PITTSBURGH posted on 9-7-2013 02:44 PM
masalah jiran ni mmg tak berkesudahan
rasanya kena ada silabus kejiranan kt ofis lah kan
uishh..dah lama thread ni tapi rajin PITTSBURGH up kan balik.. aku pun ada gak kisah jiran ni..
actually, kat floor aku tu ada 8 unit umah and sebelum ni semua penghuni umah situ adalah pompuan bujang.. aku kenal dorang tu semua.. pastu, unit umah yg depan umah aku tu, semua penghuninya pindah kuar.. so kosong la umah tu. Tak lama pastu, ada orang pindah masuk..satu family la..
Ini based on cerita housemate aku. Satu hari tu, dia sorang je kat umah..time tu dah masuk maghrib.. Umah kitaorang ada door bell . Time dia tgh solat tu, dia dengar orang tekan bell. Yang dia bengang tu bell tu ditekan banyak kali tanpa henti.. Korang boleh bayangkan kan cmna keadaan time tu, dgn kawan aku tu tgh dok solat..
Actually, kitaorg satu umah takkan buka pintu kalau doorbell bunyi coz ramai sgt penjual tanpa izin dok jual2 ni..tu yg buat bodoh jer bila door bell bunyi.. Let say kalau salah sorang tertinggal kunci ke, kitaorangakan msg or call je and inform. Pastu baru kitaorg buka pintu..
So, berbalik kepada cerita td ni..kawan aku tu kan dok sorang kat umah time tu..dia dah bengang sgt dia pun buka la pintu, nak tgk manusia mana yg dok gila main door bell tu.. Masa dia buka, tgk2 ada sorang lelaki..lelaki tu perkenalkan diri kata dia baru pindah masuk umah kosong tu..kawan aku pun angguk iyekan jela..pastu, lelaki tadi tu mintak nak pinjam duit kat kawan aku, katanya anak dia lapar nak makan..dompet dia tertinggal dlm kete..kete dia plak isteri diabawa pegi amek barang kat umah lama..dia kata anak lapar, so dia nak pinjam duit, nnt bila isteri dia balik dia bayar la..
Kawan aku ni pun dah kesian kat anak lelaki tu, bagi je la RM20..lgpun time tu kawan aku kata dlm dompet hnya ada RM20 tu je.. Yang tak leh blah tu, lelaki tu kata RM50 takda ke..terkejut kawan aku..dah bagi RM20 tapi mintak RM50 plak.. RM20 tu pun dah banyak..kalau setakat nak beli makan anak,beli je nasi lauk ayam goreng, baru RM2 or RM3 je..cam siot je..kawan aku cakapla takde..itu je yg dia ada.. Lelaki tu pun ok je la..tapi sampai kesudah lelaki tu tak bayar duit kawan aku tu.. Skrg ni pun aku dah tak nampak family tu coz rumah mcm dah tak berpenghuni..senyap sunyi..maybe dah pindah tempat lain kot..
Ni kisah dari jiran sebelah umah aku plak.. Sebelum lelaki tu datang kat umah kitaorg, lelaki tu dah suruh anak dia pegi mintak duit kat jiran sebelah umah aku ni..hehehe.. Jiran aku kata, anak lelaki tu yang pegi mintak..katanya “kak,ayah suh mintak duit RM50”. Haduiiiiii..ini punya bapak pun ada.. Jiran aku tu tak bagi pun..so, pastu la dia pegi mintak kat umah kitaorg plak..hahahaha
Last edited by LoveLavender on 9-7-2013 05:16 PM
|