CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sLapshock

Perihal Pekerjaan (merged: medangtamang, nimon)

[Copy link]
Post time 10-9-2005 10:01 PM | Show all posts
Originally posted by thasya at 10-9-2005 09:52 PM
hmmm...if we were to closely follow the teachings of islam....org yg bekerja dgn sumber halal sekalipun...kalau tak solat pada waktu2 yg diwajibkan walaupun semasa kerja...pun boleh dikira duit tak ...


tu pasal laaa kita kena elakkan diri dr keje kat tpt2 yg SAHIH haramnyer.....

jalan selamat (ye ke selamat?) find a job yg x terlibat dlm busines2 arak / gambling dsb..... sbb kadang2 kita pun x tau whether syarikat yg kita keje tu - investment diorg kat mana..... kalo keje kat tpt2 g sahih haram..... sendiri mau ingat laaaa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2005 04:43 PM | Show all posts
ada pulak orang kata yg itu perkara yg di luar kuasa mereka iaitu tidak boleh di elakkan..mereka hanya bekerja dan makan gaji...
entah la...pink pon tak paham ..huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2005 11:36 PM | Show all posts
KALAU MACAM TUUU..TAK PAYAH KERJA...JANGAN KERJA....

kita kerja mencari rezeki yang halal....kalau kerja kat pub ker..darurat la pada masa tu ...cari ler kerja yg lain..

tapi yang aku tau byk kan kerja HALAL..jadi cleaner...general clerk...direct selling...

korang yg ader tulang empat kerat..yg sempurna sifat ...tak cacat...susah ker cari kerja??

BERUK kat kelantan tu pandai buat kerja jatuhkan buah kelapa...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 12:29 PM | Show all posts
Originally posted by medangtamang at 9-9-2005 03:41 PM
Assalamualaikum....

ko worang selalu tau kan kalu ada kawan ko worang (melayu Islam) yang keje kat disco ker... pub ker... mesti ko worang akan cakap yang keje derang tu tak bagus... pasal ada k ...


Assalamu'alaikum n slamat sejahtera..... bagi pipi.. bukan hanya bekerja di pub sahaja yang BERSUBAHAT tue... malah di 7-eleven.

Sejak kebelakangan ini, kewujudan 7-eleven bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Hairan bin ajaib, dahulu 7-11 nie pernah menjadi satu isu kerana didapati menjual arak dan juga pekerja-pekerjanya ramai berbangsa Melayu yang ISLAM (la nie dah ramai MELAYU mengaku BUKAN ISLAM). Pemilik syarikat 7-11 nie pulak dikatakan ada kaitan dengan salah sebuah syarikat terbesar di negara kita ini. Walau bagaimanapun, pipi tak kata bekerja di 7-11 haram sepenuhnya kerana terdapat beberapa buah 7-11 yang TIDAK MENJUAL ARAK antaranya di Kampung Baru. Hal ini disebabkan oleh kesedaran masyarakat setempat terhadap perubahan-perubahan yang berlaku di sekitar mereka. Tetapi, begitu malang sekali jika kita lihat di sekitar "Segitiga Emas" ataupun nama lain, Bukit Bintang. Terdapat lebih daripada tiga buah 7-11 yang beroperasi di sana. Berkemungkinan perkara ini berlaku adalah kerana mereka ingin bersaing dengan pub-pub jalanan di sekitar Jalan Bukit Bintang. Pipi pernah bertanya kepada salah seorang pekerja 7-11 secara ON-DA-SPOT mengapakah beliau bekerja di sana. Beliau bekerja di sana kerana pekerjaannya mudah berbanding pasaraya, gaji pun lebih lumayan berbanding bekerja sebagai kerani, sekurang-kuranya HALAL. Kemudian, pipi bertanya sekali lagi, daripada siapakah beliau mendapatkan maklumat BEKERJA MEMEGANG, MEMBAWA, MENYUSUN, MENJUAL (walaupun 3rd party) ARAK kepada sesiapa (MUSLIM or NON MUSLIM) adalah HALAL. Beliau berkata, seorang ustaz memberitahu kepadanya. Ustaz berkenaan berhujah berdasarkan keadaan di Kuala Lumpur yang memiliki kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan (mcm pandangan Dr Marsitah tue..).

