CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: biezie_slalu

sejarah nabi isa

[Copy link]
Post time 30-5-2006 05:17 PM | Show all posts
http://www.infolink-islam.de/Mai ... jarah.html#_ftnref1

Isa Al Masih, Kelahiran seorang Perawan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2006 05:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 05:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 05:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 05:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 05:24 PM | Show all posts
http://www.geocities.com/Pentagon/Quarters/1246/isamati.html

Pengkhianatan Yudas dan Penyaliban 'Isa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2006 05:24 PM | Show all posts
http://www.geocities.com/Pentagon/Quarters/1246/bedaisa.html

Kontroversi Kisah Penyaliban 'Isa al-Masih
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 05:25 PM | Show all posts
Nabi Isa Lahir

Tanggal 25 Desember, Nabi Isa Al-Masih a.s., terlahir ke dunia di kota Bethlehem. Atas kehendak Allah, Nabi Isa terlahir dari seorang perawan suci, yaitu Sayyidah Maryam s.a. Sejak bayi, Nabi Isa telah dikarunia Allah kemampuan untuk berbicara dan menyampaikan risalah kenabiannya kepada umat manusia di zaman itu. Mukjizat yang dimiliki oleh Nabi Isa a.s, secara jelas tercantum dalam Al-Quran surat Ali Imran ayat 45, yang artinya, 揑ngatlah ketika para malaikat berkata; Hai Maryam, Allah menyampaikan berita gembira kepadamu tentang seorang putera yang akan menyampaikan perkataan-Nya, bernama Isa Al-Masih putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan akhirat dan tergolong orang-orang yang dekat kepada Tuhannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2006 05:57 PM | Show all posts
semua ni saje kago nak kongsi ngan korang
kalau nak bace
bace lh
kalau mls pn tk pe
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2006 11:24 AM | Show all posts
Originally posted by kagoyasha_87 at 30-5-2006 05:57 PM
semua ni saje kago nak kongsi ngan korang
kalau nak bace
bace lh
kalau mls pn tk pe


nak baca..cuma xde masa lagi..thanks 4 d info
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2006 01:51 PM | Show all posts
Originally posted by satriamerah at 25-5-2006 09:41 PM
Bahaya betul citer Davinci Code tuh. Silap2 boleh terpesong agama. Macamana pulak dorang boleh create yang Nabi Isa tuh dah ada bini sebelum di salib. Nama bininya Mary Magdelene x salah aku. Ketur ...


tak bahayalah, dlm permikiran aku.

hehe ni kes dah 2 kali terpesong.

yg huru hara marahkan buku da vinci ni ialah katholik church. sbb fakta agama diorg di pesong. maybe paderi2 ni tak puas ati part jesus ada wife, sbb diorg tak kawen pun kununnya nak ikut jesus yg tak penah kawen sebelom di salib hehe. so if betul ada wife, sia2 ajela celibacy diorg selama ni kehkehkeh.

anyways, if nak tgk the last few hours of Jesus' life *based on Bible*, tgk citer The Passion of Christ. kat kotak vd dia ada tulis siap2 'Not Suitable for Muslim Viewers'. but aku rasa if kita dah paham agama sndiri, go ahead lah iAllah tak terpesong. bak kata cikgu aku kata, jgn ngada2 nak baca kitab agama lain sebelum faham al Qur'an. so if you feel you are ready, go ahead.;)
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2006 09:52 PM | Show all posts
nasik tambah..

ni ialah  Sedutan teks khutbah presiden Majlis Fikah Amerika Utara, di Persatuan Orange County, California, pada 19 Mei lalu printed kat sokkabar melayu Singapore hari ni.



Komentar : 2 Jun 2006   
  Mudah cetak  | E-mel
NABI ISA DAN 'THE DA VINCI CODE'
Oleh
Dr Muzammil H. Siddiqi

UMAT Islam percaya akan Yesu sebagai kalangan utusan besar Allah.

Dalam Al-Quran, Yesu atau Jesus dipanggil Isa atau Al-Masih (Messiah) dan Ibn Maryam (anak Maryam). Beliau juga mempunyai pelbagai nama dan gelar terpuji dalam Al-Quran.

