CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2758|Reply: 0

[Sabah] HSN platform terap budaya sukan dalam masyarakat

[Copy link]
Post time 9-10-2021 10:52 AM | Show all posts |Read mode


RASMI: Hajiji (tiga kanan) menyempurnakan gimik perasmian sambutan HSN peringkat negeri.

KOTA KINABALU: Program Hari Sukan Negara (HSN) adalah platform terbaik menerapkan budaya sukan dalam kalangan masyarakat seterusnya meningkatkan pembangunan sukan di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor turut melahirkan rasa gembira melihat komitmen dan semangat tinggi rakyat Sabah untuk merayakan Hari Sukan Negara 2021 dalam suasana dan norma baharu.

“Saya melihat rakyat Sabah tidak menjadikan pandemik COVID-19 ini sebagai alasan untuk tidak bersukan atau beriadah. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Sabah sentiasa sedar bahawa bersukan itu adalah satu amalan gaya hidup yang sihat.

“Pembukaan beberapa aktiviti sukan di negeri ini sudah pasti menjadi berita gembira kepada mereka yang gemar bersukan. Justeru, manfaatkanlah sepenuhnya mana-mana kemudahan sukan yang disediakan dan yang dibenarkan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Dalam pada itu, sambutan HSN adalah platform untuk menerapkan budaya bersukan dalam kalangan masyarakat seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’.

"Negara Bersukan adalah salah satu aspirasi atau sasaran kerajaan untuk merealisasikan Wawasan Kemakmuran bersama 2030, selain sebagai wadah perpaduan rakyat dan penyatuan nasional,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Sukan Negara peringkat negeri di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, hari ini.

Hajiji turut meminta Kementerian Belia dan Sukan Sabah agar terus membangunkan sukan di negeri ini sekali gus mampu melahirkan atlit yang mengharumkan nama negara hingga ke peringkat antarabangsa.

“Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, pembangunan sukan antara yang diberi penekanan. Justeru, Kementerian Belia dan Sukan negeri perlu mengambil peluang dalam RMK12 untuk turut membangunkan sukan di negeri ini,” katanya.

Katanya, sambutan HSN pada tahun ini sedikit berbeza kerana disesuaikan dengan SOP semasa yang dikuatkuasakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sambutan pada kali ini juga diraikan secara sederhana tanpa melibatkan perhimpunan yang ramai dan tertakluk kepada SOP yang ditetapkan. Oleh itu, semua acara HSN kali ini dilaksanakan secara hibrid dengan menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu dalam teknologi terkini seperti strava, garmin, nike run club dan sebagainya.

“Ini menunjukkan rakyat Sabah juga tidak ketinggalan untuk menerapkan Perkembangan Revolusi Perindustrian Keempat atau IR4.0 dalam semua aspek, terutamanya dalam bidang sukan antarabangsa," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/10/09

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.040916 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list