CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: juara

Konsert Triple Mega Malindo 2006

[Copy link]
Post time 9-9-2006 09:05 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 9-9-2006 08:20 AM
Malindo rocks around the clock
08 Sep 2006
AREF OMAR


Amy announced that the band would be having a 25th anniversary celebration concert in November for fans.



lepas raya ye, kalo announce cepat2 bleh la gi KL nengok...:hatdown:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2006 07:25 AM | Show all posts
Artis rock Malaysia lebih menyengat
Oleh NIEZAM ABDULLAH

PERSEMBAHAN begitu menyengat. Itulah yang boleh diungkapkan terhadap konsert yang menggabungkan bintang-bintang rock Malaysia dan Indonesia dalam Konsert Triple Mega Malindo di Bukit Kiara Country & Resort, Kuala Lumpur minggu lalu.

Ternyata irama rock yang seolah-olah terpinggir dengan kemunculan pelbagai genre muzik baru sejak kebelakangan ini masih ada pengikutnya. Gabungan nama-nama besar membabitkan artis Malaysia seperti Search, Lefthanded, Search, Wings, Bandi (Amuk) dan Ella di samping bintang Indonesia iaitu Ratu, Dewa 19 dan Ari Lasso benar-benar menghidupkan suasana irama rock.

Konsert pada lewat petang itu dimulakan dengan menampilkan persembahan Lefthanded. Biarpun penyanyinya Nash yang tidak dapat hadir dan digantikan dengan Muix (Metalasia) persembahan pembuka tirai itu cukup membanggakan.

Ia diteruskan pada awal malam dengan persembahan Ari Laso diikuti dengan Ratu, Ella, Wings, Dewa 19 dan Search. Bandi yang bertindak sebagai pengacara pada malam itu turut mempersembahkan beberapa buah lagu sebagai selingan sementara menunggu sound check dilakukan oleh kumpulan yang membuat persembahan.

Konsert tersebut selain dapat mengeratkan hubungan insan seni Malaysia dan Indonesia malah mampu merapatkan ikatan masyarakat kedua-dua buah negara yang berkumpul dalam memilih hiburan yang sama.

Namun jika dibandingkan persembahan para artis, ternyata artis rock negara ini mampu membuatkan hadirin terpukau berbanding bintang dari seberang itu.

Bukan bertujuan untuk merendahkan bakat artis seberang tetapi irama yang rock yang ditampilkan oleh Lefthanded, Wings, Search dan Ella cukup memberi kesan khususnya ketika mereka mendendangkan lagu evergreen masing-masing pada zaman 80-an dahulu.

Tidak dinafikan artis Indonesia juga berbakat tetapi sengatnya hanya terlihat ketika Dewa 19 membuat persembahan sewaktu menampilkan lagu-lagu popular mereka terutamanya Laskar Cinta.

Kumpulan Ratu pula hanya bersandarkan kepada dua buah lagu sahaja iaitu Teman Tapi Mesra dan Buaya Darat sebaliknya lagu-lagu lain yang dipersembahkan agak membosankan.

Konsert pada malam itu bertambah hangat apabila Ella muncul dengan lagu Permata Biru, Dua Insan Bercinta dan Layar Impian. Ella membuat persembahan dengan memakai baju T berwarna putih tampil dengan begitu sederhana tetapi agresif dan berjaya membuatkan penonton menari dan menyanyi bersama-sama.

Begitu juga ketika Wings yang menampilkan Awie muncul dengan lagu seperti Semalam Yang Hangat, Sejati dan Peronda Jaket Biru cukup membuatkan penonton terhibur.

Kemuncak acara apabila Search hadir dengan lagu Pawana, Isabella, Isi Atau Kulit serta beberapa buah lagu terbarunya yang mampu membuatkan penonton menari `bagai nak gila
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2006 12:19 PM | Show all posts
waaa ramai kaa pi ini malindo konsert??
aku xjd pi aaa, aku wat konsert sendiri kt shah alam.. wakakaka..
jamming2 pun xmain lagu search, hampesss lagu wings ade laa seketoi dua.. ekekkee..

tp jamming aku ala2 malindo gk, sbb pekena lagu rossa- pudar sekali..
lawak giler jamming lagu pudar, sakit perut aku.. mcm2 hal laa, ekekeke..

nnt cari kt duniasearch aa, kalu ade video budak2 sana pi record.. aku ngorat2 depa soh upload sket, heheheheh..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2006 12:19 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 9-9-2006 09:05 AM

lepas raya ye, kalo announce cepat2 bleh la gi KL nengok...:hatdown:



yeahhhhhhhhhh deaf, ini yg kita mahukannnnnnnnnnn!!!!

yahoooooooooooooooooo!!! =)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.085400 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list