Setiap Muslim mempercayai, mencintai dan memuliakannya. Ibunya, Maryam, juga amat dihormati, dicintai. Ratusan ribu lelaki Muslim dinamakan sempena nama beliau, Isa. Begitu juga nama ibunya menjadi nama ratusan ribu wanita.

Kini, dunia menyaksikan filem daripada novel Dan Brown, The Da Vinci Code, yang sudah dijual 45 juta naskhah di seluruh dunia.

Ramai Kristian, terutama Katolik, berang terhadap novel ini.

Di beberapa negara, umat Kristian memprotes dan meminta pemerintah mereka melarang novel dan filemnya.

Ada uskup dan kardinal yang merujuk kartun Denmark yang menghina Nabi Muhammad saw dan berkata jika Muslim boleh marah akan beberapa kartun, apatah lagi mereka terhadap buku itu.

Ada Muslim dan bukan Muslim meminta kami memberikan reaksi terhadap buku ini.

Sebagai Muslim, kita tidak mahu dikenali sebagai kaum yang bertindak apabila berlaku penghinaan terhadap nama baik Nabi kita.

Kita menghormati semua tokoh agama. Mentelah Isa as merupakan nabi yang dimuliakan.

The Da Vinci Code ialah novel, suatu cereka. Ia tidak membentangkan kisah Isa dengan serius dan terhormat.

Ada dua perkara mengenai The Da Vinci Code. Satu baik dan satu buruk. Yang baik ialah ia menyatakan dalam empat kurun pertama, Isa dikenali sebagai pesuruh Tuhan, dan bukan Tuhan.

Tetapi di Majlis Nicea pada 325 Masihi, Maharaja Constantine dan beberapa uskup merubah ajaran sebenar Isa.

Novel ini juga menyatakan Isa telah mengahwini salah seorang pengikut perempuannya, Mary Magdalene, dan mempunyai anak serta keturunannya masih ada sehingga kini.

Walaupun Al-Quran tidak menyatakan apa-apa mengenai perkahwinan Isa, isteri dan anaknya (begitu juga Injil Perjanjian Baru), tiada salahnya dari segi Islam jika beliau berkahwin dan mempunyai anak (Surah Hud: 38).

Ada penganut Kristian menganggap kisah Isa itu sebagai penghinaan.

Menurut mereka, jika Isa berkahwin maka beliau bukanlah Tuhan. Walaupun mereka berkata Tuhan mempunyai anak, namun mereka juga berkata Isa tidak mungkin mempunyai anak.

Namun, sebagai Muslim, kita berpendapat walaupun Isa tidak berkahwin, ia tidak menjadikannya Tuhan. Nabi Yahya (John the Baptist), yang sezaman dengan Isa, tidak berkahwin dan tidak dianggap memiliki nilai Tuhan.

Tidak berkahwin tidak menjadikan seseorang itu mempunyai nilai Tuhan.

Jika Isa berkahwin, ini tidak mengurangkan kemuliaannya kerana banyak nabi sebelum dan sesudahnya itu berkahwin dan mempunyai anak.

Kini ada sejumlah buku oleh penulis Kristian yang menyatakan Isa tidak disalib dan tidak pernah mendakwa sebagai anak Tuhan. Inilah yang dikatakan Al-Quran sejak dulu lagi.

Muslim harus menggunakan peluang ini untuk menerangkan kepada pihak lain mengenai pandangan Islam mengenai Isa.

Namun, ada bahagian buruk dalam novel ini yang Muslim perlu menyelarnya.

The Da Vinci Code adalah novel, cerita rekaan saja. Ia tidak mengandungi fakta mengenai kehidupan Islam secara serius dan terhormat.

Ia telah mereka-reka hayatnya dan dengan itu menghina seorang rasul Allah.

Penulisnya mengambil fakta sejarah dan memutarbelitkan menjadi kisah misteri untuk mendebarkan pembaca.

Nabi dan pesuruh Allah tidak harus digambarkan secara begini. Mereka berhak mendapat penghormatan tertinggi.

