CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Bateesta

Mari kita bincang ROOT mazhab N aliran dalam islam ni..

[Copy link]
Post time 21-2-2007 06:40 PM | Show all posts
Originally posted by hafiz_alghumari at 21-2-2007 06:17 PM
Firman Allah"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum  itu tidak berusaha
mengubah nasib mereka sendiri"

Kita perlu memulakannya dahulu, dan Allah SWT akan membe ...


Apa2 pun setelah berusaha, kena redha dan tawakal akan Ketentuan Tuhan. Pasrah pada taqdirnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2007 04:31 PM | Show all posts
nak tahu juga sebenarnya mazhab aqidah, bagaimana konsepnya
seperti yang diketahui, mazhab feqah membicarakan hal-hal feqah
saya sangat terpanggil untuk mengetahui hakikat sebenar faham Asya'irah jika ianya dinisbahkan kepada mazhab aqidah ASWJ (yg dlm pengetahuan saya berasal dari Abu Musa Alshari-betulkan jika saya tersalah)
saya rasa perbincangan ini memang terlalu penting, kerana jika sejak dari konsepnya salah, maka kita nampak banyak perlakuan salah yang disandarkan pada apa yang mereka yakini benar, lebih-lebih lagi kalau mereka nisbahkan perbuatan itu betul berdasarkan apa yang tok nenek ibu ayah amalkan dan masyarakat
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 04:34 PM | Show all posts
dan jika boleh mohon pencerahan faham aqidah ASWJ bagaimana kerangkanya?
jika berlainanan dari faham Jabariyah dan Qadariyah. Atau faham aqidah ASWJ sama dengan Jabariyah? (mohon pencerahan)
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 01:40 AM | Show all posts
Fahaman jabariyah ialah fahaman yang didukung oleh orang yang berfahaman bahawa manusia tidak mempunyai ikhtiar atau usaha.Segala galanya berlaku dan dijadikan oleh Allah,baik dan buruk adalah ketentuan Allah semata-mata.
Seperti seorang perompak mengatakan "Aku dah ditakdirkan jadi perampok,nak wat macam mana..."
Mereka ini terlalu berserah kepada Qudrah dan iradah Allah sehingga segala galanya dilakukan oleh Allah,membelakangkan usaha dan ikhtiar manusia.Hidup
mereka pasif akibat terlalu berserah kepada takdir.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 01:51 AM | Show all posts
Fahaman ini muncul pada zaman pemerintahan bani Umayyah
yang dipelopori oleh Jahmu bin Safwan (meninggal31 h)
Ia pernah berkhidmat kepada Haris bin Sarih yang memberontak terhadap khalifah bani Umayyah.Fahaman ini hanya didikuti oleh orang yang tidak mempunyai haluan dan tujuan hidup dan juga orang yang ada penyakit 'mim'iaitu MALAS.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 02:01 AM | Show all posts
Berdasarkan keterangan diatas,nyatalah iktikad Jabariyah tidak sama dengan ASWJ
yang mengakui adanya usaha dan ikhtiar  manusia dalam setiap perbuatan mereka dan mengakui Qudrah dan iradah Allah yang akan menentukan usaha dan ikhtiar
yang berkesan.


ASWJ adalah pertengahan anatara kedua dua fahaman ini(jabariah & qadariyah.)


berdasarkan firman ALLAH dalam surah albaqarah 286

"bagi manusia itu (balasan baik ) terhadap apa yang diusahakannya,dan manusia
juga akan menerima (hukuman)atas apa yang diusahakanya."


ASWJ beriktikad bahawa iman tidak cukup dengan hati,tetapi mesti dikrarkan
dengan lidah dan dibuktikan dengan lidah dan dibuktikan dengan amalan sebagai
satu bai'ah atau janji setia kepada ALLAH taala.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2007 02:16 AM | Show all posts
Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenarnya  ialah fahaman asal orang ISLAM
pada zaman hidupnya nabi Muhammad SAW kerana akidah inilah yang menjadi
pegangan Rasulullah SAW ,sahabat dan tabi' tabi'in.Oleh kerana semua orang
berpegang kepada akidah tersebut maka tidak timbullah soal untuk
menjadikannya satu fahaman atau aliran dalam akidah tauhid.

Selepas Rasulullah wafat,kekeliruan mula timbul terutamanya selepas pembunuhan saidina Osman RA  dan pembunuhan saidina Ali KW.

selepas itu tampuk pemerintahan banyak dipegang oleh kahalifah berfahaman
MUKTAZILAH
terutamanya pada zaman khalifah Abasiyyah seperti kahalifah Almakmun.

Dan sebenarnya Abu Hasan Al Asyari  dan Abu mansur Al Maturidi bukannya
mencipta fahaman ASWJ ini tetapi lebih tepat sebagai mujadid yang
membersihkan fahaman MUkTAZILAH  yang melanda pada ketika itu.
wallahualam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.041101 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list