CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: fleurzsa

Labu Sayong

[Copy link]
 Author| Post time 16-1-2006 09:17 PM | Show all posts
Originally posted by june1456 at 16-1-2006 07:20 PM
ok..thanX fleurzsa.


Alamak terlupa nak gi studio tembikar tanya pasal info yg I janji tu... soryyyy...hujung minggu ni I gi tanya ek... InsyaAllah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2006 02:58 PM | Show all posts
Generasi muda warisi perusahaan labu sayong
Oleh Suhaila Ismail


Kesediaan remaja bergelumang dengan tanah liat hasilkan kraf bagi pastikan industri tidak berkubur


TEKUN: Mohd Ramli Shamsudin (kiri)
dan rakannya Saifuddin menyiapkan tempahan
labu sayong di bengkel koperasi.

KUALA KANGSAR: Daerah ini bukan saja dikenali Bandar Diraja Perak, tetapi juga sinonim sebagai lokasi perusahaan labu sayong yang dijalankan di Kampung Kepala Bendang dekat sini, yang diwarisi sejak turun-temurun.

Uniknya, kampung ini bukan menghimpunkan satu, malahan puluhan pengusaha yang kebanyakannya mewarisi kemahiran membuat labu sayong menggunakan teknik picit tangan atau acuan.

Bagi memastikan kemahiran ini tidak terkubur, masih ada segelintir anak tempatan dari kampung itu sanggup memperjuangkan kemahiran itu tanpa menghiraukan pandangan masyarakat.

Ini kerana kerja menghasilkan labu sayong dari peringkat bancuhan tanah, membentuk, mengukir dan membakar bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia menuntut kesabaran disertai minat mendalam.

Pengusaha, Ridzuan Hamili, 41, mengakui pekerjaan membuat labu sayong yang diusahakan sejak lebih 20 tahun lalu masih diteruskan semata-mata kerana minat.

Beliau yang menghasilkan labu sayong jenis gelugor dan licin, berkata dengan bantuan isterinya, Lidyawati Wajid, 29, mereka berdua mampu menyiapkan lebih 10 labu setiap hari.

"Labu ini dijual pada harga RM8 hingga RM12 sebiji bergantung kepada jenis dan saiznya.

"Selain dipasarkan di sekitar Kuala Kangsar, saya turut menerima tempahan dari pengusaha kedai cenderahati di Dataran Sungai Perak dan Kuala Selangor.

"Dengan pekerjaan inilah saya menampung kehidupan kami sekeluarga sejak 20 tahun lalu," kata bapa kepada lima anak itu.

Ridzuan yang menggunakan teknik acuan bagi menghasilkan labu sayong, berkata tanah liat perlu diperam terlebih dulu sebelum ditapis, dibuang pasir dan seterusnya dibancuh untuk dimasukkan dalam acuan.


TELITI: Ridzuan
memeriksa labu sayong
yang sudah siap dibakar.

"Ketika ini, saya menyewa tapak di bengkel Koperasi Industri Kepala Bendang Berhad pada kadar RM20 sebulan manakala RM15 bagi sewa dapur," katanya.

Sementara itu, dua remaja dari kampung terbabit menganggap pekerjaan terbabit bukan sekadar punca rezeki, tetapi juga amanah dan tanggungjawab yang diwarisi keluarga mereka.

Bekas pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dalam jurusan Kejuruteraan Elektrikal, Mohd Ramli Shamsudin, 25, mula menghasilkan labu sayong sejak enam bulan lalu dengan menyewa tapak di bengkel milik koperasi kampung.

Anak kelima daripada 10 beradik itu berkata, ibu dan abangnya pernah terbabit dengan pembuatan labu sayong.

"Minat mendalam mendorong saya untuk meneruskan kemahiran keluarga membuat labu sayong hingga sanggup melepaskan pekerjaan tetap di Kuala Lumpur.

"Walaupun tidak glamour, kerja ini memberi kepuasan kepada saya dan kalau boleh, saya ingin membuka perniagaan menjual hasil kerja pada masa depan.

"Yang pentingnya, saya tidak kisah bergelumang dengan tanah kerana yakin pekerjaan ini mampu dijadikan sumber pendapatan jika diusahakan bersungguh-sungguh.

"Selain itu, saya tidak mahu melihat kemahiran keluarga membuat labu sayong terkubur begitu saja lantas saya nekad meneruskannya," katanya.