Oleh itu, Islam melarang gambar nabi dan pesurah Allah dan mereka-reka kisah me ngenai mereka. Islam mengajar kita agar memaparkan kisah nabi dengan teliti, hormat dan tepat.

Ingatlah pesan Rasulullah: 'Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat. Ceritakan kisah kaum Israel tanpa rasa ragu, tetapi mereka yang berdusta mengenaiku, bersedialah menghadapi tempatnya di neraka.' (Al-Bukhari:3202).

Nota: Sedutan teks khutbah presiden Majlis Fikah Amerika Utara, di Persatuan Orange County, California, pada 19 Mei lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2006 08:50 AM | Show all posts
Aku nak ckp skit...

The Da Vinci Code tu ditulis Dan Brown, die tu bukan Kristian (mungkin anti-kristian kot).

Rata2 penganut Kristian Katolik dan sekutu2nya naik berang ngan cite nih.

Pada pendapat aku, (setelah menonton beberap dokomentari berkenaan buku tersebut) cerita yg dipaparkan dlm TDVC tu adalah satu kemungkinan. Aku tak menolak kemungkinan Nabi Isa tu ade isteri (sebab aku tak pernah dengar kewujudan seorang isteri) dan pelik gak kalau Nabi takde isteri...

Bab Priory of the Sion tu mungkin tak benar (atau diceritakan dgn salah). Bleh nengok Wikipedia untuk lihat mana betul, mana tidak.

Sebenarnya, takyah pakai bukti 'Nabi Isa tu ade isteri dan anak' untuk membuktikan dia tu bukan Tuhan. Banyak lagi bukti yg menunjukkan Nabi Isa tu sememangnya manusia dan termaktub plak dlm Bible tu sendiri. Aku nak tunjuk skit tapi lain kali lah yek.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2006 10:07 AM | Show all posts
tak pyh le susah2kan diri.. sebagai org islam, kita berpandukan pd al-quran je..


hairan kan,bila dah org buat kisah ni box opis lak tu, baru la org melayu islam kita ni sibuk nak cari fakta..walhal, klu rajin, byk lagi kisah2 baginda tercatat dlm buku.. sedangkan apa yg jadi persoalannya adalah  timbul dari pemikiran bangsa yg munafik terhadap ajaran baginda..

ni Q kongsi sedikit mengenai riwayat  akhir baginda nabi Isa a.s

kegiatan nabi isa berdakwah dan kritika2nya yg tajam terhadap pemuka2 agama bangsa Yahudi yg telah menyelewengkan ajaran2 nabi musa utk tujuan memperoleh keuntungan duniawi telah menimbulkan rasa dengki mereka yg telah banyak kehilangan pengaruhdan kewibawaan dikalangan masyarakat. makin meluas pengaruh nabi isa dan makin menyebar ajarannya dikalangan rakyat makin sempitlah ruang gerak mereka mencari keuntungan dan mengumpulkan kekayaan dgn mempergunakan agama dan memutarbelitkan perintah Allah.

Mereka tidak berdaya membendung atau memperkecilkan  pengaruh nabi isa yg telah membuka mata rakyat yg mereka sesatkan itu dan tidak pula berhsil dlm usahanya menghalangi  org2 yg berdatangan menyatakan iman dan taatnya kepada nabi isa. maka setelah berputus asa, mereka mengadakan persengkongkolalan utk mengadukan isa kepada penguasa dgn jhasutan dan berbagai fitnah dan tuduhan palsu.

Diberitakan bahawa selagi mereka berkumpul mengatur dan menyusun senarai tuduhan dan fitnah palsu terhadap nabi isa yg akand disampaikan kepada pihak penguasa, sambil tetanya2 antara satu sama lain diman isa boleh ditemukan utk mempermudahkan usaha penangkapannya, maka datanglah menampakan diri seorang yg mereka kenal sebagai salah seorang pengikut nabi isa dan memberitahkan kepada mereka tempat dimana isa sedang berkumpul bersama pengikutnya.

