CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5986|Reply: 62

Konsert Triple Mega Malindo 2006

[Copy link]
Post time 8-8-2006 08:52 PM | Show all posts |Read mode
Konsert Triplemega Malindo 2006
Date : 2nd September 2006 @ 7:30pm
Venue : Polo Pavilion, Bukit Kiara Resort

Scope Event Ventures Sdn Bhd proudly brings to audiences the spark of 3 mega groups from Malaysia and Indonesia well participated by ...
our Malaysia's ELLA, SEARCH, AWIE & WINGS, LEFTHANDED
and Indonesia DEWA 19, ARI LASSO and RATU performing on 2nd September 2006.

ELLA Malaysia's Queen of Rock who has ruled the roost for the last 20 years and still very much active in the rock scene.

SEARCH Malaysia's very own rock kings with lead signer Amy still in the forefront of Malaysia music as a solo artiste and band member.

AWIE & WINGS The superstar who made headlines in the music industry. Recently released a new album and his song �Iris� is one of the top songs in Malaysia currently.

LEFTHANDED One of the true rockers in the Malaysian scene and has been around for more than 20 years.

DEWA 19 Their achievements are considered phenomenal virtually winning almost every award there is in the Indonesian music.

ARI LASSO Shot to stardom in 1997 with his solo album, he is now hitting the charts again with his recent hit �Rahsia Perempuan� which has won many awards.

RATU Undisputed teenage queen of pop Indonesia garnering top music awards, i.e. MTV, SCTV and etc.

Ticket Price
> RM70

Axcess outlets
> Music Valley, Cheras Leisure Mall
> Music Valley, Midlands Park, Penang
> Music Valley, Greentown Mall, Ipoh
> Music Valley, Holiday Plaza, Johor Bahru
> Rock Corner, Mid Valley
> Lot 10 Information Counter
> The Actor's Studio, BSC
> Fantasy Music Center, Sunway Pyramid
> Tower Record, KLCC
> Axcess Headquarters, Jalan Semangat

* All collection of tickets will require validation of IC and Booking Number.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2006 09:13 PM | Show all posts
Originally posted by karlreef at 8-8-2006 08:57 PM
ELLA, SEARCH, AWIE & WINGS, LEFTHANDED

combination yg tu je best...indon tu menyemak je....


Msian Artists semua OTAI ROCK... caya la..

Kalau yg indon.. rasanya DEWA je yg best ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 09:35 PM | Show all posts
Originally posted by karlreef at 8-8-2006 08:57 PM
ELLA, SEARCH, AWIE & WINGS, LEFTHANDED

combination yg tu je best...indon tu menyemak je....


indon nyer industri hiburan lah lagi maju dari malaysia...
nyemak apekebenda?
malaysia nyer clip video cam cincai jer, langsung tak de kreativiti
lagu yang best? ade lah skit skit..kebanyakannyer lagu menyemak aje, stok jual muka aje
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2006 07:48 AM | Show all posts
Originally posted by palooza at 8-8-2006 09:35 PM


indon nyer industri hiburan lah lagi maju dari malaysia...
nyemak apekebenda?
malaysia nyer clip video cam cincai jer, langsung tak de kreativiti
lagu yang best? ade lah skit skit..kebanya ...


Betul la indon lagi maju...
Video clip memang x leh lawan indon..
Yg ni konsert... bukan nak tayang v clip..

Kalau nk kata artis Malaysia yang akan perform mlm konsert tu nanti bukan la calang2 orang..
Siapa kata Search, Wings, Lefthanded & Ella buat album tak best..
Kalau ikut record dan sejarah industri, mereka lah yang banyak membuat konsert & record album yang berkualiti..
Jangan menidakkan sejarah..
Jgn tak tau.. artis indon dulu berkiblatkan muzik Malaysia.. Masa tu nama Search, Ella, Wings, Lefthanded memperjuangkan muzik diorang..

Lain la kalau band New Boys ke, Spin & yg sewaktu dgnnya.. yg tu betul la menyemak industri..

