CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: changjin

7 Wonders of The World [merged: MOONkerBULAN,Alphawolf,Jelma,hetrek]

[Copy link]
Post time 29-9-2006 09:39 AM | Show all posts


Adalah dipercayai bahawa piramid telah dibina oleh puluhan ribu hamba sahaya bagi menempatkan mayat raja-raja mereka. Antara keajaibannya ialah:
•        struktur piramid adalah tiga puluh kali lebih besar daripada bangunan Empire State Building, sehinggakan ia boleh kelihatan dari bulan.
•        luas tapaknya adalah lebih kurang 13.6 ekar.
•        ia telah pun wujud sejak 4,617 tahun dahulu dan masih kukuh sehingga sekarang.
•        sekiranya lebuh raya selebar 8 kaki dan setebal 4 inci dibina di dalamnya, ia nya boleh menghubungkan San Francisco dan New York.

Bentuk Piramid
Piramid merujuk kepada bentuk geometri yang terdiri daripada satu tapak dengan pepenjuru yang bersambung dengan kemuncak yang sama, membentuk segitiga. Sekiranya tidak dinyatakan, tapak biasanya empat segi sama. Isipadu piramid adalah A

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2006 09:40 AM | Show all posts
Taj Mahal, di Agra, India Sumbangan Peradaban Islam



Makam yang diperbuat daripada batu marmar yang dibina oleh Shah Jehan (1614-1666) sebagai memperingati isterinya Mumtaz Mahal yang meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke 14, dimedan pertempuran pada tahun 1529 ketika Shah Jehan dalam kempen memperluaskan tanah jajahannya. Ia diperbuat daripada marmar putih, bertaktah batu permata, bersegi lapan dengan sisi terlebar seluas 130 kaki. Dari dasar ke puncak ia mencapai ketinggian 200 kaki.  Seramai 20,000 orang pekerja telah mengambil masa selama 20 tahun untuk menyiapkannya. Shah Jehan merancang unuk mendirikan makam berkembar dengan menggunakan marmar hitam untuk dirinya sendiri tetapi harapannya terbantut apabila dia diguling oleh anaknya. Shah Jehan kemudiannya dipenjarakan di Kubu Merah yang terletak berhampiran dengan Taj Mahal. Dikatakan Shah Jehan menghabiskan sisa hayatnya dengan merenung Taj Mahal melalui tingkap penjaranya. Apabila dia meninggal, Shah Jehan dikebumikan di Taj Mahal disamping isterinya. Erti Taj Mahal adalah 'Mahkota kepada Mahligai'.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 09:41 AM | Show all posts
Candi Borobudur

aku pinjam gambar orang Indon dan jugak bahasa orang Indon.

Borobudur adalah salah satu monumen kuno yang terbaik yang dilestarikan dari seluruh dunia bahkan merupakan salah satu dari tujuh keajaiban dunia. Monumen ini adalah kuil budha yang terbesar di seluruh dunia dan telah diklaim sebagai hasil budaya manusia yang paling sering dikunjungi lebih dari sejuta wisatawan baik domestik maupun luar negeri sampai saat ini. Gaya arsitek dari candi inipun tidak ada yang menyerupai di seluruh dunia. Struktur yang terisnpirasi menggambarkan mikro kosmos yang seringkali timbul menjadi suatu pertanyaan, misalnya kapan, dengan cara apa, berapa lama dan oleh siapa cagar alam ini telah dibangun.



awaban yang tepat sampai saat ini masih meninggalkan misteri karena tidak ada dokumen tertulis sampai saat ini. Berdasarkan prasasti yang ditemukan oleh peneliti, dicatat bahwa Candi Borobudur dibangun antara abad ke delapan ketika Samaratungga - raja dari dinasti Syailendra memerintah di Jawa Tengah. Arti dari Borobudur masih tidak jelas. Borobudur merupakan gabungan dari kata Bara dan Budur. Bara dari bahasa Sansekerta berarti kompleks candi atau biara. Sedangakan Budur mengingatkan kita dengan kata yang berasal dari Bali Beduhur yang berarti di atas. Dengan kata lain, Borobudur berarti Biara di atas bukit.