Dibawalah oleh mereka pengikut isa yg munaifiq itu menghadap penguasa dgn senarai tuduhan palsu yg telah mereka susun untuk menghasut si penguasa agar menyikirkan isa yg menurut fitnahan mereka, sedang mempengaruhi rakyat dan mengumpulkan pengikut sebanyak-banyaknya  dengan tujuan hendak menggulingkan pemerintahan dan menjatuhkan raja yg sedang berkuasa. dan sebagai saksi dikemukanlah pengikut munafiq itu yg pada gilirannya menyatakan kepada raja bahawa bila dikehendaki maka isa dapat ditangkpa pada saat itu, kerana ia sedang berkumpul bersama para pengikutnya membicarakan rencananya menggulingkan pemerintahan.

Segera penguasa mengirim sepasukan tenteranya dgn org munafik itu sebagai penunjuk jalan ke tempat dimana nabi isa sedang bersembunyi bersama para muridnya. dan pada saat pasukan raja mengepung tempat persembunyian nabi isa, keluarla para murid dan pengikut nabi isa melarikan diri meninggalkan baginda seorang diri. akan tetapi allah swt telah mengutus isa sebagai rasul, menjanjikan perlindungakn serta memberikan berbagai mukjizat kepanaya, tidak berkehendak menyerahkan nya kepada org2 kafir bani israel itu.

Allah yang maha berkuasa telah melindungi isa. rasulnya dari tangan jahat org2 yahudi itu dengan mengalihkan penglihatan dan pandangan pasukan raja yg datang hendak menangkpnya kepada seorang lain yg menyerupai isa dalam bentuk rupa, bentuk badan dan warna kulitnya. maka dipeganglah leher orang yag disangkanya isa ti tanpa ampun dan tanpa mendapat kesempatan untuk membela diri atau mengucapkan sepatah kata pun.

[size=3]adapun lelaki yang menjadi pengganti nabi isa itu menurut ahli tafsir, ialah seorang yg bernama YAHUDA murid pengkhianat dan munafik yg telah menjadi  penunjuk jalan bagi pasukan raha. Allah telah mengembalikan tipu daya dan perbuatan jahatnya jatuh menimpa atas dirinya sendiri sebagai pembalasan atas pengkhianatan dan kemunafikannya. ia kemudian dibawa kesebuah lapangan terbuka dan disaliblah ditengah2 teriakan dan sorak rakyat yg menyaksikan.

Tiada seorang pun dari para penonton itu menyangsikan bahawa yg disalib itu adalah isa, padahal org yg disalib itu adalah Yahuda, yg menyerupai dan mempunyai persamaan rupa, bentuk badan dan warna kulit denga nabi isa. dengan demikian nabi isa telah diselamatkan oleh allah dari bencana jahat org2 yahudi dan diangkatlah baginda ke sisi Nya sebagaimana dikisahkan dlm Al-quran;


diriwaytkan bahawa 6 tahun setelah diangkatnya nabi Isa ke sisi allah, wafatlah siti maryam, dlm usia 50 tahun dan dimakamkan disebuah tempat ibadat di Baitulmaqdis yg terkenal dengan nama gereja "Jasmaniah' sedang para sahabat isa yg disebut Hawanyun menyebar ke segala penjuru berdakwah kepada agama dan ajaran Isa a.s yg mereka lakukan secara sembunyi dan diam2 selama 300 tahun, disebabkan kerana dunia dimasa itu dikuasai oleh kejahatan dan kekafiran yg bermaharajalela serta penindasan yg dilakukan oleh para penguasa terhadap juru dakwa dan pengikut2 agama Allah.
kisah pengangkatan Nabi isa dan penyaliban Yahudi dikisahkan oleh alquran dlm surah Ali' Imran ayat 55 dan surah An-Nisa' ayat 157-158 yg bermaksud;
"(ingatlah) ketria Allah berfirman: Hau Usa, seseungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat kamu kepadaKu setra membersihkan kamu dari org2 kafir dan menjadikan  org2 yg mengikuti kamu diatas org2 kafir hingga hari kiamat. Kemudian hanya kepada Akulah tempat  kembalimu, lalu Aku memutuskan diantara kamu tentahg hal2 yg kamu berselisih padanya " (Ali-'Imran:55)

