CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bawang-putih

Petua/Doa yg berguna utk kecantikan diri

[Copy link]
 Author| Post time 17-7-2006 02:42 PM | Show all posts
Originally posted by ssbrosi at 17-7-2006 12:39 PM
Kalau you beli satu packet garam kasar di dalam nya ada garam yang besar daripada yang lain itu lah garam jantan.Mak Chik yang jual air kelapa tu beritahu.


dalam garam kasar tue i nampak sumernyer besar2....actually garam jantan nie satu dalam sebungkus garam tue ker...sory tanyer banyak coz i memang tak tau..penah dgr jer.:nerd:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2006 02:43 PM | Show all posts
Originally posted by haril at 17-7-2006 12:50 PM



ok thanks bawang



welcome..haril..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2006 02:47 PM | Show all posts

petua kecantikan semulajadi

1. Bangun pagi jam 5.30 pagi, jangan terus bangun, tetapi mengiring ke kiri/kanan dan tekan tapak tangan ke tilam (jika mengiring ke kanan tekan tapak tangan kiri, begitulah sebaliknya) dan bangun perlahan-lahan. Lunjurkan kaki dan bongkok ke depan dan cuba capai jari kaki dengan menghulurkan tangan. Buat beberapa senaman ringan.

2. Minum segelas air masak dan baca Al-Fatihah dahulu dan minum. Selepas mandi dan Solat Subuh, minum segelas lagi dan baca Al-Fatihah dahulu sebelum minum dan sebelum pergi kerja (minum 3 gelas sebelah pagi...Insyallah, puan-puan akan mendapat merasa segar dan bertenaga).

3. Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas, selepas mencuci muka dan memakai toner, sebelum memakai pelambab, sapukan SERUM dahulu supaya liang-liang roma tidak terbuka luas. Apabila makan, makan satu senduk nasi sahaja dan lebihkan sayur-sayuran hijau.

4. Semasa Period, hari pertama hingga kedua mandi dengan air suam dan minum air suam. Sepanjang Period, jangan minum air bergas, kopi, nescafe, teh dan jangan makan benda-benda sejuk : Kekacang, sayur menjalar, kobis, terung, taugeh, peria, bayam, kangkong, makanan laut, Bawal Hitam, Ikan Kembong, Ikan Terubuk.

5. Jika perut berasa lapar, makan buah-buah yang manis.

6. Dalam seminggu makan ayam/daging, 2 kali sahaja, lebihkan makan ikan.

7. Amalkan MANDI SUSU, caranya :
* Beli susu segar dalam kotak
* Sapu susu seluruh muka dan badan
* Biarkan kering
* Bilang dengan sabun dan air.
(Mandi susu boleh memutihkan dan menghaluskan kulit)

8. Seminggu sekali / Selepas Haid, MANDI REMPAH
* Halba
* Jintan Manis
* Jintan Putih
* Kulit Kayu Manis
* Bunga Cengkil
* Serai wangi
* Daun Pandan
(Rebus dan tapis, campur air suam. Hampasnya lumur pada badan dan airnya mandi pada bilasan terakhir.)

9. MANDI BUNGA (Pada bila-bila masa)
* Bunga Ros 3 kuntum
* Bunga Melor 3 kuntum
* Daun Pandan
* Serai wangi
(Campur ke dalam air dan mandi pada bilasan terakhir)

10. RAWATAN RAMBUT
* Sapu santan di kepala dan bungkus dengan tuala selama 20 minit. Jika rambut berminyak, campurkan santan dengan limau nipis / asam jawa.

Rawatan panas untuk rambut :
* Sapu minyak kelapa pada rambut. Celup tuala ke dalam air panas dan bungkus kepala selama 10 minit.
* Untuk mewarnakan rambut, gunakan Inai serbuk, campurkan tel satu sudu (jika inginkan rambut merah) dan campurkan kopi satu sudu (jika inginkan rambut hitam). Bancuh dengan air panas. Bila telah sejuk pecahkan telur 1 biji dan kacau rata sebelum disapu ke rambut. Biarkan sekurang-kurangnya 4 jam untuk hasil yang memuaskan.  

