CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aininfarihah

Ringkasan Novel Menarik Yang Pernah Anda Baca, Novel-Novel Menarik

[Copy link]
Post time 14-3-2011 06:15 PM | Show all posts
Reply 308# nov_rain_gurl


    salam.jaja dan din tu mmg best. bacalah. seronok sgt part jaja beria2 nak cr din. kadang2 terpikir juga, kalaulah ada lelaki mcm din, alahai seronoknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2011 06:16 PM | Show all posts
Reply 319# sagilicious

novel apa ye?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 06:21 PM | Show all posts
Reply 279# sukahatiku

kisah azzam dalam ketika cinta bertasbih tu, memang buat kita rasa untuk berubah kepada yg lebih baik ... kalau sapa2 ada dpt tv al-hijrah, tgklah KCB series. geram pun ada,dgn pelakon2 tmbahan tp bnyk sgt pengajaran yg kita blh dpt
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 08:50 AM | Show all posts
sedang baca novel Terbanglah Sayang karya Aina Emir. kisah 4 sahabat perempuan + 4 sahabat lelaki. tajuk tak best, tp citer best. baca slow2 sbb sayang nak habiskan cepat2. dah byk kali ulangcetak, sbb tu paksa diri baca. tak rugi pinjam kt public library...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 09:29 AM | Show all posts
salam semua....

kepada sesiapa yg dah membaca mana2 buku tu...
tolonglah buat "review" skit.... tak perlu berjela2 ... ringkas dan padat..
jgn terlalu ringkas 2 baris or 4 baris je...
nnti mod bagi upahnya.. sbb kekadang bila baca tajuk cam tak ingat
that why lah nak tau serba sikit perjalanan citernya...
Harap maklum.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:03 AM | Show all posts
baru habis baca novel BUKAN TERLARANG karya Nur Hazma.

citer mengisahkan Sara yg minat dgn Imran, tp Imran tak tahu,mereka sekampung. Imran carikan Sara kerja di Kuala Lumpur dan minta Sara duduk rumah Tina, kekasih Imran. Mereka duduk satu taman.

Satu hari mak bapa Imran dtg rumah sewa Sara dan Imran ada di rumah tu sbb tertinggal kunci rumah dlm keretanya yg rosak, masa tu hujan. mak Imran mmg suka Sara, suruh mereka kawin sbb ingatkan mereka buat tak elok kt rumah sewa tu.

Sara kawin dgn Imran, Tina frust. Walau kawin dan tinggal serumah, Imran/Tina masih jalin hubungan. Sara makan hati, tp relax je.

At last Imran jadi sayang kt Sara, sbb Sara baik dgn dia. Family Tina suruh kawin dgn pilihan mereka, Tina setuju.

Tebal giler buku ni. Tapi citer ok sbb ayat2 yang disusun sgt menarik. Saya bagi 4 dri 5 bintang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2011 01:42 AM | Show all posts
Banyak tak terkira saya memang suka membaca novel dan e-novel.....
Paling best citer Andai Itu Takdir Ku...Sit Rosmizah....dah lebih 20 kali membacanya..
Kisah kahwin tak rela tangkap basah antara Aleya dan Zarif..best sangatlah....
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 09:22 PM | Show all posts
salam...mar tumpang mencelah yer...

Mar suka baca novel2 Faisal Tehrani, Azizi Hj Abdullah (Pak Ya), Noorsuraya, Aminah Hashim, nnt ada masa saya tepek sinopsis novel diorg ya...

skrg mar baru habis baca @DIMENSI BUNI karya RYNA IKHWAN. diterbit oleh CITRA KURNIA ENTP 2007. ni pun mar beli second hand dgn harga RM5 di kedai buku...

seperti tajuknya, cerita berkisar ttg alam sebelah sana-BUNIAN. kisah persahabatan dan percintaan antara manusia dgn BUNIAN. Kisah Rosya, seorang penulis yg bersahabat dgn Abang Yee, yg merupakan pengantara org bunian di alam nyata. Rosya juga adalah perempuan yg diberi keistimewaan dimana hijabnya dibuka untuk melihat dan berkomunikasi secaa terus dengan bunian melalui mimpi. Novel ini sinis..tentang ketuhanan, jatidiri bangsa dn agama, dan silaturrahim sesama manusia...ada cerita cinta di luar jangkauan kita manusia biasa..