Penganjur takkan sesuka hati memilih artis tanpa melihat kreadibiliti sesorang artis atau sesebuah band itu..

[ Last edited by  juara at 9-8-2006 07:52 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 08:18 AM | Show all posts
Nampak sangat malaysia takder pelapis....patut pun industry music cam tak berkembang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 11:43 AM | Show all posts
Sebenarnya ada potential pelapis...tapi kebanyakan di undergorund, org kita x nak ambik tahu...mengapa x ambik band dr underground? Ada yg jauh lepasi benchmark Indon tu... Tulah, pengurusan muzik di Msia kucar-kacir!

Ntahlah...nampak macam apa yg most Msians tahu banyak yg aku x setuju :gila:

[ Last edited by  scorpio_mmiv at 9-8-2006 11:45 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2006 05:17 PM | Show all posts
Originally posted by juara at 9-8-2006 07:48 AM


Betul la indon lagi maju...
Video clip memang x leh lawan indon..
Yg ni konsert... bukan nak tayang v clip..

Kalau nk kata artis Malaysia yang akan perform mlm konsert tu nanti bukan l ...


wa tak menidakkan sejarah mahupun artis legend tu
wa cuma nak tunjukkan mentaliti sesetengah individu yang buta perasan industri muzik malaysia cam bagos je
stok layan muka layan badan, bukan layan bakat atau lagu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 05:49 PM | Show all posts
ooooooooooo, ini ke karl??
aku mksudkan konsert search 25 tahun tu, ekekeke.. =p

btw, best gk ni tp sept 2nd?? aku baru je balik, musti lepak rumahnye..
balik2 terus pi konsert mau membebel mak aku, wakakakaka..

band2 indon tu semakkk jelaaa.. letak may bagus jugak!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2006 07:10 PM | Show all posts
Originally posted by palooza at 9-8-2006 05:17 PM


wa tak menidakkan sejarah mahupun artis legend tu
wa cuma nak tunjukkan mentaliti sesetengah individu yang buta perasan industri muzik malaysia cam bagos je
stok layan muka layan badan, bukan ...


Sekarang ni lebih ramai penyanyi yg mempertaruhkan rupa dan penampilan dari bakat. Tu yg susah nak bertahan. Glamour je lebih.
Akhirnya M"sia takde pelapis yg nk teruskan perjuangan org2 lama.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 07:37 PM | Show all posts

Reply #1 juara's post

:lol elok benar la tu yg Malaysia geng2 rock yg Indon stok2 pop cintan cintun leleh.organizer pedulik hape janji duit masyuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2006 08:55 PM | Show all posts
Originally posted by pokya at 9-8-2006 07:37 PM
:lol elok benar la tu yg Malaysia geng2 rock yg Indon stok2 pop cintan cintun leleh.organizer pedulik hape janji duit masyuk


Tu la.. dulu Msia bnyk lagu leleh.. skrg indon pun leleh..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 11:40 PM | Show all posts
bosannye ade artis indon, ratu tu yg lagu teman tp mesra ekk?? xbest pun lagu tu, huhuhuhu~~

sapa2 yg pi rakam aa part search, wings ngan lefthanded ok.. heheheh.. =)
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 11:50 PM | Show all posts
RATU? :geram:
diorang bukan rock pon!
dahla sore live out. :kant:
tak setaraf nak join dgn yg lain.
kalo ikutkan tak perlu la nak masukkan indons tu.

ella tu, kalo bley nyanyila lagu2 lama.
lagu baru dia tak rock la.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 12:32 AM | Show all posts
btol2, ella nyanyi lagu lama laaa.. lagu2 baru xbesh, hikhik.. =p
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 03:09 PM | Show all posts
Konsert Malindo masih tumpang populariti artis Indon
11-08-2006 12:18:03 PM
Radin Sri Ghazali  

KUALA LUMPUR: Nama-nama besar seperti Search, Wings, Lefhanded serta Ella sudah cukup gah dan memadai untuk dijadikan tunggak utama kepada konsert Triple Mega Consert Malindo Rock 2006. Reputasi serta keunggulan lagu-lagu mereka dapat menjamin ribuan penonton membanjiri konsert tersebut.   

