CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

SAMARINDA-VILLA CINTA DADDY..

[Copy link]
Post time 16-2-2005 10:48 AM | Show all posts
malam tadi tak nengok.. coz american next top model:clap:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2005 01:11 PM | Show all posts
nampaknya fahrin ni bakal jadi perantis rosyam noor. rasanya sejak cerita salina tayang dia asyik keluar tv je. tapi lakonan dia dlm cerekarama Hijrah hari tu best
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2005 04:40 PM | Show all posts
tahle... tak minat cite nie, samarinda yg paling dida suka rindu semakin jauh dan sephia aje... yg lelain tak berapa berminat, mungkin sbb jalan cerita korporat moporat sesangat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2005 07:04 PM | Show all posts
rasanya cam ada chemistry lak lakonan Zizie n Fahrin...masa memula
episod...dari gak dua org plakon wanita yg lelain tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2005 11:06 PM | Show all posts
eeeeee bencinya ngan si intan tu ari ni..
nampaknya dia nak pisahkan si ariff ngan si sya aje..
siap senyuman jahat lagi terpamer mukanya.. kenapalah si ariff tak nampak..:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2005 11:10 PM | Show all posts
Originally posted by eyka at 04-11-2004 11:44 PM:

hihihi jgn jeles...

sebenarnyakan terpaku terkedu tak terkata apa2... harap2nya terserempak lagi

alaaaa..bestnye.. dia tu tinggi sgt tak?..
nasib baik awak tak pengsan kan..ye tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2005 09:09 AM | Show all posts
bengang aku nengok fiza semalam
cam mengong jerr
aderr kerr tanyerr cenggitu
kalo aku
aku lempang jerr
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2005 09:21 AM | Show all posts

interview fahrin & fiza

sorry le panjang sikit .. sapa2 yg rajin bolehlah baca :bgrin:

MENGATUR satu temujanji untuk fotografi artis bukanlah perkara yang susah. Kadangkala dengan sekali telefon, temujanji sudah boleh ditetapkan. Bagaimanapun untuk menetapkan fotografi antara Fahrin Ahmad, 26, dengan Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 24, (Fiza Elite) menjadi suatu tugas yang tidak mudah.

Bermacam alasan yang diberi Fahrin. Bagaimanapun selepas tiga kali dihubungi, Fahrin akhirnya mengalah.

Berbeza dengan pertemuan artis sebelum ini, pertemuan Fahrin dengan Fiza nampak dingin. Malah sewaktu mahu ditemubual pun, Fahrin minta berasingan.

Apakah cinta lokasi yang mereka jalin ketika sama-sama menjalani penggambaran Villa Cinta Daddy tidak dapat lagi dipertahankan?

Anda berdua dikatakan menjalin hubungan cinta di lokasi Villa Cinta Daddy?

FAHRIN: Tidak. Itulah bahayanya dunia ini (lakonan). Kalau kita kata A, orang boleh mentafsirkan berbagai-bagai lalu timbul bermacam versi cerita.

FIZA: Apa yang dia (Fahrin) jawab? Okeylah kalau dia kata tidak ada, sememangnya sebelum ini kami berkawan saja. Bila kita dah lama di dalam satu lokasi memanglah kita boleh menjadi kawan. Fiza anggap dialah kawan paling rapat dan menjadi tempat Fiza dapatkan sesuatu kepastian bagi setiap kemusykilan.

Anda berdua dikatakan pasangan kekasih semasa di lokasi.

FAHRIN: Saya kalau hendak berkawan dengan seseorang, saya akan cuba mengenalinya dengan lebih rapat sama ada tingkahlaku dan peribadinya termasuk keluarganya. Ini adalah penting untuk kita, sebelum merancang masa depan.

FIZA: Memang kami rapat dan cuba bersuai kenal di lokasi. Sepanjang tiga bulan berkenalan saya rasa terlalu gembira dan bahagia tanpa gangguan sesiapa.

Sekarang apa jadi?

FAHRIN: Entahlah saya rasa tidak `selamat' berkawan dengan dia. Sebagai kawan saya menghormati dia tetapi jodoh itu ketentuan Allah. Bagaimanapun apa yang ingin saya katakan, orang yang sudah bertunang pun kadangkala boleh putus inikan pula baru mengenali hati budi .

