CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bawang-putih

Petua/Doa yg berguna utk kecantikan diri

[Copy link]
Post time 9-7-2006 07:35 PM | Show all posts
Originally posted by ckucin at 9-7-2006 03:32 PM


amik dari surah mana?? takut nie salah baca jadi makna lain laks..



"Uduhum yau maizin musfirah".

pembetulan:

auduhum yau maizin (m) musfiroh

bukan "uduhum" dan last sekali bukan "musfirah"

maizin dan musfiroh di baca sekali dan dengung 2 harakat sbb mim mati

[ Last edited by  ctredzuan at 9-7-2006 07:37 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2006 08:46 PM | Show all posts
Originally posted by bawang-putih at 7/7/2006 09:19 AM
lagi satu...baru i teringat..nie maser kakak sulung mengandung anak ketiga..biassalah kalu kat kg mesti ade bidan yg akan datang cek kan...so secara kebetulan maser bidan tu bukak buku along n tern ...



apa ayatnya?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2006 02:18 AM | Show all posts
ha'ah.. ayat ape ek..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2006 09:07 AM | Show all posts
ayat tue nanti i tanyer kakak ....sori i tak lancar coz jarang buat penah buat skali jer tue pun kene nengok kertas coz tak lancar...sabar yea nanti i post kan kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2006 08:58 PM | Show all posts
Originally posted by ctredzuan at 9-7-2006 07:35 PM



"Uduhum yau maizin musfirah".

pembetulan:

auduhum yau maizin (m) musfiroh

bukan "uduhum" dan last sekali bukan "musfirah"

maizin dan musfiroh di ba ...

Hah! Cam nih la ayatnya!
Thanks for the corrections.
My MIL tulis in jawi so for translation to rumi quite difficult skit since ada all those tanda baca.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2006 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by ctredzuan at 10-7-2006 02:18 AM
ha'ah.. ayat ape ek..


AYATNYER.......

LAILAHAILLA ANTA SUBHANAKA INNI QUNTUM MINNAL ZOLIMIN.

HOPEFULLY INI UTK KEBAIKAN...:pray:
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-7-2006 09:54 AM | Show all posts

petua lagi....

Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.


Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah .
1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya.
2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu. Menaikkan Seri Muka Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.


Mengurangkan Air Pada Faraj
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam

Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Kelemumur Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 09:56 AM | Show all posts
Originally posted by pae81 at 5-7-2006 01:48 PM
kalau nak kilat kan kuku, adik saye selalu buat dan kesannya memang hebat...
sapukan ubat gigi kat kuku then gosok ngan kain dalam 10 minit...buat hari2...insyaallah..

lagi satu nak merahkan mu ...



pae... yg petroleum jelly tu disapu sekali ngan marjerin ke (biar bercampur kedua2nye).. atau marjerin tu disapu time lain.. petroleum jelly tu pulak time lain?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2006 11:18 AM | Show all posts
Originally posted by ctredzuan at 9-7-2006 07:35 PM



"Uduhum yau maizin musfirah".

pembetulan:

auduhum yau maizin (m) musfiroh

bukan "uduhum" dan last sekali bukan "musfirah"

maizin dan musfiroh di ba ...


if u all don't mind....apa maksud ayat di atas erkk...n klau leh kasi tau ler surah/buku rujukan mana utk amik ayat ni..

kot2 dpt scan dalam jawi pun baguih gakkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2006 12:10 PM | Show all posts

petua lagi....

Menghilang Sakit Kepala
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilang Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan
(1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan
(2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.
Mengatasi Tumit Pecah
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Awet Muda
(1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
(2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Mudah Bangun Pagi
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

Menghilangkan Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 12:28 PM | Show all posts
yang nih yang kawan kitty bagi.. dia suh amalkan lepas bangun tido sebelum nak basuh muka n ngadap cermin

" Ya badiya, ya nur, ya hadi, ya allah, ya allah, ya allah"
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 12:30 PM | Show all posts
Originally posted by Makeup_Junkie at 9-7-2006 06:10 PM
oooo... inai... mana nak dapatkan daun inai kat KL? dah tu mana nak beli serbuk tu? kedai melayu and kedai mamak ader ker?



ok... yg tu inai aka henna MJ.. pegi carik kat area masjid india (jln tar) kat kedai yg byk2 tu... dia jual dlm paket... ty je tuan punya kedai tu samaada diorg jual henna / inai tak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 02:06 PM | Show all posts
Originally posted by bawang-putih at 13-7-2006 09:26 AM


AYATNYER.......

LAILAHAILLA ANTA SUBHANAKA INNI QUNTUM MINNAL ZOLIMIN.

HOPEFULLY INI UTK KEBAIKAN...:pray:


Oh..ini ayat selusuh ya,,,sebenarnya ini ayat yg atuk zu bagi, ketika sakit bersalin katanya elok amalkan. Al-Hamdulillah mmg senang zu bersalin. Ayat ni,,doa nabi daud  selamtkan diri ketika ditelan jerung (betulkan zu kalau zu tersilap ya)


Okay, ini petua yg zu amalkan selama ini

Daun sirih- Ambil 7 helai daun,,direbus dan diminum airnya. Lebihan air itu boleh dibuat cucian faraj. Bagus utk keserian wajah,,dan kesihatan dalaman. Daun sirih juga,,dapat menyerikan warna faraj...merapatkan.

Daun kuchai- Daun direbus dan diminum- Elok utk pembuangan angin dlm badan

Madu dn susu bayi- Buat lualur badan utk kulit lembut dn berseri

Buah manjakani- Rebus dn minum airnya-Utk kesihatan dalaman

Daun sirih yg di sapu minyak zaitun dilayurkan di api, dan ditekapkan ke PD-Utk mengekalkan ketegangan PD.