Namun kehadiran artis-artis Indonesia seakan membuktikan bahawa pihak penganjur masih tidak yakin dengan kemampuan band-band tempatan untuk menjamin sambutan full house pada konsert tersebut, walaupun sudah mencapai status lagenda sekalipun.

"Bukan kami tidak mempercayai kemampuan mereka tetapi kami mahu lakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan di Malaysia baik pun di Indonesia.

Ini merupakan konsert pertama yang melibatkan band-band lagenda dari kedua-dua buah negara," ujar S Navalan selaku wakil syarikat penganjur Scope Event Venture ketika sesi sidang akhbar Triple Mega Consert Malindo Rock 2006 di Hardrock baru-baru ini.



Amy, Awie, Ella dan Man Kidal adalah antara artis yang akan menggegarkan
Konsert Malindo pada 2 September depan (Foto: The Star)


Konsert yang bakal diadakan pada 2 September kelak akan membariskan tujuh artis popular termasuk Search, Wings, Lefhanded , Ella,Dewa 19, Aris Lasso serta Ratu.

Persembahan akan bermula pada 6.00 petang sehingga lewat malam di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort.

Namun ramai yang mempersoalkan takrif lagenda yang didakwa oleh pihak penganjur yang mereka memberi alasan misi konsert tersebut adalah untuk melihat keunggulan rockers lagenda dari kedua-dua buah negara tersebut.

Nama-nama seperti Ratu mahupun Ari Lasso tidak menepati ciri-ciri lagenda dan tidak sesuai disamakan dengan tahap sukses ratu rock negara, Ella mahupun keunggulan kumpulan rock Search yang telah mencetus sebuah fenomena di rantau nusantara menerusi lagu 'Isabella' pada tahun 1980-an.

"Kami tidak bermaksud untuk melabel Ratu sebagai kumpulan lagenda tetapi mereka merupakan salah sebuah kumpulan yang paling popular di Indonesia mahupun di negara kita pada ketika ini," jelas Navalan lagi mengenai relevan kehadiran duo tersebut berkongsi pentas bersama-sama lagenda Malaysia.

Ironinya, kumpulan-kumpulan seperti Slank, Jamrud serta Padi yang merupakan idola kepada anak-anak band di Indonesia tidak tersenarai untuk melakukan persembahan pada konsert itu.

"Kami sudahpun pun menjemput Slank, Padi dan Peterpan. Sayangnya mereka sedang sibuk dengan tour serta pembikinan album baru, " jelas W.P Thang selaku wakil kepada kumpulan Dewa 19 dan Ratu apabila diminta komen  pemilihan band dari negara seberang untuk konsert yang bakal mencatit sejarah sebagai konsert pertama yang melibatkan band-band tersohor dari kedua-dua buah negara .

Malah pihak penganjur yakin dengan adanya konsert sedemikian, kumpulan-kumpulan dari Malaysia dapat menerima publisiti yang meluas menerusi kehadiran pihak media dari negara seberang.



Awie menerima penganjuran konsert itu sebagai batu loncatan
untuk mempertengahkan band-band dari Malaysia ke Indonesia
(Foto: The Star)


"Ramai yang memikirkan Search mahupun Wings sudah tiada lagi. Lantas, saya berharap agar konsert ini dapat memberi kesedaran bahawa lagenda-lagenda rock Malaysia masih aktif serta masih mantap seperti 20 tahun yang lalu," ujar Tang yang turut berharap kumpulan-kumpulan lagenda Malaysia dapat dibawa ke seberang laut untuk mengembangkan lagi dominasi muzik Malaysia di rantau ini.

Menurut Tang lagi, ramai pihak di Indonesia berminat untuk menjemput kumpulan seperti Search untuk mengadakan persembahan di Indonesia namun mereka tidak tahu-menahu cara-cara untuk menghubungi kumpulan tersebut.