FIZA: Memanglah jodoh Tuhan yang tentukan tetapi sebelum itu kita harus mengenali antara satu dengan lain dari hari ke hari. Sebagai manusia, saya tidak terlepas melakukan kesilapan dan dalam usia saya 24 tahun berilah saya peluang belajar daripada kesilapan lalu. Sayangnya dia bagaikan tidak mahu memberi saya peluang. Mungkin dia merasa tidak selamat berkawan dengan saya. Bagaimanapun saya akan tetap anggap dia sebagai kawan saya yang paling rapat walaupun nanti dia atau saya telah berkahwin dengan pasangan masing-masing.

Macam mana boleh jadi begini?

FAHRIN: Mungkin salah sikapnya sendiri. Maaflah saya tidak mahu bercerita panjang kerana saya rasa tidak selesa jumpa begini.

FIZA: Saya mengaku saya buat salah tetapi saya mohon beri saya peluang sekali lagi. Sedangkan nabi ampunkan umatnya dan sebagai manusia saya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Anda berdua kecewa dan menyesal?

FAHRIN: Menyesal? Saya tak mahu cakap tetapi bagi saya dalam kehidupan, kita perlu berubah dan mesti ada panduan hidup.

FIZA: Saya memang menyesal dengan apa yang terjadi tetapi kita tidak boleh menarik balik masa yang telah berlalu. Sepanjang berkawan, saya cuba mengelak apa juga yang tidak disukainya dan cuma satu yang saya minta daripadanya, menerima saya seadanya.


Bukankah hubungan ini mendapat restu ibu Fiza?

FAHRIN: Memang saya sudah dibawa berkenalan dengan emaknya. Tetapi sebagai seorang anak yang dididik oleh ibubapa agar menghormati orang tua, begitulah yang saya lakukan kepada siapa sahaja. Mungkin kerana hormat saya kepadanya membuatkan ibu Fieza menyenangi saya.

FIZA: Memang saya dah bawa dia jumpa emak dan emak memang sukakan dia tetapi sebagai orang Islam kita harus percaya kepada takdir Tuhan.

Anda tidak mahu kahwin artis?

FAHRIN: Sebenarnya saya seronok berkawan dengan artis apalagi ketika di lokasi. Tetapi andai diberi pilihan saya mahu berkahwin dengan perempuan biasa dan selepas kahwin saya akan berhenti berlakon. Bukan saya kata artis jahat cuma saya memang telah berjanji pada diri sendiri saya ceburi bidang ini untuk mencari wang bagi memulakan perniagaan. Walaupun saya ada ijazah dalam bidang undang-undang dari UiTM tetapi saya lebih minat buka nursery.

FIZA: Saya terima siapa sahaja jodoh yang ditentukan oleh Allah. Jika saya ditemukan seorang lelaki yang boleh membimbing saya, saya sanggup berhenti berlakon dan menjadi surirumah sepenuh masa.

Khabarnya anda sedang bercinta di lokasi dengan seorang pelakon tambahan?

FAHRIN: Sudah saya katakan saya tidak mahu bercinta di lokasi. Pelakon itu hanya kawan sesama artis dan terlalu muda untuk saya. Saya mahu cari seorang isteri yang tidak ada kena mengena dalam bidang seni.

Bagaimana isteri/suami impian anda?

FAHRIN: Saya inginkan seorang isteri yang boleh buat saya setia kepadanya sampai mati. Sudah menjadi lumrah alam, lelaki memang ada kenakalannya. Tetapi jika seorang isteri pandai menambat hati suami, mereka akan bahagia sepanjang masa. Bagi saya, isteri adalah kekasih dan kawan yang boleh dibawa ke tepi dan ketengah. Bila mempunyai isteri yang terbaik saya akan bawa ke mana saja saya pergi kerana saya mahu hidup dengan cintanya.

FIZA: Saya impikan seorang suami yang beriman, bertanggungjawab agar dapat menjadi ayah kepada anak-anak saya. Bukan wang ringgit yang saya kejar walaupun tidak dinafikan ia perlu dalam kehidupan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2005 09:23 AM | Show all posts
Originally posted by Robab at 17-2-2005 09:09 AM:
bengang aku nengok fiza semalam
cam mengong jerr
aderr kerr tanyerr cenggitu
kalo aku
aku lempang jerr


masa fiza tanya cenggitu...robab perasan tak muka dia ... very the gedik .. perasan cam bagus..konon2 fahrin sanggup tinggalkan annahita kerana dia ...

