View: 50612|Reply: 514
|
Riches and Stitches - TV3 6-7pm
[Copy link]
|
|
Cast:
Moses Chan Ho
Kwong Wa
Anne Heung Hoi Lan
Gigi Lai Chi
Melissa Ng Mei Hang
Marco Ngai Chun Kit
Michael Tong Man Lung
Siu Chun Hang (Moses Chan) has an indescribable feeling towards chipaos. His first chipao was created for his most beloved, princess from the last dynasty Bo Chui Lung (Anne Heung). Hang's altered design for Lung is widely acclaimed and his business develops from there and the rises and falls of his life are threaded through each stitch he makes.
Lung is secretary to a member of the gangster organisation and nightclub owner Wing Ming Tung. In order to help Hang develop his business, Lung encourages him to design a chipao for the song and dance troupe leader Lang Heung Ling (Melissa Ng). Despite the initial successes, Hang's business does not run smoothly and he is troubled by his brother Chun Cheung (Michael Tong) who almosts causes the downfall of the business.
As Hang holds out no hope on life, Cheung's ex-girlfriend singer Hoi Tong (Gigi Lai) stays by his side. Lung and Tung also do all they can to help him regain his confidence.
credit to spcnet.tv
ni pulak link yg emiko kasi:
fansite
- http://richesnstitches.8k.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
tgk first episod tadi...boleh tahan jugak...dah lama tak tgk pelakon2 citer ni...sbb dah byk drama tv3 siarkan pelakon yg sama... |
|
|
|
|
|
|
|
tadi tgk gak...so far ok, byk pelakon kenal...at least takdela plakon yg sama je..tau jela, kalau tv3 tu plakon dia sonija, tv2 pun sonija |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak sempat tgk....tapi aku tgk gambonya menarik...pelakon semonya dah biasa tgk...tapi hari ni kalau silencez tak kisah bleh la tolong citer kan.... |
|
|
|
|
|
|
pisces2202 This user has been deleted
|
aku tak sempat tgk gak.....ade kelas tuition...
ok ker citer nie....?
pelakon dia leh tahan.... tapi cam citer lame jer....
leh ker silencez bagi citer? |
|
|
|
|
|
|
|
aku citer.. & yg lain karang sambung mana2 yg tertinggal ek.
mula2 kat 1 kg.. zaman dinasti qing ke. kiranya kg tu makmur. ada sorang tokey perempuan ni.. mmg bisnes dia maju. bukak kedai kain ke camtu. & mmg sll kain2 dia tu supply utk org2 besar la. dia ada 2 org anak. satu hari.. pekerja2 tokey tu, tgh sembahyang. & ada sorang pekerja datang lari2 kata, dinasti qing dah musnah & tokey tu tak dpt terima tamparan tu, & mati.
puteri dinasti tu pulak.. dgr kecoh2, dia ada tanam 1 kotak. mak dia tanya, apasal tanam kotak yg dia sayang tu? puteri tu kata, (tak ingat la ehhe). lebih kurang mcm.. dia takut tak dpt jaga diri dia sendiri kot. tu yg dia tanam benda yg dia sayang.
berpuluh2 @ berbelas2 tahun kemudian. (zaman dah moden sikit). dua2 anak tokey kain tu, dibela sorang org kuat tokey tu. yg abang, kejenya menarik lanca. mcm beca la. tapi beca tu guna basikal. ni, dia tarik sendiri. 1 hari masa dia tgh tarik.. jun hang ke nama dia.. dia nampak ada perempuan tgh nak korek tanah. dia pun tolong la. dia mcm tertarik kat perempuan tu.. tapi kena pegi sbb dah ada pelaggan.
org tua dgn 1 budak nak naik lanca. jun hang kata, 15sen. tapi pakcik tu kata, dia cuma ada 10sen je. tak jadi nak naik. tapi jun hang tengok cuaca terik sgt. dia kata kat pakcik tu.. tak pe lah 10sen pun. waktu tu si perempuan tu ada kat pintu (mcm pintu taman) & senyum tengok jun hang.
sampai rumah, ayah angkat jun hang tgh main dgn cengkerik. letak dlm pasu. jun hang tanya, berapa harga pasu tu. ayah dia kata, 80sen ke. tapi dpt tawar la. 75sen kot. jun hang tanya mana dpt duit beli tu? bila jun hang check, rupanya ayah dia ambik duit yg patutya digunakan utk beli beras. tapi jun hang cakap sendiri.. kata, tak pe lah. lagipun itu je cara dia balas budi.
adik jun hang, ada interview. & dpt la keje dgn 1 lelaki kaya. tapi lelaki kaya ni mcm samseng jugak la. jun hang ni, ada simpan 1 cheong sam peninggalan mak dia. dulu2 mak dia ada jahit 2 pasang cheong sam yg sama. & 1 tu ada pada jun hang. 1 hari ada ular terlepas & diorg gunakan cheong sam tu utk tangkap ular. jun hang kena basuh & bila dia jemur, tengok2 hilang dah.