" dan kerana ucapan mereka; "seseungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa putera Maryam, rasul allah padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yg mereka bunuh ialah) org yg diserupakan dengan Isa bagi mereka"
Sesungguhnya org2 yg berselisih faham tentang (pembunuhan) isa, benar2 dalam keraguan tentang yg dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yg dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tida (pula) yakin bahawa yg mereka bunuh itu adalah Isa. tetapi (yg sebenarnya) allah telah mengangkat Isa kepadaNya. dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha BIjaksana" (An-Nisa' 157-158)


konklusion: org yg dipercayai sebagai Isa bagi penganut agama Nasrani itu adalah YAHUDA, pengikut yg munafik terhadap baginda Isa a.s. Semasa Yahuda ditangkap simultaneously Nabi Isa diangkat kelangit..
parasahabat yg disebut HAWANYUN ,menyambung ajaran nabi Isa, mereka mempercayai apa yg dikatakan oleh nabi isa akan dtgnya seorang nabi akhir zaman,malah tidak sabar untuk bertemu dgn nabi tersebut.(petikan dari buku2 yg ada dlm simpanan Q)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2006 03:03 PM | Show all posts
yup...bagus skali factnyer....hehehehe.....yg penting kiter kener berpegang pader.....tiader kitab lain yg boleh dipercayai kesahihannyer melainkan al-quran.....selepas turunnyer quran.....smuer kitap dah useless....so...paham2 ler....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2006 03:21 PM | Show all posts
nape kisah nie diperbesar-besarkan.....senang kan kalo kite kaji quran..yg merangkumi segala nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2006 03:38 PM | Show all posts
biasa la tu lonso..bila dah bangsa lain esp bangsa c bush tu,  buat baru le nak sibuk buat kajian..padahal benda mcm ni senang2 je nak dpt kat toko buku.. tp kena bijak la..jgn main hentam beli/baca jer.. dan jgn ambil fakta dari 1 rujukan jer..kena buat research bebetul..
klu nak, rajin2 le beli/ baca buku keagamaan.. fuh... nikmat ilmu yg kita dpt tak tau nak ckp apa..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2006 03:47 PM | Show all posts
lupa lak..

semasa yahuda disalib tu, ada para pengikut baginda jatuh munafik kerana tidak dpt menerima hakikat yg nabi isa disalib.. so  dari keturunan mereka2 ini la kepercayaan org yg disalip kat tiang tu adalah Jesus.. pada yg yakin akan ilmu allah, mereka tetap percaya bahawa akan dtg seorang nabi diakhir zaman.. dari keturunan mereka, sebaik tahu adanya nabi baru, mereka tetap yakin bahawa itu lah orgnya (Ahmad@ Nabi Muhammad) yg ditunggu2...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2006 03:10 PM | Show all posts

beit lechem

Originally posted by topeng perak at 29-5-2006 09:35 PM


baitul lahm? ... rumah daging?


nama sebenar baitullaham adlah dlm hebrew....so ie ditulis בית לחם iaitu bacaannya beit lechem....erti die 'rumah roti'...pkataan daging ngan roti ada byk kaitan terutamanya dlm agama kristianiti....jesus menganggap roti sebagai dagingnya manakala minuman wine sebagai darahnya...

penah ak tgk cite antu ap ntah...paderi tu badan die kene cakar kt setan tu smp cebisan dagingnya terkeluar...lalu die disuapkan daging die sendiri...smbil bekatelah antu tu...diz iz my flesh..hehe:pmuka:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2006 03:17 PM | Show all posts
Originally posted by meitantei at 3-6-2006 08:50 AM
Aku nak ckp skit...

The Da Vinci Code tu ditulis Dan Brown, die tu bukan Kristian (mungkin anti-kristian kot).

Rata2 penganut Kristian Katolik dan sekutu2nya naik berang ngan cite nih.

Pad ...


nabi isa x de isteri....die umur 30 lebih dh kene naik ke langit...agama xtian ni agama akhirat....nabi isa dilihatkan sebagai seorang yg x pentingkn duniawi dlm memane catatan sejarah sama ad dlm buku2 apocrypha atau kitab new testament...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.084858 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list