CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4563|Reply: 26

[Tempatan] Zolkples meninggal dunia

[Copy link]
Post time 4-10-2021 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Oleh Nor Azizah Mokhtar
Oktober 3, 2021 @ 11:14am

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong ditemui sudah meninggal dunia di kediamannya di Jalan Pandan Indah 1/11A, Pandan Indah, Ampang Jaya di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata penemuan itu hasil aduan dibuat bekas pembantu peribadi Zolkples menerusi panggilan kecemasan ke talian MERS 999 selepas gagal menghubunginya sejak semalam.


"Pada jam 8.31 pagi tadi, pihak MERS 999 menerima aduan daripada seorang wanita yang menyatakan bekas majikannya iaitu bekas Ketua Pengarah MSN gagal dihubungi sejak malam semalam lagi (malam tadi).







"Difahamkan, arwah tinggal seorang diri di sebuah rumah teres dua tingkat di No 15 Jalan Pandan Indah 1/11A Pandan Indah dan tidak pernah berkahwin," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Mohamad Farouk berkata susulan aduan itu, sepasukan anggota polis dihantar ke rumah Zolkples kira-kira jam 10 pagi untuk melakukan pemeriksaan sebelum mendapati pintu kediaman arwah dalam keadaan berkunci.

Katanya, anggota polis cuba beberapa kali mengetuk pintu dan memanggilnya namun tiada jawapan sehingga memaksa mereka memecahkan pintu untuk masuk ke dalam membuat pemeriksaan.

"Anggota kita menemui menemui arwah dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang tamu dan pemeriksaan mendapati dia sudah meninggal dunia.

"Pemeriksaan lanjut pada kediaman dan tubuh badan si mati tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dan kita juga tidak menemui sebarang kesan pecah masuk atau pergelutan di tempat kejadian," katanya.

Mohamad Farouk berkata satu laporan juga sudah diterima daripada seorang anak saudara Zolkples.

Katanya, menurut warisnya, arwah pernah membuat pembedahan jantung kira kira 10 tahun lalu dan tidak pernah membuat sebarang rawatan susulan selepas itu.

"Menurut keluarganya lagi, kali terakhir arwah membuat ujian saringan COVID-19 adalah pada Jumaat lalu dan keputusannya negatif.

"Jenazah arwah akan dibawa ke Masjid Sri Petaling untuk pengurusan jenazah dan akan dikebumikan di Kampung Sura, Dungun Terengganu. Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Untuk rekod, Allahyarham pernah mengemudi MSN selama tujuh tahun dari April 2007 hingga Disember 2014.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2021 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziahbuat keluarga Allahyarham.

Batu je beberapa minggu sudah baca komen arwah bkenaan dgn Ziyad.

Sedihnya tgk org meninggal sorang2 di rumah ni.

Semoga kita semua dijauhkan dari pemergian yg mengejut. Lagi2 keseorangan..

Maaf share benda dh 24jam sbb cari dlm benang tiada.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Hazabnya nama beliyau
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 08:01 AM | Show all posts

Harapan Ibubape

Ketike memberi nama untok beliyau stand out dari yang lain.  Namoon takat ney je la nyawenye..  Al-fatihah.

Antuvax tersenyum sinis membace arwah ade sejarah sakit jantong..

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 09:10 AM | Show all posts
Dah selamat dikebumi pun. Takziah kepada keluarga.

Lately ni banyak pulak berita kes kematian melibatkan orang tinggal sorang /warga emas /orang kurang upaya.

Reflect to our life, kalau ada sesiapa yang terdekat dengan kita tinggal sendirian, amik2 lah cakna sikit. Kalau memang diri sendiri live alone, dah boleh praktikkan untuk constant update dengan keluarga atau sesiapa yang rasa perlu.  

Takut menyusahkan orang.

Macam kes positif yang meninggal kat flat tu. Jiran terpaksa tahan bau air mayat sampai berminggu sebab takde saudara datang properly cuci rumah mendiang lepas hospital amik mayat tu. Nak masuk rumah diorang berkunci, kejiranan puas usaha dah nak tolong bersihkan tapi diorang tak datang jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 10:28 AM | Show all posts
Innalillah.kena cpt kawin ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2021 10:47 AM | Show all posts
Yang mana duduk sendiri seorang tu, amalkan hantar message dlm group or kat kawan-kawan or saudara terdekat. Buat rutin, hantar message pada waktu tertentu dan inform kawan-kawan or saudara mara tu kalau tiba-tiba tak receive message mcm biasa tu, kena dtg check kat rumah lah.

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah buat keluarga arwah
Br je nama dia timbul blk bila dia komen pasal cadangan wang imbuhan ziyad aritu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah..namun ku tak reti nak sebut namanya
Zolkples..zokples maybe
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnyEnglish replied at 4-10-2021 10:28 AM
Innalillah.kena cpt kawin ni

bam johny bkn dh kawen kewww...kt bod mslh peribadi ada yg tgh mitak semangat psl nak kawen..mohon bam johny bg kata2 smgt
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 4-10-2021 03:20 PM
bam johny bkn dh kawen kewww...kt bod mslh peribadi ada yg tgh mitak semangat psl nak kawen..mohon ...

Bam joni nak kawin lagi..bukan belum kawin lagi.ada beza tuuu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 03:31 PM | Show all posts
edayildiz replied at 4-10-2021 03:20 PM
bam johny bkn dh kawen kewww...kt bod mslh peribadi ada yg tgh mitak semangat psl nak kawen..mohon ...

maksud aku yg no 2,3,4 blm lg.sng klu ramai2 kan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 4-10-2021 03:31 PM
Bam joni nak kawin lagi..bukan belum kawin lagi.ada beza tuuu..

ohh gitu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnyEnglish replied at 4-10-2021 03:31 PM
maksud aku yg no 2,3,4 blm lg.sng klu ramai2 kan.

ohh nk bkk cawangan baru..make sure hakak kat umah setuju tau
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 03:45 PM | Show all posts
edayildiz replied at 4-10-2021 03:44 PM
ohh nk bkk cawangan baru..make sure hakak kat umah setuju tau

Tu lah masalahnya.dah la beras dia beli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2021 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnyEnglish replied at 4-10-2021 03:31 PM
maksud aku yg no 2,3,4 blm lg.sng klu ramai2 kan.

Orang takut jarum biasanya takut bini..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 03:51 PM | Show all posts
Belibis replied at 4-10-2021 03:49 PM
Orang takut jarum biasanya takut bini..

Jgn OT kat sini nti kena mrh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 04:05 PM | Show all posts
JohnyEnglish replied at 4-10-2021 03:31 PM
maksud aku yg no 2,3,4 blm lg.sng klu ramai2 kan.

Senang?  Hemmm, belum tentu bang.  Lagi berantakan, berantem lagi ada. Pening bang, pening. Contohnya si abang Jamil dlm Madu 3. Mesti pandai membohong dn pandai temberang.  Tapi kalau abang JE ada 'mu'jizatnya'  boleh menyatu dn mendamaikan, itu baru abang orang yg terpilih. Nanti ramai akan minta petua.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 04:11 PM | Show all posts
JohnyEnglish replied at 4-10-2021 03:45 PM
Tu lah masalahnya.dah la beras dia beli

Bila akak beli beras, abang belilah periuk dn belanga  Asal abang tidak malas, Akak tentu syukur dn bangga
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.068858 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list