CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bawang-putih

Petua/Doa yg berguna utk kecantikan diri

[Copy link]
 Author| Post time 6-7-2006 01:49 PM | Show all posts

petua lagi.........petua utk pengetahuan sumer ......

Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda.

Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2006 03:13 PM | Show all posts
sesiapa ada petua utk kurangkan selera makan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2006 03:56 PM | Show all posts
Originally posted by maksu_siah7 at 6-7-2006 03:13 PM
sesiapa ada petua utk kurangkan selera makan


petua kurangkan selera makan....mak ai..susah nyer nak cari petua nie...petua yg hangat nie.......tak penah didengar...kalu susah2 sangat...selalulah sakit..so selera makan pun kurang..hehehehe (jgn mare) gurau jer tau.:tq:
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2006 03:59 PM | Show all posts
petua kurangkan selera makan senang jer minum air masak banyak2 , sure perut kenyang dengan air so tak adalah nak makan sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2006 06:30 PM | Show all posts
apa pun petua nya, tapi diingatkan jangan selawat atau bismillah di dalam tandas, dalam hati boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 08:11 AM | Show all posts
"KURMA

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari surga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

dari website http://myuitm.com/v4/modules.php ... rticle&sid=2208


Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

Nabi saww bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".

Nabi saww bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

KISMIS

Nabi saww bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan ! melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".

Nabi saww bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan
letih".

MADU

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saww sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum dan membaca Al-Quran".

Rasul saw bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Rasul saw bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Rasul saw bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Rasul saw bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-7-2006 08:43 AM | Show all posts
Originally posted by roxana at 7-7-2006 08:11 AM
"KURMA

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari surga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

dari website http://myuitm.com/v4/modules. ...


wah tima kacih roxana.......saya baru tau khasiat kurma n madu...selama nie cuma tau ia ada kelebihan but tak tau apa kelebihan tu...so ari nie i dah tau...but i nak tau...sekarang nie kan madu banyak yg tak tulin so maner i nak cari yg tulin yer...pastu kismis merah ...tu yg biasa ade di jual kat kedai tue ker????????

-professor serba tak tau-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2006 08:46 AM | Show all posts

heheheheh.....petua lagi..salin jgn tak salin

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut Lebat
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut

Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2006 09:19 AM | Show all posts
lagi satu...baru i teringat..nie maser kakak sulung mengandung anak ketiga..biassalah kalu kat kg mesti ade bidan yg akan datang cek kan...so secara kebetulan maser bidan tu bukak buku along n ternampak ayat selusuh..so dia pun cakap..ayat nie byk gunanya...selain dari senang nak bersalin...nak cari barang hilang pun boleh..pastu kalau nak tau ayat nie boleh kiter baca pada org/majikan yg panas baran atau yg suker mencari pasal ngan kiter..insya-allah ayat ni boleh cool kan org tue..diibaratkan ayat nie ade banyak kegunaannyer cumer kiter jer yg tak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 10:20 AM | Show all posts

petua nak hilangkan blackhead

ambik kayu manis (dalam 2cm) dan parutkan kat blakang pasu (kat batu asah pun bley kot), pastu tambah air sket. pastu tepek kat jerawat n blackhead n biar sampai kering. lepas tu bilas lah..  amalkan selalu kalu nak berkesan yek..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2006 10:33 AM | Show all posts
Originally posted by kalika^dHani at 7-7-2006 10:20 AM
ambik kayu manis (dalam 2cm) dan parutkan kat blakang pasu (kat batu asah pun bley kot), pastu tambah air sket. pastu tepek kat jerawat n blackhead n biar sampai kering. lepas tu bilas lah..  amalk ...


kalau kiter pakai serbuk kayu manis jer boleh tak..pastu bubuhair skit...tak yah nak gosok kat blakang pasu lagi (takder pasu)
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 02:06 PM | Show all posts
Originally posted by bawang-putih at 7-7-2006 09:19 AM
lagi satu...baru i teringat..nie maser kakak sulung mengandung anak ketiga..biassalah kalu kat kg mesti ade bidan yg akan datang cek kan...so secara kebetulan maser bidan tu bukak buku along n tern ...


ayat selusuh tu ayat surah mana ek ? sori la ye kalau soklan ni tak masuk akal sket ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 02:53 PM | Show all posts
Originally posted by kalika^dHani at 7-7-2006 10:20 AM
ambik kayu manis (dalam 2cm) dan parutkan kat blakang pasu (kat batu asah pun bley kot), pastu tambah air sket. pastu tepek kat jerawat n blackhead n biar sampai kering. lepas tu bilas lah..  amalk ...

