View: 2985|Reply: 0
|
[Sarawak]
Jalan rosak tidak diselenggara dua bulan membahayakan penduduk
[Copy link]
|
|
LIMBANG: Penduduk di lima buah kampung dan sekitarnya di sini, bimbang jalan sepanjang lima kilometer (km) menuju Kampung Gadong hingga hujung jalan yang rosak teruk sejak dua bulan lalu, boleh membahayakan nyawa pengguna.
Antara kampung yang menggunakan jalan terbabit termasuk Sengkarai, Lupak Rangas, Gadong, Pangi, Pandam serta kampung sekitarnya.
Menurut mereka jalan yang satu-satunya menjadi laluan utama penduduk di sekitar kawasan itu amat penting dan menjadi penghubung penduduk sama ada ingin turun ke bandar mahupun ke kawasan sekitarnya.
Bagaimanapun, keadaan jalan yang rosak dan tidak diselenggara sebaiknya menyebabkan penduduk seolah-olah hilang sabar apabila terpaksa berhadapan dengan masalah kereta dan enjin rosak.
Selain itu kata mereka laluan menjadi licin apabila hari hujan yang boleh menyebabkan kemalangan terutama penunggang motosikal.
“Sampai bila penduduk hendak menanggung kepayahan akibat jalan yang rosak dan sudah lama tidak diselenggara (dua bulan),” kata wakil penduduk Mohamad Zaki kepada media hari ini.
Jelasnya keadaan jalan yang rosak teruk dan berlubang ini boleh mengancam nyawa penduduk, lebih-lebih lagi waktu malam dengan keadaan gelap.
“Kami buntu memikirkan masalah ini kerana jalan terbabit adalah laluan utama menghubungkan beberapa kampung di sini.
"Ia juga laluan untuk anak-anak ke sekolah. Kami tidak mahu hanya apabila ada kejadian meragut nyawa, baru semua pihak mula ambil peduli,” katanya.
Beliau juga tidak mahu keadaan ini berterusan sehingga berlaku kemalangan membabitkan nyawa.
“Lebih baik tindakan awal diambil supaya semua tidak terdedah dengan ancaman membahayakan akibat jalan rosak.
"Keadaan lebih membahayakan apabila hujan kerana air bertakung menyebabkan pengguna jalan tidak nampak lubang sekali gus memandu dengan laju sehingga merosakkan kereta mereka,” katanya.
Beliau juga berharap kerajaan termasuk pihak berkaitan agar dapat menyelenggara jalan ini sebelum perkara tidak diingini berlaku.
credit
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|