"Allah ciptakan jin dan manusia. Manusia makhluk yg paling mulia. Aku bukan jin, kalau aku jin maknanya aku ni makhluk yg hina. Jin ada yg islam ada yg kafir...ada yg merangkak ada yg merayap macam yg hang tulis itu...Manusia ni ada yg bunian ada yg manusia. Alam ni ada tujuh dimensi. Rumah dalam rumah, taman dalam taman...hang manusia yg ada dalam dimensi yang lain. Kadang-kadang ada manusia yg termasuk dengan tidak sengaja ke alam bunian..."

mar mmg suka jalan cerita yg lain dri yg lain. tak tahulah buku ni masih ada dipasaran ke tidak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2011 02:19 AM | Show all posts
salam..sy rasa sy suka anis ayuni punya novel-manisnya cinta..memang x jemu and best! ifti liyana dan nazmi..sweet la
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 01:14 PM | Show all posts
Reply 301# nazurah


    psstt kak naz , pesta buku nnt ada dtg kan

ai nk ngedet kejap dgn yu ye nnt

mcm tahun lepas sbb ai nk pergi dkt jemari seni punya booth dulu

dah mcm2 list novel nk beli ni

novel warna pun tak beli lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2011 12:23 PM | Show all posts
Baca novel terbaru Siti Rosmizah  7 Hari Mencintaiku.

Tebal sangat tapi best.............
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 01:17 AM | Show all posts
DOKTOR CINTA - Dyadilla
Mengisahkan Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya


M.A.I.D - Suri Ryana
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas  nota berkaitan dengan kerja  pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?





HATI BILA CINTA - Lynn Allyna
Dua-dua tak sebulu. Bila si lelaki kata mahu, si perempuannya pula kata tidak. Hari-hari kerja mereka bergaduh saja. Macam anjing dengan kucing. Pantang berjumpa, pasti tak sah kalau si perempuan tak mengalirkan air mata. Boleh ke si dara dan si teruna ini hidup bersama?

Dalam benci ada cinta. Mulut kata benci tapi hati tetap kata cinta. DZ tak mengalah walaupun berkali-kali dia ditolak. Fenn telah menutup pintuk hatinya untuk bercinta semula. Pelbagai cara dibuat untuk memastikan si dara jatuh ke tangannya. Dendam sudah bertukar rindu dan sayang.

Fenn tak mahu cepat mengalah. Cintanya sudah berkubur bersama jasad lelaki yang paling dicintainya. Tapi siapa yang mampu mengelak kehendak Tuhan. Sekuat mana mindanya menolak, sekuat itu jugalah hatinya menarik DZ ke dalam jiwanya.

“Cinta Iqram Dzulqarnain hanya untuk Nur Fazreen.”

Mampukah Nur Fazreen juga mengungkapkan kata-kata yang sama?





7 HARI MENCINTAIKU - Siti Rosmizah
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.


ANDAI ITU TAKDIRNYA - Siti Rosmizah
Perkahwinan yang tidak di duga di antara Aleya dan Syed Aizriltelah membuka lembaran duka dalam hidup gadis malang itu. Airmata menjadi peneman hidupnya apatah lagi selepas di buang keluarga. Darjat dan ego menjadikan Syed Aizril mengenepikan bicara hati sendiri. Mampukan Aleya terus hidup menganyam derita? Sejauh mana Syed Aizril mampu mempertahankan keegoaannya?

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 05:41 PM | Show all posts
Sedang membaca Secarik Harapan karya Zulaila Zakaria terbitan Buku Prima.

Sinopsis:
Tindakan Adham mengahwini gadis asing bernama Nattasha telah menimbulkan konflik dalam keluarganya yang telah merancang untuk menjodohkan Adham dengan Izzah anak Tuan haji Ibrahim. Akibatnya, Adham bertindak menjauhkan diri dari keluarganya dan meninggalkan kampung halaman.

Kemunculan Aliya Nattalia, anak Adham telah membawa satu perubahan dalam kehidupan Tok Wa, emak Adham. Dia mahu merapatkan kembali hubungannya dengan keluarga Haji Ibrahim. Kali ini, Tuk Wa mahu menjodohkan Nattalia dengan Izzat Zaidi, anak bongsu Haji Ibrahim untuk mendapatkan kembali tanah pusaka.

Namun malang tidak berbau, semasa Nattalia tinggal bersama Tuk wa dikampung, dia telah diselamatkan oleh Zaidi dari lemas sewaktu bermain di tali air. Berputik perasaan cinta antara mereka. Namun Adham menghalang hubungan cinta mereka.

Dapatkah Tuk Wa merealisasikan hasratnya yang telah lama terpendam untuk menjodohkan Nattalia dengan Zaidi? Apa pula tindakan Adham seterusnya?

