|
Luak Johol amal pinang lelaki
Oleh Jaafar Mulup
Adat warisan sejak 200 tahun lalu oleh suku waris keturunan, bakal menyandang Ketua Adat diamalkan sehingga ke hari ini
ROMBONGAN sebelah perempuan membawa
pelbagai hadiah peminangan ketika
berkunjung ke rumah pihak lelaki.
PROGRAM realiti Mencari Cinta yang pernah disiarkan TV3 tahun lalu mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat - semata-mata kerana ia dianggap memalukan wanita atau dalam bahasa mudahnya, Perigi Mencari Timba.
Wanita meminang lelaki dianggap tabu bagi majoriti wanita terutama Melayu, tetapi ia bukan asing bagi sebilangan kaum Sikh, masyarakat India beragama Hindu dari kasta Brahmin serta mereka yang berketurunan Ceylon.
Perkara itu juga biasa bagi masyarakat Luak Johol di Negeri Sembilan di mana wanita meminang lelaki sudah menjadi amalan sejak 200 tahun lalu oleh suku waris keturunan bakal penyandang jawatan ketua adat Luak Johol.
Ibu Waris, Hasnah Abdullah, 50, berkata adat wanita meminang lelaki oleh luak berkenaan diamalkan sejak 1723 ketika Luak Johol di bawah pemerintahan Puteri Sitiawan, iaitu Undang Luak Johol yang pertama.
揇isebabkan Puteri Sitiawan adalah pembesar negeri atau luak, pihak lelaki takut hendak meminangnya menyebabkan ibu bapa dan keluarga Undang berkenaan terpaksa mencarikan jodohnya.
揃ertitik tolak dari situ, adat wanita meminang lelaki pun bermula dan diamalkan sehingga kini, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Tak sanggup rasanya nak meminang lelaki... he he he he he |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|