Borobudur penuh dengan ornamen filosofis dimana menyimbolkan secara gamblang tentang kesatuan dari perbedaan jalur yang dapat diikuti untuk mencapai tujuan hidup yang paling pokok.Relif yang terukir di dinding candi memberitahukan keindahan dalam mempelajari hidup. Dengan kata lain, Borobudur memiliki jiwa seni, filosofis dan budaya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 09:41 AM | Show all posts
Angkor Wat



Angkor Wat merupakan rumah berhala paling terkenal di seluruh dataran Angkor. Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavarman II (1113-c. 1150) pada pertengahan abad kedua belas. Pembinaannya memakan masa selama 30 tahun. Senibina Angkor Wat melambangkan ciri-ciri keugamaan Hindu. Menara utama di tengah-tengah Angkor Wat melambangkan Gunung Meru, pusat seluruh Alam Semesta menurut kepercayaan Hindu.


* he he he mamat tuh gambar hiasan tau!
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 09:42 AM | Show all posts
Taman Tergantung Babylon



       
Taman tergantung di Babylon merupakan salah satu daripada tujuh benda ajaib di dunia. Taman ini telah mula dibina semasa zaman pemerintahan dinasti Naboplashar. Anaknya Nebuchadnezzar II (604-562 SM) telah mula mencipta bangunan tergantung ini. Taman ini telah dibina untuk isterinya. Kehebatan taman ini amat dikagumi oleh ahli-ahli sejarah Greek walaupun mereka tidak pernah melihatnya.
Taman in terletak di tebing sungai Euphrates, 50 km ke selatan kota Baghdad, Iraq. Taman ini telah dibina bertingkat-tingkat berbentuk teres dipenuhi dengan pokok buah-buahan, pokok bunga, air terjun dan binatang.


satu lagi versi:

Babylon dibina kira-kira pada tahun 600 Sebelum Masihi. Ia terletak di timur tebing Sungai Eupharates, kira-kira 50 km di Selatan Baghdad, Iraq. Ia dibina oleh Raja Nebuchadnezzar 11 ( 604 - 562 SM ) sebagai hadiah kepada salah seorang dari isteri-isterinya. Taman ini dibina di atas kawasan seluas 400 kaki. persegi dan terletak di atas ketinggian 75 kaki dari atas tanah. Ia dikatakan sebagai sebuah taman yang tercantik di dunia dan mengandungi pelbagai tumbuhan flora dan fauna yang mempersonakan.Tumbuhan-tumbuhan ini dialiri oleh air dari Sungai Eupharates dengan menggunakan tenaga hamba abdi yang mengangkut secara bergilir-gilir.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 09:43 AM | Show all posts


Menara Pisa umpamanya telah condong semasa pembinaannya pada tahun 1154. Hanya tiga tingkat daripada lapan tingkat menara itu yang dapat disiapkan sebelum menjadi condong disebabkan oleh kelembapan tanah liat yang tidak dapat menyokong keseluruhan bangunan itu. Menara yang mempunyai ketinggian 56 meter ini didapati semakin senget dan keadaan ini telah mencetuskan kebimbangan kepada para arkitek bahawa bangunan ini tersembam ke tanah dalam sedikit masa lagi. Namun begitu, selepas hampir setahun berlalu, Menara Pisa masih berdiri dengan kukuh dan berbagai-bagai usaha telah dibuat untuk memastikan binaan ini terus berada pada posisi asalnya. Sebagaimana binaan lain, pembinaan Menara Pisa mengambil masa 200 tahun untuk disiapkan. Pembinaan menara ini tergendala beberapa kali kerana keadaan tanah yang mendap dan masalah kewangan.

Para jurutera yang membina menara ini berasa ragu-ragu untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan kerana khuatir bangunan ini akan tumbang sebelum dapat disiapkan. Biarpun kebimbangan itu berasas tetapi tidak pernah menjadi kenyataan, lantas menjadikan menara ini terus diselubungi dengan misteri mengenai kedudukannya yang senget itu. Arkitek yang bertanggungjawab membina menara ini ialah Bonanno Pisano. Beliau hanya sempat menyiapkan tiga tingkat sahaja sebelum menghilangkan diri. Terdapat berbagai-bagai jawapan telah cuba diutarakan untuk menjelaskan kehilangannya.

Ada pengkaji menyatakan bahawa Pisano berhenti kerana dapat melihat bencana yang bakal melanda menara itu. Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa menara itu sengaja dicondongkan oleh Pisano bagi menunjukkan kehebatannya sebagai seorang ahli arkitek yang tersohor pada zamannya.

