Model : Mynn Maylada มลดา นันทานุรักษ์ (Miss Grand Krabi 2018)
https://www.instagram.com/mynnlada/
Photographer : Hunn Hannan อับดุลฮันนาน มาหะมะ
Kenapa Ada Ramai Kaum Lain Yang Mempertikai Dan Memperlekehkan Bangsa Melayu?
Penulisan : Mohd Salleh Mazukhi
https://www.facebook.com/mohdsalleh.mazukhi
Kalau saya
Pendapat saya ini banyak berpunca dari pemerintah dan penguasa penguasa, pengarah-pengarah dan orang orang yang berkuasa itu sendiri.
Ramai sebenarnya pengkaji pengkaji yang buat berbagai kajian tentang bangsa Melayu dan tamadun Melayu. Tetapi jarang mendapat sokongan dari pemerintah atau pihak berkuasa.Lebih tepat lagi kalau kita katakan para pengkaji ini tidak mendapat sokongan yang sewajarnya , kurang diberi peluang dan ruang untuk mengetengahkan hasil kajian mereka , dan banyak hasil kajian itu terbengkalai.
Contohnya
Komplek Sungai Batu di Kedah yang kekurangan dana untuk kajian , begitu juga kandungan buku teks sejarah di sekolah yang kurang menceritakan secara meluas , buget memanjang tak ada untuk apa apa projek berkaitan sejarah dan macam macam masalah lagi.
Akibatnya kaum kaum lain tidak tahu dan tidak faham senario sejarah lama Semenanjung Tanah Melayu. Bukan kaum lain saja, orang Melayu sendiri tidak ramai yang benar benar faham tentang sejarah silam Semenanjung Tanah Melayu .Sebab yang dipaparkan sekarang hanya sebahagian kecil part sejarah terutamanya Sejarah Melaka. Tentang kisah Semenanjung Tanah Melayu yang dah lama kurang diwar-warkan. Contohnya kisah penemuan Perakman di Lenggong yang dah berusia 10000 tahu, Penemuan rangka manusia di Guar Kepah , Kedah (5000 tahun), penanaman padi di Kedah yang dah belangsung semenjak 6000 tahun, Penemuan artifak di Klang (2000 tahun), Penemuan artifak di Jenderam Hilir (2000 tahun) ., Penemuan artifak di Pulau Kelumpang . Perak (1000 tahun) , dan macam macam lagi.
Bila ini semua tidak diwar warkan maka ramailah kaum lain dan juga orang Melayu sendiri yang menganggap dulu Semenanjung Tanah Melayu ini adalah tanah kosong yang tidak berpenghuni, lalu ramai orang dari Sumatra datang lalu itu yang dikatakan sebagai orang Melayu. Memang ada tapi itu dalam tempoh baru. Tetapi ribu ribu tahun sebelum itu pun Semenanjung Tanah Melayu ini sudah ada penghuninya.
Dibawah ini ialah filem dokumentari Kosmologi Alam Melayu terbitan Layar Consult Production , yang mana saya juga turut terlibat sama.
Malang sekali sudah bertahun tahun siap tapi tidak ada pihak media TV yang sudi menayangkannya. Orang politik buat tidak tahu sahaja langsung dan tidak menyokong.
Jadi salah siapa kalau masyarakat tidak faham sejarah alam Melayu dan tamadunnya ?