Entahlah, pipi keliru.. pipi kemudiannya bergegas ke sebuah institusi untuk bertanyakan masalah ini. Alhamdulillah, betapa lega pipi rasakan. Insan yang percaya kepada al-Quran dan As-Sunnah memberitahu terdapat beberapa golongan PEMIKIR BARU dalam Islam yang berpegangan seperti itu. Terdapat beberapa golongan TIDAK PERCAYA HADITH berkenaan.

Hadis   Jabir bin Abdullah r.a:
Ketika pembukaan Kota Mekah, beliau mendengar Rasulullah s.a.w yang ketika itu berada di Mekah bersabda: Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan penjualan arak, bangkai, babi dan berhala. Kemudian baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana dengan lemak bangkai yang digunakan untuk mengecat perahu, untuk dilumurkan di kulit supaya berminyak dan untuk menyalakan lampu? Baginda menjawab: Tidak boleh. Ianya tetap haram. Lalu baginda meneruskan kata-kata: Semoga Allah membinasakan orang-orang Yahudi. Sesungguhnya Allah s.w.t ketika mengharamkan lemak bangkai kepada mereka, mereka beralasan lalu menjualnya dan memakan hasil penjualan tersebut.

Hadis   Aisyah r.a katanya:
Ketika ayat terakhir dari surat Al-Baqarah tentang riba diturunkan, Rasulullah s.a.w keluar ke masjid lalu mengharamkan perdagangan arak.

Hadis   Nukman bin Basyir r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, sambil Nukman memegang kedua belah telinganya: Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut. Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati

Hadis   Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan



banya lagi hadis berkaitan Jual Beli.

Tidak hairan jika ada sebahagian golongan mengambil sebahagian al-Quran dan menolak sebahagian yang lain.
Sebagai contoh, Zina. Ada sebahagian golongan berpendapat selagi mereka tidak melakukan zina, mereka tidak tergolong dalam golongan yang mendapat hukuman zina dengan hanya berpandukan ayat dalam surah an-Nur :

An-Nur Ayat 2

Maksudnya :  Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.


Sedangkan golongan ini lupa bahawa Allah berfirman dalam surah al-Israa' :

Maksudnya : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).


Berpeleseran, duduk berdua-duaan di kawasan yang tiada/kurang orang, menghantar sms yang memberahikan, dan sebagainya adakah tidak dikira sebagai menghampiri zina? Tidakkah kita sedar, setiap hari kita semakin lalai, alpa, lupa? Tidakkah kita sedar, apa yang kita baca di sebahagian thread dalam forum Cari (maap) ada yang merupakan MELANGGAR al-Quran dengan membuka topik-topik yang MENGHAMPIRI ZINA? Tidakkan kita sedar, dengan melanggar walaupun 1 ayat, berimankah kita? Tidakkah kita sedar bahawa kita masih dalam KEIMANAN terhadapNYA ataupun kita telahpun terumbang-ambing?.....?

Ada segolongan insan yang menggunakan ayat :
Al-Maaidah Ayat 90l


Maksud : Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Al-Maaidah Ayat 91


Maksudnya: Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?


Mereka berpendapat Allah hanya mengingatkan kita tentang bahaya arak, dan tidak menerangkan hukuman terhadap salahlaku peminum arak. Maka, mereka menganggap bahawa Allah tidak menghukum secara TOTAL peminum arak, inikan pula penjual, pengedar, penyusun, penghantar arak.


Jadi, berhati-hati dengan pendapat-pendapat yang sonsang, yang senantiasa hanya mengikut HAWA NAFSU.

INGAT FIRMAN ALLAH dalam a-li 'Imraan :
A-li 'Imraan, Ayat 7

Maksudnya : Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.


Tepuk dada, tanya selera.