Ulasan saya:
Nattalia memang ada hati kepada Zaidi tapi dia cuba membunuhnya namun Zaidi tidak mahu mahligai yang dibina mengalami keruntuhan memandangkan Nattalia sedang mengandungkan anaknya.

Tindakan Zaidi untuk mengikut Nattalia keluar negara amat bijak kerana dizaman ini isu suami mengikut isteri melanjutkan pelajaran bukanlah isu yang besar asalkan kebahagiaan rumahtangga berkekalan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 09:39 PM | Show all posts
Andai Bavaria Takdirku
Penulis: Nurulsham Saidin & Nieda Linke
Penerbit Galeri Ilmu(2011-cetakan Pertama)


Suasana cerita ini adalah di sekitar negara Jerman (Obermichelbach, Bavaria). Kisah seorang wanita Melayu, Aisya, yang berkahwin dengan Olaf,seorang saudara baru& lelaki warga Jerman yang asalnya berfahaman kristian Katolik& Protestan.

Kisah bagaimana tabahnya Aisya mengharung kehidupan di bumi Jerman tanpa sokongan suami tercinta yang tiba-tiba hilang tanpa khabar berita . Ketika membaca cerita ini, dengan kecekapan penulis menggunakan bahasa, saya sama2 merasakan kesedihan& keperitan kehidupan{:1_146:} Aisya mebesarkan anak2nya. Aisya di gambarkan sebagai wanita yang ilmu Islamnya biasa2 sahaja (maksudnya tidaklah sampai dapat berdebat berkaitan ketuhanan dengan pakar2 agama lain) tetapi apa yg menarik adalah keutuhan jati diri nya sebagai wanita Islam& rasa bangga nya serta keyakinannya yang tidak ber belah bagi kepada yg Khaliq(Allah yg Esa) yang telah memungkin kan dia mengharungi rintangan& ranjau2 berduri dalam kehidupannya di samping menarik beberapa individu lain di sekitarnya jika tidak memeluk agama Islam pun, mereka dapat merasakan keindahan ajaran Islam tersebut.

Cerita ini berjaya mengalirkan air mata saya terutama insiden bersama ibu Olaf,Petra- ketika Aisya di uji dengan perintah mahkamah untuk mengambil hak penjagaan Thomas(anak tiri Aisya), insiden di mana Aisya di uji dengan ‘jodoh’ kedua nya, insiden  sikap Thomas terhadap ibu kandungnya& bagaimana Thomas di didik oleh Aisya membetulkan sikapnya terhadap ibunya sendiri ,insiden kegigihan Aisya menyara keluarganya dengan keupayaannya yang  sangat terbatas dan banyak lagi pengajaran2 penting yang kita dapat kaut daripada kisah Aisya ini.

Persahabatan sejati antara Margarit/ Dieter suami-isteri(yang bukan Islam pun) dengan Aisya, sanggup memberikan simpanan wang mereka ketika Aisya sangat2 tersepit kehidupannya, sikap Paderi Ganser terhadap kesusahan Aisya walaupun Aisya bukan beragama Kristian, kisah Aisya melawat ladang emak Margarit dengan menaiki basikal bersama Margaritt amatlah menarik dan tentunya banyak lagi yang menarik di dalam buku ini.

Akhirnya, satu perkara yang saya ingin kongsi bersama adalah perasaan saya ketika dan setelah membaca cerita ini adalah saya sedar bahawa kekurangan ilmu di dada atau kejahilan kita tidaklah boleh kita jadikan sebab untuk  tidak menyampaikan risalah Islam ini. Jika kita tahu kita jahil, belajarlah & terus sampaikan dan amalkan apa yang kita tahu. Belajar..belajar..dan belajar.. Tiada sesiapa yang sempurna di dunia ini. Hanya Allah swt sahaja lah yang tiada cacat-cela.    ‘Sampaikanlah  walaupun sepotong ayat’- sabda Rasulullah saw amatlah di applikasikan oleh Aisya & suami nya Olaf(yang juga saudara baru). Masya Allah.. sangat terkesan dengan cerita ini. Tidak mengecewakan.. Bacalah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 09:13 AM | Show all posts
salam sumer

UM juga pembaca tegar novel cinta ni. buat masa ni banyak baca novel alaf 21, buku prima, Fajarpakeer dan sekarang baru nak layan novel terbitan kaki novel. cerita paling best agak banyak. nnti UM update
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 12:09 PM | Show all posts
DOKTOR CINTA - Dyadilla
Mengisahkan Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terp ...
cikieda Post at 7-5-2011 01:17


reen dh baca buku maid tu..best
camne tuan rumah leh dlm diam jatuh cinta ngan maid dia
dahla adik tuan rumah tu pun suka kt maid tu
at last.. tuan rumah gak yg dpt maid tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2011 09:20 PM | Show all posts
baru lepas baca novel stanza cinta



ulasan ana:

Novel ini saya beli secara online apabila mendapat tahu akan di adaptasi dalam bentuk drama. sudah lama saya abiskan baca novel ni.sekarang dekat tv sudah 2 episod cerita ini ditayangkan.sedikit sebanyak ada kesamaan dengan jalan cerita di dalam novel ni.

