CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2981|Reply: 1

[Perlis] Pengkelasan negeri ikut fasa PPN sudah tak relevan - Azlan Man

[Copy link]
Post time 9-10-2021 07:49 PM | Show all posts |Read mode
Pengkelasan negeri ikut fasa PPN sudah tak relevan - Azlan Man Aizat Sharif
am@hmetro.com.my


Datuk Seri Azlan Man


Kangar: Pengkelasan negeri mengikut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi memerangi penularan Covid-19 seperti ditetapkan kerajaan pada ketika ini sudah tidak relevan, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.



Beliau berkata, di Perlis sendiri, pengkelasan mengikut fasa PPN sudah tidak lagi relevan, sebaliknya tumpuan perlu diberi kepada imuniti kelompok menerusi vaksinasi.



"Sebenarnya sama ada kita nak pergi ke Fasa Empat atau kekal pada Fasa Tiga adalah tak relevan sebab apa yang pastinya, kita nak mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dalam kalangan orang dewasa di negeri ini.



"Oleh itu, apabila kita sudah mencapai 90 peratus ini maka kebenaran merentas negeri dan melakukan aktiviti harian akan dibenarkan.



"Jadi sudah tak relevan lagi (wujud) Fasa Empat bagi saya dan apa relevan kita masuk Fasa Tiga, kalau kita punya kes (Covid-19) semakin meningkat," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Perasmian Hari Sukan Negara peringkat negeri di sini, hari ini.



Beliau turut mengulas kenaikan mendadak kes Covid-19 sehingga mencecah 200 kes di Perlis Khamis lalu bukanlah disebabkan kegagalan penduduk mematuhi prosedur operasi standard (SOP).


"Kita tidak ada isu besar mengenai pematuhan SOP tapi yang jadi masalah adalah kehadiran orang luar dari Perlis seperti mana yang dilaporkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) tempoh hari.


"Kemasukan penduduk dari negeri lain yang ada kalanya kebetulan dari negeri mempunyai kadar kes Covid-19 tinggi, dilihat menjadi antara punca kes positif di negeri ini semakin meningkat.


"Mereka (dari luar Perlis) ini mencuri masuk ke Perlis dan secara langsung dan tidak langsung menyebarkan virus ini kepada masyarakat tempatan," katanya.


Azlan berkata, keadaan ini dijangka berterusan sehingga beberapa minggu ke hadapan dan beliau berharap kes Covid-19 di Perlis menurun ke satu angka selepas ini.


Khamis lalu, penularan Covid-19 harian di Perlis meningkat sehingga 200 kes dipercayai akibat aktiviti rentas negeri selain faktor wujudnya Kluster Penyayang Jejawi di sebuah pusat penjagaan warga emas di Jejawi, Arau.

Disiarkan pada: Oktober 9, 2021 @ 2:01pm









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2021 07:49 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.132628 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list