CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 7276

dI sEbAlIk tArIkh lAhIr

[Copy link]
Post time 22-5-2006 10:38 AM | Show all posts
Originally posted by 7276 at 22-5-2006 10:32 AM


jj punya birtdate: 25/8/1976

Nombor jj : 2

Jenis perwatakan : Pendamai

Ciri2 JJ:
Dilahirkan sebagai diplomat.  Anda selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang la ...
Anda sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi


sbb tu dok pikiaq panjang ngan abg itamputih dia tu.... takut tak serasi..... hehehe
:jeling::jeling:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2006 10:39 AM | Show all posts
haku 7276.... nombot aku 5... cek tgk :hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2006 10:41 AM | Show all posts
Originally posted by gambiaq at 22-5-2006 10:39 AM
haku 7276.... nombot aku 5... cek tgk :hmm::hmm:


laa..kak gambiaq...
kena boh hari, bulan dan tahun...
kalau dak sistem tak leh baca
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 10:48 AM | Show all posts
ish apa nya sistem la..... :geram::geram:
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 10:49 AM | Show all posts
try ni tgk..... 3.6.1976
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2006 10:54 AM | Show all posts
Originally posted by gambiaq at 22-5-2006 10:49 AM
try ni tgk..... 3.6.1976


ok utk kak gambiaq: 3/6/1976

Nombor: 5

Jenis perwatakan: Perintis

Ciri2 perwatakan:
Anda adalah perintis. Secara semulajadi Anda mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Anda perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah Anda, Anda memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran Anda tidak pernah terhenti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2006 12:42 PM | Show all posts
7276...tgk kt saya pulak na..

15/3/1975...paling tua kat sini ka?:nerd:
Reply

Use magic Report

ninjamerah This user has been deleted
Post time 22-5-2006 01:30 PM | Show all posts
cuba hangpa tengok diri sendiri, ada kena ka teori kecenderungan ni?


JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan.

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI

* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros.

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ninjamerah This user has been deleted
Post time 22-5-2006 01:31 PM | Show all posts
JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan.

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik.

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat.

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat
tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk di rumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 01:34 PM | Show all posts
14/06/1982
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2006 02:14 PM | Show all posts
Originally posted by riss_1688 at 22-5-2006 12:42 PM
7276...tgk kt saya pulak na..

15/3/1975...paling tua kat sini ka?:nerd:


Nombor riss: 4

Jenis perwatakan: Konservatif

Ciri2 perwatakan:
Anda sangat peka dan tradisional. Anda sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Anda hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya Anda lakukan. Anda suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Anda mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Anda berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2006 02:16 PM | Show all posts
Originally posted by que_sha at 22-5-2006 01:34 PM
14/06/1982


Nombor que_sha: 4

Jenis perwatakan: Konservatif

Ciri2 perwatakan:
Anda sangat peka dan tradisional. Anda sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Anda hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya Anda lakukan. Anda suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Anda mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Anda berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 02:57 PM | Show all posts
ohoho 7276 dh pandai ramal personaliti org yer.. kami lak  27 disember 1982  :hmm:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2006 03:11 PM | Show all posts
Originally posted by ahlam_nabiha at 22-5-2006 02:57 PM
ohoho 7276 dh pandai ramal personaliti org yer.. kami lak  27 disember 1982  :hmm:


ahlam: 27/12/1982

Nombor Ahlam: 5

Jenis perwatakan: Perintis

Ciri2 perwatakan:
Anda adalah perintis. Secara semulajadi Anda mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Anda perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah Anda, Anda memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran Anda tidak pernah terhenti.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2006 10:39 AM | Show all posts
kami nak tau gak bleh dak
26 June 1984
muda gak noo0o..hehhe:bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2006 10:57 AM | Show all posts
Originally posted by lifeobserver at 23-5-2006 10:39 AM
kami nak tau gak bleh dak
26 June 1984
muda gak noo0o..hehhe:bgrin:


hang pa lak: 26/6/1984

Nombor: 9

Jenis perwatakan: Pelakon

Ciri2 perwatakan:
Anda mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain, sangat penyayang dan pemurah. Dgn daya tarikan yang ada, Anda tidak mempunyai masalah untuk berkawan dgn sesiapa jua dan tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada Anda. Anda mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling Anda untuk memahami Anda. Anda umpama binatang sumpah? yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Anda mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2006 11:14 AM | Show all posts
Originally posted by 7276 at 23-5-2006 10:57 AM


hang pa lak: 26/6/1984

Nombor: 9

Jenis perwatakan: Pelakon

Ciri2 perwatakan:
Anda mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain, sangat penyayang dan pemurah. Dgn daya tarikan yan ...



ni baru pelakon.. kena pi screen test ngan jj ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2006 12:23 PM | Show all posts
Originally posted by azmi_hisham at 23-5-2006 11:14 AM

ni baru pelakon.. kena pi screen test ngan jj ni..


eleh...kata kat orang..
cuba hang pa bagi tahun lahir hang pa..
mai nak tgk saapa yang kena...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2006 12:31 PM | Show all posts
Originally posted by ninjamerah at 22-5-2006 01:31 PM
JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain ta ...



aku nak sokong yang bulan ogos tu bley??? hampir semua betul la.... :setuju:
Reply

Use magic Report

ninjamerah This user has been deleted
Post time 23-5-2006 12:48 PM | Show all posts
Originally posted by eis_82 at 23-5-2006 12:31 PM



aku nak sokong yang bulan ogos tu bley??? hampir semua betul la.... :setuju:


termasuk romantik, pengasih dan penyayang?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.432438 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list