|
PETIKAN KOSMO AHAD
17 Sept 2006
Dayang enggan bertanding lagi
Cukuplah sekali!.. Itulah reaksi Dayang Nurfaizah Awang Dowty ketika ditanya apakah dia akan menyertai pertandingan realiti pada masa depan.
Artis muda kelahiran Kuching, Sarawak itu yang diumumkan tidak bernasib baik untuk menyahut cabaran pada peringkat akhir program One In A Million kelmarin berkata, buat masa ini hatinya sudah tertutup untuk menyertai mana-mana program realiti mencungkil bakat.
"Saya bukan kecewa kerana tidak berpeluang memenangi wang RM1 juta yang ditawarkan, sebaliknya, saya kecewa kerana khalayak tidak memberi peluang kepada saya bertanding di peringkat akhir minggu depan, " tegas Dayang dalam perbualan dengan VAZZ semalam.
Program realiti One In A Million terbitan stesen televisyen 8TV merupakan satu-satunya program realiti yang menawarkan wang tunai RM1 juta sebagai habuan buat juara.
Pemenang One In A Million juga bukannya ditentukan oleh juri profesional sebaliknya ia ditentukan berdasarkan undian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau talian tetap oleh penonton.
Bagaimanapun, program ini turut mengundang dua pengkritik tetap iaitu Paul Moss dan Syafinaz selain penggiat-penggiat muzik profesional undangan setiap minggu untuk menilai persembahan peserta.
Pada pusingan akhir program berkenaan yang akan berlangsung Jumaat depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan DUnia Putra, Kuala Lumpur tiga peserta yang bernasib baik ke peringkat final ialah Low Sook Yee (Suki), Muhammad Aliff Mohd. Satar (Aliff) dan Ahmad Faizal Mohd. Tahir (Faizal).
Apalah wartawan tak buat homework, apa pulak final 3 orang ?
Sebelum Dayang, peserta-peserta lain yang tutur mengikuti jejak yang serupa ialah Zaihanee Zainal Abidin (Zai), Alif Azfar Ishak (Azfar), Anny Johanna Mohamad Sharif (Anny), Farah Asyikin Zulkifli (Farah), Norshammeme Shahmeen Shah Halim Shah (Ammen) dan Mohd. Lokman Aslam Abdul Mutalib (Lokman).
Berikutan kegagalannya mara ke peringkat akhir, Dayang menegaskan, dia begitu kecewa kerana pengundi program berkenaan mengabaikan bakat yang ada dalam dirinya.
"Secara perbadi saya menganggap saya mempunyai bakat menyanyi. Namun begitu, sayang sekali apabila ada yang menganggap saya pesaing paling sengit dalam program itu.
"Saya juga sedar ramai yang tidak puas hati dengan penyertaan saya dalam program ini. Mahu atau tidak saya harus reda dengan nasib ini" jelasnya yang sukar menyembunyikan perasaan sedih.
Meskipun terpaksa menelan kekecewaan dan kepahitan, tiada apa yang mampu dibuat oleh Dayang selain daripada meneruskan kerjaya seninya.
Kata Dayang, dalam tempoh terdekat ini dia perlu memberi perhatian pada penerbitan album solo terbarunya yang dijangka dipasarkan menjelang hujung tahun ini. :clap:
Tidak ketinggalan, Dayang juga akan kembali ke lokasi penggambaran filem Luka selepas penggambaran itu ditangguhkan lantaran komitmennya dalam One In A Million.
Ditanya apakah pengorbanannya selama menyertai One In A Million merugikannya, Dayang memberitahu: " Saya meraih banyak pengalaman yang baik untuk kemajuan kerjaya seni saya. Tidak ada apa yang perlu dikesali.
"Saya juga bersyukur kerana melalui One In A Million juga saya banyak menimba ilmu seni dan kekurangan dalam diri juga dapat diperbalik sedikit demi sedikit." |
|