CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Bomoh / Dukun - yang JELIK, yang PELIK, yang SERIK

[Copy link]
Post time 3-9-2009 06:25 PM | Show all posts
bia betik ostad nih... org seboleh mungkin nak jaga aurat pesakit..
nak2 lg kalo orgnya sedor diri..
kalo dah x sedor dah darurat tu lain la plak kira2nya..
hukum tembak leh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2009 03:25 PM | Show all posts
petang raya baru ni aku bawak mak aku g berubat ngan dgn sorang ustaz kat changloon (cawangan darul syifa).  mak aku dah 2 kali kuar masuk hospital dlm tempoh sebulan ni. sekali masuk dekat 10 hari, bil hosp memcecah 15k tapi ape penyakit tak dapat di kenal pasti walaupun bermacam test i.e mri, scan, x-ray, blood test, urine test yg di buat....result sumer ok.

kat hosp mak aku kira orait le walaupun still lemah tapi bila balik rumah terus flat, langsung tak boleh nak bangun.  so aku pun suggest nak try rawatan alternatif cara islam kat my father.  aku dpt alamat ustaz tu melalui website darulsyifa.

ustaz tu mengubat simple jer, masa aku tipon dia pesan  suruh bawak air mineral.  bila jumpa mak & ayah aku citer pasal penyakit then ayah aku tunjukkan kesan2 lebam kat badan dia ustaz tu kata tak per la kita cuba...

air tu dia suruh tinggalkan aje dulu sbb dia nak wat sembahyang hajat & yassin.  dia mintak garam + lada hitam uk wat pagar rumah sekali.

esoknya kita org g amik air, garam + lada itam tu dia pun kata la yang penyakit mak aku tu sebenarnya di hantar oleh seseorg utk ayah aku tapi sbb mak aku tu lemah semangat so badi tu kena ke dia la.

alhamdulillah...dalam sehari dua ni nampak mak aku semakin recover.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2009 02:12 PM | Show all posts
Awal tahun ni, aku pernah 'jatuh sakit'. Aku tak tau pun aku 'sakit'. Tapi mak bapak aku tengok aku kurus sangat. Aku tak perasan pun. Makan still banyak. Tapi kaki kiri aku pernah sakit dekat buku lali dengan tempurung lutut. Tempurung lutut du dah ok diurut doktor cina. Tapi, buku lali aku still sakit sangat. Macam-macam dah buat. Tak hilang jugak sakit tu. Bila dah tak tahan tengok aku hampir macam orang yang tak cukup makan, dia orang tanya kat mak su aku. Dia kata anak dia pun ada sakit dulu. Bawak jumpa sorang 'ustaz' ni. Lepas tu, ok.

Jadi, mak bapak aku mintak no. tepon ustaz tu. Mak su aku ada pesan. Sebelum pergi tepon dia dulu. Datang bila dia suruh datang. Masa telepon tu, kena bagi nama pesakit. Nama akulah tu. Bapak aku call ustaz tu. Dia bagi nama aku. Ustaz tu cakap aku ni sawan.

Eh? Bila masa lak aku sawan. Kan kalau sawan orang tu takkan sedarkan diri dan badan menggeletar kan? Mana ada jadi kat aku. Aku dah tak caya ustaz tu. Tp sebab mak bapak aku dah bising suruh berubat, aku pun pergilah. Dekat luar rumah tu, aku baca ayat kursi. Taku dia guna apa-apa.

Bila masuk, boleh nampk ramai orang berubat dengan dia.Bila giliran aku, ustaz tu suruh lunjurkan kaki ke arah dia, sambil suruh bapak aku duduk sebelah aku. Dia suruh aku mendepakan kedua-dua tangan aku. Aku pun buat.Dia peganga kedua-dua jari hantu aku. Dia picit kuat-kuat sambil baca ayat-ayat suci. Aku tau dia baca betul. Tak ada rasa apa. Bila dia picit jari hantu kaki aku, aku rasa sakit sangat terutama sekali di kaki kiri aku. Sakit gila lah. Uztaz tu pesan, kalau sakit sangat sebut,"Allahu Akbar" banyak kali dan jangan sesekali tutup mata.