3 watak utama dalam novel ni adalah amni,taufiq dan irfan. amni seorang perempuan lindungan kaabah yang begitu menjaga batas2 seorang wanita muslim. beliau bertemu dengan taufiq dalam majlis ilmu dan mula jatuh hati dengan ciri2 taufiq yang melambangkan muslim yang sejati(pandai mengaji,banyak ilmu) dalam masa yang sama.amni juga bertemu dengan irfan.seorang anak orang kaya yang masih mencari diri.irfan jatuh hati dengan amni dan berusaha memikat hati amni dengan memperbaiki diri menjadi lebih baik.

konflik bermula apabila hati amni yang sudah dimiliki oleh taufiq apabila taufiq membatalkan pernikahan kerana mempunyai masalah di tempat taufiq.taufiq yang baru kematian ayah berasa was2 kerana banyak tangungjawab sedang menanti. amni pasrah dengan ujian ni.irfan apabila mengetahui amni tidak menjadi milik orang,irfan terus meminang amni.amni melakukan solat istikarah dan menemui irfan bahawa itulah jodohnya.bahagian ni saya suka membaca sebab berasa berbunga2.cara layanan irfan kepada amni =)

pertunangan amni dengan irfan dijalankan dengan lancar. sehari selepas bertunang irfan telah rebah dan disyaki menghidap penyakit SLE dan mempunyai jangka hayat hidup yang pendek.amni mencadangkan untuk bernikah dengan irfan secepat mungkin supaya boleh menjaga irfan yang sedang sakit.tapi malangnya irfan tidak mahu kerana mahu menikah apabila benar2 sembuh. akhirnya irfan meninggal dan jodoh amni dengan irfan setakat bertunang. memang sedih dan saya berasa sebak semasa membaca bahagian ni.

akhirnya amni bertemu balik dengan taufiq.mereka berkahwin dan mereka bercinta kerana Allah =)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2011 01:40 PM | Show all posts
Reply 337# chit_ana


    stanza cinta sebuah novel yg menarik dan bagus jg utk di baca... bahasa dia tak berat dan mudah jgk utk di fahami ;)
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 11:36 AM | Show all posts
Reply  chit_ana


    stanza cinta sebuah novel yg menarik dan bagus jg utk di baca... bahasa di ...
jingga007 Post at 23/7/2011 13:40


misti dah
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 09:05 AM | Show all posts
dah habis baca "takdir fitrah terindah" karya hanis azla, keluaran grupbuku karangkraf. harga rm25.90. tak rugi jika beli. best.........best sangat. meleleh ayer mata.

kisah kehidupan isteri (nur fitrah) yang diabaikan suami ( aiham fikri ) sebab suami berkahwin tanpa rela . suami dah ada kekasih. si isteri pula adalah anak luar nikah yang dijumpai di surau oleh keluarga ayah man.

part-part sedih:

i) waktu suami serah borang untuk minta tandatangan si isteri untuk berkahwin lain

ii) suami utamakan kekasihnya sewaktu hari jadi isteri walaupun dah janji nak keluar dinner

iii) waktu sambutan hari raya, aiham utamakan isteri kedua walaupun fitrah berada bersama-sama di rumah keluarga aiham. saat nak pi sembahyang raya, fitrah ditinggalkan di rumah padahal fitrahl ah orang yang pertama siap untuk ke masjid. nasib ada adik aiham sudi tumpangkan fitrah ke masjid.

iv) kehidupan fitrah menjadi sedih dan pilu apabila dipulaukan oleh keluarga mertuanya

v) fitrah diceraikan.

vi) lima tahun kemudian mereka berjumpa kembali apabila si aiham menjadi majikan fitrah.

vii) yang gerammmmnya, si fitrah sudi terima kembali aiham walaupun aiham sakitkan hati fitrah terlalu terukkkk.

sesiapa yang baca buku ini, harap sabar banyak - banyak sebab banyak plot cerita yang akan buatkan kita menjadi gerammmm.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.160720 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list