1 mlm jun hang bawak lanca. tiba2 nampak ada perempuan masuk kereta.. mcm pakai cheong sam yg hilang tu. jun hang kejar & bila org dlm kereta tu sedar, mcm nak belasah jun hang. kete tu, kete bos adik jun hang. & perempuan tu, kiranya mcm artis terkenal zaman tu. tengok2, baju tu tak sama. bos tu ingatkan jun hang org upahan utk bunuh dia. tapi bila dia tengok tangan jun hang kasar, terus dia lepaskan jun hang.
bos jahat tu pegi 1 tmpt makan.. ada 2 org reporter nak interview artis tu. kebetulan jun hang nak makan gak kat situ. bila tengok ada perempuan & bos jahat tu, dia cepat2 blah. tapi masa lalu 2 reporter yg nak ambik gambar tu, dia nampak sorang dari reporter tu dah keluarkan pistol nak tembak bos jahat. tapi bos jahat tu dah tembak dulu & reporter tu mati depan jun hang. sampai je rumah, jun hang mintak adik dia jgn keje lagi kat co tu. tapi adik dia tak nak sbb dia dpt gaji tinggi kat situ.
waktu jun hang lalu bawak lanca, ternampak perempuan yg dia tolong ambik kotak tu tgh layan orang. & dia terfikir, ntah2 perempuan tu pelacur. 1 hari jun hang tolong sorang pakcik ni hantar kain kat perempuan tu. bila sampai, jun hang terkejut sbb perempuan tu pakai cheong sam yg hilang tu. ada la jun hang kata, kenapa nak aniaya diri sendiri (sbb dia ingat perempuan tu pelacur). perempuan tu tergelak & kata, sbnrnya dia bukak kedai makan.
tgh cakap2 tu, sorang pembantu perempuan ni datang & kata, perempuan tu bila pakai baju tu, betul2 nampak mcm puteri. perempuan tu pun bukaklah cerita.. dialah puteri dinasti qing yg dah takde. & perempuan tu kata, dari jenis kain cheong sam yg hilang tu, jun hang pun bukan dari keluarga sebarangan. jun hang bukak la cerita, dia anak tokey kain dulu. perempua tu janji akan pulangkan cheong sam tu. & dia tak tau apa2 psal cheong sam tu sbb dia dpt dari kedai. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 kads's post
ahahha kads.. marah betul ko kat sonija |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by silencez at 31-8-2006 12:29 AM
ahahha kads.. marah betul ko kat sonija
eh takde la silencez..aku bagi cth je sbb kat tv2 pun ada sonija nih...tapi mmg pun kat tv ni ada trend yg lepas satu cite plakon ni kuar, berduyun2 semua stesen tv nak tyg cite lain yg ada plakon tu..jadi agak boring
BTW silencez, thanks sbb tulis sinopsis episod petama tadi sbb aku tgk pun start masa scene ular terlepas tu...awal2 aku tak smpt tgk
[ Last edited by kads at 31-8-2006 01:35 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
hehhehe..mmg tertunggu gak siapa nak bukak thread utk citer ni..hhehehe..
bel lak minat gan semua pelakon dlm citer ni...
tapi sayang Micheal lak bawa watak jahat...
thanks silencez utk sinopsis tu.. |
|
|
|
|
|
|
Neo-Artz This user has been deleted
|
pelakon2x yang dah senja...boring dah tengok muka yg sama jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by isabel at 31-8-2006 11:20 AM
hehhehe..mmg tertunggu gak siapa nak bukak thread utk citer ni..hhehehe..
bel lak minat gan semua pelakon dlm citer ni...
tapi sayang Micheal lak bawa watak jahat...
thanks silencez utk sino ...
Michael Tong jadi orang jahat ke?? Ching suka sangat kat dia... especially masa 8tv tayang satu cerita dulu pasal hotel... dan Michael adalah tuan muda ketiga... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 isabel's post
michael yang mane satu ek?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 isabel's post
wei bel. ehehe.. tengah boring tak reti buat apa.. tu yg bukak thread ni |
|
|
|
|
|
|
|
ooo nama dia michael ek. dlm citer ni, yg aku tau nama betul dia, cuma si moses tu je. yg lain tu semuanya kenal muka je. dia jadi jahat karang agaknya sbb digunakan dgn weng ke ek? atau anak ketua kongsi gelap tu kot? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 silencez's post
ooo.. ni ke michael.. suker gak kat dier nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
silencez, bagile sinopsis kat sini...tadi aku tak sempat tgk le:tq::tq: |
|
|
|
|
|
|
|
sesapa yg ada lagu tema opening & ending mintak tolong uploadkan. dua2 lagu sedap sgt.
tolong yek. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 kads's post
ye la silencez...bleh tak bagi sinopsis episod 2? tak sempat tgk tadi...jasamu amatlah dihargai...hehehehe... :tq: :tq: |
|
|
|
|
|
|
|
episod 2
jun hang bawak balik kueh dari `kedai makan yu'. puteri tu yg kasi. jun hang kasi kat ayah dia. ayah dia suka sgt sampai nak simpan utk esok. sbb dah lama tak makan makanan yg sedap2. lagi beberapa hari, birthday ayah dia.