11. RAWATAN DI TENGKUK, BAWAH KETIAK, BELAKANG LUTUT, CELAH KELANGKANG DSB.
* Susu segar ( satu kotak) campur dengan badam / Oat dan gosok di tempat-tempat tersebut setiap hari.

12. VITAMIN - Ambil :
* EPO (Evening Primrose Oil - Boleh dibeli di farmasi) - Vitamin E
* Vitamin C
* Iron (Jika ada darah tinggi tidak digalakkan).
(Makan vitamin selepas makan)

RESEPI UNTUK KESIHATAN
Carrot Sandwich
* Rebus carrot, lenyekkan.
* Sapu sedikit mayonis dan carrot yang telah dilenyek pada roti.

Salad Sandwich
* Salad (Potong kecil-kecil)
* Sedikit mayonis
* Timun yang dihiris nipis
* Telor rebus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2006 08:43 AM | Show all posts
Ari-ari Pedih
Ambil sirih bertemu urat, sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.

Asma
Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.


Barah
Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.


Batuk Lelah
Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.


Bau Badan
Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.


Bau Mayat
Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.


Bayi Selsema
Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

Berak Darah
Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sirih pinang
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 12:40 PM | Show all posts

Reply #81 bawang-putih's post

Actually I pun tak tahu tapi mak chik jual kepala beritahu.Ada dua tiga butir yang besar2 pendek kata dia besar daripada yang lain.Sorry kalau explanation tak memuaskan
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 05:54 PM | Show all posts
tapi sahlin dah cuba ngan tomato...setiap hari sebelum tido lumur kat muka....n the result...marvelous....scar pun dah berkurangan.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2006 12:05 AM | Show all posts
Originally posted by ssbrosi at 18-7-2006 12:40 PM
Actually I pun tak tahu tapi mak chik jual kepala beritahu.Ada dua tiga butir yang besar2 pendek kata dia besar daripada yang lain.Sorry kalau explanation tak memuaskan


hmmmm kejap, I nak gelak sikit..:lol sorry erk... tapi betul2x klakar...

ok now i want to ask... sirih tu ader 2 macam erk? ader terbaca sirih melayu and india... so kalau pakai sirih yang biasa makan ngan kapur sirih tu bleh tak? tapi kat KL kat mana nak cari sirih ni? kat giant takder...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 12:06 AM | Show all posts
Originally posted by urmila at 13-7-2006 12:30 PM



ok... yg tu inai aka henna MJ.. pegi carik kat area masjid india (jln tar) kat kedai yg byk2 tu... dia jual dlm paket... ty je tuan punya kedai tu samaada diorg jual henna / inai tak..


tapi yang dalam bungkusan tu kan untuk gambar2x nyer kak... bleh ker untuk kuku ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2006 08:23 AM | Show all posts
Sirih nie rupanya ada banyak kebaikan...

As baru teringat ada sorang makcik tu (jiran As) dia sakit barah buah dada tapi baru diagnosis le..so dia terus berubat kampung dengan sirih cam petua yang bawang putih post tu..tapi kalau dah merebak teruk tak tahu le pulak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2006 08:49 AM | Show all posts
emmmm...sirih tue i tak pasti sangat..coz i selalu balik kg n buat stok air rebusan...n simpan dalam botol..cukup utk seminggu...kalau sirih india tu i tak pasti sgt..mungkin boleh kot. kalau nak diikutkan dua2 sirih pun boleh dimakan...entah lah cuber lah tengok effect dier mcm maner..kat sini saper yg berani cuber.....hehehehehehhehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 11:02 AM | Show all posts
Tapi selalu dengar org tua kampung cakap, sirih yang bagus untuk buat ubat ialah sirih Melayu (sinonimnya sirih bertemu urat) manakala sirih India nie untuk buat makan ataupun guna masa buat sirih junjung orang kahwin/tunang..apa pun cuba dulu kalau tak cuba tak tahu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2006 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by askoputra at 19-7-2006 11:02 AM
Tapi selalu dengar org tua kampung cakap, sirih yang bagus untuk buat ubat ialah sirih Melayu (sinonimnya sirih bertemu urat) manakala sirih India nie untuk buat makan ataupun guna masa buat sirih  ...


