CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2165|Reply: 2

[Kedah] 10 pelancong ditahan langgar SOP, miliki dadah dalam bilik hotel

[Copy link]
Post time 6-10-2021 09:36 PM | Show all posts |Read mode
10 pelancong ditahan langgar SOP, miliki dadah dalam bilik hotel[size=0.8][size=0.9]Hamzah Osman
am@hmetro.com.my


SEBAHAGIAN daripada 10 pelancong lelaki yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah bilik hotel di Pantai Tengah, Langkawi, awal pagi hari ini. FOTO ihsan polis.



Langkawi: Polis menahan 10 pelancong lelaki kerana berkumpul dalam sebuah bilik dan merampas sejumlah dadah serta ubat batuk di sebuah hotel di Pantai Tengah, di sini, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kumpulan lelaki berusia di antara 23 dan 31 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis pada 1.30 pagi.

"Berbekalkan maklumat awam kerana mencurigai aktiviti sekumpulan lelaki, sepasukan polis membuat serbuan dan mendapati 10 lelaki berada dalam sebuah bilik di hotel itu.

"Pemeriksaan fizikal ke atas semua suspek dan sekitar bilik menemukan lapan paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis ketamin seberat 7.20 gram (g), selain dua botol ubat batuk," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Shariman berkata, siasatan mendapati semua suspek adalah pelancong dari Kuala Lumpur dan sedang bercuti di pulau itu susulan pembukaan projek rintis gelembung pelancongan.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing pula mendapati enam daripadanya positif dadah jenis ketamin, manakala empat lagi negatif.

"Semua suspek turut dikenakan kompaun RM4,000 seorang atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana berkumpul dalam bilik hotel sama dan melakukan aktiviti sukar melaksanakan penjarakan sosial.

"Mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Perkara 9 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB)," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 6, 2021 @ 9:15pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2021 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Seolah2 serah tengkuk sengaja nak ditangkap.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 06:10 AM | Show all posts
pesta gay kot...xde pun buih2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.059292 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list