Apa yang ada dalam diri kita adalah keegoan & juga sedikit sifat angkuh. Namun, setelah aku menilai balik apa & kenapa Dayang Nurfaizah sanggup & berani mengambil keputusan untuk menyertai pertandingan yang bakal mencapai kemuncaknya pada malam ini aku mulai sedar selama ini aku jugak ego enggan 'turun semula dari tangga' setelah apa yang aku dapat di dalam tangan. Disini aku mula sedar betapa penyanyi ini benar-benar memperjudikan nasibnya & mengetepi rasa egonya (ya sememangnya dia sudah berstatus bintang besar di Malaysia) demi membaiki kelemahannya. Aku kagum benar dengan keberanian DAYANGAN NURFAIZAH ini kerana semangatnya. Sebagai student aku mengambil dia sebagai salah satu icon aku dlm mengejar impian aku walau bukanlah sebagai Star sepertinya walau pada mulanya aku anggap dirinya biasa2 saja. So, now aku ingin ucapkan pada Dayang kali ini..YOU GO GIRL!