jun hang ni mmg rajin. 1 hari masa pulangkan lanca, bos tmpt dia sewa lanca tu kata, kalau utk jun hang, dia sanggup jualkan lanca tu dgn harga $8. tapi jun hang cuma ada $6. lelama tokey tu kata, jun hang punya pasal, dia sanggup la jual dgn harga $7. semua terkejut jugak la sbb semua tau tokey tu kedekut.
balik je dari keje, tiba2 ada sorang makcik ni bawak anak dia pegi jumpa jun hang. budak tu nangis2. rupanya budak tu yg curik cheong sam tu & jual. sbb masa tu mak dia sakit & diorg takde duit nak bayar yuran sekolah. mak budak tu suruh budak tu berenti sekolah. budak tu tak nak, tu yg curik cheong sam. jun hang kasi $1 kat budak tu.
1 pagi jun hang cepat2 pegi ke kedai makan yu.. nak hantar puteri pegi pasar. sbb puteri tu penah kata, dia lagi suka beli sendiri barang2 utk kedai makan tu. sblm tu, ada keluar kat paper, utk makan kat kedai yu tu, kena bayar $20. ayah jun hang kata, semua makanan tu sedap2. jun hang kata, nanti dia akan bawak ayah dia makan kat kedai tu. waktu jun hang terkejar2 nak hantar puteri pegi pasar, ada kawan dia pelik tengok. bila nampak jun hang nak hantar puteri tu, kawan tu usik, ada temujanji rupanya hehe.
jun hang kata kat puteri tu, teringin nak bawak ayah dia makan kat kedai tu. tapi dia takde duit. puteri tanya, berapa yg jun hang ada? jun hang kata la.. ada $4 je. puteri tu kata, suruh bawak je ayah dia datang. dia akan masakkan.
jun cheong ke.. adik jun hang. dia bawak 2 kawan dia, pegi tmpt dia keje. masa tu ada la penyanyi yg baik dgn weng, tgh nyanyi. perempuan 2 org kawan cheong tu, minat sgt kat penyanyi tu. cheong kata, nanti dia bawak diorg pegi dptkan autograf. anak ketua kongsi gelap, tin, hadiahkan baju utk penyanyi tu & nak ajak makan. tapi penyanyi tu tak mau & kata, dia dah janji dgn weng.
waktu cheong bawak kawan2 dia jumpa penyanyi tu, diorg mcm excited. penyanyi tu kata nanti dia akan kasi gambar siap dgn autograf. tapi tgh sorang tu belek2 baju penyanyi tu, tiba2 mcm tercarik sikit. penyanyi tu mengamuk. cheong kata, dia akan mintak org jahit. jun hang la yg kena jahit.
jun hang pegi kedai kain.. nak beli kain lace. pekedai tu mcm sombong.. bila jun hang kata nak beli kain lace tu, mcm tak nak layan. kebetulan puteri ada & tegur perangai pekedai tu. jun hang beli $2 kain tu. puteri tanya jun hang, kenapa beli kain yg mahal tu? jun hang cerita pasal baju penyanyi yg terkoyak.
malam jun hang nak bawak ayah dia makan kat kedai yu..
jun cheong pulangkan baju tu, kiranya penyanyi tu puas hati walaupun dia kata kat depan cheong, jahitan baju tu tak la baik sgt.penyanyi tu tgh nak pilih baju. dia pilih baju yg cheong pulangkan. waktu pembantu dia keluar bilik jap, penyanyi tu pun nak tukar baju. tiba2 tin masuk bilik.. & cuba nak buat yg tak baik kat penyanyi tu. tapi weng datang. weng ingatkan tin, yg ayah tin dah kasi kuasa kat weng utk jaga tmpt tu. jadi tin tak boleh buat sesuka hati kat situ.
tin dah mabuk masa tu & keluar dari kelab tu. kebetulan masa tu, tiba2 si jun hang tgh kelam kabut berkejar nak ke restoran yu. terlanggar si tin yg tgh mabuk. terus diorg pukul jun hang. si tin siap ambik kapak & kapak lanca jun hang. tiba2 weng keluar & pukul gak si jun hang.
ayah jun hang & jun cheong dah ada kat kedai makan yu. puteri pun ada. tiba2 pembantu puteri panggil puteri & bisik2. puteri panggil jun cheong keluar kejap. rupanya pasal jun hang. jun hang cerita apa yg jadi. tapi dia takut nak keluar dgn muka luka2 mcm tu sbb tak nak risaukan ayah dia. puteri sapukan bedak kat muka jun hang utk tutup luka tu & mintak pembantu ambikkan baju utk jun hang. bila jun hang jumpa ayah dia.. tertutup kesan luka tu.
jun hang risaukan jun cheong yg keje dgn weng. tapi jun cheong ingatkan jun hang, yg dia cuma keje je kat situ.
ada pasal kongsi2 gelap ni. weng ni keje dgn ayah tin, ketua kongsi gelap. kiranya weng ni org kepercayaan ayah tin. agaknya sbb tu, tin tak puas hati sgt kat weng.
[ Last edited by silencez at 31-8-2006 11:15 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 junkredish's post
suka gak dgr lagu ending citer ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|