CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2924|Reply: 2

[Sarawak] 600 menara telekomunikasi di Sarawak dibina mulai bulan ini

[Copy link]
Post time 9-10-2021 10:21 AM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: Surat kerja bagi pembinaan lebih 600 menara telekomunikasi baharu di Sarawak yang akan menelan belanja lebih daripada RM1 bilion akan dikeluarkan pada bulan ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa.

Beliau berkata tiga kontraktor telah dikenal pasti menerusi tender terbuka dan pihak berkenaan akan memulakan kerja-kerja pembinaan dalam masa terdekat seperti dipetik Bernama.

Menurutnya, Sarawak merupakan negeri yang diberi tahap keutamaan paling tinggi dalam pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa Satu.

“Sarawak menjadi satu negeri keutamaan yang paling tinggi kerana pada masa ini, ‘coverage’ (liputan) kalau dari sudut ‘connectivity’ (kesalinghubungan) ataupun coverage Sarawak itu, baru kira-kira 80%. Kita mesti samakan juga dengan tempat-tempat yang lain untuk mencapai 90% lebih (liputan Internet).

Kemudian banyak pengguna telefon yang masih lagi menggunakan kemudahan 2G dan 3G, kita harap dengan siapnya ‘tower’ (menara) ini, semua kawasan berkenaan akan mendapat perkhidmatan (rangkaian) 4G,” katanya dalam program “Bersama Annuar” di Twitter Spaces kendalian Bernama yang membincangkan tajuk “Capaian Internet-Jangan Ada Yang Terpinggir” malam tadi.

Annuar berkata, kemudahan 4G akan memudahkan urusan masyarakat menggunakan internet secara komprehensif kerana lebih banyak kegiatan yang boleh dilakukan termasuk program ekonomi digital, e-dagang dan sebagainya.

“Saya dapat beri jaminan bahawasanya untuk Sarawak di kawasan berpenduduk walaupun terpencil, kita akan cuba tingkatkan kemudahan internet terutama sekali untuk kemudahan anak-anak kita di sekolah.

Kalau boleh kita tak nak dengar lagi (pelajar dan murid) terpaksa naik duduk di perahu… kita tahu di Sarawak, sungai adalah berbahaya (ada binatang liar seperti buaya) untuk anak ke sekolah, kita harap juga mereka tidak perlu tinggalkan rumah begitu jauh kerana tidak selamat bagi mereka,” katanya.

Sementara itu, Annuar berkata sejajar usaha kerajaan mencapai matlamat 97% capaian internet 4G di seluruh negara, kementeriannya dalam proses mengeluarkan tender bagi pembinaan lebih 1,161 menara jalur lebar baharu.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru rakyat untuk menyalurkan maklumat mengenai masalah capaian perkhidmatan internet di kawasan mereka menerusi Peta JENDELA di portal JENDELA.

Menurut Annuar, maklum balas serta aduan daripada pengguna amat penting untuk membantu kerajaan meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar secara berterusan di kawasan yang mengalami masalah liputan kemudahan itu.

“Untuk tambah baik mutu perkhidmatan internet, kita perlukan ‘feedback’ (maklum balas) ‘crowd sourcing’ (sumber khalayak). Di luar bandar dan di bandar juga wujud kawasan ‘blind spot’ (titik buta) di mana kawasan tersebut terdapat liputan, namun syarikat telekomunikasi berkenaan tidak menaik taraf liputan mereka,” katanya.

Annuar turut berharap syarikat telekomunikasi tidak mengabaikan keperluan internet di kawasan yang kurang berpenduduk, sebaliknya menggunakan keuntungan mereka untuk menaik taraf perkhidmatan di lokasi berkenaan.


sarawakvoice.com/2021/10/09

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2021 11:02 AM | Show all posts
apesal dorang nie x buat 5g tros....dh alang2 ade bajet gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2021 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
sian...kek semenanjung...bas dh lalu 'jln atas(BRT)...depa....'jln bwh' pon tak dapat lg(tgh buat pan borneo).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.554254 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list