat sehingga 100 peratus.

"Siapa yang sanggup menanggung kenaikan sewa daripada RM1,000 sebulan kepada RM2,000 sebulan.

Rakannya, Soo Kar Haw, 29, berkata beliau kecewa dengan sikap pemaju Queensbay yang mengabaikan kebajikan penyewa atau pemilik premis perniagaan di situ.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 11:52 AM | Show all posts

Reply #120 laislabonita's post

aku dh tgk map tuh...rasa cam betoi dah....

tp dok moskil ni aku ada nampak ada hotel kat situ....awat aku tatau pun....huhuhu...

tp aku rasa better turun kat Sg Nibung la... jauh gak hg kena bejalan...dah la panaih....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2006 11:56 AM | Show all posts

Reply #122 Mas916's post

oh, mmg tak cukup parking ker... hari tu azalena bgtau yg parking kat queensbay mall tak buka lagi, so ramai yg letak kete tepi jalan... klau tak leh la gak park kat queensbay mall tu wpun keje kat building lain...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 12:20 PM | Show all posts
TGI Friday's  HERE I COMEEEEEEEEEEEEEEEEEEE
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 01:56 PM | Show all posts

Reply #124 laislabonita's post

parking kat TESCo skang nih ada 3000 lot...tu pun x cukup...haku dengaq JUSCO ada lebih kurang 2700 parking lot jer

selamat berebut parkingggggggggggg :lol   





KLUE 6


"MAIN 1 PERKATAAN OMPUTIH PUNYERK!!"



SIMPAN @ INGAT IMEJ TERSEBUT :dia:

[ Last edited by  BabeYSHa at 6-2-2007 10:38 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2006 10:10 AM | Show all posts
Originally posted by trex at 30-11-2006 12:20 PM
TGI Friday's  HERE I COMEEEEEEEEEEEEEEEEEEE


stila pun duk tunggu nih......:clap:
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 12:35 PM | Show all posts
aku tertunggu2 pembukaan jusco..akhirnya dapat gak aku merasmikannya..dan cadangan aku nak tgk filem "CINTA".. dah buka ka panggung dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2006 02:00 PM | Show all posts
tadi dapat sms kata ada free meal dekat TGI friday...
ingatkan memain.. rupa2 memang betull.. tapi kena call buat reservation dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 02:47 PM | Show all posts
Originally posted by alia_elina at 1-12-2006 12:35 PM
aku tertunggu2 pembukaan jusco..akhirnya dapat gak aku merasmikannya..dan cadangan aku nak tgk filem "CINTA".. dah buka ka panggung dia?


dah pergi tadi... rasa2 tak buka lagi wayang dier sebab tak nampak pun......
byk kedai yg tak bukak lagi.....
alamak terlepas ler free meal ygTGIF tu.....

paling geram, payah sgt nak dpt taxi.... kesian kat satu couple mat salleh tu, tercegat2 ngan kami duk tunggu taxi..... mujur dpt gak......
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 02:56 PM | Show all posts
Originally posted by Stila_77 at 1-12-2006 02:47 PM


dah pergi tadi... rasa2 tak buka lagi wayang dier sebab tak nampak pun......
byk kedai yg tak bukak lagi.....
alamak terlepas ler free meal ygTGIF tu.....

paling geram, payah sgt nak dpt t ...


fuhh lajunya... best ke kat situ? apa yg paling best?

lagi satu.. tadi nampak iklan kat dlm metro..
Aussino..sape beli barang lebih RM80 dekat outlet queensbay nih dapat free give...beg penyejuk!
valid utk arinih ngan besok je..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 03:03 PM | Show all posts

Reply #131 simbiosis's post

byk yg best..... tapi tadi tak beli apa pun sebab ramai org & malas nak beratur pjg..... pegi gak kat aussino tadi... ingatkan nak beli towel jaquard rega rm19.91 (buy 1 free 1) tapi tak jual kat situ sebab SA dia kata kedai kat queensbay ni kecik ajer.... body shop ada promotion....sebenarnya mcm2 kedai yg ada promotion utk weekend ni.......
pergi la simbiosis... stila pegi masa rehat tadi......rasa tak puas jenjalan ler.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 03:31 PM | Show all posts
Originally posted by Stila_77 at 1-12-2006 03:03 PM
byk yg best..... tapi tadi tak beli apa pun sebab ramai org & malas nak beratur pjg..... pegi gak kat aussino tadi... ingatkan nak beli towel jaquard rega rm19.91 (buy 1 free 1) tapi tak jual k ...


insyallah besok kot nak pi sana...kalau ramai sangat pi tgk-tgk je laaa..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2006 12:01 AM | Show all posts
GSC tu bukak mid Dec nih ....

takpi pun tadi ..

gi pisa je
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2006 10:28 AM | Show all posts
Originally posted by simbiosis at 1-12-2006 02:00 PM
tadi dapat sms kata ada free meal dekat TGI friday...
ingatkan memain.. rupa2 memang betull.. tapi kena call buat reservation dulu..


dapat gak free meal tu coz my fren's sis is in the ad team yg wat poster TGIF..so kitorg dpt free meal from tuesday to friday minggu dpn..
diorg wat camtu coz nak train pekerja2 baru..so we get to eat n give them comments..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2006 11:36 AM | Show all posts
Originally posted by rubi_perez at 2-12-2006 10:28 AM


dapat gak free meal tu coz my fren's sis is in the ad team yg wat poster TGIF..so kitorg dpt free meal from tuesday to friday minggu dpn..
diorg wat camtu coz nak train pekerja2 baru..so we ge ...


kitorang booking lunch utk hari khamis depan...
ooo itu ke purpose diorang bagi free meal.. anyway o.k la tuh..
buffet kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2006 02:20 PM | Show all posts
TGI Fridays akan dibuka 11 Dec kan?

huhu, berjaya gak aku g... tapi mostly aku dan member aku g jejalan kat PC Fair dan KBJ je... bnyk kedai tak buka lagi wpun bnyk kedai yg dah buka(maksud die QB Mall ni besaq giler la, :lol ).. memalam besh dapat tgk keindahan penang bridge..

o ya, kitorg bnyk jalan kaki je.. bus station tu kire dkt gak dgn QB ni, masa naik bas aku dari KL tu mmg die lalu roundabout QB utk ke bus station sg nibong.. kire mmg boleh sesgt aku nak minta drebar stop kat situ... BTW, thanx semua sbb sudi beri info pada aku...

o ya, just nak inform pade sape2 yg tak tahu... yg butik tized dan jeans studio kat 1st floor tu adalah kire jusco gak... so, leh guna JCard utk dapat poin dan rebate kat situ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 04:58 PM | Show all posts
Originally posted by laislabonita at 3-12-2006 02:20 PM
TGI Fridays akan dibuka 11 Dec kan?

huhu, berjaya gak aku g... tapi mostly aku dan member aku g jejalan kat PC Fair dan KBJ je... bnyk kedai tak buka lagi wpun bnyk kedai yg dah buka(maksud die  ...


laislabonita nih keja ngan jusco ker? heheheh..

pesta penang tak pegi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 06:13 PM | Show all posts
dah ada fridays kat penang ......??

mesti ian ngan dut suka nih.....

fridays fav dia org dua tuh....

antu fridays....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 06:14 PM | Show all posts
ada zara tak kat queensbay nih.......???

kalo ada yg dua tu mesti semangat nak holiday kat png.....

antu zara gak dua tu.....:lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.073338 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list