emmm..masuk akal gak...:setuju:..tapi saper yer yg boleh try..pakai sirih india nie..n nak tau effect dier mcm maner...:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 02:22 PM | Show all posts
wahh cam berminat la nak minum air sireh ni...nak tanya air ni minum cam tu je ye? kena tambah gula ke x yah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 02:25 PM | Show all posts
satu lagi kalu nak basuh guna air sireh tu last skali kena bilas air biasa atau biar cam tu jer...heheee jgn marah yek sbb betul2 x tau ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 02:33 PM | Show all posts
Originally posted by lolen at 19-7-2006 01:22 PM
wahh cam berminat la nak minum air sireh ni...nak tanya air ni minum cam tu je ye? kena tambah gula ke x yah

Biasanya rebus aje plain camtu dan minum tanpa gula kemudian lebihan air sirih tu  campur dgn garam atau asam jawa dan air tu le dibuat sebagai basuhan...Sekarang nie kat rumah dah habis stok daun sirih so nampaknya kena balik kg le nak ambik sirih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2006 03:37 PM | Show all posts
Originally posted by lolen at 19-7-2006 02:25 PM
satu lagi kalu nak basuh guna air sireh tu last skali kena bilas air biasa atau biar cam tu jer...heheee jgn marah yek sbb betul2 x tau ni



kalau i...air sirih tue minum plain mcm tue jer..tak perlu letak bahan perasa yg lain..even rase tak best but elok utk badan. air basuhan tue plak..i guna yg plain gak..i tak letak garam or asam jawa. ok jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2006 03:52 PM | Show all posts
Originally posted by bawang-putih at 19-7-2006 02:37 PM



kalau i...air sirih tue minum plain mcm tue jer..tak perlu letak bahan perasa yg lain..even rase tak best but elok utk badan. air basuhan tue plak..i guna yg plain gak..i tak letak garam or a ...

Post kita sama je kan bawang-putih..tapi air sirih tu rasa pahitkan lagi satu awak penah cuba rebusan daun inai tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2006 08:45 AM | Show all posts
Originally posted by askoputra at 19-7-2006 03:52 PM

Post kita sama je kan bawang-putih..tapi air sirih tu rasa pahitkan lagi satu awak penah cuba rebusan daun inai tak?


Daun inai tue tak pernah la pulak...emmmm..actually yg daun inai tu utk aper yer?:hmm:..awk penah cuber ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2006 08:46 AM | Show all posts
Demam
Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.


Demam Panas  
Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.


Gatal Vagina
Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.


Gegata
Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.


Hidung Berdarah
Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.


Kencing sakit -
Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat, daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.


Keputihan -
Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.


Kutu Babi -
Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi yang melekat pada kulit tubuh. ianya akan menjadi senang untuk dicabut.


Lompangan (ulcer) -
Tempelan (pasta) dari ramuan sirih pinang ditepekkan pada luka untuk menyembuhkan luka dengan cepat pada bibir mulut.


Muntah
Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sirih pinang dan semburkan sepahnya dileher dan dadanya


Menegangkan Payu Dara -
Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 11:43 AM | Show all posts
la x der lagi jawapan utk soklan aku ni...
kalu nak basuh pepet tu ngan air sireh last skali kena bilas ngan air biasa/paip  ke atau biar je air sireh tu:hmm:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.078707 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list