Hampir 90 tahun bangunan itu dibiarkan sehingga seorang arkitek bernama Giovanni dari Simone menyambung pembinaannya. Seperti Pisano, arkitek itu hanya mampu menyiapkan tiga tingkat bermula daripada tingkat lima, enam dan tujuh. Menara itu hanya dapat disiapkan sepenuhnya 80 tahun kemudian dengan pembinaan tingkat lapan yang berkubah. Dalam kubah itu ditempatkan beberapa buah loceng yang setiap satunya seberat satu setengah tan. Loceng itu akan dibunyikan bagi merayakan sesuatu kemenangan dan tanda berlakunya kematian. Kini loceng itu tidak lagi dibunyikan bagi mengelakkan sebarang getaran yang boleh meretak dan meranapkan menara itu. Bagi menghindarkannya daripada menyembah bumi, para saintis telah mengikat menara ini dengan kabel logam. Kabel itu berperanan sebagai sokongan kepada Menara Pisa yang didapati condong satu inci pada setiap tahun.

Kenapakah Menara Pisa boleh condong sedangkan bangunan di kawasan sekitarnya berada dalam keadaan yang elok. Kajian yang dibuat pada tapak binaan itu mendapati tanahnya mengandungi pasir dan tanah liat yang tidak stabil serta mengandungi kuantiti air yang banyak. Tapak yang menjadi asas pembinaan menara itu pula merupakan bekas lagun lama yang mengalami kesan pasang surut air. Malahan kesan pasang surut itu masih lagi berlaku sehingga kini menyebabkan mendapan berlaku dan mengakibatkan menara itu terus condong ke sebelah kiri. Walaupun Menara Pisa dibina dengan asas lantai dan konkrit setebal 13 kaki tetapi masih tidak dapat menampung beban dan berat menara seberat 14,500 tan. Sebarang bentuk pergerakan yang berlaku di bawah tanah sudah tentunya akan menyebabkan menara ini rebah. Yang lebih menakjubkan ialah gempa bumi yang berlaku pada tahun 1846 tidak sedikit pun menjejaskan struktur Menara Pisa.

Sesungguhnya menara ini mempunyai daya ketahanan yang cukup hebat. Jika tidak, sudah lama menara ini rebah menyembah bumi. Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan daripada berlaku maka kenderaan bermotor dilarang menghampiri menara itu. Pada masa yang sama, pelbagai ikhtiar sedang dijalankan untuk mempertahankan mercu tanda yang menjadi kebanggaan warisan tamadun barat. Selain menjadi daya tarikan jutaan pelancong, bangunan ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Menara Pisa memiliki nilai seni dan estetika yang mengagumkan.

Sesiapa yang berpeluang mendaki 294 anak tangga menuju ke puncaknya akan melihat satu pemandangan yang menarik dari atas bangunan itu. Menara ini juga pernah digunakan oleh Galileo Galilei untuk melakukan demonstrasi sainsnya. Ujian yang dilakukan pada tahun 1589 mendapati bahawa setiap objek berlainan berat yang dijatuhkan mempunyai kelajuan yang serupa.

Tiada siapa pun yang berani meramalkan bilakah menara ini akan tumbang. Tetapi ramai yang percaya bahawa binaan ini akan rebah pada suatu hari nanti. Keyakinan ini berasaskan kepada keadaan yang semakin condong berbanding pada peringkat awal pembinaannya. Ukuran yang dibuat pada masa dahulu menunjukkan menara itu condong 0.04 inci setahun. Tetapi sekarang kecondongannya meningkat kepada 0.06 inci setahun. Meskipun tapak asas bangunan itu telah diperkuatkan dengan memasukkan 93 tan konkrit tetapi nampaknya masih tidak dapat menghalang pergerakan bangunan itu. Begitu juga dengan langkah menyalurkan keluar air hujan daripada bahagian bawah masih tidak berupaya mengelakkan daripada terus tenggelam. Pada tahun 1573, usaha untuk menguatkan tapak asas telah dilakukan dengan melekatkan kepingan marmar tetapi malangnya marmar itu telah tenggelam bersama-sama dasar bangunan.

