CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1782|Reply: 1

[Kedah] Segerakan pembinaan loji rawatan air di Kedah Rubber City

[Copy link]
Post time 2-10-2021 10:37 PM | Show all posts |Read mode
Segerakan pembinaan loji rawatan air di Kedah Rubber City
ROSLINDA HASHIM | | 02 Oktober 2021


Mahdzir (tengah) ketika mengadakan lawatan ke tapak pembangunan Kedah Rubber City pada Sabtu.

KUALA NERANG – Pembinaan loji rawatan dan bekalan air di tapak projek Kedah Rubber City (KRC) di daerah Padang Terap perlu disegerakan untuk meyakinkan pelabur selain memastikan kemudahan asas itu siap sepenuhnya apabila projek mega itu beroperasi.


Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerajaan negeri perlu mempercepatkan pembinaan loji air terbabit bagi membolehkan dua buah syarikat yang melabur di KRC dapat memulakan operasi secepat mungkin.


Menurutnya, pada masa ini KRC berjaya menarik pelaburan berjumlah RM2 bilion daripada dua buah syarikat hiliran produk berasaskan getah.


"Ada syarikat telah pun ratakan tanah untuk tujuan industri. Cuma saya harap kerajaan negeri dapat percepatkan bina loji rawatan air kerana bimbang kelak syarikat sudah bersedia untuk mulakan operasi di KRC, tapi loji rawatan air belum siap.


"Kalau air tak ada, agak sukar untuk industri getah beroperasi kerana industri ini perlukan bekalan air yang banyak,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bas Tambahan Mara Liner di Kuala Nerang, pada Sabtu.


Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, selain bekalan air, projek pembangunan KRC memerlukan bekalan elektrik yang lebih tinggi.


"Di Padang Terap sahaja bekalan elektrik tidak mencukupi, sekarang yang digunakan untuk seluruh Padang Terap adalah 33 kb dan kita perlukan 132 kb, yang ini datang dari Tanjung Pauh, Jitra, lebih kurang 41 kilometer,” jelasnya.


Buat masa ini, kata beliau kerja-kerja tapak sedang giat dijalankan oleh Northern Corridor Economic Region, (NCER) dan projek itu kini dalam pembangunan fasa satu, dengan lebih 24 hektar tanah sudah siap disediakan infrastruktur dan platform pembangunan fizikal.


“Saya harap kerajaan negeri juga segerakan proses pengambilan tanah di kawasan terlibat bagi membolehkan projek itu dapat dilaksanakan dengan lancar,” ujarnya.


Sebelum itu, Mahdzir turut meluangkan masa meninjau tapak pembangunan pembinaan KRC yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2022.


Peratusan siap keseluruhan fasa satu kini 57 peratus, melibatkan pembangunan infrastruktur berfasa, iaitu fasa satu sebanyak 500 ekar dan fasa dua (700 ekar).


Ia bakal menyediakan 2,630 peluang pekerjaan daripada dua syarikat pelabur yang dijangka beroperasi seawal suku keempat 2023.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... i-Kedah-Rubber-City
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2021 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam scene filem/drama tok usop
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.590628 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list