Rakannya, Saifuddin Itam Mat Samah, 25, turut berkongsi pendapat dengan Mohd Ramli bahawa menceburkan diri dalam bidang pembuatan labu sayung bukanlah sesuatu yang memalukan.

Sambil menyifatkan sikap remaja yang terlalu memilih kerja hanya merugikan, beliau berkata, remaja sepatutnya menimba sebanyak mana pengalaman walaupun bekerja dalam bidang yang tidak diminati.

"Jika terlalu memilih kerja, saya percaya seseorang itu tidak akan kekal dengan pekerjaannya kerana dia akan terus tercari-cari apakah matlamat hidupnya hingga sanggup bertukar-tukar pekerjaan.

"Bagi saya, sikap sedemikian hanya merugikan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit," katanya yang sudah hampir tiga tahun berkecimpung dalam bidang pembuatan labu sayong.

Usaha meneruskan tradisi itu disemarakkan lagi dengan penubuhan Koperasi Industri Kepala Bendang Berhad, sebuah badan bermatlamat menyatukan pengusaha kraf seramik dalam menyediakan ruang bengkel dalam pembuatan secara tradisional dan moden.

Bendaharinya, Zaleha Zahan, berkata koperasi yang dipengerusikan Harun Mat Jidin, menyediakan beberapa kursus kepada ahlinya bertujuan memantapkan pengetahuan serta kemahiran dalam penghasilan labu sayong.

"Peserta koperasi yang aktif ada yang dihantar mengikuti kursus jangka pendek selama tiga bulan bagi memahirkan diri masing-masing dalam teknik acuan.

"Pada masa sama, ada di antara mereka yang dihantar untuk mengikuti kursus jangka panjang selama lima bulan yang dikhususkan untuk mempelajari teknik picit tangan," katanya.


FAKTA: Labu sayong

Perusahaan labu sayong di Kampung Kepala Bendang

Lebih 90 peratus pengusaha menggunakan teknik acuan.

Labu sayong bukan saja digunakan untuk menyimpan air tetapi juga sebagai tanda cenderahati.

Lapan jenis labu sayong dipamerkan menerusi ruang pameran di lebih 100 cawangan Bank Rakyat di Malaysia bagi mempromosikan pengusaha dari kampung terbabit.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2006 11:08 PM | Show all posts
ello semua!
sape cni yg mmg pakar dlm bidang seramik x kira ar buat labu sayongker  set teapot ker mangkuk ker or sculpture..
actualy aku ni x-student ceramic kat UiTM Shah Alam tp sampai diploma jer la sbb nk smbung bachelor parents aku x bg sbb x ada masa depan pd pandangan diorg..
Kalo ada student ceramic kat cni lagi best bleh yukar idea n kreativiti..
ok wasalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2006 10:04 AM | Show all posts
Originally posted by cyclops_psycho at 26-10-2006 11:08 PM
ello semua!
sape cni yg mmg pakar dlm bidang seramik x kira ar buat labu sayongker  set teapot ker mangkuk ker or sculpture..
actualy aku ni x-student ceramic kat UiTM Shah Alam tp sampai diploma ...


My friend ex-student ceramic kat UiTM Shah Alam gak... usia around 45.. beliau pensyarah maktab perguruan.  I rasa beliau tak berminat nak berforum ni... he he he he
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 11:20 AM | Show all posts
Originally posted by Arianna_Muchtar at 16-1-2006 12:34 PM
last year,kolej ana pernah buat program desa tercinta kat sayong,kuala kangsar
puas la bergelumang dengan labu sayong..
heheh
maksud ana, labu sayong kat sane memang banyak,cantik n murah
ye  ...




rasenyer ni gambar pak cik tengah melarik kayu untuk buat kompang.

Kalau tak salah nama pakcik tu Din Andika.............. sori kalu silap.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2007 10:26 PM | Show all posts
kat umah ada gak labu sayong ni...tapi rasenya mahey kut sekarang ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2008 03:22 PM | Show all posts
kat rumah aku ada 4 bijik labu sayong... mak aku bagi masa dia pi kuala kangsar kg sayong  3-4 taon lepas... cantek weyyyy  aku sayang labu sayong aku nih....  jadik  perhiasan ajer ler kat rumah aku nih.. :victory:
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.440325 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list