Gosok gi dgn arang-Utk kepuithan gigi

Amalkan senaman kagel- Utk menguatkan otot faraj dn daya kemutan

Kalau berada dlm kesedihan atau buntu bacalah ayat 3 Qul.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2006 05:30 PM | Show all posts
Originally posted by zurin_79 at 13-7-2006 02:06 PM


Oh..ini ayat selusuh ya,,,sebenarnya ini ayat yg atuk zu bagi, ketika sakit bersalin katanya elok amalkan. Al-Hamdulillah mmg senang zu bersalin. Ayat ni,,doa nabi daud  selamtkan diri ketika d ...


Dear zurin.....memang ini lah ayatnyer:setuju:...but kalau u ader baca thread yg i ader post sebelum ni..actually ayat nie ader kegunaan yg lain gak..nanti u baca yer..memang ayat ini elok utk org nak bersalin...boleh baca biler start kandungan 8 bulan lagi...insya-allah akan kalau di makbulkan allah senanglah biler nak melahirkan nanti....pastu..u ader ckp pasal air sirih..memang i ader amalkan..memang membantu..contohnyer mengurangkan keputihan..muka pun naik seri....kat bwh tue pun nampak bermaya jer..hehehhehehehehehehe:nyorok:...i nak tanyer..utk tegangkan buah dada tue u penah guna tak..?
i tak nak besarkan coz nie pun dah sedia besar..just nak tegangkan jer nampak montok skit.hehehehhehe.sblm nie memang penah dgr petua nie but takut kot nanti i nyer buah dada makin besar.:geram:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2006 05:33 PM | Show all posts

petua lagi....

Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.


Menghaluskan Kulit Muka
(2) Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.
Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit
Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.
Menguatkan Gigi
Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Menghilangkan Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.
Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Meminimakan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.

Menghilangkan Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2006 05:37 PM | Show all posts
Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang
baik untuk dibaca!                           
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!   ini jugak boleh membuat kan kiter lebih happy dalam idup...n sumer nie boleh buat kiter nyer kesihatan bertambah baik...n muka pun lebih berseri...i just waant to share with u guys....maybe out off topic but bagus utk diamalkan...boleh yer miss ice_q. hopefully boleh diterima dalam post nie.....hehehe

PERTAMA.                              
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka
perlukan.dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.                                                                                                        
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara
dengannya,  kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.  
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari.
Berbelanjalah|
sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu  

KEEMPAT.                              
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.                              
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.           

KEENAM.                              
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu  diijabkabulkan.                          

KETUJUH.                              
Percayailah cinta pandang pertama.                 

KELAPAN.                              
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian
tidak memiliki apa-apa.                        

KESEMBILAN.  
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang.  
Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa,
Tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.  


KESEPULUH.                             
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman.   
Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.         


KESEBELAS.                             
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.  |

KEDUABELAS.                                                     
erbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas

pajely_punyer: KETIGABELAS.                           
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari,
lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin                              tahu?"                              

KEEMPATBELAS.                           
ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan
melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.           

KELIMABELAS.                           
ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang
bersin.|

KEENAMBELAS.                           
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.         

KETUJUHBELAS.                           
Berpeganglah kepada tiga R:                  
1.         Rasa hormat pada diri sendiri;            
2.         Rasa hormat kepada orang lain;            
3.         Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda     

KELAPANBELAS.                           
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah  |
persahabatan yang besar.                     
                                                                          
KESEMBILANBELAS.                          
apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan,
usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.            

KEDUAPULUH.                           
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan
melihatnya daripada suara yang memanggil.

KEDUAPULUH SATU                          
Ada ketikanya anda perlu bersendirian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2006 05:46 PM | Show all posts
Originally posted by bawang-putih at 13-7-2006 05:30 PM


Dear zurin.....memang ini lah ayatnyer:setuju:...but kalau u ader baca thread yg i ader post sebelum ni..actually ayat nie ader kegunaan yg lain gak..nanti u baca yer..memang ayat ini elok utk  ...


Memang suma petua yg zu listkan tu zu amalkan,,pasal yg sirih dn layur pada minyak zaitun tu,,,mmg utk ketegangan sahaja,,,tak de lah pulak membesar....he..he...masa suam-suam kuku tu lekapkan kat dada...best tau...lagi satu zu penah dgr ambik minyak sapi dipanaskan sedikit then sapu pada PD...penah try tapi rasa yg sirih lagi best....ok,,nanti kalau ada petua lagi,,,leh zu listkan..ok..anak dh mengamuk tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2006 08:47 AM | Show all posts
ehmmmm..boleh try nie..at least dada i rasa fresh skit...lagi nampak cantik n montok..heheehehehehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 09:33 AM | Show all posts
Saya setuju sangat tentang daun sirih tu...sebelum nie haid saya tidak menentu so amalkan minum air daun sirih yang direbus dan lebihannya buat air basuhan..Alhamdulillah haid dah okay sekarang nie sharp lagi datangnya tapi susahlah nak cari daun sirih Melayu..dah naik gondol pokok daun sirih kat rumah mak mertua saya tu dikerjakan.. dah habis nak carik kat mana pulak ye...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 09:33 AM | Show all posts
Originally posted by bawang-putih at 13-7-2006 05:37 PM
Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang
baik untuk dibaca!                           
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!   ini jugak boleh membuat kan kit ...



wahhhhh,.....bestlah petua2 nih....:lebai::pray::tq:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.192369 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list