[ Last edited by fistik on 17-2-2005 at 09:25 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2005 10:31 AM | Show all posts
Originally posted by fistik at 17-2-2005 09:21 AM:
sorry le panjang sikit .. sapa2 yg rajin bolehlah baca :bgrin:

MENGATUR satu temujanji untuk fotografi artis bukanlah perkara yang susah. Kadangkala dengan sekali telefon, temujanji sudah ...


nape ngan si Fiza lakk...ee...:kant:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2005 02:02 PM | Show all posts
Originally posted by fistik at 17/2/05 09:21 AM:
sorry le panjang sikit .. sapa2 yg rajin bolehlah baca :bgrin:

MENGATUR satu temujanji untuk fotografi artis bukanlah perkara yang susah. Kadangkala dengan sekali telefon, temujanji sudah ...

:love:pinjam ayat Senah....

Kamal...I lap uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu:gila:
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2005 10:03 PM | Show all posts
Originally posted by fistik at 17/2/2005 09:23 AM:


masa fiza tanya cenggitu...robab perasan tak muka dia ... very the gedik .. perasan cam bagus..konon2 fahrin sanggup tinggalkan annahita kerana dia ...

[ Last edited by fistik on 17-2-2005  ...

ntahh bengang akuu
kalo aku jadik fahrin
time tu gak aku blah lepas lempang dier 8 das

tapi rasernyerr muka fiza takyah tunggu maser tu
memang muka dierr sedia gedik dahh:bgrin:

[ Last edited by Robab on 17-2-2005 at 10:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2005 01:02 AM | Show all posts
Originally posted by Robab at 17-2-2005 10:03 PM:

ntahh bengang akuu
kalo aku jadik fahrin
time tu gak aku blah lepas lempang dier 8 das

tapi rasernyerr muka fiza takyah tunggu maser tu
memang muka dierr sedia gedik dahh:bgrin:

[ Last  ...


fahrin dlm citer tu tah hapa2 tah .. bf yg takde pendirian ...
kata sayang annahita tapi bila fiza enterprem .. dia layan plak ... kalau betul dia setia ... mesti dia kata ..sila blah ... saya dah ada awek ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2005 12:22 PM | Show all posts
fahrin tu handsome.. tapi liz tak suka body dia.. berulas2.. kalau kecik sikit just nice la..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2005 05:40 PM | Show all posts
eh apa lak liz..
body dia tu la yg menambahkan lagi dia nyer hensem...heheeheehehehensem
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2005 11:24 AM | Show all posts
hensem tul fahrin tu..
ingat tak masa dia pujuk si annahita tu..
'jom kita g bercinta2..nak tak?'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2005 01:13 PM | Show all posts
Nak tanya kat korang, si fiza tu memang ada hati nak merampas si Fahrin tu ker. Siap cerita yang dia org kg, miskin, macam minta simpati. Tapi kalau org miskin, org kampung kenapa rambut dia merah yer? anak nelayan ker, rambut terbakar kena matahari:lol
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2005 10:25 AM | Show all posts
aku tak tengok pon citer ni... best ker?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2005 11:03 AM | Show all posts
Originally posted by rozza at 04-11-2004 10:25 AM:
aku tak tengok pon citer ni... best ker?

best..try la tengok..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2005 09:20 AM | Show all posts
Originally posted by mai_pinky at 21-2-2005 01:13 PM:
Nak tanya kat korang, si fiza tu memang ada hati nak merampas si Fahrin tu ker. Siap cerita yang dia org kg, miskin, macam minta simpati. Tapi kalau org miskin, org kampung kenapa rambut dia merah  ...


kalau kat kampong saya, yang berambut perang tu orang kuala (satu kaum orang asli). Mereka duduk di kawasan2 sungai, or kuala sungai to be exact, dan menyara hidup dengan hasil laut. Mungkin dalam cerita nih, watak Fiza sebagai orang kuala :bgrin:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.061927 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list