CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3054|Reply: 1

[Sabah] Sabah Laksana Projek RAVO Bagi Percepat 80% Vaksinasi Lengkap Dewasa

[Copy link]
Post time 9-10-2021 12:17 PM | Show all posts |Read mode


Pengarah Kesihatan Sabah Dr Rose Nani Mudin berkata, projek RAVO akan dimulakan di Sandakan selepas mengambil kira terdapat 151,200 individu dewasanya belum menerima vaksin.

SANDAKAN: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaksanakan projek Penilaian Pantas dan Operasi Vaksinasi (RAVO) dalam usaha memperhebat vaksinasi Covid-19 secara ‘outreach’ di negeri ini yang belum mencapai 80% vaksinasi lengkap penduduk dewasa.

Pengarahnya Dr Rose Nani Mudin, berkata 25 kakitangan JKNS digerakkan termasuk lawatan rumah ke rumah, bagi menjalankan projek RAVO itu dengan bantuan pejabat kesihatan daerah, agensi kerajaan dan wakil rakyat.

“Kita mulakan RAVO di Sandakan yang terdapat 151,200 individu dewasa belum menerima vaksin.

“Selepas Sandakan, projek RAVO ini akan ke daerah-daerah yang belum mencapai tahap vaksinasi memuaskan seperti Tawau, Kinabatangan, Tongod, Nabawan, Keningau, Papar, Lahad Datu dan Kota Belud,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek RAVO di Kampung Forest, di sini.

Mengulas mengenai kadar vaksinasi di Sabah, Rose Nani, berkata setakat Rabu lalu, lebih 2.25 juta dewasa atau 72.9% sudah menerima satu dos vaksin, manakala 1.75 juta atau 63.3% sudah melengkapi dua dos.

Sementara 289,615 remaja sudah menerima satu dos vaksin, manakala 3,162 remaja menerima dos lengkap dan sedang menunggu lengkap interval selama 21 hari.

Sementara itu, Dr Rose Nani berkata beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) di Sabah akan ditutup secara berperingkat dengan hanya 13 PPV terpilih dilanjutkan operasi di seluruh negeri untuk memenuhi suntikan dos kedua sebanyak kira-kira 289,000 dos.- BERNAMA


sabahpost.net/2021/10/0



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2021 09:02 PM | Show all posts
Semoga dengan ada nya Projek RAVO ni ... Sabah cepat mencapai peratusan vaksinasi lengkap...

Setakat ni ....kedudukan Sabah paling lambat ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.162974 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list