Dia picit makin kuat dekat jari hantu kaki kiri aku dengan kedua-dua ibujari dan jari telunjuk dua belah tangan. Sakit wei. Rasa macam dia cucuk kaki aku dengan jarum. Tak ada benda pun kat tangan dia tu. Aku nampak jari hantu tu mula berdarah sikit-sikit. Satu sana. Satu sini. Dalam 5 luka macam tu. Kecik je. Ustaz tu cubit ke? Aku tak rasa pun dia cubit. Dia cuma tunduk je dan mula kutip sesuatu dekat ibu jari hantu aku tu. Pembantu dia kata itu jarum. Mata manusia tak nampak. Memang sakitlah. Mak aku siap usap belakang aku suruh cool.

Bila ustaz tu rasa semua jarum dah dikutip, dia tutup luka aku dengan kapas. Dia kata kalau ada rasa sakit dekat mana-mana bahagian badan aku, beritahu dia. Aku kata tak ada. Ayah aku tanya, berapa lama dah aku kena. Dia cakap 3 bulan. ayah aku tanya aku, pergi mana 3 bulan ni. Aku cakap pergi pasar, dan tempat kerja je. Tu ustaz tu cakap, aku kena buatan orang, tapi benda tu bukan ditujukan untuk aku, tapi orang lain. Aku terkena tempias je. Entahlah. Lepas berubat tu, kaki aku slowly ok.

Aku dapat tahu, ustaz tu orang iban masuk Islam. Dia mula amalkan perubatan tu bila tukar agama. Mak aku kata dia tak ada rupa ustaz. Mak aku buat andaian, mungkin nama dia ustaz. Aku cakap, tak mungkin. Dalam bahasa arab, Ustaz tu maksudnya guru lelaki. Tambahan Ustaz tu guru silat. Jadi, itu nama panggilan dia kot. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 04:01 PM | Show all posts
pernah tengok adik diubati oleh seorang ustaz sebab badan dia dimasuki pelesit tak bertuan
time tu dah petang
ustaz tu duduk bersila mengadap adik tapi jarak jauh sikit
adik kena duduk berlunjur kaki, tangan pegang lutut
adik memang tak berani bertentang mata ngan ustaz tu, tunduk jer dia...
pastu, ustaz tu baca ayat2 al-quran
dok sekejap, adik aku menangis tersedu-sedu
mula2 perlahan, sayu & sedih jer bunyi
ustaz tu pejam mata sambil terus baca ayat2 al-quran
adik makin galak menangis, pastu tangan dia perlahan-lahan terangkat ( macam hantu cina punya tangan tu )
langsung dia menjerit, memang seram ar dengar tambah2 dah nak dekat kul 7 masa tu..
sambil tu, ustaz tu mengarahkan benda kat dalam badan adik aku tu keluar
ustaz tu dok pusing2 tangan dia, macam dok tarik sesuatu
'hang keluaq lekaih, hang keluaq lekaih..' camtu ler ustaz tu kata
adik aku lagi galak dok menangis.. memang kalau dengar sedih pun ada, meremang pun ada..
ada la dalam setengah jam ke sejam camtu baru ler abis
then, adik aku pun terbaring keletihan camtu
ustaz suh dia minum air, benda tu ustaz tu berjaya ler keluarkan & antar balik ke tempat dia
dlm perjalanan nak buang benda tu, ustaz tu pun bercerita ler ngan asben adik aku
sebab diaorang dua orang je yang pergi
susah jugak nak keluarkan sebab benda tu sayang kat adik aku, dia taknak tinggalkan
adik pula masa tu baru jer mengandung, lemah semangat, senang ler benda tu masuk
ustaz ni berubat dia cuma baca al-quran, pastu rasanya berkomunikasi secara batin
memang dia tak sentuh pesakit ler
Alhamdulillah, adik aku okay
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 07:41 PM | Show all posts
Yang peliknya kan kalau kena rasuk je mesti pandai  cakap Indon. Ceh!
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 09:22 PM | Show all posts
best la thread ni....mcm2 kisah boleh baca...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2009 12:36 AM | Show all posts
wow... suma dok bincang pasai aku......
bestnyer........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.047079 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list