|
Cara rangsang anak berpuasa
Oleh Azah Abdullah
Selain ibu bapa jadikan diri sebagai teladan, sokongan jitu bantu tarik si kecil teruskan ibadat
MELATIH anak berpuasa bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi menjadi tanggungjawab perlu dilaksanakan setiap ibu bapa. Bagaimana caranya? Ada pelbagai cara yang dicadangkan termasuk mendenda si kecil jika enggan berpuasa. Tetapi, wajarkah kanak-kanak dipaksa menahan lapar dan dahaga seharian pada usia sebegitu sedangkan mereka tidak memahami mengapa perlu berpuasa?
Hakikatnya bukan saja ibu bapa gembira menyambut kedatangan Ramadan, tetapi kanak-kanak juga menanti bulan yang penuh bermakna itu. Justeru, setiap ibu bapa digalakkan mendidik anak berpuasa dengan cara menyeronokkan dan bukannya dengan memaksa atau memukul mereka supaya berpuasa. Malah, bagi memudahkan kanak-kanak berpuasa sambil menghadapi pelbagai dugaan di persekitarannya, ibu bapa sendiri perlu menunjukkan teladan kepada anak mereka.
Beberapa ibu yang ditemui mengakui si kecil lebih mudah meneruskan ibadat berpuasa sepanjang Ramadan sekiranya ibu bapa sentiasa memberikan sokongan kepada mereka. Selain kata galakan, ada ibu bapa menjanjikan sesuatu yang berharga sebagai hadiah kecemerlangan jika anak mereka berjaya meneruskan puasanya.
Asma Ismail, 56, berkata lazimnya strategi itu diamalkan bagi membantu kanak-kanak yang pertama kali berpuasa kerana dengan menjanjikan sesuatu yang dikehendaki mungkin boleh memujuknya berpuasa pada bulan yang mulia ini.
揂nak perlu dididik berpuasa sedari kecil lagi dan berdasarkan pengalaman melatih lapan anak berpuasa pada Ramadan, saya akui banyak menguji kesabaran seorang ibu untuk melayan kerenah anak. Juadah berbuka puasa boleh menarik perhatian anak kecil berpuasa sepanjang hari pada bulan ini, apa tidaknya setelah seharian penat berpuasa mereka akan gembira jika dihidangkan dengan makanan kesukaan mereka," katanya.
Selain itu, beliau berkata, mengejutkan anak untuk bersahur juga dapat mendorongnya si kecil berpuasa sepanjang hari. Dengan melihat ibu bapa, abang atau kakaknya bersahur, akan timbul rasa seronok apabila dapat berkumpul serta makan bersama keluarganya, sekali gus dapat memupuk keyakinan untuk berpuasa pada hari berkenaan.
Pendapat Asma disokong Zarina Mohd Abdul Aziz, 39. Beliau mengakui anak kecil sukar untuk menahan lapar dahaga bagi jangka masa yang panjang, lebih-lebih lagi dengan adanya pelbagai dugaan di sekitarnya termasuk kehadiran adik yang masih kecil.
Sebaiknya, had umur terbaik bagi melatih kanak-kanak mula berpuasa ialah pada usia lima tahun. Tetapi, jika anda mempunyai seorang (atau lebih) anak yang lebih kecil, sudah tentu si adik tidak diwajibkan berpuasa. Ini boleh menyebabkan anak yang sedang dilatih itu terpengaruh apabila melihat adiknya makan atau minum.
Tetapi, Zarina berkata, berdasarkan pengalamannya cara memaksa si kecil berpuasa bukan cara terbaik melatih anak berpuasa kerana mereka akan melakukannya hanya kerana terpaksa dan bukan dengan rela hati, sekali gus menyukarkan mereka meneruskan amalan mulia itu pada masa akan datang.
揅ara terbaik ialah melatih anak berpuasa separuh hari dulu. Keesokan, panjangkan lagi waktu. Jika semalam berpuasa sehingga jam 12 tengah hari, hari ini 1 petang. begitulah seterusnya sehingga dia berjaya puasa penuh. Ini dapat mengelakkan mereka daripada rasa dipaksa dan galakan boleh memberikan semangat kepada mereka serta menyemaikan rasa seronok berpuasa, |
|