Walaupun terdapat banyak kelemahan yang ada pada misi serta objektif konsert tersebut, artis-artis lagenda Malaysia masih bersyukur kerana diberi peluang untuk melakukan persembahan pada konsert semegah Triple Mega Consert Malindo Rock 2006 .

"Saya merasakan ini adalah satu kerjasama yang baik di antara kedua-dua buah negara. Harus diingatkan, konsert ini bukan untuk menunjukkan siapa yang lebih gah atau bagus tetapi untuk menjalinkan satu perhubungan muzik yang baik," ujar Amy, vokalis kumpulan Search yang akan meraikan sambutan ulangtahun ke-25  kumpulan tersebut pada tahun ini.

Malah, beliau serta ahli-ahli kumpulan Search yang lain terharu kerana diberi mandat sebegitu rupa untuk menutup tirai konsert tersebut sebagai hadiah penghargaan ulangtahun mereka yang ke-25.

Walaupun vokalis utama Wings pernah dikatakan menentang secara terbuka mengenai isu kemasukan artis-artis dari negara seberang ke Malaysia, Awie menerima penganjuran konsert itu sebagai batu loncatan untuk mempertengahkan band-band dari Malaysia ke Indonesia.

"Sepatutnya perkara seperti ini patut dilakukan terlebih dahulu. Walau bagaimanapun saya tetap menghargai tindakan penganjur yang telah mengambil inisiatif untuk membawa artis-artis tempatan meyertai konsert sebesar ini," ujar Awie yang akhirnya dapat menunjukkan rasa puas hati terhadap perubahan positif akan sikap para pengelola terhadap pengambilan kumpulan-kumpulan tempatan untuk anjuran konsert secara besar-besaran.

"Kami sudah lama memberontak, menentang senario ini. Akhirnya, kami diberi peluang untuk memartabatkan semula muzik Malaysia agar orang kita sendiri dapat menerimanya kembali," tegas Awie mengenai sikap orang tempatan yang terlampau mengagung-agungkan muzik dari luar berbanding dengan muzik tempatan.

Tiket-tiket yang berharga RM 70  kini boleh didapati menerusi talian 03-7711500 serta lokasi-lokasi seperti The Actor's Studio, Music Valley, Tower Records serta Planet Hollywood.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 04:28 PM | Show all posts
aku confirm pegi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2006 04:31 PM | Show all posts

Reply #17 dhani's post

dhani gi ngan siapa..?
ngan bf baru nama karlreef ka?
sebab dia kata dia suka rock rock gak..
ke dengan itik?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 12:12 AM | Show all posts
Originally posted by juara at 8-8-2006 08:52 PM
Konsert Triplemega Malindo 2006
Date : 2nd September 2006 @ 7:30pm
Venue : Polo Pavilion, Bukit Kiara Resort

Scope Event Ventures Sdn Bhd proudly brings to audiences the spark of 3 mega groups ...



mintak tolong... Bukit Kiara Resort ni kat mana?
dari puduraya cammana aku nak pegi sana?


dah tu, ada tujuh band, dia kata start lepas magrib la 7.30 hegeh2 start kul 8.
kata la satu band main 45 minit, changeover 15 minit...
takkan abis kul 3 pagi?
kalo satu band main 30 minit, changeover 15 minit...
abis kul 2 pagi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2006 06:18 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 13-8-2006 12:12 AM



mintak tolong... Bukit Kiara Resort ni kat mana?
dari puduraya cammana aku nak pegi sana?


dah tu, ada tujuh band, dia kata start lepas magrib la 7.30 hegeh2 start kul 8.
kata la satu  ...


BUKIT KIARA KLIK SINI
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 08:10 PM | Show all posts
deaf, ko nak pi ekk??

aku pun ingt2 nak pi laaa, tgk search & lefthanded saje.. ekekeekek.. =p
oh ye wings pun..

tp tiket2 ni beli masa sampai2 situ pun buleh kan? ke kene pi tempat2 kt ko tulis tu je, juara??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.066573 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list