[ Last edited by pipi at 12-9-2005 12:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2005 10:50 AM | Show all posts
Originally posted by Maisarah at 10-9-2005 11:59 AM


Amboi Medang..hang kata kat aku ka..? :cak:



uiks?? hang keje bank kaa??? :stp:
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2005 08:19 PM | Show all posts
bagi aku.. duit kita semua nie pun ader unsur subahat.. ader campur cukai arak, campur cukai toto, campur cukai judi kat genting, campur rasuah org2 kerajaan, tak masuk lagi cukai penternak babi, supermarket jual babi dsb.. jadi kalau nak kata kita mendapat duit dari sumber yg 100% halal... rasanya kena betulkan sikit ayat tu. kat malaysia nie, sumber pendapatan utama kerajaan ialah dari cukai... tapi cukai banyak jenis cukai... yg haram halal semua campur. jadi kalau nak betul2 halal, barang2 haram nie jgn bagi cukai.. tak pun, duit hasil cukai haram nie kita masukkan dlm fund utk digunakan oleh org bukan Islam. macam yg diorang buat kat kelantan sana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2005 08:21 PM | Show all posts
Originally posted by dory_ann at 11-9-2005 11:36 PM
KALAU MACAM TUUU..TAK PAYAH KERJA...JANGAN KERJA....

kita kerja mencari rezeki yang halal....kalau kerja kat pub ker..darurat la pada masa tu ...cari ler kerja yg lain..

tapi yang aku tau byk ...


direct selling? hasil pendapatan dari MLM tu pun meragukan.... haram ataupun tak.. baik kita cadangkan kerja lain.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2005 10:52 PM | Show all posts
Assalamui'alaikum w.b.t. Muntz, Pendapat peribadi pipi, MLM merupakan satu pekerja yang menindas orang lain. Bagi pipi, pekerjaan ini tidak adil dan amat meragukan hasil pendapatan dari MLM ini.

Pernah juga pipi terfikir, bagaimana sekiranya semua insan di dunia ini menyertai MLM, bagaimana dengan kedudukan insan di tangga terbawah sekali. Kepada siapakah insan tersebut ingin rekrut lagi?. Semua ini akan memberikan masalah kepada insan terbawah tetapi memberikan kesenangan kepada LEVEL yang lebih tinggi. Tidak Adil. Tidak Adil. Tidak Adil. Tiada sebab bagi mereka yang berada di atas memberikan alasan : "mereka pernah berusaha dulu2, maka sekarang giliran orang lain untuk berusaha". Aduhai, apalah sangat usaha mereka, berbanding dengan Yuran yang terpaksa dibayar semasa mula-mula menyertai MLM.

Tepuk dada, tanya selera....

wassalam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2005 12:36 AM | Show all posts
betul tu pipi.. tak silap aku ader keluar pasal fatwa MLM nie dulu, tapi takder org kisah pun sbb ramai org Islam terbabit dlm MLM nie. mmg tak adil pun kan... sama2 bayar yuran jumlah sama. org2 bawah kerja bukan main susah, tapi org atas senang2 dpt duit masuk, siap boleh bergaya dgn kereta baru.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2005 03:46 PM | Show all posts
laa..gamaknye MLM ni...aku dulu pun pernah buat direct selling/ MLM gak..rase mcm dah berusaha keras dah tapi tak naik2 gak..yg best org atas..tiap bulan bonus masuk je...tak berbaloi tul..skrg baru ku tahu...


Macam mana dgn kerja sbg " REMISIER" atau seangkatan dgnnye. Yg terlibat dgn Bursa ni. Aku ada sorang kawan, baru2 ni dia tanya sorang ustaz pasai keje dia. Dia diberitahu kerjanye tu adalah HARAM sbb bersangkutan dgn RIBA, JUDI n ARAK. Bunyi mcm HARAM bebeno nih. Sesape yg arif tolonglah beri penjelasan sbb aku pun terlibat sama nih.:cry:

Kalau disamakan dgn keje BANK tu, rasenye mcm lebih kurang sama je or maybe lebih teruk lagi. Aduhhh..kesiannye aku. Ustaz ke ustazah tolonglah.

Thanks in advance.
Reply

Use magic Report

zamriabdullah This user has been deleted
Post time 24-12-2005 11:23 AM | Show all posts
Kalau nak cakap halal/haram, memang kat Malaysia ni secara umum banyak dah bercampur. Tapi yang penting kita kena buat pilihan yang tepat.

Macam bank, dah ada bank islam, atau akaun simpanan mudharabah, tukarlah ke akaun tersebut.

