"Semboyan meroyan sudah dibunyikan, so be prepared for a staged Mujahid Cyber tweet warfare, happening in 3, 2, 1."
Kecoh di laman sosial apabila muncul pula semboyan atau ‘cybertrooper’ ditubuhkan untuk membela pendakwah kesayangan ramai, Ebit Lew yang terpalit kontroversi video lucah.
Kredit foto: FB
Pelayar Twitter @walski69 mendedahkan parti berkenaan dengan memuat naik tangkap layar
mesej dari sebuah private group WhatsApp.
Kredit foto: Twitter
"Adalah diingatkan jangan sesekali menggunakan akaun sendiri untuk menyerang Ustaz Ebit Lew (UEL) kerana ianya akan memburukkan nama parti kita.
"ihak pimpinan kita juga mengarahkan semua mujahid cyber kita mewujudkan akaun-akaun palsu bukan Melayu supaya boleh membuat komen positif di semua media sosial pimpinan agar dapat dilihat yang kita mendapat sokongan daripada bukan Melayu," antara yang diperkatakan dalam notis berkenaan.
Kredit foto: Twitter
Malah, ada cybertrooper terpilih yang diberi elaun untuk mencipta pelbagai akaun palsu bagi menyerang Ebit sebelum membelanya dengan menggunakan akaun sebenar.
Kredit foto: Twitter
BACA JUGA: "Suruh Laki Main Bini Saya" - Bukti Perbualan Lucah Didedahkan, Betul Ke Itu UEL?
BACA JUGA: Dituduh 'Acah Suci' Tapi Ramai Tagih Video Lucah Dari Firdaus Wong?
Adakah parti ini benar-benar wujud atau rekaan untuk menghangatkan situasi semata-mata? - CARI |