Cabaran terbesar yang dihadapi oleh menara ini ialah kecondongannya bukan disebabkan oleh masalah hakisan, pergerakan tanah atau tindak-tanduk manusia. Pada Perang Dunia Kedua, sebahagian daripada tingkat atas bangunan itu rosak teruk kerana bedilan peluru meriam. Namun, bedilan meriam ini masih gagal meruntuhkan bangunan yang berusia satu kurun itu. Musuh terbesar kepada menara ini ialah daya tarikan graviti yang secara perlahan-lahan menyebabkan bangunan itu sengit sehingga 14 inci daripada kedudukan tegaknya. Apakah dengan segala peralatan moden dan kemajuan sains, manusia dapat menyelamatkan salah satu daripada benda ajaib di dunia? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapannya. Mungkin masa dan takdir yang menentukan sama ada menara ini dapat ditatap oleh generasi yang akan datang atau pun hanya sekadar tinggal dalam lipatan sejarah sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2006 09:45 AM | Show all posts
Bagi aku benda ajaib di dunia ...tidak lain dan tidak bukan....TELAGA ZAM-ZAM ....tertelak di tengah padang pasir....sampai sekarang air nya tak kering-kering...2juta umat islam menunaikan haji setiap tahun katakan lah seorg minum 5 litre sehari . air nya pun tak kering juga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 12:51 PM | Show all posts
Originally posted by nangada at 29-9-2006 09:45 AM
Bagi aku benda ajaib di dunia ...tidak lain dan tidak bukan....TELAGA ZAM-ZAM ....tertelak di tengah padang pasir....sampai sekarang air nya tak kering-kering...2juta umat islam menunaikan haji set ...


:setuju: :setuju: :setuju:

tidak syak lagi!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hantu1 This user has been deleted
Post time 29-9-2006 03:30 PM | Show all posts
Taman tergantung babylon itu ada lagi ..? Ada gambar terbaru tak..?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 04:20 PM | Show all posts
Originally posted by hantu1 at 29-9-2006 03:30 PM
Taman tergantung babylon itu ada lagi ..? Ada gambar terbaru tak..?


Tak de dah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 09:31 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 29-9-2006 09:39 AM


Adalah dipercayai bahawa piramid telah dibina oleh puluhan ribu hamba sahaya bagi menempatkan mayat raja-raja mereka. Antara keaj ...


betul ke sampai sekarang xada lagi architect yang boleh buat piramid nie.. atau pun menyusun blok2 batu seperti piramid yang terdapat skarang...

lagi satu betul ker piramid ini tidak berbayang..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 10:05 AM | Show all posts

taj mahal

cerita disebalik taj mahal ni memang menarik. saya rasa forummer dah biasa dengan kisah kenapa taj mahal dibina dan apa kesudahan nasib pembina taj mahal ni. apa yang saya nak kongsi di sini adalah sedikit cerita yang tak banyak dikeathui oleh roang ramai, mungkin kerana konspirasi oleh pihak biritsh untuk menidakkan cerita ini.

menurut sejarawan dari negara india, semasa completion taj mahal, di dalam sekitar tasik buatan manusia disekeliling taj mahal dan juga pada siling taj mahal terdapat beratus-ratus butir berlian dan permata yang telah dibawa dar pelusuk dunia oleh pembina taj mahal untuk menghiasi taj mahal.

apabila india ditakluk oleh kerjaan british, seperti biasalah, macam di  malaya jugak, segala sumber hasil negara dan kekayaan akan dicuri oleh british dan dibawa pulang. makan british telah mengambil kesemua permata2 dan berlian yang berada di taj mahal untuk dibawa pulang ke england untuk dijual dan diperdagangkan.

tahu apa terjadi kepada permata dan berlian yang bear2 saiznya dan tinggi kualitinya? ianya telah diberikan sebagai hadiah kepada kerajaan british untuk dijadikan Crown Jewel yang baru bagi queen victoria. to rub insult to injury, semasa queen victoria melawat negara india pada kurun ke-19 dan ditabalkan sebagai empress of india, dia telah memakai crown jewel baru yang dipenuhi oleh permata2 dari taj mahal (selain permata dari afrika selatan etc)!!!  

