CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3226|Reply: 3

TIP JIMAT ELEKTRIK

[Copy link]
Post time 24-9-2021 11:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by novelloverzz at 24-9-2021 11:48 AM


KEBANYAKAN daripada kita masih lagi bekerja dari rumah. Begitu juga proses sesi  pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang masih lagi diteruskan.

Oleh itu, saya percaya dalam tempoh beberapa bulan ini pastinya bil elektrik meningkat naik. Justeru, saya sarankan 10 tip untuk menjimatkan elektrik sekali gus dapat mengurangkan perbelanjaan isi rumah.

1.Padam semua lampu bilik atau ruang sekiranya tiada sesiapa di situ. Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur ditutup.

2.Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mod standby.
3.Sebaik-baiknya guna kipas angin dan elak penggunaan penyaman udara. Gunakan penyaman udara jika cuaca terlalu panas.

4.Guna satu mentol lampu besar jika memerlukan lebih pencahayaan berbanding mentol bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya.

5.Didik ahli keluarga menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan bilik atau ruang.

6.Pasang lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti menunggu kedatangan tetamu, menyambut perayaan atau mengadakan  majlis atau kenduri.

7.Elak guna mesin basuh melebihi muatan  atau muatan penuh. Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh. Selain hasil cucian kurang bersih, ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik berlebihan.

8.Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan.

9.Rajin bersihkan habuk atau debu yang terdapat di coil peti sejuk.

10.Peti sejuk beku yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi, sekiranya  peti kosong, isikan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.

BULBIR SINGH, Bekas President Persatuan Pengguna Negeri Sembilan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2021 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya tips no 5 ni paling penting
5.Didik ahli keluarga menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan bilik atau ruang.

Sebab kalau kita sorg jer sibuk nak berjimat tp yang lain2 buat tak kezahh memang takkan dpt jimat letrik la.haha.betul tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 11:23 PM | Show all posts
Manamana19 replied at 20-10-2021 11:25 PM
Rasanya tips no 5 ni paling penting
5.Didik ahli keluarga menutup suis lampu, kipas atau alatan lain ...

betul pelajaran basic bermula dari rmh...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2021 12:18 AM | Show all posts
Manamana19 replied at 20-10-2021 03:25 PM
Rasanya tips no 5 ni paling penting
5.Didik ahli keluarga menutup suis lampu, kipas atau alatan lain ...

Sangat setuju dengan pendapat awak ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.429356 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list