CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10972|Reply: 18

Budaya Rewang

[Copy link]
Post time 20-6-2006 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Budaya Rewang
Oleh Haswari Ali



Rewang dulu dan sekarang

SUDAH agak lama tidak mengikut orang pergi rewang. Paling terakhir beberapa tahun lalu, itupun kerana keluarga sendiri mengadakan majlis perkahwinan.

Ketika zaman sekolah dulu rajin juga bantu rewang bersama kawan-kawan ketika musim cuti persekolahan. Mungkin itu semua berkat menemani nenek rewang ke rumah jiran sebelah buat pertama kali.

Dari bahagian dapur, dalam rumah, bilik pengantin, pelamin, sehinggalah ke khemah tetamu, semua lokasi ini ada tugasnya tersendiri. Mana satu pilihan anda?

Kalau penat, tak ada ubat lain melainkan kuih bahulu yang direndam dengan air sirap atau kopi panas. Nikmatnya memang tidak terhingga.

Ingat lagi dulu, kerusi kayu panjang atau kerusi keluli lipat bagaikan sudah biasa digunakan dalam mana-mana acara rewang, terutama untuk acara mengopek bawang dan memotong daging.

Tapi sekarang ini, dua kerusi jenis itu tiada lagi kelihatan. Malah kerusi plastik putih yang selalu digunakan sekarang ini, akan hanya dibenar untuk diguna ketika hari berlangsungnya persandingan.

Malah, bagaikan sudah menjadi trend kala ini, khemah atau balai makan akan siap dikemas sepenuhnya hari yang sama dan diangkat keesokan harinya. Sama sekali berbeza seperti waktu dulu.

Ada benarnya juga kata seorang budayawan dari selatan tanah air, Md Ismail Zamzam yang menyifatkan budaya rewang kala ini sudah semakin dilupakan.

Katanya, rewang tidak lagi menjadi perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat atau dianggap agak remeh, sebaliknya digantikan dengan amalan katering yang lebih memberi keuntungan kepada pihak tertentu.

揃ukan saja katering, malah pelamin juga sekarang perlu disewa. Berlainan sekali dulu, semuanya dibuat secara gotong-royong. Kerana orang dulu terlalu teliti dan ada alasan positif di sebaliknya,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2006 12:34 PM | Show all posts
Mengikut ceritanya...

# Johor

Amalan rewang sememangnya sudah sinonim untuk masyarakat Melayu negeri ini. Malah perkataan rewang itu sendiri, dikatakan berasal dan cukup popular di kalangan masyarakat Melayu-Jawa.

Bukan saja dipraktikkan ketika akan berlangsungnya majlis perkahwinan besar-besaran, rewang juga sering digunakan sebagai kata ganti untuk membantu tuan rumah sebagai persediaan majlis kenduri kecil-kecilan, misalnya kenduri kesyukuran.

Diketuai seorang ketua masakan dan ketua acara, rewang di negeri ini selalunya membabitkan persatuan rewang yang membantu menyediakan kelengkapan pinggan mangkuk serta pembahagian tugasan secara berkumpulan.

Amalan ini juga tidak akan lengkap, jika tiadanya kudap-kudapan tradisional seperti tempeyek, kuih layang-layang, bahulu atau lengkong (sejenis jeli sirap), sebagai makanan sampingan buat tetamu rewang.

Tapi bila bercakap pasal rewang, teringat pula satu lagi istilah, 'berkat' iaitu bungkusan nasi minyak yang diberikan kepada setiap tetamu untuk di bawa pulang.

# Melaka

Berbeza sekali di Melaka, amalan rewang di negeri Hang Tuah ini lebih dikenali sebagai berolek kahwin, sebaliknya rewang lebih merujuk kepada kegiatan melepak di kalangan remaja.

Di daerah Alor Gajah misalnya, berolek perlu didahului dengan amalan berkampung iaitu pertemuan ketua kampung, ketua suku dan keluarga, sebelum tetamu dikehendaki datang berolek seawal tiga minggu sebelum berlangsungnya majlis.