Dulu2 time anak dara, sokmo wat cara nih sbb terikut2 dgn member2 kt hostel time sekolah dulu.
If sesapa yg ada jerawat byk mmg akan rasa pedih2 sikit kt muka sementara nk tunggu air kayu manis tuh kering.
Bila kering jek, terasa tegang jek kulit muka.
Bila dh bilas, lembut jek muka nih rasanya.
Sesapa yg tak byk jerawat or tak ada jerawat, tak ada la rasa pedih2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 02:58 PM | Show all posts
Bidan kt tmpt aku nih ckp, utk serikan wajah especially utk ank2 dara, amalkan 3 perkara nih...
1. Bila mandi, jirus air dr kaki barulah la pelan2 naik ke atas.
2. Duduk apabila minum air.
3. Sarung kain batik dr kaki dan bukannya dari kepala.

My MIL lak ckp, amalkan baca ayat nih utk awet muda.
Baca sblm minum air gelas yg pertama bila kita bangun pagi.

"Uduhum yau maizin musfirah".
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 03:32 PM | Show all posts
Originally posted by Tenko at 9-7-2006 02:58 PM
Bidan kt tmpt aku nih ckp, utk serikan wajah especially utk ank2 dara, amalkan 3 perkara nih...
1. Bila mandi, jirus air dr kaki barulah la pelan2 naik ke atas.
2. Duduk apabila minum air.
3. Sarung kain batik dr kaki dan bukannya dari kepala.

My MIL lak ckp, amalkan baca ayat nih utk awet muda.
Baca sblm minum air gelas yg pertama bila kita bangun pagi.

"Uduhum yau maizin musfirah".  


amik dari surah mana?? takut nie salah baca jadi makna lain laks..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 04:04 PM | Show all posts
hmmm nak tanya kejap... yang MJ tengok banyak anak dara melayu pakai kat jari2x mereka yang warna kuning orange2x tu... itu untuk aper yer? untuk kuku ker? kalau untuk kuku bleh tak bagi petua tu kat MJ? sebab kuku MJ ni, tak sihat... selalu jer patah bile panjang skit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2006 05:46 PM | Show all posts

Reply #36 Makeup_Junkie's post

ooo..MJ, tu inai nama dia..biasa org2 pakai masa kawin...masa kecik2 dulu time nak raya mesti pakai...satu fungsi dia utk cantikkan jari ler...satu lagi memang buat ubat utk kuku2 yg tak sihat jugak...nak pakai dia satu cara dari daun inai yg fresh..kita tumbuk2 ngan lesung batu sampai lumat pastu tepek la kat jari tu...satu lagi kat kedai2 ada yg dah siap jual dlm bentuk serbuk...yg ni campur ngan air pastu tepek la kat jari2 tu...setakat ni aje la yg kita tahu..kalau yg forumer lain nak tambah, silakan.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 06:10 PM | Show all posts
oooo... inai... mana nak dapatkan daun inai kat KL? dah tu mana nak beli serbuk tu? kedai melayu and kedai mamak ader ker?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 06:20 PM | Show all posts

Reply #38 Makeup_Junkie's post

Daun Inai yg fresh biasa org tanam..yg serbuk lak biasa ada kat kedai2 India..agaknya kat kedai2 kat Jalan Masjid India banyak le kot..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 07:02 PM | Show all posts
Originally posted by ckucin at 9-7-2006 03:32 PM


amik dari surah mana?? takut nie salah baca jadi makna lain laks..

Sori.
Tak pernah lak tnya my MIL dr surah mana aslnya ayat tuh.
Insya Allah, if igt, nnt tnya bila jumpa dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.057134 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list