sekiranya kita ke taj mahal sekarang, jika kita mendongak2 dan melihat siling2 taj mahal, kita akan nampak lubang-lubang kecil bekas dimana permata2 dilekatkan dan dicungkil oleh british (atau pencuri2 lain). dan seperti biasa, british deny this is true. tapi sekiranya kita bertanya dengan pengawal2 taj mahal atau penduduk sekitar, mereka akan mengesahkan kisah ini yang diturunkan dari satu generasi ke generasi bagi mengingatkan kita kedurjanaan british...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 11:13 AM | Show all posts
... salam ...
... dah elok benda cantik ...
... tersergam indah ...
... gatal tgn lak nak pi rosakkan ...
... mane ae lagi seri tajmahal ...
... kalu dah di amik sume berlian tuh ...
... salam ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 12:56 PM | Show all posts
stonehenge termasuk dlm medieval punya wonders ek? ingatkan dikira sebagai ancient gak.
since tak ramai tahu tarikh sebenar mnde tu wujud kt situ. patung batu kat easter island pon tak masuk list ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 12:58 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 29-9-2006 09:38 AM
Tujuh benda atau binaan yang disenaraikan sebagai ajaib di dunia iaitu

Tembok Besar China yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 5,000 kilometer;
Piramid yang dibina dengan 2,5 ...

samala. itu yg memula tau masa belajo dlu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 01:08 PM | Show all posts
Originally posted by nangada at 29-9-2006 09:45 AM
Bagi aku benda ajaib di dunia ...tidak lain dan tidak bukan....TELAGA ZAM-ZAM ....tertelak di tengah padang pasir....sampai sekarang air nya tak kering-kering...2juta umat islam menunaikan haji set ...

:setuju:

Kaabah pon salah satu benda ajaib juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2006 03:27 PM | Show all posts
Misteri: Roh Firaun terseksa dalam piramid
Oleh Nasron Sira Rahim


Susunan jutaan batu blok menghasilkan kuasa hebat hingga sampah, bangkai di dalamnya tidak busuk sebaliknya mengering


KEHEBATAN Piramid Besar Kufu menyebabkan
ia dikategorikan sebagai satu daripada tujuh
binaan ajaib di dunia.

BENARKAH piramid dibina oleh manusia pada zaman dulu kala? Persoalan itu terus berlegar pada fikiran penyelidik dan saintis yang terus mengkaji binaan misteri itu sejak ia dibina ribuan tahun lalu.

Dengan tanggapan bahawa kemampuan sains dan teknologi di dunia ini baru berkembang kurang 2,000 tahun lalu, pasti sukar untuk mengandaikan bagaimana bangunan raksasa itu dibina pada tahun Sebelum Masihi (SM).

Bayangkan, untuk membina bangunan raksasa pada masa kini, kita memerlukan pakar kaji bumi, jurutera, arkitek dan pelbagai jentera yang dibina berasaskan teknologi bagi mengangkat bahan yang berat dan menyudahkan binaan.

Justeru, adakah ada pakar dalam bidang fizik, kejuruteraan, binaan dan jentera hebat lebih 2,000 tahun lalu yang digunakan untuk membina piramid? Binaan itu membabitkan kira-kira dua juta batu dengan berat setiap satu adalah satu tan malah adat kira-kira 104 piramid Mesir.

Ada pendapat mengatakan bahawa dengan teknologi moden ketika ini, manusia masih belum mampu membina piramid seperti di Mesir.

Misteri yang terdapat pada piramid tidak saja mengenai proses binaannya, tetapi juga 慿uasa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 05:19 PM | Show all posts


try baca buku ni .. intresting ...

walaupun fiksyen tapi mcm betu gak fakta2 nil..

pasal piramid dan di atas piramid sebenarnya ada lagi satu piramid kecil , yg skrg jadi lambang freemason dan duit us..

Reviews
Synopsis
It is the biggest treasure hunt in history with contesting nations involved in a headlong race to locate the Seven Wonders of the Ancient World. 4500 years ago, a magnificent golden capstone sat at the peak of the Great Pyramid of Giza. It was a source of immense power, reputedly capable of bestowing upon its holder absolute global power. But, then it was divided into seven pieces and hidden, each piece separately, within the seven greatest structures of the age. Now it's 2006, and the coming of a rare solar event means it's time to locate the seven pieces and rebuild the capstone. Everyone wants it - from the most powerful countries on Earth to gangs of terrorists...and one daring coalition of eight small nations. Led by the mysterious Captain Jack West Jr, this determined group enters a global battlefield filled with booby-trapped mines, crocodile-infested swamps, evil forces and an adventure beyond imagining. "More action, hair-raising stunts and lethal hardware than you'd find in four Bond movies. Reilly is the hottest action writer around." - "Evening Telegraph".