Sudah menjadi tradisi di kawasan ini, tetamu selalunya akan membawa bersama beras ke rumah pengantin dan kemudiannya akan dihidangkan pula dengan pulut kuning yang dimasak secara gotong-royong sehari sebelum majlis, sebagai balasan.

Jika golongan lebih senior akan membantu dalam soal masak-memasak dan potong-memotong, tenaga golongan muda pula lebih dikehendaki ketika pemasangan pelamin dan acara berinai.

# Negeri Sembilan

Di Paloh, amalan rewang menjadi kemestian masyarakat Melayu di sana kerana jarang sekali adanya keluarga yang memilih budaya katering.

Seperti juga amalan masyarakat terdahulu, sentuhan tradisional masih dikekalkan dengan pemberian saguhati seperti bunga telur istimewa dan pinggan mangkuk bagi menghargai jasa kaki rewang tetap.

Sebagai jamu jiran dan sanak saudara yang datang rewang, mereka disajikan daging masak lemak cili api dan rendang maman, selain pulut wajik yang dimasak secara gotong-royong.

# Kuala Lumpur

Dewan serba guna dan hotel adalah antara lokasi yang sering menjadi pilihan masyarakat bandar bagi melangsungkan majlis perkahwinan.

Maklum sajalah, bila diadakan di lokasi seperti ini serba-serbi ditanggung beres. Cuma yang perlu dilakukan hanya datang pada hari berlangsung. Makan siap tersedia dengan cara bufet. Kalau adapun kerja bantu-membantu hanyalah sekadar di kalangan keluarga terdekat.

Bagaimanapun, ada beberapa kawasan seperti Selayang, Gombak dan Sungai Besi yang masih lagi mengamalkan budaya rewang.

Dengan bantuan ahli jawatankuasa surau, majlis penuh bermakna bagi pasangan mempelai menjadi lebih meriah dengan bantuan jiran tetangga sebelum dan selepas berlangsungnya majlis.

# Selangor

Tidak seperti sepuluh tahun dulu, jarang ada masyarakat Melayu di Semenyih yang mengamalkan rewang sebagai satu amalan kemestian ketika mengadakan majlis perkahwinan.

Sebaliknya, amalan ini digantikan dengan menempah katering dan bufet yang dianggap lebih ringkas serta memudahkan tuan rumah.

Begitu juga di Banting. Meskipun majoriti masyarakatnya Melayu-Jawa, tradisi rewang secara berdikit-dikit hampir dilupakan. Malah jika ada yang mengamalkannya, mereka cenderung memilih gaya bufet sebagai santapan pengunjung.

Namun begitu, ketika berlangsungnya rewang, ahli rewang tetap kebiasaannya akan dihadiahkan dengan kain batik atau kain pelikat, sebaliknya juruhidang diberikan bunga hiasan dada yang terhias beberapa helaian wang kertas.

# Pahang

Aktiviti gotong-royong dalam menyambut majlis perkahwinan di negeri ini selalunya bermula seawal dua minggu sebelum majlis.

Perlantikan ahli jawatankuasa majlis, membabitkan orang kampung, sanak saudara dan jiran tetangga amat penting dalam pemberian tugas bagi memastikan majlis berlangsung dengan lancar.

# Kelantan

Dikenali sebagai `bekwoh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 03:01 PM | Show all posts
ada ker nama tpt kat n9 nama paloh...kalau palong atau pasoh ada lerrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2006 03:12 PM | Show all posts
palong?

ada....felda tuh

pasoh?
pun ada.....felda gak

paloh?
sat aku check

[ Last edited by  Syd at 23-6-2006 03:15 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2006 03:18 PM | Show all posts
Paloh
From Wikipedia, the free encyclopedia


Paloh is a town in Kluang district of Johor, Malaysia. It has a rather balanced population of Chinese, Malays and Indians.

The town's main activity is the cultivation of oil palm and rubber tree. The town has a railway station, with trains to Kuala Lumpur, Johor Bharu and Singapore.

