Tular video aksi seorang wanita mencuci pakaian di hadapan rumah ketika jirannya mengadakan majlis pertunangan, lapor Suara.com.
Menurut pengguna akaun TikTok @evicellova, wanita tersebut dilihat tekun mencuci baju dan tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya.
 Aik, Jiran Sekeliling Tak Boleh Cuci Baju Ke Kalau Ada Majlis Tunang
“Apa masalah awak ya? Jiran sedang mengadakan majlis, awak mencuci baju di luar rumah,” demikian keterangan yang ditulis pemilik akaun itu.
Wanita itu dilihat mencuci pakaian di luar rumahnya dengan membawa besen dan di bawah cahaya matahari terik.
Dia sama sekali tidak menyedari aksinya dirakam.
Video tersebut ternyata mengundang reaksi marah netizen yang mempertikaikan tindakan si perakam yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan kelakuan wanita itu mencuci pakaian di hadapan rumahnya sendiri.
“Tiada yang salah pun, bukankah dia mencuci pakaian di rumahnya sendiri,” kata seorang netizen.
“Apa masalahnya? Saya juga semasa jiran sedang mengadakan majlis pertunangan, saya menyapu halaman rumah sambil memakai baju tidur,” kata netizen lain.
“Jadi adakah anda ingin mengatakan bahawa wanita itu perlu melihat tetamu yang sedang mengambil gambar?” kata seorang lagi netizen.
Sumber: Kosmo |