Macam insuran, dah ada takaful, berubah le..

Kalau sebelah 7/11, ada kedai Ali, pergilah ke kedai Ali.

Kalau skrg keje dengan syarikat yang bergelumang dengan dosa/riba , tetiba ada peluang berhijrah ke syarikat baru. Berhijrahlah ...

Memang ada pilihan, tetapi sekarang ni, bila ada pilihan, ramai yang tutup mata.

Macam saya selalu katakan kepada kawan2 dan saudara-saudara ku, hidup ini penuh dengan pilihan, kita kena pilih pilihan yang diredhai supaya hidup kita akan diredhai.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2006 11:27 AM | Show all posts

Bekerja di oversea

assalamualaikom n salam sejahtera semua..aaku ni baru kat forum..aku ada soalan nak tanyalaa..
aku keje sbg chef.kat negara Ireland....hari2 dok pegang babi..aku tahu haram tp mcm mana dah keje aku kan..mmg sometime aku nak balik tp/economy mesia ni masih x stabil laa..ap pendapat korang pasal problem aku..
pendapat ikhlas please.......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2006 11:34 AM | Show all posts
Wa alai ka salam.

Tak bolehlah hanya berdalih dengan berkata "dah kerja aku"!! Banyak lagi tempat lain yang perlukan chef!

Di UK pun banyak juga restoran orang Islam, mengapa tak cari kerja dengan mereka? Kalau balik ke Malaysia, mungkin pendapatan tak setinggi di Ireland atau England, tapi orang di Malaysia pun hidup sihat nampaknya.... maknanya, pendapatan disini pun cukup untuk kita hidup.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2006 11:44 AM | Show all posts
ekonomi tak stabil?

indon dengan bangla, berkapal-kapal datang mesia.  tak der problem pun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2006 11:50 AM | Show all posts
mmg betullaaa...tp aku cuba mintak keje restoran halaal kat sini..tp mostly diorang nak amik org turki, arab atau pakisss..kat UK plak problem ngan visa n permit ..too complicated..penah cuba mintak keje kat kedai buku..tp priority to EU members only..adusss...pening wehh..mmg laa kat mesia leh hidup..tp korang fhm sendirilaa..minyak naik..barang naik...tu yg ngeri tu..anyway tq atas perihatinan korang..cheers...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2006 02:19 PM | Show all posts
habis tu dah lepas pegang babi.. ko samak tak??
nak samak bukannya susah.. btw nak tanya..
hukum keje mcm ni hari2 pegang babi hukum dia haram ke?
hukum dia tak sampai dgn hukum mcm arak kan??

yang tuang berdosa, yg mengangkut berdosa, yg membuat arak pon berdosa... mean sme yg berkaitan dgn arak ni kira dosa, babi mcm mana pula??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2006 03:26 PM | Show all posts
assalamualaikum..
my opinion..better u leave the work coz mayb it has 'syubhat' value in ur income...if u can move 2 other restaurant that is more islamic, it's better, coz this action matchs in 1 of the 'kaedah feqah' which is: "Tinggalknlah perkara yg meragukn anda kpd perkara yg x meragukn anda".
wassalam..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2006 03:43 PM | Show all posts
Salam..

maybe u can try other job.. yg ni dah ketara sgt pegang babi..

keje apa2 pun takpe, kite mula dari bawah, Insya Allah, lama2 kite akan jadi lebih maju dan berjaya...

BTW, rasenye kat Malaysia sendiri bnyk memerlukan chef kat hotel2 atau tempat lain.. gaji pun boleh tahan... why not have a try...?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2006 10:22 PM | Show all posts
Nimon, Kat bandar2 besar di US ni banyak restoran halal,vegetarian,zen,tak nak cuba ka?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2006 01:14 AM | Show all posts
tq all u guys.....

aku mmg dah plan nak balik mesia survey market..nak contact aku pnya otai laaa...x pon bukak kedai..nak keje bidang lain tu x sanngguplaaa...hampir 10 tahun maaaa...

belanga ...aku dok kat Ireland daaaa..bukan US...

bab pegang babi nie mmg parents aku x tahu..kalau dak mahunya di suruh aku balikk..peace...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.079434 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list