dan try link utk tgk gambar2 Seven Wonders of the Ancient World  .. try le surfing dan baca.. best jugak..

http://ce.eng.usf.edu/pharos/wonders/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 02:31 PM | Show all posts
Gahnya Tembok Besar China
Oleh Norakmah Mat Youb



Susunan bongkah batu besar sepanjang 6,700 kilometer sarat dengan kesenian terutama ukiran naga, simbol maharaja

SEBUT saja Beijing, pastinya kita terbayang akan keistimewaan Tembok Besar China sepanjang 6,700 kilometer yang merentasi beberapa wilayah di Republik Rakyat China.

Begitu juga penulis yang sentiasa teruja untuk mendaki tembok selepas dimaklumkan akan ditugaskan membuat liputan satu sidang media yang dianjurkan sebuah syarikat farmaseutikal terkemuka, Bayer Health Care.

Apa yang diidamkan akhirnya menjadi kenyataan apabila Tembok Besar China itu betul-betul berada di depan mata penulis.

Sungguh mengagumkan! Bagaimana agaknya pekerja membawa bongkah batu besar untuk membina tembok yang pada asalnya dibina untuk pertahanan. Tembok yang disiapkan pada zaman Dinasti Ming dan merentasi beberapa wilayah di China bermula di Shanghai, Jiayu, Hebei, Beijing, Shanxi, Mongolia, Ningxia dan Gansu sangat sesuai dikunjungi pada musim panas atau luruh sama ada awal pagi atau lewat petang.

Bagaimanapun, penulis bersama rakan tiba tepat pada jam 12 tengah hari ketika pancaran matahari begitu terik sekali. Sungguhpun begitu, terdapat angin yang membantu mengurangkan bahang ketika mendaki tembok itu, satu antara keajaiban dunia.

Apa yang pasti, tinggalan sejarah ini berjaya menarik perhatian lebih 130 juta pengunjung. Pada zaman Maharaja Ming Yang Le (awal abad ke-15), Badaling dijadikan pusat ketenteraan kerana kedudukannya strategik.

Bahagian tembok paling cantik dikatakan di Datong, Wilayah Shanxi (2,500 kilometer di selatan Beijing) kerana ia sarat dengan kesenian China, terutama ukiran naga, simbol maharaja yang menjadi perlindungan daripada kuasa jahat.

Setakat ini, hanya seorang warga Amerika saja dikatakan berjaya berjalan daripada titik mula tembok hingga ke akhir dan beliau mengambil masa dua setengah tahun untuk menghabiskannya.

Kunjungan ke Beijing yang mempunyai keluasan 20 kali ganda daripada Kuala Lumpur tidak sah jika tidak melawat Forbidden City atau Istana Larangan yang meliputi keluasan 72 hektar. Ia boleh dilawati sama ada dengan menaiki bas atau kereta api bawah tanah yang menghubungkan terus ke sana.

Sukar mengungkapkan keindahannya dengan kata-kata. Setiap istana sarat ukiran yang masing-masing mempunyai maksud tersendiri, sekali gus melambangkan kemewahan dan kebesaran kuasa Maharaja China. Ia jelas terpampang pada ukiran naga serta phoenix pada jambatan batu marmar.

Mengikut keterangan pemandu pelancong kami, kira-kira 27 tahun diperlukan untuk meneliti setiap sudut di Istana Larangan ini yang mempunyai 9,999 bilik dan lebih 2,000 bilik khas untuk gundik.

Mana tidaknya, setiap maharaja dikatakan mempunyai lebih 3,000 gundik, sekali gus melambangkan kuasa dan keangkuhan pemimpin negara itu. Di situ juga terdapat dewan istiadat, ruang pejabat, bilik menteri dan penterjemah, bilik minum teh dan taman diraja.

Istana Larangan itu tidak putus-putus dikunjungi sama ada dari luar mahupun penduduk tempatan sendiri. Ia boleh dilihat apabila seawal jam 8.30 pagi ramai beratur membeli tiket masuk berharga RMB60.