During the Malayan Emergency (1948-1960) the town was considered a 'black area' of communist terrorists and sympathisers.


aku jupe yang nih jerk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 03:20 PM | Show all posts
aku rasa kat kelantan pun ada tpt nama paloh...dalam mesia ni selain johor ada gik satu negeri...kelantan la tu kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-6-2006 05:23 PM | Show all posts
kat kelantan tuh, kg paloh tak silap
kat mana tadi ek
aku tgk dorang tulis
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2006 10:04 AM | Show all posts

salam,

I biasa juga guna perkataan rewang ini.

Dulu2 memang rewang 100%.... mendiri khemah2, tempat mencuci, memasak juadah kenduri kahwin.  Sekarang dah ada catering dan khemah pasang siap, rewang utk majlis menitik inai atau majlis doa selamat je.

Satu lagi perkataan yg popular dlm kenduri kahwin ialah gejobos.  Pernah dengar?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2006 10:34 AM | Show all posts
mcm rewang jugak kan?
slang mana tuh?
perak ker?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2006 06:48 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 26-6-2006 10:34 AM
mcm rewang jugak kan?
slang mana tuh?
perak ker?


gejobos tu cakap jawa gak...

Gotong royong mengelola jamuan & angkat hidang pd hari kenduri kahwin. Biasanya dorang ada pakai rossette yg disediakan oleh tuan rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2006 10:03 AM | Show all posts
mcm penanggah tuh ek?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2006 06:07 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 29-6-2006 10:03 AM
mcm penanggah tuh ek?


Penanggah pernah dengar tapi tak tau maksudnya secara spesifik.  Nanti I tanya kawan2 ek
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2006 07:49 PM | Show all posts
saya pernah dengar word gejobos tu
memang perkataan Jawa
first time dengar, cousin saya cakap 'esok kena bangun awal, nak gejobos'
saya 'nak ke mane kejo bas?'
hehehehe...maksud yg sama dengan rewang dll

memang skrg senang catering berbanding rewanga
nak buat kenduri doa selamat yg kecik tu pun
family saya prefer catering
sebab nanti ahli keluarga boleh berkumpul, berbual, sambil buat kerja lain yg senang2
tapi memang kemeriahan rewang, tak leh lawan
kerja banyak pun tak terasa, sebab buat sama sama
*rewang kat kampung, sebab ada halaman luas
utk memasak, utk susun pinggan, utk letak hidangan

kekurangan catering yg saya perasan, kalau dah petang
mula la sibuk mengemas..sebab nak cepat siap
sedangkan tetamu ada lagi yg datang
dan pekerja2nya masam masam belaka
ye la ..bukan sedara mara kita
kalau rewang, sambil menghidang makanan..riuhnye...mak ai...kekek

*majlis saya akan datang, mungkin guna khidmat catering, dengan alasan, saya mo pakcik makcik saya datang makan jer, takyah buat keje..hehe...*

ada pro dan kont
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2006 07:07 PM | Show all posts
Dulu arwah emak ahli wanita UMNO yg aktif juga...

So mereka ada baju kurung/ kebaya yg seragam sekiranya dijemput khas oleh rumah pengantin utk sukarela gejobos.

Dah lupa baju tu I dah sedekah kat siapa.

Budaya di sini memang pakaian2 arwah yg meninggal buat sedekah kat saudara mara atau org susah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 08:16 AM | Show all posts


Gotong royong dalam sesuatu majlis perkahwinan dipanggil REWANG oleh masyarakat jawe
Sebut aje rewang pastinya ada kaitan dengan sesuatu majlis yang akan diadakan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 03:42 PM | Show all posts

aku bangga jadik anak johor

# Johor

Amalan rewang sememangnya sudah sinonim untuk masyarakat Melayu negeri ini. Malah perkataan rewang itu sendiri, dikatakan berasal dan cukup popular di kalangan masyarakat Melayu-Jawa.

Bukan saja dipraktikkan ketika akan berlangsungnya majlis perkahwinan besar-besaran, rewang juga sering digunakan sebagai kata ganti untuk membantu tuan rumah sebagai persediaan majlis kenduri kecil-kecilan, misalnya kenduri kesyukuran.

