CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2465|Reply: 1

[Sabah] Covid19 26/09/2021

[Copy link]
Post time 26-9-2021 03:51 PM | Show all posts |Read mode
Lahad Datu 131 (73)
Kota Kinabalu 123 (91)
Keningau 102 (61)
Sandakan 81 (81)
Ranau 69 (35)
Penampang 64 (48)
Kota Marudu 61 (65)
Tuaran 57 (70)
Kota Belud 51 (43)
Tawau 41 (64)
Nabawan 39 (17)
Pitas 39 (25)
Putatan 34 (48)
Papar 32 (53)
Kudat 22 (28 )
Beluran 16 (25)
Kinabatangan 16 (9)
Kunak 15 ( 8 )

Tenom 14 (32)
Tongod 14 (2)
Tambunan 12 (13)
Telupid 12 (6)
Beaufort 12 (18)
Semporna 11 (10)
Sipitang 6 (5)
Kalabakan 3 (26)
Kuala Penyu 1 (6)

*Angka dalam kurungan adalah jumlah  kes kelmarin*    *( 25/09/2021 )*

*Tidak ada kluster baru*

*RUMUSAN HARIAN*
*(26/09/2021)*

*Negeri Sabah mencatatkan peningkatan kes kembali melepasi angka 1,000 setelah buat pertama kalinya mencatatkan angka jangkitan kes dibawah angka berkenaan semalam sejak 4 Ogos 2021. Pada hari ini, kumulatif kes Negeri Sabah yang dicatatkan adalah sebanyak 1,078 kes baharu dengan (+116) peningkatan berbanding semalam.*

*Trend perubahan angka bagi kadar jangkitan harian adalah tidak statik dan sentiasa berubah. Trend ini berubah dengan kebarangkalian dipengaruhi oleh sejauh mana pematuhan SOP oleh masyarakat. Semakin tinggi kadar pematuhan SOP maka semakin rendah risiko untuk berlaku pertambahan jangkitan. Pada hari ini, jumlah peningkatan kumulatif kes Sabah selari dengan statistik bilangan daerah mencatatkan peningkatan kes iaitu 14 daerah berbanding 12 daerah yang mencatatkan penurunan kes. 1 daerah iaitu Sandakan, kekal mencatatkan kes sebagaimana semalam.*

*Bagi kawasan bandar utama, Lahad Datu mencatatkan peningkatan kes tertinggi iaitu sebanyak 131 (+58) kes, Kota Kinabalu 123 (+32) kes, Sandakan 81 kes dan Penampang 64 (+16) kes. Kawasan bandar utama lain mencatatkan penurunan dengan Tawau 41 (-23) kes, Putatan 34 (-14) kes dan Kudat 22 (-6) kes. 13 daripada kes2 baharu yang didaftarkan di Kota Kinabalu melibatkan pekerja2 pelantar minyak offshore.*

*Antara daerah lain yang mencatatkan peningkatan ketara ialah Keningau 102 (+41) kes, Ranau 69 (+34) kes, Nabawan 39 (+22) kes, Pitas 39 (+14) kes dan Tongod 14 (+12) kes.*

*Daerah lain yang mencatatkan penurunan signifikan pada hari ini antaranya Kalabakan 3 (-23) kes, Papar 32 (-21) kes dan Tenom 14 (-18) kes. Terdapat hanya 8 kes melibatkan OKT/banduan yang dicatat hari ini.*

*Pengurangan kes-kes daftar tertunggak menunjukkan sistem kemaskini data semakin bertambah baik. Daripada 1,078 kes yang didaftar hari ini, (461) kes atau 42.76% adalah kes-kes lewat daftar antara 2 hingga 3 hari, (28) kes atau 2.60% adalah lewat daftar 4 hingga 5 hari dan (17) kes atau 1.58% adalah kes yang berdaftar lewat melebihi 5 hari. *

*Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan (611) kes atau 56.7%, Saringan Bergejala (306) kes atau 28.4%, (36) kes atau 3.3% daripada Saringan Kluster, (0) kes dari Saringan Bersasar dan (125) kes atau 11.6% melalui Saringan Lain-lain.*

*Daripada 1,078 kes yang berdaftar hari ini, (316) kes atau 29.31% adalah pesakit dalam Kategori 1, (677) kes atau 62.80% dalam Kategori 2, 4 kes dalam Kategori 3, 12 kes dalam Kategori 4 dan 8 kes dalam Kategori 5. 61 kes masih dalam siasatan. 89.15% daripada jumlah keseluruhan pesakit adalah warganegara Malaysia.*

MPL




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2021 03:53 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.687614 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list