Ketika di dalam istana itu, hampir 50 peratus kawasan yang dibuka kepada pelawat sedang dibaiki, tetapi ia tidak mematahkan semangat kami kerana masih terlalu banyak yang perlu dilihat.



Penulis sendiri terpegun melihat keajaiban binaan Istana Larangan yang mempunyai tembok simen kukuh berwarna merah dan bertentangan dengannya adalah Medan Tianenmen, manakala di sebelah kanannya bangunan Dewan Agung Orang Ramai China.

Tempat lain yang wajib dikunjungi ialah kilang jed. Jed dikatakan mencerminkan keperibadian diri, malah mengikut kepercayaan masyarakat Cina, batu itu melambangkan kemewahan dan sesiapa yang memakainya, secara tidak langsung menunjukkan berkedudukan tinggi.

Selain warna hijau yang dikatakan membawa tuah kepada si pemakainya, jed sebenarnya terbahagi kepada dua kategori, iaitu jadeite dan nephrite. Jadeite dikatakan paling bermutu tinggi dan termahal di dunia. Ia dinilai dari sudut tekstur, tona warna, kilauan dan ketelusan.

Kami difahamkan ada 38 warna jed; putih, merah jambu, perang, jingga, kuning, ungu muda dan hitam yang setiap satu ada nilai dan maksud tersendiri.

Bagi pengunjung luar, Beijing antara syurga membeli-belah, sama ada di Pasar Sutera (Ya Shiu), Jalan Wang Fu Jing, Lady Street (berhampiran Rumah Malaysia di Wilayah Chaoyang), Ya Show atau Red Bridge.

Di situ, semua barangan sama ada pakaian, kasut, beg tangan mahupun perhiasan diri boleh ditawar sehingga lebih 50 peratus. Namun, pengunjung luar perlu berhati-hati ketika bertanya harga barangan kerana silap haribulan anda akan dimaki jika tidak membeli.

Gadis penjual di situ memang cantik tetapi mereka juga pandai memujuk dan memaksa pengunjung membeli barangan. Oleh itu, jika benar-benar mahu membeli disarankan barulah bertanyakan harga. Jika tidak, mereka akan memegang tangan sekuat-kuatnya sehingga anda membeli.

Oleh kerana kami berdua bergerak sendiri tanpa pemandu pelancong, kami disarankan sentiasa membawa kad perniagaan hotel tempat menginap kerana masalah bahasa adalah masalah utama di sini.

Kad perniagaan hotel itu memudahkan pemandu teksi untuk membawa kami pulang. Bagi mereka yang ingin menjimatkan kos, kereta api bawah tanah kemudahan awam paling sesuai kerana tambang hanya RMB3 sehala berbanding teksi yang kadang kala mencecah sehingga RMB100.

Apa yang menarik di Beijing walaupun jalan raya sesak dengan kenderaan, basikal tetap menjadi pilihan. Tetapi yang membimbangkan ialah cara pemanduan mereka yang agak berbahaya terutama bagi penunggang basikal.

Satu lagi situasi yang tidak dapat dilihat di Malaysia ialah pasangan warga tua di negara ini masih romantik walaupun sudah berusia. Mereka sering dilihat menghabiskan masa di taman berdua-duaan dan menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan sambil membawa sebotol air teh herba.

Mungkin itu rahsia menyebabkan mereka masih sihat. Pastinya, kunjungan ke Beijing, ibu negara yang sesak dengan penduduknya meninggalkan seribu kenangan manis yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata.

Bagaimana ke sana


BEIJING dihubungkan dengan sistem pengangkutan yang sangat mudah. Pesawat Malaysia Airlines (Mas) menyediakan perkhidmatan setiap hari.


Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Beijing mengambil masa kira-kira enam jam.


Perjalanan dari Lapangan Terbang Beijing ke hotel berdekatan mengambil masa kira-kira 30 minit menggunakan teksi.


Tempat menarik di Beijing:

Tembok Besar China.

Fobidden City (Istana Larangan).

Kilang jed

Jalan Wang Fu Jing

Jalan Sutera

Summer Palace (Istana Musim Panas)

Medan Tianenmen

Dewan Agung Orang Ramai China.

Mayat Mao Tze Tung
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 02:43 PM | Show all posts
tak silap aku kat Korea Utara pun ada monumen macam tembok besar china tak silap aku masa Zaman Koguryo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.151673 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list