Diketuai seorang ketua masakan dan ketua acara, rewang di negeri ini selalunya membabitkan persatuan rewang yang membantu menyediakan kelengkapan pinggan mangkuk serta pembahagian tugasan secara berkumpulan.

Amalan ini juga tidak akan lengkap, jika tiadanya kudap-kudapan tradisional seperti tempeyek, kuih layang-layang, bahulu atau lengkong (sejenis jeli sirap), sebagai makanan sampingan buat tetamu rewang.

Tapi bila bercakap pasal rewang, teringat pula satu lagi istilah, 'berkat' iaitu bungkusan nasi minyak yang diberikan kepada setiap tetamu untuk di bawa pulang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2007 10:10 AM | Show all posts
Amalan gotong-royong, rewang mesti dipertahan
Oleh Samir Muhazzab Amin


DALAM tempoh 50 tahun negara meniti kemajuan selepas terlepas daripada belenggu penjajah, pelbagai bentuk dasar digubal bagi memperkasakan pembangunan negara secara menyeluruh, baik dari aspek ekonomi, sosial, spritual, moral, fizikal, kesihatan dan berkaitan kehidupan masyarakat.

Hari ini kita boleh bersyukur dengan apa yang kita nikmati sehingga menjadikan Malaysia sebuah negara aman dan makmur, manakala penduduknya selesa melaksanakan pelbagai kegiatan kehidupan. Ini bermakna dalam tempoh itu, kita berjaya menguasai pelbagai bidang dan ilmu pengetahuan untuk merealisasikan impian kerajaan agar rakyat menjadi warga berilmu dan bermoral.

Bagaimanapun, ada sedikit elemen yang boleh dibaiki bagi memperkasakan pembangunan negara iaitu semangat kerja sukarela. Semangat sukarelawan ialah memberi khidmat secara sukarela dengan rela hati, tanpa paksaan serta berniat ikhlas untuk membantu orang lain yang memerlukan pertolongan segera tanpa mengharapkan ganjaran atau imbuhan.

Seorang sukarelawan perlu memfokus kepada nilai dan prinsip perkongsian, tolong menolong dan kerjasama sesama manusia bagi melaksanakan sesuatu kegiatan atau menangani masalah yang berlaku akibat sesuatu musibah.

Dalam kerja sukarela ini, kita perlu melihat dari perspektif lebih luas meliputi individu, keluarga dan komuniti tanpa wujud halangan diskriminasi kaum, keturunan dan darjat. Dalam kerja sukarela, pelbagai bidang boleh diceburi antaranya pendidikan, kesihatan, pembangunan, hak asasi manusia, pemulihan, sukan, rekreasi dan pelbagai projek kemasyarakatan.

Apa yang menjadi isu di sini ialah semangat sukarelawan rakyat hari ini semakin longlai dan terhakis akibat daripada perubahan gaya hidup masyarakat yang sentiasa berlumba mencari harta kekayaan hingga terlalu mementingkan diri sendiri. Sesetengahnya melihat pulangan wang ringgit dan kebendaan sebagai balasan ke atas tenaga dan masa yang mereka curahkan. Ada yang menganggap 慳da kerja ada wang
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 09:37 PM | Show all posts
kampung nenek aku kat kluang johor masih buat amalan rewang nih...
satu kampung datang about 1 1/2 days before the kenduri n sume barang adala.
ada makcik2 yg lain ada periuk beso, ada yg terror buat sambal goreng, ada yg suke buat dessert.
pelbagai la gak specialty setiap ahli rewang nih. kekadang ada geng la, ada politik dia sendiri.
kagum gak aku.

pastu korang penah dgr nasi 'ambang' tak? jawa gak rasanyer.
makan ramai2 dlm dulang. layan dowh...






p/s: tapi aku malas nak balik kampung nanti sume org sibuk sgt nak tanya bile cucu pompuan sulong dia ni nak menikoh. hahaha bengang!     :@
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 11:39 PM | Show all posts
dkt kg aku tak guna perkataan rewang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.183463 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list